IZZ vs IZZARA
BAB 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 12 September 2017
Naufal Izzan dan Izzara Afiqah dua pasangan tak sejoli yang disatukan kerana wasiat nenek Izz yang terlalu inginkan Zara menjadi isteri kepada cucunya. Izz amat mencintai Lisa Juita manakala Zara pula sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya, Aiman. Dalam mereka merancang, Tuhan lebih dahulu mengatur rancangan-Nya. Kerana kecewa, dua insan ini setuju untuk disatukan atas dasar wasiat nenek itu. Perkahwinan tanpa cinta dilalui seperti biasa, tetapi makin lama makin hati dicuit sedikit rasa suka tetapi ada saja orang ketiga yang hadir untuk musnahkan hubungan mereka. Antara Izz dan Izzara, masihkan ada peluang untuk mereka menyemai rasa cinta yang mula tumbuh atau sebaliknya?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
373

Bacaan






“Kau dah hilang akal ke apa?”

Rasa macam pernah ayat ni, tapi dimana ya?

Izz beri renungan tak puas hati pada Izzara sebab benda ni betul-betul gila. Orang sekeliling pun dah tengok semacam hingga Izzara naik malu. Izz tertelan mikrofon ke apa? Bercakap tu tak reti nak slow, tahu nak memekik melolong je. “Laa, kan awak suruh saya bawa je pergi mana-mana. So, this is it. Kalau awak tak nak sudah. Yang penting saya dah bayar tiket saya. Kalau awak tak nak, awak pergi duduk jauh-jauh.” Izzara bersiap-sedia. Gloves dah dipakai, kaki dah tak sabar nak meluncur. Tadi pun dia dah lakukan pemanasan badan bagi mengelakkan sebarang kekejangan otot. Senyuman gembira masih melekat di wajah. Bukannya selalu dapat ke sini waktu hari biasa. Icescape Ice Rink di IOI City Mall ini tidak begitu sesak seperti hari minggu.

Ice rink atau gelanggang ais ini merupakan yang terbesar di Malaysia, sebesar gelanggang ais sukan Olimpik, malah diiktiraf dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2015. Kakinya melangkah ke depan, bersedia untuk masuk manakala Izz sekadar berdiri tegak seperti tiang lampu, dia hanya mahu menjadi pemerhati.

"So,awak memang tak reti skate ke apa?" Soal Izzara ingin tahu. Dia batalkan niat untuk masuk ke dalam. Kesian pula pada Izz. Izz yang mendengar tiba-tiba rasa panas hati. Ya, memang dia akui dia tak tahu dan baginya bukan penting sangat pun. Tak mati pun kalau tak pandai skate. "Aku nak balik." Balas Izz, bengang. Dia masih dengan pakaiannya, baju kemeja serta seluar slack hitam. Mana ada orang datang untuk main dekat sini pakai outfit macam dia. "Awak nak balik? Tak payah lah.”

"Kunci kereta mana?" Izz masih dengan wajah tegang. Langsung tak rasa terhibur dengan suasana itu. "Awak nak belajar skating? Saya boleh ajar awak." Izzara saja nak buat baik, tak ada sebarang niat pun untuk mengejek Izz. Biasalah kalau tak pandai, bukannya lahir keluar dari perut mak, terus pandai skating. Izz nampak betul bengang. Terasa tegang habis otot wajahnya."Awak tak payahlah serius sangat. Sekarang kita kan tengah cuti. So, tak salah kalau nak enjoy kan?”

"Enjoy?Tak apa aku lagi enjoy berdiri kat luar ni."

"Zara!" Suara pekikan seseorang buatkan Izzara menoleh, begitu juga Izz. Seorang lelaki datang menghampiri Izzara dengan senyuman yang begitu ceria. Gadis itu turut terkejut. Terimbau kembali memori-memori lama. Setelah hampir 5 tahun tak jumpa.

"Iqrammm! Kau buat apa kat sini?" Excited Izzara jadinya.

"Aku?Tengah main bola lah."

"Kau ni kan sama je macam dulu. Seriously Iqram...bukan kau ada kat London ke? Further study kat sana?"

Izz terasa seperti pak tunggul. Entah dengan siapa Izzara berbual. Darahnya rasa berderau. Cemburu? Mungkin....

"Aku dah berhenti."

"Aik,kenapa berhenti?"

"Entah.Tak sesuai dengan aku kot." Balas Iqram selamba. Dia bahagia dengan hidupnya sekarang. Alhamdulillah... mujurlah keluarganya faham.

"Takpalah. Rezeki Allah kat mana-mana pun ada." Iqram angguk, setuju dengan kenyataan Izzara. "Wei tapi aku memang tak expect akan jumpa kau katsini." Tambah Izzara. Iqram, rakan baiknya waktu di universiti dulu. Susah senang bersama. Iqram lah yang banyak menolongnya waktu susah. Tolong ambil dekat stesen bas, tolong hantarkan assignment, tolong hantar dia ke klinik waktu sakit…Izzara betul-betul terhutang budi dengan Iqram.

"Kau mana nak tengok kiri kanan. Aku dah lama nampak kau tadi cuma saja nak bagi surprise. Kau datang dengan siapa? Sorang?"

Izz berdehem seolah-olah inginkan perhatian padanya. Dah lama jadi pak pacak, naik lenguh kaki tapi tetap diorang berbual berdua saja. Ini bukan bercuti, ini sakit hati namanya.

"Siapa tu? Abang kau ke?"

"Bukan...tapi-"

"Naufal Izzan, Izzara's husband."

 

"AWAK jealous?"

"Mana ada!"

"Habis tu tiba-tiba nak skating sekali ni sebab apa? Tadi awak beria-ria nak tunggu kat luar. Ni tiba-tiba nak join sekali. Awak takut saya berbual dengan Iqram ehh? Ke awak takut kena tinggal kat luar?"

"Kau diam boleh tak?" Izz naik stress. Dah lah payah nak imbangkan badan.

Izzara tergelak. Lawak tengok Izz yang berjalan terkedek-kedek memegang dinding sebagai sokongan. Tak reti tapi masih nak tunjuk pandai. Nak minta orang ajar tapi marah-marah. Sabar je lah... “Awak pegang tangan saya.” Izz geleng kepala.Tangannya masih tak boleh dipisahkan dari dinding itu. Macam kalau dia terjatuh, macam mana kalau…arghh Izz betul-betul tak reti.  

“Just hold my hand and believe me.” Izzara benar-benar maksudkan kata-katanya. Izz dapat merasakan keikhlasan isterinya itu lantas dia hulurkan tangan kirinya dan kemudian diikuti tangan kanan. Perlahan-lahan, dia mula merasakan keseronokan meluncur dan tanpa dia sedar senyuman tercalit di bibirnya.

“See? Awak mesti rasa syok punya. Lepas ni mesti ajak saya datang sini lagi.”

“D-diam lah! Wei,janganlah lepaskan tangan aku!” Izz naik takut.

“Cuba awak tengok saya.” Izzara mula berpusing-pusing di sekitar Izz yang berdiri kaku. Saja nak tunjukkan skil meluncurnya. “Wohooo…lamanya saya tak skate.” Izz tarik nafas perlahan, cuba menenangkan diri. “Awak kena confident, awak mesti boleh.Saya dulu pun tak reti juga tapi saya cuba yakinkan diri saya boleh-” Izz tayang muka menyampah dengan ceramah tak berbayar dari Izzara, namun ada sesuatu nampak tak kena di matanya. Seorang remaja lelaki sedang meluncur laju. Laju hingga menganggu ketenteraman orang lain. Izzara masih leka meluncur hingga tidak sedar remaja lelaki tadi sedang meluncur laju, ke arahnya.

“ZARA!!”

Sedikit saja lagi dia hampir dirempuh kuat dari tepi, mujurlah Izz cepat-cepat menarik tangannya.

“T-terima kasih.”



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8 | BAB 9 | BAB 10 | BAB 11 | BAB 12 | BAB 13 | BAB 14 | BAB 15 | BAB 16 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku