Melankolik
EPILOG
Genre: Keluarga
Kategori: Novel
Paparan sejak 21 September 2017
Kisah ini mengisahkan kehidupan Amnina Batrisya yang menjadi delusional (chuunibyou) disebabkan pelbagai masalah yang menimpa hidupnya. Ikuti kisahnya mencari identiti diri dan menyelesaikan segala masalah yang menimpa dirinya. Dapatkah dia keluar daripada masalahnya? Baca kalau nak tahu lebih lanjut.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
148

Bacaan






Amnina hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya di hadapan matanya sendiri. Slip keputusan SPM yang berada di tangannya dilihat beberapa kali. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dan sekaligus melayakkan dirinya untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Tanpa membuang masa, Amnina terus mencari Puan Suriya yang telah banyak membantunya dalam akademik dan segala-galanya.

"Cikgu, terima kasih banyak-banyak sebab dah tolong saya selama ni," kata Amnina kepada Puan Suriya yang telah pun berada di hadapannya. Puan Suriya mengukirkan senyuman manis di bibirnya.

"Sama-sama. Cikgu harap selepas ni kamu teruskan perjuangan kamu sebab ada pelbagai lagi cabaran dalam hidup yang kamu perlu tempuhi. Perjalanan hidup kamu masih jauh lagi. Faham, Amnina?" Puan Suriya memberikan kata-kata semangat dan nasihat sebelum melepaskan Amnina pergi.

"Baiklah, cikgu," balas Amnina dalam keadaan penuh bersemangat.

Amnina mempercepatkan aturan langkahnya daripada biasa pada hari itu ketika pulang ke rumahnya. Dia ingin cepat sampai ke rumahnya untuk memberitahu ibu dan bapanya tentang keputusannya yang cemerlang. Dia berasa tidak sabar-sabar untuk menyampaikan berita gembiranya itu kepada mereka berdua.

"Assalamualaikum!" Amnina memberi salam sebaik sahaja sampai di pintu rumahnya. Dia masuk ke rumahnya yang tidak berkunci itu. Dia lihat ibunya sudah pun berada di ruang tamu itu bersama bapanya. Mereka berdua seperti menantikan kepulangan Amnina.

"Mak, ayah cuba tengok ni. Amnina dah dapat result hari ni," kata Amnina sambil menghulurkan slip keputusan SPM-nya itu kepada ibu dan bapanya.

Tanpa berlengah, Badariah terus mengambil kertas itu dari tangan anaknya. Dia melihat kertas itu dengan berhati-hati. Riak wajah kosong yang dipamerkan ibunya bertukar gembira. Badariah terus menerpa Amnina untuk memeluknya dengan erat. Titisan jernih sudah mula mengalir dari tubir matanya.

"Tahniah, Amnina! Mak bangga dengan perubahan sikap anak mak ni. Mulai hari ni Nina jangan buat macam tu lagi tau." Ibu Amnina mengusap kepala Amnina sambil menasihatinya dengan lembut.

Bapa Amnina pula mula mendekati Amnina dan duduk berhampiran dengannya. Riak wajahnya menunjukkan kesedihan.

"Amnina, ayah minta maaf. Selama ni ayah taknak dengar kata-kata Nina, tak cuba faham masalah Nina dan tak pernah faham masalah Nina. Ayah minta maaf banyak-banyak. Nina pun lepasni kena berubah. Nina dah besar tau. Kawal sikit perasaan Nina. Masa kat U nanti, mak dan ayah takda nak jaga Nina. Nina kena belajar berdikari tau." Lembut sahaja suara Kamaludin menasihati anaknya. Tidak seperti selalu, di mana bapanya sentiasa berkasar dengan Amnina dan tidak memberi peluang kepada Amnina untuk mengeluarkan pendapatnya.

"Baiklah, mak ayah. Nina akan ingat semua pesan mak dan ayah. Nina janji," ujar Amnina kepada kedua-dua ibu dan bapanya. Amnina bertekad untuk menimba ilmu pengetahuan dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya.

"Risya! Apa yang awak buat tu? Nanti lambat kita nak pergi kuliah." Panggilan teman sebilik Amnina mengejutkan lamunannya yang panjang.

"Ya, Bihah. Kejap lagi aku siap," balas Amnina kepada rakannya itu. Terkocoh-kocoh Amnina mengambil begnya dan menyertai Nabihah, teman sebiliknya merangkap teman sekuliah ke kelas mereka yang bermula jam lapan pagi.

Mulai hari ini Amnina Batrisya ingin memulakan hidup barunya sebagai pelajar universiti. Nama panggilannya juga ditukar kepada Risya kerana dia ingin memulakan semangat baru. Perjuangan hidupnya masih lagi panjang. Pelbagai lagi ranjau kehidupan yang perlu dia hadapi selepas ini.

-Tamat-



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8 | BAB 9 | BAB 10 | BAB 11 | EPILOG |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku