WHISTLE KE HATIKU
Bab 06
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 12 September 2017
Mampu Cinta yang tersimpan diucapkan apabila Deana dan Sung Yoon bertemu semula dalam situasi yang berbeza?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
269

Bacaan






SUNG Yoon terpukau dengan keindahan waktu malam di bumi Kundasang. Cuacanya yang dingin memaksa dirinya memakai baju sejuk. Di langit jelas kelihatan sinaran bulan dan taburan permaidani bintng-bintang yang begitu cantik sekali. Sudah lama rasanya dia tidak merasakan kehidupan setenang ini sehingga dia hampir terlupa akan masalah yang perlu dia selesaikan sebaik saja kembali semula ke Seoul nanti.

Daeana keluar bersama milo panas dan kuih yang dibeli oleh Tok Sudin ketika keluar ke pasar petang tadi. Sung Yoon berasa segan bila Deana melayanya dengan begitu baik. Dia masih rasa bersalah kerana belum berkesempatan untuk membalas budi gadis itu yang telah membahayakan nyawanya semata-mata untuk menyelamatkan Sung Yoon. Dia mungkin tidak akan berada di dunia ini kalau bukan disebabkan Deana.

“Sung Yoon ssi jemputlah minum”

Kamsahamndia (Terima kasih)” ucap Sung Yoon dengan senyuman. Dia menghirup sedikit demi sedikit minuman itu untuk menghangatkan tubuh yang terasa dingin.

“Bila awak kembali ke Korea?” soal Deana.

Sung Yoon meletakkan cawan ke atas meja. “Entah. Mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin minggu depan. Saya belum beli tiket”

Deana mengangguk sebagai tanda dia memahami apa yang dimaksudkan oleh Sung Yoon. Dia dapat melihat dari raut wajah Sung Yoon yang dia berada dalam tekanan apabila memikirkan yang dia perlu kembali semula ke dunia glamornya dan terpaksa berhadapan dengan soalan para wartawan dan peminat yang tertanya-tanya ke mana dia telah hilangkan diri selama hampir sebulan.

“Chae Hyun ssi…” panggil Sung Yoon.

“Uh?” mata Deana tidak berkelip ketika mendengar Sung Yoon memanggilnya dengan nama Chae Hyun. Entah mengapa hatinya merasakan Chae Hyun itu bukanlah namanya. Tapi, pada masa yang sama jantungnya berdegup kencang setiap kali Sung Yoon memanggilnya dengan nama itu.

“Boleh saya panggil awak dengan nama Chae Hyun? Nama Deana agak rumit” sambung Sung Yoon. Buntang matanya menikam tepat ke dalam mata Deana.

“Hmm… Chae Hyun atau Deana atau Dee semuanya nama saya. Awak boleh panggil saya dengann nama yang awak suka” jawab Deana dengan senyuman. Dia tidak mungkin mengatakan ‘tidak’ sedangkan itu juga namanya. Jujur dalam lubuk hatinya ada sedikit rasa rindu mendengar seseorang memanggilnya dengan nama ‘chae Hyun’.

“Geurae, bangkapta Chae Hyun-ah (Baiklah, selamat berkenalan Chae Hyun)” kata Sung Yoon menghulurkan tangan kanan untuk berjabat tangan.

“Bangkapta Choi Sung Yoon ssi (Selamat berkenalan Choi Sung Yoon)” dia menerima salam perkenalan daripada Sung Yoon. Dia juga berharap selepas ini mereka berdua boleh berbual dengan selesa. Tapi, pada masa yang sama dia juga tidak mahu terlalu rapat dengan Sung Yoon kerana bimbang bila Sung Yoon kembali ke dunia glamornya dia akan melupai dirinya.

Keadaan di sekeliling terasa begitu sunyi bila kedua-dua mereka hanya menumpukan perhatian pada keindahan langit malam ciptaan Tuhan. Sesekali Sung Yoon jelingkan mata Deana yang dari tadi tidak lekang dengan senyuman. Dia tertanyatanya bagaimana gadis berusia 19 tahun seperti Deana boleh menjalani hidup yang begitu ceria sedangkan dia pernah melalui pengalaman yang pahit dalam hidupnya.  

Dia juga tidak tahu apa yang patut dia lakukan untuk membalas budi Deana dan Danial. Berikan mereka wang? Atau tiket percutian? Ke luar negara? Tapi, mustahil Deana akan menerima hadiah seperti itu kerana dia pernah memberitahu Sung Yoon ketika dia membuat keputusan untuk menyelamatkan Sung Yonn. Dia tidak pernah terfikir untuk meminta balasan apa-apa. Dia lakukan perkara itu atas dasar kemanusiaan.

“Chae Hyun-ah”

“Hmm?” Deana melarikan pandangan pada Sung Yoon

“Err…” Sung Yoon menggaru tengkuk yang tiba-tiba saja terasa gatal. Dia merasakan ini bukanlah masa yang sesuai untuk dia bertanya soalan itu. Dia tidak mahu Deana tersinggung pula nanti dengan pertanyaannya.

“Apa dia Sung Yoon ssi?”

“Err... boleh saya ikut awak ke kebun pagi esok?”

“Awak cakap apa? Awak nak ikut saya ke kebun?” mata Deana tidak berkelip memandang Sung Yoon. Dia mengerutkan dahi kerana merasakan penyanyi taraf antarabangsaa seperti Sung Yoon mungkin tidak sesuai berada di tempat seperti itu.

“Hei, awak jangan fikir saya seorang penyanyi idola. Saya tak mampu buat-buat kerja kebun. Saya seorang yang serbaboleh. Multi talented” jelas sung Yoon. Dia seolah-olah dapat membaca apa yang sedang difikirkan oleh Deana ketika itu.

“Okey. Kalau awak sendiri teringin sangat nak ikut. Saya tidak kisah dan tak rugi apa-apa. Tapi, awak jangan merungut pula nanti. Saya tak suka orang merungut. Aranya?!”

“Arata” jawab Sung Yoon tersenyum.

Deana juga tersenyum lalu mencapai milo panas yang sudah beransur sejuk. Dia kemudian mencapai sepotong kuih bulan dan sekeliping lagi diberikan pada Sung Yoon. Sung Yoon hanya menerima pemberian itu tanpa bertanya apa-apa soalan. Gelagat ceria. Tapi, ada kalanya kasar benar-benar mengingatkan dia pada salah seorang ahli kumpulan Golden Boys.

“Huh!” keluh Sung Yoon. Dia bersandar pada kerusi sambil menyuap kuih ke dalam mulut.

Deana hanya memandangnya dengan ekor mata.

“Do they miss me?” gumam Sung Yoon.

Nugu? (Siapa?)” soal Deana.

“Golden Boys” jawab Sung Yoon ringkas.

“Oh” Deana mengangguk.

Dia tidak tahu bagaimana mahu berikan reaksi kepada pertanyaan itu kerana dia baru saja membaca bahawa Golden Boys telahpun mengeluarkan teaser lagu mereka dengan 10 orang ahli.

“Mestilah mereka rindukan awak. Awak adalah vokalis utama kumpulan Golden Boys. Tanpa awak mesti sukar untuk mereka” sambung Deana dengan senyuman.

SungYoon tersenyum lalu tangan kanan mengusap lembut kepala Deana. Dia tahu Deana mengeluarkan kata-kata seperti itu untuk menenangkan hatinya. Dia juga gembira jika apa yang dikatakan oleh gadis kecil molek itu benar. “Maknanya sekarang awak adalah peminat saya?” soal Sung Yoon.

Deana tersenyum lalu mengalihkan tangan Sung Yoon dari kepalanya. “Maafkan saya Choi Sung Yoon ssi. Tapi, saya bukan peminat awak. Macam yang saya cakap sebelum ni, saya akan jadi peminat awak... no, I mean Y kalau saya tonton awak berada di atas pentas bersama Golden Boys” jawab Deana.

Sung Yoon mengangguk. “Okey. Awak memang degil dan tak nak mengaku awak peminat saya. Tak apa, saya ada satu permintaan untuk saya tahu awak peminat saya atau tidak” Sung Yoon tersenyum nakal.

Deana meneguk liur dengan dahi berkerut. “Apa dia?”

“Saya nak awak panggil saya ‘Oppa’” kata Sung Yoon.

“What?! Opp… Oppa?!” kuih yang ada dalam mulut seperti hendak tersembur keluar bila mendengar permintaan Sung Yoon. Deana ketawa sambil kepala digeleng ke kiri dan ke kana. Seumur hidupnya dia tidak pernah memanggil sesiapa dengan panggilan ‘Oppa’ melainkan abang kandungnya sendiri. Itupun sembilan tahun lepas.

Wah! Choi Sung Yoon kau ni memang sengaja mahu kenakan sayakah apa? Oppa? Kau mahu saya panggil kau Sung Yoon Oppa? Argh! No! I can’t do that! Jebal! (Please!). laung Deana dalam hatinya. Dia ketap bibir cuba memikirkan jalan penyelesaian untuk permintaan yang lebih rumit berbanding dia perlu menjadi peminat Sung Yoon.

Sung Yoon pula mula tersengih-sengih melihat gelagat Deana yang kelihatan bingung. Dia cuma mahu melihat bagaimana gadis yang sebelum ini tidak pernah mengenali siapa Golden Boys, Y ataupun Choi Sung Yoon memberikan reaksi kepada permintaan yang baginya terlalu mudah untuk ditunaikan.

“Chae Hyun-ah, di Korea panggilan oppa tu cuma satu perkara biasa. Awak pun mesti tengok Running Man K-Draakan? Perempuan panggil ‘oppa’ bukan sebab dia sukakanlelaki itu atau apa. Tapi, itu panggilan yang digunakan oleh perempuan kepada lelaki yang lebih tua daripada perempuan tu. Saya tua dari awak. Maknanya saya oppa” jelas Sung Yoon panjang lebar.

Deana hanya mendengar penjelasan Sung Yoon sambil buntang matanya tidakberganjak dari memandang ke wajah lelaki itu. Dia bukanya tidak mengetahui kegunaan ‘oppa’. Tapi dia berasa janggal apabila tiba-tiba perlu memanggil Sung Yoon dengan panggilan ‘oppa’. 

“Let me think first” pinta Deana.

“Okay” jawab Sung Yoon.

“Okay. Let do this if I call you Sung Yoon oppa means you are only my oppa who older than me. But, if I call you Y Oppa means im you’re and Golden Boys fan. Do you agree Sung Yoon ssi?” sambung Deana dengan senyuman.

“Okay Agree. But, why Sung Yoon ssi?” jawab dan Sung Yoon lagi. Dia berasa hairan bila Deana memanggilnya dengan panggil ssi bukan oppa.

 “Sebab... saya belum rasa nak panggil awak oppa. Tengoklah bila-bila saya bersedia” jawab Deana denga selamba.

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 01 | Bab 2 | Bab 03 | Bab 04 | Bab 05 | Bab 06 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku