Merdeka Alaf Baru
Merdeka Alaf Baru
Genre: Keluarga
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 16 September 2017
Penilaian Purata:
101

Bacaan






"AWAK tengok ni Mah. Berita muka depan, budak umur 16 tahun mati dirempuh lori." Innalillah.... Rahimah geleng kepala. Ni sah-sah kes samseng jalanan lagi. Dua minggu lepas ada lagi kes budak kampung ni yang cedera parah akibat merempit. Derap kaki Azwan menarik minat Rahimah dan Fadhlan.  

"Wan, nak keluar mana?" Soal Rahimah. Makin lama makin kerap anaknya melepak. Balik pula lewat malam.

"Macam biasa lah mak. Lepak dengan member."

“Tak habis-habis melepak, buat benda tak berfaedah. Merempit merata." Ujar Fadhlan. “Ada anak lelaki bukan menyenangkan, tapi tambah menyusahkan lagi.”

“Dah lah tu bang.”

Azwan pekakkan telinga.Telinga dah naik bernanah. Pintu ditarik kasar kemudian dihempas dari luar.Terkejut Rahimah, mujur tak pecah pinggan-mangkuk yang tengah dibasuh. Fadhlan geleng kepala, pening dengan perangai si Azwan. Bilalah nak berubah?

****

KAU dah kenapa? Monyok dari tadi.Lepak ni untuk syok-syok. Setakat masalah awek, jangan bawak sini lah bro.”Ujar Faliq. Angkara Azwan, rosak mood mereka. Semua kelihatan senyap saja. “Bukan sebab awek lah. Mak ayah aku tu. Tiap-tiap kali aku keluar, ada je benda menyakitkan telinga ni. Melepak salah, tak ada kerja salah. Apa yang betul pun aku tak tahu. Semuanya salah. Kalau Abang Long, semua betul.” Luah Azwan.Hatinya memang takkan pernah faham kemahuan mak dan ayahnya.  Faliq, Amir dan Reza berpandangan sesama sendiri.Bukan Azwan saja  seperti itu. Ibu bapa mereka juga sama cuma sekarang mereka ambil inisiatif untuk pekakkan telinga.Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Senang.  

“Sekarang kita lupakan dulu masalah kau tu. Aku panggil ni untuk bincang pasal malam merdeka.”

“Bincang apa?” Azwan, Amir dan Reza jawab serentak seraya memandang Faliq.

“Botak nak buat tournament. Siapa menang RM 5000 cash beb.”

Semua ternganga.

Ingat senang nak dapat RM5000 macam tu je.  Boleh lah belanja awek makan tempat mahal. Ayah dengan mak mesti terdiam bila tengok aku ada duit sebanyak tu, Azwan berkira-kira dalam hati. 

 “Polis tak ada ke? Tak pasal-pasal meringkuk dalam lokap.” Soalan dari Reza menyentakkan angan-angannya. Tu lagi naya kalau mak dan ayah tahu.  

“Soal polis, kau orang jangan risau. Ayah botak dah tolong settle. Dia kan orang kaya. Paling penting,kita kena prepare untuk tournament kali ni.”

*****

AZWAN mengelap motorsikalnya sampai hilang segala kotoran. Motorsikal dihadapannya itu sudah dianggap sebagai nyawanya sendiri. “Kalau aku menang RM 5000, baru kau orang tahu aku siapa. Cikgu Liza gerenti sangkut punya kat aku. Ingat aku ni sengkek sangat ke?” Kemudian Azwan menyanyi kecil. Malam merdeka dah nak dekat.Hatinya jadi tak sabar untuk meraikan merdeka dengan kejayaannya. “Amboi,gembiranya anak mak ni.” Rahimah tersenyum., Jarang tengok Azwan seceria ini. Selalunya muka berkerut seribu. “Mestilah mak. Merdeka kan nak dekat.” Azwan mengangkat sehelai bendera Malaysia dan dipacak di belakang motorsikalnya. “Kita sebagai anak muda ni mesti ada semangat patriotik. Semangat cintakan negara. Wan tengok budak-budak sekarang banyak leka dengan kemudahan yang ada. Asyik main handphone, tablet. Bila cikgu tanya soalan sejarah, semua ternganga.” Pandai sungguh Azwan berkata-kata. Rahimah senyum bangga. Betul lah apa yang Azwan katakan.Begitu lah situasi sekarang iaitu kurangnya rakyat bersemangat patriotik terutama dikalangan anak muda. Jika hendak dibandingkan semangat patriotik anak muda dahulu dengan sekarang, jauh panggang dari api.

Mereka berempat ketawa terbahak-bahak. “Kau cakap macam tu ke? Eleh,sembang je lebih kau ni Wan.” Azwan mengangguk sambil ketawa. “Dengan mak ayah kita ni kena lah pandai kelentong sikit. Cakap elok-elok dapat lah habuan.Tengok lah ni.” Azwan layangkan sekeping wang RM 50 di hadapan kawan-kawannya. Taksia-sia sembang dengan Rahimah tadi. “Wei, share lah sikit. Belanja makan ke apa.”Azwan menggeleng. Dia ada rencana yang lebih baik. Apa lagi, nak ajak CikguLiza keluar makan lah. “Takpa kau kedekut. Nanti aku menang RM 5000 tu janganharap aku kongsi.” Ujar Faliq dengan angkuh. Azwan tertawa. “Kau menang? Memang tak lah. Race tu aku yang akanmenang. Juara bertahan ni beb.”

*****

 Azwanmengeluh berat. Kenapa Cikgu Liza sampai sekarang tolak pelawaan aku untukkeluar? Mentang-mentang aku miskin, duit tak ada. Haish… Bunyi teriakan namanyabuatkan dia jenguk ke luar tingkap. Malam yang dinantikannya akan tiba. Topikeledar berwarna kuning diambil dari atas almari.

RM 5000 akan jadi milik aku tak lama lagi….

Keempat-empat mereka datang ke tempatperlawanan yang telah diaturkan. Botak dengan senyuman senget bergerak ke arah mereka.Sebagai pihak yang ‘anjurkan’ perlawanan ini, dia sangat senang kerana semua yangmenyertai  memerlukan wang ringgitdaripadanya. “Kau orang memang peserta paling setia. Setiap tournament aku kauorang tak pernah miss. Dah dapat update baru?” Azwan dan kawan-kawannyaberpandangan sesama sendiri. “Aku upkan duit malam ni dari RM 5000 jadi RM10000.”

Semua pelumba berada di garisan permulaan. Setiapseorang bercita-cita untuk memenangi wang tunai berjumlah RM 10000 itu. Bunyienjin-enjin motor mengaum kuat, cukup mendebarkan hati-hati semua yang beradadi situ. Azwan melihat jam tangannya, lagi beberapa saat lagi jam akan menginjakke pukul 12 malam menandakan sudah masuk malam merdeka. Botak dengan langkahangkuh memegang sebuah beg bimbit di tangan kirinya manakala di tangan kanan,bendera penanda perlawanan bermula dijulang ke langit. Wang RM 10000 pastinyaberada dalam beg bimbit itu. Azwan makin tidak sabar untuk menjadi pemenang. “Areyou ready?”  Botak ketawa galak dan saatitu, bendera tadi dihempas ke atas jalan.   

Azwan dan kawan-kawannya mendahului dihadapan, meninggalkan pelumba lain di belakang. Kakinya lekas-lekas menukargear, kali ini dia tak boleh kalah. Reza mula memotong Azwan. Cermin topikeledar diangkat dan senyuman sinis dilayangkan ke Azwan, juara bertahantournament haram anjuran botak itu. Azwan geleng kepala, senyuman turutdihadiahkan. Ini baru permulaan, sebentar lagi dia pasti akan memotong Rezakembali. Tak sanggup rasanya jika duit RM 10000 jatuh ke tangan orang lain.

Reza makin rancak ke hadapan, dia yakin diaakan menjuarai perlawanan kali ini.  Tiba-tibasebuah motorsikal Dinamik kuning datang memintas rapat hingga Reza hilangkawalan. Motorsikalnya jatuh terseret bersamanya pada jarak 100 meter.  Azwan terkejut dan waktu itu, sebuah lagimotorsikal melanggarnya dari tepid dan akhirnya dia turut terjatuh ketepi. 

*****

“Reza dah tak ada.” Azwan terkedu denganberita yang baru disampaikan tadi. Malam merdeka yang sepatutnya disambut denganpenuh kesyukuran, disalahgunakan. Perlumbaan haram pula disertainyabersama-sama kawan-kawan kerana ingin mendapat wang ringgit yang mencecahribuan itu. Rahimah dan Fadhlan menggeleng. Mujurlah Azwan masih selamatwalaupun terdapat luka-luka yang berjahit serta sebelah kaki yang patah.

“Mak, ayah… maafkan Wan.”

“Mak dan ayah dah lamamaafkan Wan. Tapi Wan kena janji jangan buat benda tak berfaedah macam ni.”

Azwan menangis semahunya. Merdeka tak seharusnya diraikan begini. Janganbiarkan perjuangan pahlawan terdahulu disia-siakan kerana perbuatan kitasendiri. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku