Dia Lelaki Teragung
Bab 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 18 September 2017
Ikuti kisah Zahra Mawaddah yang menjadi isteri kepada Adam Faris setelah beberapa jam mengenali lelaki itu.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
203

Bacaan






BAB 4

                 Adam menghampiri keretanya. Jam di tangan Adam menunjukkan pukul 7.00 pagi. Pagi ini dia sudah berjanji untuk menemui Zahra Mawaddah. Mereka akan bersarapan pagi bersama dan mencari sedikit barang dapur bagi keperluan Zahra nanti. Hati Adam masih belum tergerak untuk menjemput Zahra. Biarlah gadis itu berehat dahulu seketika. Semalam pun sudah macam-macam perkara yang dilalui Zahra. Dia sendiri rasa tidak kuat seandainya diuji dengan ujian seperti itu. Namun benarlah menurut Al-Quran. Allah tidak akan menguji hambaNya sesuatu yang diluar kemampuan hambaNya.

Adam mengambil keputusan untuk menelefon papanya. Perkara ini harus disampaikan kepada papanya. Hanya papa yang boleh memberi dia kekuatan untuk meneruskan niat suci ini. Papa ibarat kawan rapatnya. Tempat Adam mencurahkan apa jua masalah dan meminta pendapat.

Nombor telefon papanya dihubungi. Adam menunggu seketika sebelum panggilan disambungkan.

“Assalamualaikum my son. How are you?”Panggilan dijawab dengan ucapan salam.

“Waalaikummusalam papa. I fine, thanks.” Jawab Adam menyandarkan tubuhnya pada badan kereta Mazda 3 miliknya.

“Papa.” Panggil Adam perlahan.

Datuk Tajudin bagai dapat membaca getaran suara anaknya. Pasti ada sesuatu yang sedang menggangu fikiran Adam Faris.

“Adam. Kamu ada masalah ya? Cuba ceritakan pada papa.” Soal Datuk Tajudin. Akhbar di tangannya ditutup dan diletakkan kembali di atas meja.

Datuk Tajudin, papa kepada Adam Faris. Seorang ahli perniagaan yang berjaya dan disegani. Terlalu mengimpikan anaknya, Adam Faris untuk menerajui syarikatnya suatu hari nanti. Semoga hati Adam akan terbuka untuk memenuhi impiannya itu.

“Papa. Sebenarnya…..Adam nak kahwin.” Luah Adam agak berat. Namun dia harus berterus terang. Selagi benda ini tidak diluahkan selagi itu hatinya tidak senang.Lagi-lagi dengan papanya.

What! Are you serious?” Datuk Tajudin ingin tahu. Apakah dia salah dengar tentang ungkapan Adam tadi. Setahu dia Adam tidak mempunyai teman istimewa. Anaknya itu terlalu sibuk dengan lukisan dan galerinya. Pastinya berita perkahwinan ini mengejutkan Datuk Tajudin.

Yes papa. Adam serius. Adam nak kahwin dengan gadis pilihan Adam.” Beritahu Adam. Dia tekad dengan keputusan ini. Tapi bagaimana kalau Zahra tidak bersetuju?

Ahh..itu soal lain. Yang penting dia sudah maklumkan pada papanya tentang kemahuannya ini. Sekurang-kuranya dia sudah membuat sedikit persediaan.

“Siapa wanita itu? Siapa namanya?” Selidik Datuk Tajudin.

“Zahra Mawaddah binti Datuk Iskandar.”

Datuk Iskandar? Rasanya dikalangan rakan perniagaannya tidak ada yang bernama Datuk Iskandar. Mungkin lain cabang perniagaan. Fikir Datuk Tajudin.

“Kalau macam tu Adam bawalah dia balik. Kenalkan pada mama dan papa. Nanti kita bincang tarikh perkahwinan kamu berdua.” Cadang Datuk Tajudin.

“Tapi papa. Adam akan kahwin dengan dia dalam masa terdekat ni. Maybe di pejabat agama sahaja. Adam just nak bagitahu papa dan minta restu dari papa.”

What? But why? Adam ada buat apa-apa pada dia ke?” Datuk Tajudin mula tidak senang. Kalau benar Adam ada membuat sesuatu, perbuatan Adam ini bakal menjatuhkan maruah diri dan keluarga mereka.

“Papa.You know me. Adam just nak tolong dia. Adam rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan dia.” Ujar Adam berterus terang.

Adam menceritakan detik-detik dia bertemu dengan Zahra Mawaddah sehingga gadis itu dihalau oleh keluarganya dan sekarang dia tumpang tinggal di rumah Adam.

DatukTajudin melepaskan keluhan perlahan-lahan. Adam memang seorang yang sangat bertanggungjawab. Dia pasti ada sebab mengapa Adam membuat keputusan drastik seperti ini. Bagi Datuk Tajudin dia tidak ada masalah tentang ini. Tapi..

“Bagaimanadengan mama kamu? Papa pasti dia akan terluka kalau dapat tahu Adam kahwin senyap-senyap macam ni.”

Adam mengerti. Kalau boleh dia tidak mahu melukakan hati sesiapa. Tapi semua ini terpaksa juga dilakukan dengan cara ini. Dia pasti mamanya akan menghalang keras perkahwinan ini sekiranya mamanya tahu Adam ingin berkahwin secepat ini.

“Papa.Adam pasti mama akan menerimanya juga satu masa nanti. Papa tahu bukan kenapa Adam buat semua ini.”

DatukTajudin mengerti.

“Ok. Tentang mama tu Adam jangan risau. Papa akan tolong Adam terangkan nanti. Yang penting kamu berdua nikah dahulu. Dahulukan yang wajib. Papa akan sentiasasokong kamu.”

Thanks papa.” Riang Adam menyambut sokongan itu.

“Tapi papa minta maaf. Papa tak dapat hadir ke sana nanti. Hari ini papa kena pergi ke Jakarta. Ada urusan di sana, dan maybe papa akan bawa mama kamu sekali.”

Adam mengerti.  Apa yang penting papanya merestui hubungan dia dan Zahra. Harapan Adam semoga Zahra membuka hatinya untuk menerima Adam menjadi teman sehidup sematinya.

           ******

              Zahra Mawaddah terus menanti dengan sabar. Entah kenapa dia terlupa untuk mengambil nombor telefon Adam semalam. Kalau tidak, tidaklah dia kematu begini. Menunggu lama kedatangan Adam. Puas duduk, Zahra bangun. Mundar-mandir di sekeliling ruang tamu. Hatinya masih resah. Perlu ke dia berterus terang dengan Adam tentang mimpinya semalam?Adakah dia sudah bersedia untuk menerima lelaki itu? Ahh! Kalaulah Zahra boleh merubah semua ini.

Ting..tong..

Bunyi loceng di tekan dari luar rumah. Zahra Mawaddah membuka langkahnya menuju ke pintu. Sebelum membuka pintu Zahra mengintai di lubang kecil pintu rumah Adam. Bimbang yang menekan loceng itu bukan Adam. Sebatang tubuh sedang berdiri diluar. Setelah diamati dengan betul, Zahra akhirnya membuka pintu kayu itu.

“Assalamualaikum.”Ucap Adam Faris tersenyum.

“Waalaikummusalam.”Jawab Zahra mengambil kunci gril yang tersangkut pada dinding sebelah pintu.

“Awak dah siap?” Soal Adam Faris. Lengkap berjaket hitam bersama seluar jeans.

“Dah. Dah lama saya tunggu awak. Saya lupa nak ambil nombor telefon awak semalam.”Ujar

Zahramembukakan pintu untuk Adam.

“Kalau dah siap jom kita gerak. Mesti awak dah lapar kan?” Ajak Adam tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

“Awak tak nak masuk dulu?” Zahra pelik bila Adam hanya berdiri di muka pintu.

It’s ok. Satu hari nanti saya pasti akan masuk ke rumah ini bersama awak.” Mendalam kata-kata Adam. Matanya merenung Zahra sekilas.

Zahra segera berpaling. Ya Allah, perasaan apakah ini?

“Kalau macam tu saya pergi ambil beg tangan kejap.” Zahra cuba menutup getar yang bermain di dalam hatinya kini. Zahra tekad, selepas makan pagi nanti dia akan berterus terang dengan Adam. Biarlah perkara ini selesai dengan segera.

Zahra keluar. Pintu gril dikunci dari luar. Mereka berjalan beriringan menuju ketempat letak kereta.  Sampai di kereta,Adam membukakan pintu buat Zahra.

 Teragak-agak Zahra untuk masuk. Kenapa dia melayan aku sebaik ini? Insan itu juga tidak pernah melayan aku sebaik ini. Zahra semakin serba salah. Apakah dia harus menolak orang sebaik Adam untuk masuk ke dalam hatinya?

Adam memulakan perjalanan mereka untuk bersarapan pagi. Zahra diam melayani perasaannya sendirian.

“Awak nak makan apa? Saya boleh bawakan.” Tawar Adam tenang.

“Saya tak kisah. Awak pergi je mana-mana kedai makan yang awak nak.” Jawab Zahra. Menutup rasa debar di hati. Ingin diluah rasa takut, tidak diluah bimbang merana diri.

“Baiklah kita pergi makan nasi lemak ya?” Cadang Adam. Zahra menganguk bersetuju.

Kesepian melanda kembali di dalam kereta Adam.

“Dah lama ke awak tunggu tadi?” Adam memulakan perbualan. Bosan pula perjalanan ini kalau masing-masing mendiamkan diri.

“Lama juga. Saya nak call awak. Tapi saya tak ada nombor telefon awak.” Beritahu Zahra sekali lagi.

“Saya sengaja tak call awak pagi tadi. Saya tak nak ganggu awak. Saya tahu awak penat.” Ujar Adam jujur. Tumpuannya masih tertumpu kepada pemanduan.

“Maksudnya awak tahu nombor telefon saya?” Soal Zahra musykil.

“Ya.Awak kan pernah bagi kad nama awak pada saya. Kat situ ada nombor telefon awak.” Jawab Adam merungkai apa yang bermain di fikiran Zahra.

“Saya nak awak rehat. Apa yang berlaku semalam terlalu berat untuk awak hadapi. Saya faham apa yang awak rasa. Sebab saya ada saat awak menghadapi kesukaran itu.”

Zahra terdiam. Menepis segala prasangka buruk yang ada di hatinya. Ada sebab mengapa Adam tidak menghubungi dia. Bersungguh-sungguh Adam cuba mengambil berat tentang dia.

Adam kau terlalu baik untuk aku.

“Terima kasih Adam.” Ucap Zahra sekilas memandang jejaka itu. Adam menyambutnya dengansenyuman manis. Tenang wajah Adam saat ini.

“Kita sarapan dulu. Lepas tu kita cari barang dapur. Okey?”

Zahra mengangguk bersetuju. Dia sudah bertekad untuk berterus terang dengan Adam mengenai hal itu. Biarlah semua ini selesai dengan segera.

Adam,maafkan aku sekiranya aku banyak menyusahkan kau. Detik hati kecil Zahra.

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku