WHISTLE KE HATIKU
Bab 03
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 12 September 2017
Mampu Cinta yang tersimpan diucapkan apabila Deana dan Sung Yoon bertemu semula dalam situasi yang berbeza?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
253

Bacaan






MATA Deana meliar memerhati kawasan halaman rumah Danial yang sepi. Kereta milik Danial ada. Tapi, pintu dan jendela rumah tertutup rapat seolah-olah tidak berpenghuni. Dia kemudian, keluarkan telefon dari dalam poket untuk menghubungi Danial. Sekali lagi dia hampa bila kawan baiknyaa itu tidak menjawab panggilan.

“Ish! Pergi mana Key ni? Takkanlah tengah-tengah hari buta macam ni masih tidur?” rungut Deana sendirian. Dia yang datang dengan membawa mangkuk tingkat membuat keputusan untuk menunggu Danial di situ. Punggung dilabuhkan pada kerusi dekat meja bulat yang berpayung sambil mata meliar memerhati kawasan sekeliling. Pasti ibu Danial sedang sibuk berniaga di pasar sekarang. Ayahnya pula mengajar di sekolah menengah dekat Ranau dan dia pula sudah pastinya sedang lena dia atas katil.

“Danial, Danial, Danial, macam manalah mahu maju kalau matahari sudah tegak di kepala pun kau belum bangun lagi” bebel Deana lagi. Buntang mata diarahkan pada jendela bilik Danial yang masih tertutup.

Sementara menunggu Danial keluar dari istananya. Deana mula menghabiskan masa bermain telefon. Tidak ada yang menarik pada facebook, twitter atau laman Instagramnya. Kebanyakkan kawan-kawan seusia mereka ada yang melanjutkan pengajian ke universiti, bekerja penjawat awam dan swasta dan tidak kurang juga ada yang berkongsi saat bahagia mereka bersama kekasih masing-masing.

“Untunglah ada boyfriend” gumam Deana tersenyum.

Sepanjang dia hidup selama hampir dua puluh tahun. Dia tidak pernah menerima surat cinta daripada mana-mana lelaki. Bukan kereana tidak ada orang sukakan dia. Tapi, semuanya disebabkan Danial yang selalu saja mengikut ke mana dia pergi. Alasanya mahu menjaga keselamatan Deana atas arahan Tok Man dan Nek Sarah iaitu datuk dan nenek kandung Deana.

“Hoi!” suara yang datangnya dari pagar menyedarkan Deana dari lamunanya. Pandangan dia larikan dari skrin telefon ke arah pagar. Kelihatan seorang gadis atau sumandak etnik Dusun sedang mlambai-lambaikan tangan padanya.

Sumandak K-Pop ni rupanya. Marilah masuk!” panggilnya sambil melambaikan tangan.

  “Hei, kau buat apa duduk depan rumah orang ni?” Adeline mengambil tempat berhadapan dengan Deana.

“Saya tuggu tanak wagu (gelaran untuk remaja lelaki) kaulah bah. Tengah-tengah hari buta tapi belum bangun lagi” jawab Deana dalam nada merungut. Sudah hampir setengah jam dia duduk di halaman rumah yang sunyi sepi itu. Mungkin kalau ibu atau ayah Danial ada dia pasti dia sudah minta mereka untuk kejutkan Danial.

“Oh” Adeline mengangguk lalu menoleh ke pintu rumah yang tertutup.

“Dee, macam manalah lelaki Korea yang kau selamatkan hari tu/ Kau ada jumpa diakah? Hensem? Ada iras-iras penyanyi K-Popkah? Pelakon Koreakah?” soal Adeline. Bukan main teruja lagi dia bila bercerita tentang lelaki Korea. Maklumlah cita-cita selain daripada mahu jadi permaisuri Danial dia berangan nak berjumpa dengan idola pujaanya.

“Penyanyi K-Pop?” Deana diam seketika ketika mendengar perkataan itu disebut oleh Adeline. Dia baru teringat identiti sebenar lelaki yang Korea yang telah dia dan Danial selamatkan. Dari perbualannya Sung Yoon dan pengurusnya, dia dapat meneka Sung Yoon adalah seorang penyanyi solo atau mungkin berkumpulan. Tapi, kumpulan apa dia sendiri tidak dapat mengenal pasti kerana kumpulan K-Pop yang dikenalinya hanya Super Junior dan TVXQ.

Rasa-rasanya kalau aku cari nama dia dekat lebai google akan keluar ke tak gambar Choi Sung Yoon tu? Bisik Deana dalam hatinya. Dia mula mencari nama Choi Sung Yoon di laman google dan menemui banyak gambar Sung Yoon secara solo dan berkumpulan. Selepas melihatnya dengan sekali imbas, Deana memberikan telefon bimbitnya kepada Adeline.

“Apa?” Adeline mengambil telefon itu dengan wajah kosong.

“Kau tengoklah gambar lelaki tu. Manalah tahu kau kenal” jawab Deana lalu bersandar pada kerusi sambil kepala mendongak ke langit. Awam mendung nampaknya sudah mula berkumpul di ruang udara menandakan berkemungkinan besar hujan akan turun bila hari menjelang petang nanti.

“Oh my god!” bulat mata Adeline ketika melihat gambar itu. Tangan kanan menutup mulut yang ternganga. Dia seakan-akan tidak percaya dengan wajah lelaki itu. Bagaimana dia boleh terlibat dalam kemalangan itu sedangkan Adeline baru saja mmbaca artikel bahawa kumpulan mereka akan membuat kemunculan kembali dua minggu dari sekarang.

“Kenapa? Kau kenal?” soal Deana. Geram pula melihat reaksi berlebihan dari Adeline.

“Gila tak kenal! Ni Jeon Jung Gook ahli kumpulan BTS. Wei kenapa kau tak bagitahu saya lelaki tu dia? Kalau tidak, saya mesti ikut kau dengan Danial lawat dia. Oh my Kookie…” dia kembali menatap gambar yang terpapar di skrin telefon.

Jeon… Jeon Jung Gook? Setahu aku nama lelaki ni bukan Jeon Jung Gook. Tapi, Choi Sung Yoon. Macam mana pula Choi Sung Yoon boleh Jeon Jung Gook? Dia guna nama pentas untuk jadi penyanyi K-Pop ke apa? Bebel Deana dalam hatinya. Dia mula keliru bila mendengar kawan baiknya itu memanggil Sung Yoon dengan nama lain.

“Hei, kenapa kau tak bagitahu saya lelaki tu Jung Gook BTS? Oh my Kooie! Kesianya dia. Mesti dia…”

Belum sempat Adeline meluahkan rasa kesalnya terhadap kejadian yang menimpa lelaki yang disangka adalah Jeon Jung Gook ahli termuda kumpulan popular BTS (Bangtan Boys). Deana pantas mencelah dengan memberitahu Adeline bahawa nama lelaki itu bukanlah Jeon Jung Gook. Tapi, Choi Sung Yoon.

“Choi… Sung Yoon?”

“Ya, saya baca sendiri nama dia dekat kad pengenalan tu Choi Sung Yoon. Bukannya Jeon Jung Gook kau tu” jawab Deana sambil menganggukkan kepala.

Mendengar saja jawapan itu. Dia kembalikan semula pandangan ke skrin telefon Jemari menolak skrin telefon ke kiri untuk melihat gambar-gambar yang lainnya. “Betullah dia ni Y bukannya Jung Gook aku” kata Adeline setelah melihat gambar Sung Yoon yang lain. Sekarang baru dia menghela nafas lega.

“Y lah pulak. Hei, nama dia ni Choi Sung Yoon bukan Jeon Jung Gook atau Y. Itulah artis K-Pop ni muka semua sama. Entah original atau tidak diorang tu” balas Deana. Dia tidak faham apa yang seronok sangat dengan menjadi seorang peminat K-Pop.

Excuse me Deana, Choi Sung Yoon tu nama betul dia. Nama dalam kad pengenalan. Y tu nama pentas dia. Kau cuba tengk ni” Adeline mula geram bila mendengar Deana memanggil idolanya mungkin menjalani pembedahan plastik menunjukkan gambar Sung Yoon ketika berada di sekolah menegah rendah (middle school0. Deana mengangguk menagkui wajah Sung Yoon sebelum menjadi penyanyyi dan sekarang tidak jauh bezanya. Setelah itu, Adeline menunjukkan gambar Jung Gook bersama Sung Yoon.

Deana mengerutkan dahi kerana merasakan mereka berdua memang seiras seperti adik dan abang. Tapi, bagi Deana wajah Sung Yoon lebih kelihatan matang dan kacak. Bila dua pendapat yang berbeza itu bertemu, keadaan mula kecoh. Deana yang selama ini tidak berminat dengan seorang pun artis yang berasal dari Korea tiba-tiba saja mempertahankan Sung Yoon. Manakala Adeline mempertahankan suami idamanya iaitu Jeon Jung Gook.

“Hoi! Hoi! Hoi! Apa hal kecoh-kecoh depan rumah saya ni hah?” suara bingit dua gadis itu mengejutkan Danial yang sedang lena.

Deana dan Adeline melarikan pandangan ke tingkap yang sedang terbuka luas. Kelihatan Danial dengan rambut agak serabai menyapa mereka dari tingkap. Dia menggeleng-gelengkan kepala dengan dahi sedikit berkerut. Entah apalah yang dibualkan oleh dua sumandak itu sehingga suara mereka kedengaran jelas dibiliknya.

“Awal bangun?” sapa Deana sebaik saja Danial keluar dari rumah.

“Saya tengok bola semalam. Itu yang terlajak sampai ke tengah hari. Kamu berdua buat apa daang rumah saya ni?” soal Danial mengambil tempat di satu lagi kerusi kosong yang ada.

“Saya limpas (lalu) saja tadi. Perempuan ni yang panggil saya masuk sini” jawab Adeline agak malu-malu.

Danial mengangguk lalu melarikan pandangan Deana yang duduk bersandar pada kerusi. Dia ni kalau datang di rumah Danial memang akan menganggap rumah itu seperti rumahnya sendiri. Mujur orang tuanya tak ada dirumah. Kalau tidak, dia pasti sudah menyertai mereka makan tengah hari bersama.

“Kau buat apa sini?” soal Danial lagi.

“Buat apa? Kau lupakah yang kau kata mahu hantar saya pergi KK hari ni? Janji pukul 1.00 gerak. Sekarang sudah pukul 1.00. Tapi, kau baru bangun. Apa kes” bebel Deana dengan geram. Hidangan dalam nangkuk tingkat yng dia bawa pun sudah mula sejuk.

Danial ketuk kepala, dia hampir terlupa tentang janjinya pada Deana beberapa hari lepas. Dia melihat jam di skrin telefon Deana dan memberitahu gadis itu supaya memberikan dia masa selama sepuluh minit untuk bersiap. Tapi ketika punggung hendak diangkat dari kerusi. Buntang matanya terpana pada mangkuk tingkat Deana.

“Kau bawakan saya makan tengah harikah?” soal Danial agak terharu. Dia tidak menyangka Deana akan memberikan layanan sebaik itu.

Deana tersenyum lalu menarik mangkuk tingkat itu rapat ke sisinya. “Excuse me, jangan perasan. Ini untuk orang lain. Cepatlah bersiap” jawab Deana sambil menolak kasar bahu Danial.

Jealousnya saya tengok kamu berdua rapat. Saya pun mahu juga berkawan dengan Danial” celah Adeline. Jujur dihatinya ada terdetik sedikit rasa cemburu melihat keakraban Danial dan Deana. Ada kalanya terlintas juga difikiran benarkah hubungan mereka hanya sekadar kawan baik atau mungkin lebih dari itu.

Mata Deana dan Danial tidak berkelip ketika mendengar kata-kata sedih Adeline. Danial kemudian menghela nafas panjang lalu melarikan pandangan pada Deana.

“Kenapa dengan kawan kau ni? Demamkah apa?” soal Danial hairan.

Deana angkat bahu. “Tak tahulah. Tiba-tiba emosional pula dia ni. Hei, kita bertiga ni memang kawan baik apa. Kau tu yang malu-malu dengan Danial. Danial layan kau sama macam Danial layan saya” jawab Deana. Dia mengukirkan senyuman di hujung ayat.

Danial mengangguk sebagai tanda setuju. Danial sebenarnya tahu Adeline menaruh perasaan terhadapnya. Tapi, demi tidak merosakkan hubungan persahabatan mereka yang sudah menjangkau sepuluh tahun, Danial berpura-pura untuk tidak menyedarinya dan terus menganggap dua gadis itu seperti adik kandungnya sendiri.

“Sudahlah, dari saya layan kamu berdua ni lebih baik saya madi. Kau mahu ikut pergi KK?” Danial bingkas bangun. Buntang mata dihalakan pada Adeline.

“Tidak. Saya sibuk petik strawberi petang ni” jawab Adeline menggeleng sambil terenyum.

“Okey. Jangan lupa bagi saya sikit” gurau Danial. Dia terus berjalan agak selamba masuk semula ke dalam rumah. Adeline menggelengkan kepala kerana tidak menyangka yang Danial akan tunjukkan dirinya yang agak selekeh selepas bangun dari tidur. Tapi bagi Deana, itu adalah perkara biasa. Dia pernah melihat keadaan Danial yang lebih teruk daripada itu. 



SUNG Yoon perlahan-lahan menurunkan kedua-dua kaki yang bersimen ke bawah. Pandangan kemudian, dia larikan ke luar jendela. Dunia glamor tidak beguna bila dia ditimpa masalah seperti ini. Tidak ada sesiapa datang melawatnya atau bertanya khabarnya. Cuma doktor dan nurse yang bertugas saja menjadi penemanya.

Dia kemudian melarikan pandangan ke bawah melihat kaki yang entah bila akan hilang balutanya. Dalam keadaan seperti ini dia merasakan diri terasa begitu sukar untuk bergerak sehingga hendak pergi ke tandas pun dia terpaksa bergerak perlahan-lahan dengan menggunakan tongkat di kiri dan kanan. Setelah tongkat diambil Sung Yoon bangun. Namun, belum sempat dia mengatur langkah menuju ke tandas. Kedengaran pintu dibuka oleh seseorang.

Sung Yoon tersenyum kerana menyangka yang datang adalah Doktor Patrick. Tapi, senyuman dibibir serta merta mati bila melihat yang muncul dari pintu itu adalah Deana bersama mangkuk tingkatnya. “Annyeong Mister Choi” sapa Deana lebih mesra dari sebelum ini. Dia pantas berjalan mendekati Sung Yoon. Mangkuk tingkat diletakkan di atas meja.

“Where are you going Mister Choi?” soal Deana. Dia berasa hairan melihat Sung Yoon berdiri bersama tongkatnya.

Hwajang shil (Tandas)” jawab Sung Yoon. Matanya tidak berganjak dari memandang Deana. Dia tidak menyangka gadis itu akan datang melawatnya lagi.

“Hwa… jang shil? Hwangjang shiil is toilet right?” teka Deana.

Sung Yoon hanya mengangguk. Bagus juga pengetahuan gagis itu dalam bahasa Korea. Tapi, bila diperhatikan wajah Deana mengingatkan dia pada seseorang. Seseorang itu siapa? Berkerut dahinya cuba mengingati seseorang itu.

Selepas berfikir seketika Deana menawarkan diri untuk membantu Sung Yoon berjalan ke tandas. Sung Yoon menolak kerana merasakan dia tidak perlukan bantuan sesiapa untuk berjalan. Tap, Deana pantas berdiri disebelah Sung Yoon. Tongkat Sung Yoon dia pegang membuatkan Sung Yoon hampir hilang keseimbangan diri ketika berdiri.

“Yah! What are you…”

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya Deana pantas meletakkan tangan Sung Yoon pada bahunya. Manakala tangan kiri merangkul pinggang Sung Yoon. Dia memandang Sung Yoon sambil tersenyum. “Nan neo dowajulge…yo (Saya akan tolong awak)” kata Deana. Dia hampir terlupa untuk menggunakan kata ‘Yo’ untuk menjadikan perbualanya lebih sopan memandangkan Sung Yoon lebih tua dan bukanlah kawan rapatnya.

Sung Yoon ketawa.Dia menggelengkan kepala. Apa agaknya yang sedang bermain dalam minda gadis muda ini sehingga dia menjadi begitu baik untuk membantunya. Tapi, dia tidak mengalu-alukan bantuan itu kerana dia tidak mahu masuk ke dalam tandas bersama seorang gadis.

“Dowajusyeoseo neomu kamsahamnida. (Terima kasih kerana sudi memanbantu) Tapi, saya tak perlukan bantuan awak. Saya boleh jalan sendiri” jawab Sung Yoon. Dia pantas mengalihkan tanganya dari baru Deana lalu mengambil semula tongkat dari tangan kanan gadis yang kelihatan lebih ceria dari kali pertama mereka bertemu beberapa hari lepas.

Araseo. Jeoshimhae (Baiklah. Tapi, hati-hati ya)” balas Deana. Sempat juga dia berpesan supaya Sung Yoon berhati-hati dengan keadaan tandas yang agak licin. Kalau terjatuh, tak pasal-pasal kecederaanya bertambah teruk dan terpaksa tinggal dengan lebih lama di hospital.

Sementara menunggu Sung Yoon, dia mula membuka mangkuk tingkat dan menunjukkan beberapa hidangan yang dia buat sendiri dari rumah. Dia agak kecewa kerana semuanya telah pun sejuk. Tapi, dia yakin masakan lebih enak berbanding dengan hidangan percuma yang disediakan oleh pihak hospital. Bubur nasi yang diberikan sebagai sarapan pagi tadi masih lagi tidak disentuh oleh lelaki Korea itu. Deana menggelengkan kepala lalu duduk di atas katil itu sambil mata meliar ke segenap ruang yang ada.

“Mesti dia sunyi sebab seorang-seorang dekat wad ni. Kat Koreakan dia tinggal dengan sepuluh orang lagi ahli kumpulan dia. Tapi, pelik juga penyanyi K-Pop macam dia ni dilepaskan untuk bercuti seorang diri” omel Deana sendiri. Ketika dalam perjalanan tadi dia sempat mencari tahu tentang kumpulan Golden Boys dan mendengar lagu mereka yang berjudul ‘I like you so much’ suara Sung Yoon dan seorang lagi ahli Golden Boys benar-benar membuatkan Deana mahu mendengar lelaki itu menyanyi dihadapanya.

Beberapa minit kemudian Sung Yoon keluar dari tandas lalu kembali smula ke katilnya. Punggung dia labuhkan di atas katil sambil buntang mata memandang Deana. Namun bau enak yang datang dari mangkuk tingkat itu mengganggu pernafasan Sung Yoon.

Mwoya ige? (Apa semua ni?)” soalnya. Dia menelan liur ketika melihat kimbab, dan pelbagai jenis laut terhidang di atas meja.

“Semua ni saya bawa untuk Mister Choi. Rasalah saya masak sendiri. Original by me” jelas Deana menghulurkan chopstik kepada Sung Yoon. Namun Sung Yoon pantas menggeleng kepala menolak pemberian Deana. Deana tunduk lalu meletakkan semula chopstik di atas meja. Kalaupun hidangan yang dia masak itu tidak sesedap hotel lima bintang. Sung Yoon sepatutnya mencuba dan memberi komen supaya dia boleh perbaiki kekuranganyan. Menyediakan hidangan Korea bukanlah satu perkara yang mudah untuknya.

“Tidak apaah kalau Mister Choi tidak mahu makan. Saya akan bawa…”

“Siapa kata saya tak nak makan? Saya kata tunggu kejap sebab saya nak naikkan kaki saya dekat atas katil” celah Sung Yoon sebelum Deana membebel dengan lebih panjang lagi.

Mata Deana bulat mendengar kata-akta Sung Yoon tadi. Buntang mata dia kembalikan pada Sung Yoon lalu tersenyum malu. Dia tidak menyangka itu maksud gelengkan kepala dan lima jari yang diangkat oleh lelaki Korea itu tadi. Tanpa berkata apa-apa Deana angkat punggung dari katil lalu membantu Sung Yoon untuk mengangkat kedua-dua kakinya ke atas katil. Kali ini dia tidak menolak bantuan Deana kerana memang sukar untuk dia melakukan kerja itu sendiri.

Setelah kedua-dua kaki berada di atas katil. Deana menolak dekat dengan dada Sung Yoon. Chopstik kemudian dia hulurkan lagi untuk kali kedua. Minta-mintalah kalii ini dia tak tolak chopstik aku. Kata Deana dalam hati dengan penuh debaran.

 “Kamsahamnida (Terima kasih)” ucap Sung Yoon. Dia mengambil chopstik yang diberikan oleh Deana.

Deana hanya mengangguk sambil tersenyum. Sekarang baru lega rasa hati bila lihat lelaki Korea itu mula menyuap sepotong kimbab ke dalam mulut. Dia mengunyah kimbab dengan mata terpejam dan sesekali kepala diangguk. Apa agaknya maksud anggukkan itu? Sedap ke tak sedap? Satu lagi perosalan bermain dalam mindanya ketika melihat reaksi Danial ketika menikmati hidangan yang dia sediakan sendiri.

“Eotteyo? (Macam mana sedap ke tak?)” soal Deana dengan rasa gementar.

Sung Yoon buka mata lalu mengambil sepotong lagi kimbab dan sekali lagi dia mengangguk sama seperti tadi. “Nappeuji anha. Mashisseo (Tak adalah teruk sangat. Sedap)” jawab Sung Yoon tersenyum.

“Alhamdulillah” Deana memanjat syukur kepada Allah SWT bila mendengar kata-kata yang membina dari Sung Yoon.  

“Al… Alham…dulillah? Museum deushiyeyo? (Apa maksud awak dengan Alhamdulillah?) “ soal Sung Yoon hairan. Itu bukanlah pertama kali dia mendengar perkataan ‘alhamdulillah’. Tapi, dia tidak pernah berminat mahu mengetahui maksud disebalik kata-kata itu.

Pertanyaan Sung Yoon mengundang senyum dibibir Deana. Dia tidak menyangka lelaki Korea itu berminat mahu mengetahui maksud ungkapanya tadi. Dengan tenang Deana menjelaskan maksud ‘alhamdulilah’ yang digunakan oleh umat Islam untuk menyatakan rasa syukur mereka kepada Allah SWT. Sung Yoon mengangguk sebagai tanda dia sudah memahami maksud disebalik kata-kata itu. Dia juga sepatutnya mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan kerana telah diberikan peluang kedua untuk hidup di dunia ini.

 Sambil Sung Yoon menjamah hidangan yang dibawa oleh Deana jauh dari Kundasang, sambil itu mereka mula berbual seperti seorang kawan. Sung Yoon meminta supaya Deana hanya memanggilnya dengan nama Sung Yoon ataupun Y. Baginya panggilan Mister Choi masih belum layak untuk dirinya. Deana memilih memanggil Sung Yoon dengan nama sebenarnya berbanding dengan nama pentasnya. Hal ini kerana dia mengenali Sung Yoon sebagai Choi Sung Yoon dan bukanya Y ahli kumpulan Golden Boys.

Geundaeyo ni ireumi mwoyeyo (Tapi, nama awak siapa ya?)” soal Sung Yoon. Ini adalah pertemuan keduaa mereka. Tapi, Sung Yoon masih belum mengetaui nama gadis yang duduk dihadapanya itu. Dia juga tidak tahu asal usul gadis itu. Dari luaran kulitnya sama seperti gadis-gadis di Korea. Dia juga agak fasih memahami bahasa Korea. Mungkinkah dia warganegara Korea yang membesar di Sabah.

Deana tepuk kepala ketika mendengar pertanyaan daripada Sung Yoon. Dia juga terlupa untuk memperkenalkan dirinya kepada Sung Yoon. Semuanya gara-gara perasaan berdebar setiap kali mata bertentangan dengan mata jejaka tampan dan comel itu. Dia bingkas bangun lalu berdiri di hadapan Sung Yoon. Tengok gaya seperti sedang bersedia memperkenalkan diri dengan formal.

“Annyeonghaseyo Choi Sung Yoon sshi. Jeoneun Deana Bong…” Deana diam seketika. Dia hampir mendedahkan identiti sebenarnya kepada Sung Yoon tadi. Buat masa ini biarlah Sung Yoon mengenalinya sebagai Bur Deana Aliya Binti Muhammad Soleh.

“Deana Bong?” soal Sung Hyun. Bong adalah salah satu nama keluarga yang terdapat di Korea. Sekarang dia bertambah yakin Deana adalah gadis Korea. Namun, keyakinanya hilang bila Deana memperkenalkan dirinya semula dengan nama islam iaitu Nur Deana Aliya. Sung Yoon tersenyum kerana lagak comel Deana yang menggelarkan dirinya seorang sumandak Sabah yang berwajah Korea dan agak terkenal dalam kalangan lelaki. Terkenallah sangat.

“Jilmun isseoyo? )Awak ada apa-apa soalan untuk saya?)” soal Deana masih berdiri di hadapan.

“Tak ada. Saya tak berminat nak tahu apa-apa selain daripada nama awak. Oh ya, umur awak berapa?” dia terlupa sesuatu yang penting lagi selain daripada nama orang yang telah selamatkan nyawa itu.

“20 tahun. Itu saja?” jawab dan soal Deana dengan nada suara yang kecewa. Masih banyak yang ingin dia perkenalkan pada Sung Yoon terutamanya tempat dia tinggal iaitu Kundasang. Jika Sung Yoon tidak menghalangnya dari terus bercakap. Sesi memperkenalkan diri akan bertukar kepada sesi memperkenalkan Sabah dan Kundasang yang mungkin akan mengambil masa lebih dari tiga puluh minit.

“Sumu sal (20 taun) you can seat now” arah Sung Yoon.

“Saya kakak atau kam lebih tua dari saya?” soal Deana lagi sebaik saja punggung mencecah kerusi.

Sung Yoon pandang Deana.”Naega oppada. (Saya lebih tua dari awak)” jawabnya lalu tersenyum.

 “Oppa?” gumam Deana. Sudah lama rasanya dia tidak mendengar atau menyebut perkataan ‘oppa’ kali terakhir mungkin sembilan ke sepuluh tahun yang lepas. Selepas itu dia tidak pernah lagi menyebutnya. Meskipun ketika menonton drama Korea dia cuma memanggil nama pelakon itu tanpa gelaran ‘oppa’. Tapi, entah bagaimana Sung Yoon telah berjaya membuatnya menyebut perkataan yang begitu asing baginya. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 01 | Bab 2 | Bab 03 | Bab 04 | Bab 05 | Bab 06 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku