WHISTLE KE HATIKU
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 12 September 2017
Mampu Cinta yang tersimpan diucapkan apabila Deana dan Sung Yoon bertemu semula dalam situasi yang berbeza?
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
257

Bacaan






DEANA mundar mandir di hadapan wad kecemasan yang menempatkan lelaki dengan kad pengenalan Korea  yang bernama Choi Sung Yoon. Dia tidak tahu bagaimana mahu menemui Sung Yoon dalam keadaan dia masih lagi terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan yang dia tidak dapat berjalan buat masa ini. Sung Yoon juga tidak mahu menerima sebarang tetamu. Meskipun doktor mengatakan tetamu itu adalah orang yang telah selamatkan nyawanya.

Tapi, dia tidak berputus asa. Setiap hari dia akan datang ke hospital semata-mata untuk bertemu dengan Sung Yoon. Walaupun jawapan lelaki itu tetap sama seperti hari sebelumnya. Hari ini mungkin pelaung terakhirnya kerana dia akan pulang ke Kundasang pada keesokkan harinya dan jika Sung Yoon enggan juga menemuinya Deana terpaksa menyerahkan barang Sung yoon yang terselamat pada doktor untuk diberikan pada lelaki itu.

Tidak lama kemudian Doktor Patrick dan beberapa orang jururawat keluar dari dalam wad Sung Yoon. Belum sempat Deana membuka mulut untuk bertanya tentang lelaki warga Korea itu. Doktor Patrick pantas memberitahu Deana bahawa Sung Yoon telah mengubah fikiranya dan mahu bertemu dengan Deana. Buat masa ini dia cuma boleh percayakan gadis yang telah selamatkan nyawanya dan dia juga perlu bantuan Deana untuk menghubungi syarikat pengurusanya di Korea.

Bukan main gembira lagi Deana mendengar khabar baik itu. Dia tundukkan kepala serendah 90 darjah sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Doktor Patrick kerana telah berjaya meyakinkan lelaki warga Korea itu. Doktor Patrick hanya membalas tersenyum dan terus beredar dari situ.

“Alhamdulillah syukur Ya Allah” dia tidak lupa memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah melembutkan hati Sung Yoon. Berbanding dengan menitipkan barang-barang milik lelaki itu kepada orang lain, lebih baik dia pulangkanya sendiri. Manalah tahu jika Sung Yoon ingin mendengar cerita bagaimana dia boleh diselamatkan daripada hangus terbakar dalam kereta.

“Bismillahirahmanirahim” dengan ucapan ‘bismilah’Deana menggenggam tombol pintu dengan perasaan yang berdebar-debar. Dia tidak dapat meneka apa reaksi Sung Yoon melihatnya nanti. Mungkin sekali pandang Sung Yoon akan menyapanya dalam bahasa Korea atau dia sendiri yang akan memperkenalkan diri dalam bahasa Korea kerana bimbang lelaki itu tidak memahami bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

“Fuhh!” nafas dia tarik dalam-dalam lalu menolak pintu dengan perlahan-lahan. Melalui celah pintu yang sedikit terbuka dia mengintai Sung Yoon yang sedang terbaring di atas katil. Teruk juga keadaaan dia sampai kedua-dua kaki berbalut. Kepalanya juga berbalut kerana terkena hentakkan yang kuat. Mujur tak hilang ingatan.

“Excuse me Mister Choi may I…”

  “Just come in” celah Sung Yoon. Dia sudah melihat Deana yang terintai-intai di muka pintu tadi.

Mendengar kata-kata Deana menolak pintu dengan lebih luas. Dia masuk ke dalam dengan langkah yang agak perlahan. Buntang mata tidak berganjak dari menatap wajah serius Sung Yoon. Pipi kanan lelaki itu bertampal kerana terkena serpihan kaca begitu juga dengan tangan kiri dan kananya. Mungkin itu kesan akbiat dia pecahkan cermin kereta untuk keluarkan Sung Yoon dari situ.

“Are… you okay?” soal Deana sebagai tanda sapaan pada Sung Yoon.

Sung Yoon hanya tersenyum lalu memuncungkan bibir ke arah kaki yang berbalut. “You can see that right. I’m not okay.” jawab Sung Yoon kedengaran seperti dingin. Tapi, dia sedang tersenyum.

Deana mengangguk. Ada betulnya juga jawapan yang diberikan oleh Sung Yoon. Dia tidak sepatutnya bertanyakan soalan itu bila dia sendiri dapat melihat bagaimana teruknya keadaan Sung Yoon. Dia kemudian menghulurkan wallet Sung Yoon yang telah dikembalikan oleh pihak polis sejak beberapa hari lepas. Melihat lelaki itu mengambilnya sendiri membuatkan Deana benar-benar berasa lega. Dia akhirnya telah menunaikan amanahnya dengan baik.

Sung Yoon mengambil wallet tersebut lalu melarikan semula pandangan pada Deana. Dia tidak tahu bagaimana Deana boleh selamatkan wallet yang ada di atas tempat duduk penumpang. Deana tersenyum lalu memberitahu Sung Yoon bahawa Danial yang telah mengambil wallet tersebut ketika dia membantu Deana untuk keluarkan Sung Yoon dari dalam kereta. Cuma wallet itu memberikan mereka maklumat tentang identiti lelaki yang tidak dikenali itu.

“Thank you” ucap Sung Yoon lalu meletakkan wallet di atas meja.

You’re wlecome. Err… get well soon and I think I should go now. Annyeonghigaseyo (selamat tinggal)” ucap Deana dengan senyuman. Dia bongkokkan tubuh serendah sembilan puluh darjah lalu berpaling ke belakang. Syukur kepada Tuhan kerana urusanya telah dipermudahan. Sung Yoon yang tadinya kelihatan dingin tetap memberikan ucapan ‘terima kasih’ ata apa yang telah dia lakukan untuknya. Tidak seperti sesetengah manusia yang hanya berpura-pura baik. Tapi hakikat yang sebenar mereka mempunyai sifat talam dua muka.

Good job Dee.

Deana tersenyum lalu mengatur langkah satu persatu menuju ke pintu keluar. Namun belum sempat tangan menggenggam tombol pintu, suara Sung Yoon kembali menyapa ke telinganya. Deana menoleh ke belakang dan Sung Yoon melambaikan tangan memanggilnya. Setelah bertemu sendiri dengan gadis yang telah menyelamatkan nyawa dari terbakar dalam kereta. Sung Yoon merasakan Deana tidak mengenalinya kerana reaksi dan layanan Deana tidak sama seperti gadis-gadis yang dia jumpa sebelum ini

“Yes Mister Choi what can I help you?’ soal Deana dengan senyuman.

Sung Yoon tarik nafas dalam-dalam. “May I borrow your handphone?” pinta Sung Yoon dalam keadaan teragak-agak. Tapi, dia sudah tidak punya pilihan lain kerana keadaan di Korea pasti riuh kerana sudah beberapa hari tidak mendengar apa-apa khabar darinya.

“Oh. Of course” Deana pantas mengeluarkan telefon dari dalam bag lalu dihulurkan pada Sung Yoon.

Kamsahamnida (Terima kasih)’ ucap Sung Yoon menggunakan bahasa Korea.

Deana hanya membalas dengan senyuman lalu berjalan menuju ke jendela. Dia tidak mahu mendengar perbualan yang mungkin akan peribadi itu. Tapi, Sung Yoon seakan-akan tidak kisah jika dia mendengar perbualan itu kerana pada pandanganya gadis yang kelihatan berasal dari kampung dan naif itu tidak berminat dengan dunia hiburan Korea sehingga dia tidak mengenali siapa Choi Sung Yoon.

Dia menekan butang panggil lalu melarikan pandangan pada Deana yang sedang termenung jauh melihat pemandangan Kota Kinabalu dari tingkat lapan. “Tak mungkin dia faham bahasa Korea” gumamnya tersenyum. Panggilanya masih belum lagi diangkat oleh pengurus mereka Park Min Seong.

“Min Seong Hyung, ini saya Sung Yoon” sapa Sung Yoon sebaik saja Min Seong menjawab panggilanya.

“Apa? Sung Yoon?” Min Seong yang sedang menjamu selera sendiri di restoran Korea tersentak ketika mendengar nama pemanggil itu Sung Yoon. Dia jarakkan telefon dari telinga untuk melihat nombor yang menghubunginya. Nombor telefon itu bukan milik Sung Yoon. Tapi, yang sedang bercakap denganya adalah Sung Yoon.

“Yah! Neo eoddiya? (Hei! Kau kat mana?) takkanlah tempat kau melancong tu langsung tak ada line? Ni nombor telefon siapa? Jangan kata orang dekat kampung tu culik kau dan minta kami bayar duit tebusan? Kau ni menyusahkan betul. Kalau kau bercuti dekat Pulau Jeju mesti benda-benda…’ bebel Min Seong panjang lebar. Dia langsung tidak memberikan peluang untuk Sung Yoon menjelaskan apa yang telah berlaku padanya dalam tempoh beberapa hari ini.

Sung Yoon tersenyum. Namun dahinya mula berkerut. Dia tidak pasti bila bebelan Min Seong akan berhenti. Keadaan mungkin akan bertambah kelam kabut jika Min Seong tahu kejadian ini “Min Seong Hyun, bagilah saya ruang untuk jelaskan apa yang berlaku” celah Sung Yoon. Jika dia tidak mencelah sekarang, Min Seong akan berfikir yang bukan-bukan tentangnya.

Min Seong menghela nafas panjang. “Apa dia? Jelaskan sekarang” Min Seong akhirnya memberi peluang pada Sung Yoon untuk bercakap.

“Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya…”

“Apa? Kemalangan?” hendak tercabut anak tekak ketika mendengar berita yang mengejutkan dari Sung Yoon. Pelanggan yang berada dalam restoran semuanya memandang ke arah Min Seong. Min Seong menundukkan kepala sebagai tanda pemohonan maaf.

“Dengarlah dulu” pinta Sung Yoon.

Araseo, ppalli malhae (Baiklah. Cepat cakap)” jawab Min Seong mengangguk.

 Sung Yoon mula menceritaan saat cemas kemalangan yang berlaku ketika dia dalam perjalanan ke Kundasang beberapa hari lepas. Dia merasakan dirinya mungkin telah hangus terbakar sekiranya Deana seorang gadis kampung yang kelihatan naif itu berani meletakkan nyawanya dalam bahaya semata-mata untuk menyelamatkan lelaki yang tidak dia kenali. Dia juga memberitahu Min Seong bahawa laporan perubatan dari doktor pakar menyarankan supaya dia berehat untuk beberapa bulan sekiranya dia ingin teruskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi idola.

“Penyanyi idola? K-Pop?” gumam Deana. Dia menoleh ke belakang melihat tepat ke wajah Sung Yoon yang bertampal. Biar betul lelaki yang aku selamatkan ni seorang penyanyi idola atau K-Pop? Inilah masalah kalau tidak bergaul dengan dunia luar. Penyanyi Korea lagi aku kenal, artis Malaysia pun bukanya semua aku kenal. Bisik hatinya. Mata tidak berkelip memandang Sung Yoon.

Sung Yoo yang menyedari Deana sedang memerhatinya pantas memandang Deana. Tapi, Deana dengan tenang hanya membalas renungan itu dengan sekuntum senyuman manis. Takkanlah dia faham apa yang aku bualkan dengan Min Seong? Bisik hati Sung Yoon pula. Dia mengembalikan semula pandangan ke hadapan.

“Choi sung Yoon, Choi Sung Yoon, Choi Sung Yoon kau tahukan Golden Boys nak comeback hujung bulan ni? Sekarang kau nak buat apa?” Min Seong agak kecewa dengan kejadian yang menimpa Sung Yoon. Tapi, pada masa yang sama dia juga tidak mampu lakukan apa-apa untuk selamatkan Sung Yoon.

“Min Seong Hyung, Hyung dah lupa ke yang saya takkan sertai comeback kali ini? Bos kata saya tak layak untuk Golden Boys Saya lebih sesuai untuk jadi backup dancers untuk selama-lamanya” balas Sung Yoon. Dia juga terkesan dengan kata-kata Shin Jung Yeop yang menanggap Sung Yoon tidak pernah serius dengan apa yang dia lakukan dan imejnya bertambah teruk bila video dia bergaduh dengan pelatih-pelatih lama Haellim Entertainment tersebar baru-baru ini. Ramai yang menyalahkan Sung Yoon sebagai penyebab mengapa Song Hae Joon dan Han Min Joong meninggalkan agensi tersebut.

Min Seong menghela nafas panjang lalu bersandar pada kerusi. Dia sendiri tidak tahu siapa yang telah mengambil dan sebarkan video itu. Tapi, semua itu tidak penting sekarang, apa yang patut Sung Yoon lakukan adalah membuat pemohonan maaf secara rasmi kepada orang ramai. Dia perlu bersihkan imejnya semula jika ingin terus bertahan sebagai anggota Golden Boys.

“Saya takkan pukul orang tanpa sebab. Min Joong dah hina…”

Belum sempat dia mencerita punca sebenar mengapa kejadian enam tahun lepas berlaku. Min Seong pantas mencelah dengan memberitahu Sung Yoon bahawa penjelasanya tentang punca kejadian itu tidak penting untuk peminat mereka. Apa yang mereka ingin Sung Yoon lakukan sekarang adalah pemohonan maaf terhadap peminat dan mangsa Song Hee Joon dan Han Min Joong.

Sung Yoon mengetap bibir ketika mendengar kata-akata Min Seong. Nampaknya kejadian itu lebih penting berbanding dengan kejadian yang hampir meragutnya nyawanya. Ada kalanya dia merasakan dunia itu tidak adil kerana tidak ada sesiapa yang berada dipihaknya. Dia juga mangsa dalam kejadian itu dan tidak mungkin akan membuat pengakuan maaf untuk kesalahan yang tidak pernah dia lakukan.

“Kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Minta maaf dengan segera sebelum kau dibuang dari Golden Boys” sambung Min Seong.

Sung Yoon tersenyum sinis. “Nampaknya pemohonan maaf lebih penting dari apa yang menimpa saya sekarang. Saya akan lakukan bila saya dah sedia” jawab Sung Yoon agak kecewa.

“Ini semua untuk nama baik kau Sung Yoon. Aku tak nak orang ramai terus benci kau. Aku akan uruskan tiket untuk kau pulang ke Seoul secepat mungkin. Kita selesaikan semuanya di sini nanti” kata Min Seong dengan lebih serius.

Sung Yoon diam membisu. Kata-kata Min Seong benar-benar telah menguris hatinya dan buat masa ini dia tidak akan pulang ke Korea memandangnya dia juga tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti bersama Golden Boys ataupun secara individu. Dia akan pulang bila keadaanya telah pulih sepenuhnya. Mungkin ketika itu dia akan pertimbangkan semula permintaan Min Seong untuk dia membuat pemohonan maaf secara rasmi melalui agensinya Haellim Entertainment dan media.

“Baiklah kalau itu yang kau nak. Aku akan bagitahu bos. Tapi kau kena ingat yang kau akan buat pemohonan maaf juga. Jangan rosakkan lagi imej Golden Boys sebab sikap degil kau” pesan Min Seong sebelum Sung Yoon memutuskan panggilan.

Gwaenchanhayo Sung Yoon sshi? (Awak tak apa-apakah Encik Choi?)” soal Deana. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati Sung Yoon.

Pertanyaan Deana yang bertutur dalam bahasa Korea benar-benar mengejutkan Sung Yoon. Dia mendongak sedikit melihat Deana yang berdiri di sampinya sambil tersenyum. “Hangukeo alseyo (Awak tahu berbahasa Korea?)” soalnya dengan raut wajah yang jelas masih terkejut.

Jeogeum (Saya cuma tahu sedikit)” jawab Deana.

Sung Yoon tersenyum lalu menghela nafas lega. Dia tidak tahu mengapa baru sekarang dia boleh menghela nafas lega dan selamat bila mengetahui Deana boleh bertutur dalam bahasa Korea. Dia kemudian memberikan semula telefon bimbit Deana kepada pemiliknya yang diseratkan dengan ucapan terima kasih.

Kamsahamnida. Geundaeyo… Jeo nugu arayo? (Terima kasih. Tapi… awak kenal siapa saya?) soal Sung Yoon. Dia mahu menguji sama ada gadis itu mengenalinya atau tidak.

“Err… Joeseonghaeyo. Mollayo (Maafkan saya. Saya tak kenal awak)) jawab Deana membongkokkan tubuh serendah sembilan puluh darjah.

Jawapan jujur Deana mengundang senyum dibibir Sung Yoon. Sekarang dia sedar bukan semua remaja seperti Deana meminati muzik K-Pop atau Golden Boys masih belum cukup popular untuk dikenali di luar negara seperti di Malaysia. Tapi, bagus juga jika tidak ada sesiapa mengenalinya. Bolehlah dia meneruskan hidupnya di sini sebagai Choi Sung Yoon dan bukanya Y.

 

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 01 | Bab 2 | Bab 03 | Bab 04 | Bab 05 | Bab 06 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku