WHISTLE KE HATIKU
Bab 01
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 12 September 2017
Mampu Cinta yang tersimpan diucapkan apabila Deana dan Sung Yoon bertemu semula dalam situasi yang berbeza?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
222

Bacaan






SUNG Yoon memandu dengan tenang sambil menikmati pemandangan indah bumi Kundasang dan Gunung Kinabalu di kirinya. Sudah lama rasanya dia tidak menikmati percutian yang tenang seperti ini. Berada di kawasan pergunungan yang tenang dan tidak ada sesiapa mengganggu hidupnya merupakan satu kebebasan yang ingin dia nikmati setelah hampir lima tahun menjalani kehidupan yang agak sibuk.

Dia tersenyum sambil menoleh ke kiri melihat hujung Gunung Kinabalu yang memberiu. Berdasarkan maklumat yang dia baca dalam buku ketika berada dalam pesawat tadi Gunung Kinabalu merpuakan gunung tertinggi di Malaysia dan keempat tertinggi di dunia dengan ketinggian 4,095 meter. Kalaulah dia mempunyai persediaan yang cukup, sudah tentu dia mahu mencabar dirinya untuk mendaki gunung yang menjadi kebanggaan masyarakat negeri di bayah bayu ini.

Areumdapta (Cantiknya)” pujinya dengan senyuman.

Pon! Pon! Pon!

Namun bunyi hon kereta di belakang menyedarkan Sung Yoon dari lamunanya. Dia cepat-cepat melarikan semula pandangan ke hadapan dan melihat sebuah lori di hadapanya hilang kawalan dan cuba melanggar keretanya. Sung Yoon yang penik terus saja membelok ke kanan dan melanggar tebing bukit. Perlanggaran yang kuat membuatkan kepala Sung Yoon terhantuk pada kereta. Perlahan-lahan dia cuba mengangkat kepala yang terasa sangat sakit untuk keluar dari kereta.

Tapi sekali lagi, sebelum dia sempat membuka pintu kereta. Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan telah melanggar kenderaan yang dipandu Sung Yoon sehingga menyebabkan kereta itu hampir terbalik. Kepalanya terhantuk pada cermin kereta dan menybabkan dia tidak sedarkan diri. Kebetulan pada masa itu telefon bimbit Sung Yoon berdering dengan nama Yoo Ji Ae terpapar pada skrin.

“Encik! Encik! Encik! Kamu tidak apa-apakah?” Deana mengetuk-ngetuk cermin kereta Sung Yoon sambil sebelah lagi tangan cuba membuka pintu kereta. Tapi, nampaknya kereta itu telah terkunci dari dalam. 

Deana kemudian melarikan pandangan melihat keadaan sekelilingnya yang penik. Lori yang hilang kawalan tadi hampir terjunam ke dalam gaung di sebelah kiri jalan raya. Pemandu lori masih berada dalam lori tidak dapat bergerak kerana jika dia bergerak berkemungkinan besar lori tersebut akan jatuh terus ke gaung. Pemandu pacuan empat roda tadi hanya mengalami kecederaan ringgan dan telah berjaya keluar dari kereta.

“Key, apa kita mahu buat ni?” soal Deana. Seumur hidupnya dia tidak pernah berhadapan dengan situasi kemalangan seperti ini. Orang ramai yang ada yang membantu dan ada juga yang meneruskan perjalanan dengan menganggap itu bukanlah masalah mereka. Danial dan Deana yang dalam perjalanan ke Kota Kinabalu juga terlibat dalam keadaan yang mencemaskan tadi. Mujur Tok Man seorang pemandu yang cekap dan dapat mengawal kereta dengan baik.

“Kau sudah telefon ambulan dengan bombakah? Orang dalam ni tidak sedarkan diri. Dia tersepit rasanya” sambung Deana. Dia menghalakan jari pada Sung Yoon yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Sudah. Kejap lagi sampailah tu” jawab Danial yang masih kelihatan tenang. Tapi, raut wajahnya berubah bila terhidu bau minyak tumpah. Dia beranggapan mungkin bau itu datang dari lori yang hampir terjunam itu. Tapi, suara seseorang yang menjerit dengan mengatakan kereta berhenama antarabangsaa itu mengeluarkan asap di bahagian enjin. Mereka mula meminta supaya dua sahabat baik itu untuk menjauhkan diri dari tempat berbahyaa itu.

“Adik, baik kamu lari sebelum kereta tu terbakar” kata seorang lelaki yang berada di seberang jalan.

“Ter… terbakar?” mulut Deana bergetar ketika mendengar kata-kata itu.

Dia memandang Danial lalu melarikan pandangan pada kereta Sung Yoon. Asap sudah mula kelihatan keluar dari kereta itu. Tapi, ambulan dan bomba masih belum tiba di tempat kejadian. Deana melihat sekeliling lalu terpandang dahan patah yang patah di lereng bukit. Tanpa berfikir panjang dia berlari mengambil dahan tersebut dan mula memecahkan cermin kereta Sung Yoon. Danial cuba untuk menghalang tindakknya. Tapi, Deana melepaskan menepis tangan Danial dan terus memecahkan cermin kereta dengan sekuat hati.

“Saya mesti selamatkan dia Danial. Dia hidup lagi tu” kata Deana menghayunkan dahan seperti sedang bermain golf.

“Tapi, macam mana kalau kereta ni…” kata Danial Dia sudah tidak dapat menahan menghidu bau minyak dan asap yang kuat. 

Deana menghentakkan dahan pada cermin. Cermin cuma retak. Deana menarik nafas dalam-dalam dan sekali lagi dia memukul cermin dengan kuat sehingga pecah dan serpihan terkena pada badan Sung Yoon.

“Kita sempat. Cepat tolong saya” pinta Deana. Dia masukkan tangan ke dalam tingkap lalu membuka pintu kereta dari dalam. Apabila pintu terbuka. Tanpa membuang masa dia menarik Sung Yoon. Namun, kaki Sung Yoon tersepit pada kerusi. Deana mengerutkan dahi sambil berdoa kepada Allah semoga Allah sentiasa melindunginya Dia cuma mempunyai satu tujuan iaitu untuk selamatkan lelaki yang dai yakin masih lagi bernyawa itu.  

Melihat kesungguhan Deana. Danial tidak punya pilihan lain melainkan membantu kawanya itu menyelamatkan lelaki yang mereka tidak kenali. Mereka berdua sedaya upaya menarik kaki Sung Yoon keluar. Suara orang ramai mula kedengaran supaya Deana dan Danial menjauhkan diri dari kereta kerana api sudah mula merebak. Dengan segala kekuatan yang masih ada mereka berlari beredar dari kereta.

Deana termengah-mengah dengan peluh membasahi seluruh wajah. Dia melabuhkan punggung di atas atas tanah sambil Sung Yoon disandarkan ke bahunya. Dia sebenarnya berasa pening ketika melihat darah yang mengalir di kepala lelaki itu.Tapi, dia perlu bertahan sehinggalah ambulan tiba. Wajah Sung Yoon dia renung agak lama kerana dia tidak pernah bertemu dengan lelaki sekacak itu sepanjang dia berada di Sabah.

“Kau ni memang gila Dee” Danial duduk disebelah Deana.

Deana melarikan pandangan pada Danial. “Kalau saya tak gila. Lelaki ni mungkin akan mati. See, kita berjaya selamatkan dia” jawab Deana. Dia berpuas hati dengan keputusan yang hampir mengorbankan nyawanya sendiri. Ini adalah pertama kali dia bertindak seperti itu kerana hatinya meronta-ronta meminta supaya dia selamatkan lelaki yang tidak dikenali itu. Tapi dia tidak ceritakan perkara itu pada Danial.

Dia kemudian memandang kereta yang sudah hangus terbakar dengan perasaan yang bercampur baur. Barang-barang Sung Yoon termasuklah telefon bimibt semuanya hangus dijilat api. Minta-mintalah dia tak hilang ingatan atau mati. Bisik Deana dalam hatinya.

Dallam hidup ni memang banyak kejadian yang tidak dijangka akan berlaku. Dia sendiri tidak pernah membayangkan yang dia akan berhadapan dengan situasi cemas seperti ini. Bomba dan pihak penyelamat berusaha untuk menyelamatkan pemandu lori dan memandamkan api pada kereta. Manakala ambulan membawa mangsa-mangsa yang tercedera ke hospital dan pihak polis pula menyiasat saksi-saksi yang melihat kejadian itu. Dia juga tidak terelpas untuk disoal siasat oleh pihak polis.

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 01 | Bab 2 | Bab 03 | Bab 04 | Bab 05 | Bab 06 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku