IZZ vs IZZARA
BAB 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 12 September 2017
Naufal Izzan dan Izzara Afiqah dua pasangan tak sejoli yang disatukan kerana wasiat nenek Izz yang terlalu inginkan Zara menjadi isteri kepada cucunya. Izz amat mencintai Lisa Juita manakala Zara pula sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya, Aiman. Dalam mereka merancang, Tuhan lebih dahulu mengatur rancangan-Nya. Kerana kecewa, dua insan ini setuju untuk disatukan atas dasar wasiat nenek itu. Perkahwinan tanpa cinta dilalui seperti biasa, tetapi makin lama makin hati dicuit sedikit rasa suka tetapi ada saja orang ketiga yang hadir untuk musnahkan hubungan mereka. Antara Izz dan Izzara, masihkan ada peluang untuk mereka menyemai rasa cinta yang mula tumbuh atau sebaliknya?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
373

Bacaan






IZZARA mengunci pintu kereta Myvi putihnya. Rasa letih terpancar diwajah. Hari ini terasa seperti tuah langsung tak menyebelahinya. Manuskrip kenareject, air tumpah atas baju, tersangkut lama dalam jammed. Arghh! Serabut benar Izzara dibuatnya.

Dia mengatur langkah ke arah pintu kayu yang akan menemukannya dengan ruang tamu. Hati memang tak sabar nak duduk berehat. Tenangkan diri kejap sebelum naik bilik untuk bersihkan diri. Minta-minta makhluk tak diingini tu tak balik lagi. Doa Izzara dalam hati. Tak larat nak bertikam lidah.

"Dah balik?" Mahu terkeluar jantung Izzara dari tempatnya. Tiba-tiba Izz muncul dengan senyuman.

Cukup ngeri!

Izzara perhati ruang tamu.

Ya Allah sakitnya hati! Dah lah balik tengah letih. Dia conquer ruang tamu pula. Plastik kacang, keropok bersepah, gelas dah ada dua tiga atas meja. Izz kemudian berjalan selamba dan duduk di atas sofa dengan kakinya diletakkan atas meja.Sukan bola sepak di depan mata dilayan semula. Dia malas mahu ambil kira kata-kata Izzara nanti.

Pap!

"Kau ni kenapa?" Izz pandang Izzara dengan rasa tak puas hati. Baru nak gol, terus gelap skrin TV. Tak beradab betul minah ni!

"Awak kalau sehari tak jadi pengotor memang tak boleh ke?" Izzara cekak pinggang. Dengan mamat ni rasa silat cekak pun tak lut. Hati keras macam dinding.

"Sekarang ni kau buka balik TV tu." Izz tak nak mengalah. Selalu dah beralah dengan minah kepala batu ni. Dinding, batu, dua kali lima sama.

"Awak kemas meja tu dulu. Saya tak nak awak buat rumah ni macam tong sampah awak."

"Kau ni tiap-tiap hari membebel kan. Mulut macam machine gun." Izz bingkas bangun.Lepak luar lagi bagus kalau macam ni.

"Awak nak ke mana? Takkan blah macam tu je. Saya bukan amah dalam rumah ni, nak tolong kemas untuk awak."

"Kau pembersih sangat kan. So, selamat mengemas." Izz menghempas daun pintu.

Siap lah kau Naufal Izzan! Kita tengok sampai bila kau nak buli aku.

Izzara senyum puas hati. Lega kerana semuanya dah selesai. Dia dah mengemas ruang tamu dan segar matanya memandang ruangan yang sudah bersih itu. Langkah kaki diatur keatas bilik. Tak sabar nak bersihkan diri. Badan dah makin melekit.

 

"NAH makanan. Aku beli mi goreng mamak." Izzara telan air liur. Sedapnya... lama tak makan. Namun Izzara buat muka tunggul. Mana boleh tunjuk pada Izz yang perutnya cair dengan mi goreng mamak tu. Tak boleh tak boleh! Mamat ni mesti ada muslihat. Tiba-tiba jadi baik. Musykil aku.

Izzara buat-buat tekun depan laptop walhal perut dah buat flip. "Takpa, saya dah dinner tadi." Bohong Izzara. Makan angin saja mampu. Masak pun malas minah sorang ni. Kerja makan maggi. Dapat suami rajin masak macam Izz langsung tak membantu. Kerja isi perut sendiri je. Perut isteri apa dia kisah? Isteri la sangat!

Izz letak bungkusan berisi mi goreng tadi atas meja. Betul-betul depan Izzara.

Besarnya dugaan Mu...

"Zaaraaaa!" Baru beberapa saat Izz naik atas, jeritannya dah kedengaran. Izzara tertawa.Nak sangat aku kemas, macam tu la hasilnya. "Kau buat apa kat katil aku?"

"Mana ada buat apa-apa pun." Dia tayang wajah blur. Tu kira bagus lah tu. Kalau aku tuang makanan basi atas katil dia, mahu meraung dua tiga malam.

"Kau ni kan!" Izz masuk ke dalam. Pintu bilik dihempas kuat olehnya.

Kurang ajar betul! Habis dibuangnya sampah atas katil aku.

 

Izzara menggeleng. Izz dan dia memang tak ngam. Naufal Izzan dan Izzara Afiqah takkan pernah sebulu. Macam mana diorang jadi husband and wife? Semuanya sebab nenek. Arwah nenek teringin tengok Izz dan Izzara berkahwin dan ternyata ini lah hasilnya. Pagi dan malam tak sah kalau tak bergaduh. Umur sorang 30 tahun, yang sorang lagi dah 26 tahun. Tapi sorang pun tak matang. Berkahwin baru 8 bulan tapi bergaduh macam dah kahwin 10 tahun. Bunyi deringan telefon menyentakkan Izzara. Hilang ke laut semua lamunannya.

"Helo..."Jawab Izzara malas.Mr. Poyo melebih yang call rupanya.

"Esok malam kau ikut aku." Izzara mencebik.

Untunglah zaman dah maju, suami isteri tak payah nak sembang dekat-dekat, pakai handphone pun dah cukup. Tambah-tambah untuk pasangan tak serumpun macam Izz dan Izzara.

"Malas." Izzara menaip sesuatu di skrin komputer. Rasa macam ilham muncul pula.

"Kau jangan nak degil. Esok ada function company. Kau kena ikut."

"Boooooosan."

Izz ketap gigi. Menyebalkan hati betul bercakap dengan makhluk bernama Izzara.

"Pukul 8 start. Esok ikut, kalau tak nak derhaka pada suami!"

Eleh, suami ke macam tu. Sikit-sikit mengugut. Menyampah!

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8 | BAB 9 | BAB 10 | BAB 11 | BAB 12 | BAB 13 | BAB 14 | BAB 15 | BAB 16 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku