Sebungkus Roti
Sebungkus Roti
Genre: Keluarga
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 15 September 2017
Setiap ibu bapa mesti mahukan yang terbaik untuk anak mereka.Terutamanya,berjaya dalam hidup. Fatimah bukanlah seorang yang pintar.Hanya pelajar biasa.Pada tahun ini,Fatimah akan menghadapi peperiksaan besar iaitu SPM.Oleh kerana Fatimah bukanlah lahir dari keluarga yang kaya,Tetapi bukan itu menjadi satu penghalang untuknya.Setelah 3bulan Fatimah kehilangan bapa,Ibu Fatimah bekerja lebih masa.Tapi malang Ibunya disahkan mengalami satu penyakit tekanan perasaan. Persoalannya,Mampukah Fatimah mencapai impian kedua-dua ibu bapanya?Sedangkan Fatimah bukanlah seorang pelajar pintar.
Penilaian Purata:
161

Bacaan






         Fatimah bukanlah seorang yang pandai atau cerdik  dalam pembelajaran.Namun,dia mempunyai cita-cita yang tinggi.Malah dia tidak mungkin berputus asa demi kejayaannya.Nasib tidak menyebelahinya,Fatimah bukanlah daripada keluarga yang berada.Hanya orang biasa.Fatimah tinggal bersama ibunya berdua di rumah.Bapanya meninggal dunia ketika tahap sangat kritikal.Bapanya penghidap kerosakkan peparu akibat merokok sejak zaman remaja.Meski sudah beberapa kali dinasihatkan,tapi diendah juga.Apa boleh buat kalau sudah diri tidak mahu berubah.Bukan itu saja Fatimah membesar tanpa bapa.Ibunya menghidap penyakit despressen.Lebih tepat,penyakit yang membawa masalah tidak dapat mengawal diri sedi mental dan fizikal apabila seseorang itu terlampau stress dan kekusutan.


Fatimah tidak mahu bergantung kepada abang dan kakaknya yang jauh di bandar besar.Fatimah tetap juga memcari jalan untuk membantu ibunya menyara hidup.Meskipun pada tahun ini,Fatimah akan mengambil Peperiksaan besar SPM.Sudah pasti memerlukan duit yang banyak untuk membayar yuran  kelas tambahan,Kursus Akademik dan sebagainya. Fatimah tidak sampai hati mahu menyusahkan ibunya.Fatimah sedar,ibunya memerlukan rehat secukupnya setelah bertahun-tahun beliau membesarkan 3orang anak.Kakak dan abangnya mempunyai pekerjaan yang boleh dikatakan mampu menyara keluarga.Kakak dan abangnya juga,mempunyai keluarga sendiri.Adakalanya Fatimah bangga dengan kakak dan abangnya yang memperoleh pekerjaan yang  baik.Adakalanya Fatimah geram,sakit hati,benci akan sikap kakak dan abangnya yang tidak pernah bertanyakan khabar ibunya di kampung.

****

"Kakak, sibuk ke tu?"


"Adik nak apa? Boleh la.."


"Ibu asyik tanya pasal Kakak dengan abang.Kakak balik la jenguk ibu.Adik pun dah lama tak jumpa kakak dengan anak buah adik."


"Alah ,Aku sibuk ni! nanti- nanti la Aku balik.Aku tengah buat kerja ni!"

*tuttt...*

****

Itulah antara berbualan Fatimah dengan kakak kandungnya.Namun Fatimah tidak rasakan ini semua kekejaman dari Dia.Sebaliknya,setiap dugaan pasti ada 1001 hikmah-Nya.Walaupun adakalanya,Fatimah mula berasa 'jatuh' dengan dunia.Fatimah sedar,Dunia hanya la tempat sementara waktu menunggu perkampungan kita semua,Akhirat.

****

      Fatimah bekerja tengah hari hingga petang.Agak sibuk keadaan di gerai makan pada waktu tengah hari.Tapi Fatimah tidak peduli kepenatannya.Wajah ibunya sentiasa terbayang-bayang.Fatimah tekad mahu mengembirakan hati ibunya meskipun Fatimah tahu yang dirinya tidak mampu menghadiahkan segulung ijazah.

Roti Chesse

Roti Chesse

Tuan gerai makan ditempat Fatimah bekerja memberi upah sebanyak RM 5.Itu pun nasib menyebelahinya kerana pelanggan ramai pada hari ini.

'Syukur Alhamdulillah.Moga berkat rezeki Aku.'

Fatimah pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh juga dalam 50 meter.Mengambil masa kira-kira 20minit berjalan kaki.Fatimah bukan tidak mahu menggunakan basikalnya cuma untuk elak apa-apa yang berlaku.Maklum saja hari ni adalah hari terakhir dan esoknya cuti minggu.Banyak kenderaan mahupun motor laju dari pelbagai arah.Bukankah Mencegah Lebih baik Daripada Mengubati?

****

            Dikala malam gelap gelita dengan berjuta-juta bintang berkelipan menghias dada langit.Fatimah yang melihat berasa kagum dengan Dia.Sungguh,tiada apa yang lebih cantik dari ciptaan-Nya.Fatimah baru teringat akan sesuatu rancangannya.Pantas dia mengeluarkan duit tabungnya.

"Alhamdulillah,Cukup duit untuk beli Roti Chesse untuk ibu." girang hati Fatimah.Hasil usahanya sangat berbaloi.Biarpun bersusah payah menahan dahaga menjalan diterik bawah matahari memacar terang.Tiada apa-apa lagi yang indah selain dapat gembirakan hati ibu.Fatimah tidak sampai hati melihat ibunya terus berduka.Ya Fatimah tahu.Dia juga seorang perempuan sama seperti ibunya.Sudah pasti Fatimah fahami perasaan kehilangan orang yang tersayang.Fatimah tidak berputus berdoa agar rancangannya berjaya mampu mengubati kedukaan hati ibunya.

Duit sudah cukup,Tiada apa lagi halangan untuk Fatimah ke kedai roti esok.Fatimah tidak sabar mahu menbuat kejutan untuk ibunya esok.Fatimah mahu melihat senyuman ibunya.Fatimah mahu hati ibunya benar-benar gembira.Meskipun ia hanya...

Sebungkus roti chesse.

****

            Dentuman di dada langit jelas menunjukkan fenomena hujan lebat akan tiba tidak lama lagi.Fatimah yang berada di dalam bilik sudah siap untuk keluar membeli sebungkus roti Chesse di kedai Roti.Tapi malang,hujan akan turun tidak lama lagi.Kenderaan tidak ada,Motor sudah tentunya tidak ada.Cuma hanya dengan cara berbasikal saja.


"Aduh,bagaimana ni?Hujan lebat akan turun."

Fatimah ragu-ragu.Sama ada mahu teruskan rancangannya atau membeli roti itu esok saja.Tapi kasihan pula kepada ibunya.Sudah lama benar ibunya mahu makan roti dikedai itu.


"Ini tidak boleh jadi! Aku mesti pergi harini juga.Kebahagiaan ibu mesti harus dicapai!"

Fatimah segera bingkas mencapai tudung hitam dan pergi ke meja belajarnya.Lalu Fatimah membuka laci.dahinya berkerut.


"Ya Allah,mana dompet Aku letak?"Tangan Fatimah berlegar-legar didalam laci.fatimah berdiri tegak sambil memicit kepalanya.Fatimah sebenarnya sakit kepala akibat terdedah dengan cahaya matahari semalam.Sewaktu bekerja sambilan di gerai.Meskipun bekerja dibawah gerai tetapi pancaran cahaya UV membahang ke muka Fatimah.Tambah pula,kulit muka Fatimah agak sensitif dan nipis.Andai saja terkena panas,mudah mukanya kemerahan-merahan.Andai terdedah dengan kawasan sejuk,Fatimah mudah mendapat penyakit selsema.Tapi itu bukan penghalang untuk Fatimah teruskan misinya membeli roti chesse.Meskipun andai dia perlu meredah hujan.

****

"Timah nak pergi mana ni?"

"Oh Ibu,Timah nak keluar kejap.Boleh tak ibu?"

"Kat luar tu nak hujan lebat,Timah...Nanti demam pula."

"Tak apa ibuTimah pergi sekejap ya?Ibu duduk rumah baik-baik."

Fatimah tahu kerisauan ibunya.Fatimah perlu pergi  demi Ibunya juga.Selepas bersalaman dengan ibunya,Terus Fatimah menurun tangga dan menuju ke basikal yang dihadiahi arwah ayahnya.Saat itu juga,Deruman kilat bercahaya di langit gelap.Hati Fatimah berkobar-kobar.Meskipun kepalanya masih berdenyut menahan sakit,tapi hati ibu lebih penting daripada kesihatan dirinya sendiri.Fatimah membaca Bismillah moga perjalanannya selamat dilindungi-Nya pergi dan balik.Sudah menjadi kebiasaan,pabila hujan menurun menyembah bumi,pasti kenderaan banyak meluncur laju dijalan raya.Tambahan pula,Kedai Roti tersebut berdekatan dengan jalan raya.Fatimah perlu lebih berhati-hati mengayuh basikal ketika berada di situ.Kayuhannya sedikit pantas daripada biasa.Mahu elak dari terkena hujan.

Lagi 20 meter saja,titisan hujan sudah menitik di tangan Fatimah.Fatimah kayuh sekuat mungkin agar cepat sampai ke Kedai Roti.Kereta,Motor,Lori laju meluncur di jalan raya.Fatimah mengurangkan kayuhannya dan lalu ke kaki jalan.

'Alhamdulillah,sampai dah..' Fatimah menongkat basikalnya di depan Kedai Roti.Dan terus masuk ke dalam kedai.

Ting!

'Wah,ramainya orang dalam kedai ni!'

Fatimah terus ke rak Roti Chesse.Matanya meliar ke arah label jenis roti di rak.Detuman kilat menyebabkan Fatimah tiada masa untuk berlengah lagi.Fatimah ke hulu hilir dan melawat kesemua rak.Hati Fatimah berdebar hebat.

'Alamak,mana Roti Chesse?Jangan la dah habis.'

Setelah puas mencari,Fatimah terus ke arah seorang pekerja perempuan dalam lingkungan 20-an .Pekerja itu menjaga kaunter bayaran.Ini memudahkan Fatimah untuk bertanya.

"Kak,maaf bertanya.Roti Chesse ada lagi tak?"

"Roti Chesse?Oh,maafkan kami..Roti Chesse dah tak ada stok.Boleh dik tunggu sebentar?Roti Chesse yang baru bakar dah nak siap.Dalam 10minit."

"Tak apa,saya boleh tunggu.*senyum*"

'Tak apa la tunggu 10 minit jer.Lagipun Aku akan dapat roti terbaik dari oven.Panas pula tu.'

Fatimah terus ke depan Kedai Roti dan duduk dibangku yang disediakan.Fatimah mula memeluk tubuh.Sungguh,Fatimah kesejukkan walaupun sudah berjaket.Mungkin sebab kesan titisan hujan tadi.Guruh dilangit mengejutkan Fatimah.Terus Fatimah mengucap.

****

Dentuman guruh menggegarkan dinding rumah.Ibu Fatimah ke hulu ke hilir sambil-sambil menjenguk ke arah luar tingkap.Jelas kelihatan wajah perasaan ibu dilanda kerisauan anak dara diluar sana.

"Kemana saja la budak ni pergi.Tak balik lagi." Sungut Ibu Fatimah.

Bunyian guruh bersertakan angin hujan lagi menambahkan kerisauan hati seorang Ibu.Ibu mana tidak sayangkan anaknya.Lainlah andai 'ibu' itu membuang anaknya sendiri.Kasih sayang seorang ibu semulajadi.Mereka menjaga usia kandungan 9bulan 10 hari.Setibanya waktu,mereka lah yang sanggup bergadai nyawa separuh mati 'memberi' kita melihat dunia yang penuh pancaroba. Siapa tidak sayang begitu lama mereka menjaga dengan penuh kasih sayang.

*****

"Dik,ini Roti Chesse.Ini saja ke?"

"Ya,ini saja.Kira ya kak.*senyum*"

"Semua sekali,RM 10.20"

'Alamak,lagi 20 sen...' Fatimah menghulur sekeping duit not 10 terlebih dahulu.Kemudian tangannya meliar di celah poket seluar trek.

'Alhamdulillah,ada!'

"Ini 20 sen,kak."

"Terima kasih,dik..Maaf ya terpaksa menunggu."

"Sama-sama,Tak apa janji dapat Roti Chesse."

Fatimah segera ke basikalnya.Angin kencang mula meniup tudung Fatimah.Membuatkan terselak sedikit tanpa sengaja.Segera Fatimah mengkemaskan kembali tudungnya agar auratnya terjaga.Dengan lafaz Bismillah,Fatimah mengayuh laju merentasi jalan raya yang kian sunyi.Tiupan angin kuat menyebabkan bergerakan Fatimah perlahan kerana arus angin menghala ke hadapan Fatimah.Ini bermakna,Fatimah perlu mengayuh lebih kuat lagi untuk lawan arus angin.Tangan sudah mengigil kesejukkan.Kulitnya yang jenis nipis dan sensitif akan membuatkan Fatimah perlu bertahan.

Tinggal lagi 30meter untuk sampai ke rumah Fatimah.Hujan kian lebat bersama dentuman guruh dilangit.Fatimah terpaksa berhenti sekejap dibawah bumbung rumah disekitar situ.Fatimah sudah terlampau kesejukkan.Jaket,tudung dan seluar habis basah kuyup akibat titisan hujan.Fatimah menongkat basikalnya dan berdiri di sebelah basikalnya sambil memeluk tubuh.Roti Chesse ibunya Fatimah ikat simpul agar  air hujan tidak bertakung didalam plastik.

"Hoi budak! Kau apahal duk sini!? Blah,blah!"

"Maaf,tuan rumah.*tunduk* Saya tak buat apa-apa,cuma mahu berteduh saja.Saya janji,saya takkan berlama disini.Hujan dah reda saya terus pergi.Izinkan...."

Tidak sempat Fatimah menghabiskan ayat Tuan rumah sudah memintas.

"Tak ada,tak ada! Aku tak izinkan! Pergi berteduh tempat lain!Pergi,pergi,pergi!"

Fatimah akur dan meninggalkan tempat itu segera.Dapat berteduh sekejap pun tak apa lah.Syukur Alhamdulillah.Dari jauh Fatimah kelihatan ibunya sedang duduk di atas tangga dengan riak muka kerisauan.Fatimah terukir senyum.

"Ibu! "

jerit Fatimah.Alhamdulillah,selamat juga sampai ke rumah.

"Ya Allah Timah,Sampai basah kuyup.Timah pergi mana?lama Ibu tunggu."

Mereka pun masuk ke rumah beriringan.

Fatimah segera ambil bungkusan plastik dan serahkan kepada ibunya.Ibu memandang fatimah dengan perasaan bingung.

"Apa ni,Timah?"

"Hehehe,Ibu buka lah."

Kata Fatimah sambil tersenyum lebar.Ibu membuka bungkusan plastik dan...

"Ini Roti Chesse di Kedai Roti tu kan?"

Fatimah menggangguk.Ibu melihat harganya pula.

"Ya Allah,RM 10.20 Timah?"

"Ya Ibu.Timah guna duit upah Timah kerja kat gerai makan."

"Kenapa Timah buat macam ni?Ibu tak minta pun semua ni."

"Ibu...Janganlah cakap macam tu.Ibu mesti teringin sangat nak makan roti di Kedai Roti tu kan?Lagipun roti disitu mengingatkan Ibu kenangan bersama arwah ayah dulu.Timah tahu,Timah tak mampu nak jadi macam kakak dan abang.Dapat masuk Universiti,kerja bagus-bagus.Timah tahu setiap ibu bapa mesti nak tengok anaknya berjaya.Tapi Ibu,Timah tak yakin yang Timah boleh jadi macam kakak dan abang,yang mampu buat hati Ibu gembira.Jadi dengan sebungkus Roti Chesse ni,Timah nak sangat Ibu gembira dan ingat selama yang mungkin.Timah rindu senyuman Ibu dulu."

Fatimah tidak tahan dengan perasaannya sendiri.mula menitiskan airmata.Fatimah reda andai dia tidak mampu berjaya dalam akademik.Tapi Fatimah yakin yang dia juga boleh membahagiakan hati Ibu dan arwah ayahnya.

"Timah,Ibu tak minta apa-apa pun dari anak-anak Ibu.Ibu cuma mahukan anak-anak Ibu hargai apa yang Ibu korbankan selama Ibu membesarkan anak-anak Ibu.Ibu tak kesah andai Timah tidak seperti kakak dan abang.Ibu bersyukur,sebab...masih ada anak yang mengaku dirinya mempunyai seorang Ibu.Timah.."

Fatimah menyapu matanya lalu memandang wajah mulus Ibunya."

"Ya Ibu..."

"Ibu cuma nak Timah selalu ada dengan Ibu.Ibu tahu kakak dan abang Timah masih kesibukkan kerja mereka.Ibu bersyukur sangat Timah masih bersama Ibu.Jaga Ibu dengan sayang."

Fatimah terharu mendengar kata Ibunya.Lalu Fatimah memeluk erat tubuh yang amat dia sayangi di Dunia dan Akhirat.Sungguh,Inilah memori yang paling indah sekali.Meskipun Fatimah bukanlah pelajar cemerlang,Tetapi Fatimah tetap akan membanggakan Ibu dan arwah ayah.Kini,Fatimah sedar betapa kuatnya cinta ibu bapa terhadap anak-anak mereka.Tapi sayang,apabila ibu bapa mahu mendidik,anak-anak bersungut dan mengatakan "mereka kejam! tidak beri kebebasan kepadaku!"

MasyaAllah,Jangan la kita bersikap seperti itu.Ibu bapa sudah lama hidup dari anak-anaknya.Sudah pasti mereka lebih arif tentang kerenah dunia.

-TAMAT-


NOTA PENULIS

Alhamdulillah,selesai juga cerpen untuk kali ni.Cerpen saya kali ini mengisahkan tentang seorang pelajar SPM.Bukan pelajar tercalon strainght A mahu bukan pelajar cemerlang.Meskipun sesetengah ibu bapa mesti mahukan anaknya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan sudah buat mereka bahagia.Secara peribadinya,tanggapan seperti itu salah.Tidak semestinya dengan keputusan cemerlang akan dapat membahagiakan ibu bapa.Selain daripada itu pun sudah tentu.

Daripada impian ibu bapa,Anak-anak juga perlu hargai JASA IBU BAPA.Sudah cukup besar saya 'highlight'kan.(Kalau boleh ada lagi big capital letter lagi besar pun tak apa) Sebab apa saya kata setiap anak-anak perlu hargai jasa ibu bapa?

Dalam kitab al-Quran sudah sebut dalam surah Al-Israk Ayat 23 yang bermaksud;

"Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkautidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa..."

Bukan itu saja di dalam hadis juga ada menyebutkan;

Diriwayatkan daripada Muawiyah bin Jahimah al-Sulami,beliau datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata "Wahai Rasulullah! Saya ingin berperang,dan saya datang untuk berbincang." Rasulullah bertanya."Adakah engkau mempunyai ibu?"Beliau menjawab"Ya." Rasullulah bersabda : "Dampingilah dia,sesungguhnya syurga terletak di kakinya."

(Riwayat Ahmad)




Rujukan Buku

300 Hadis Bimbingan (Telaga Biru)

Buku Rujukan Pendidikan Islam Tingkatan 1,2,3(Sasbadi)












Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku