ETHOS
Bab 2-2
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 September 2017
An eye for an eye, a tooth for a tooth, and evil for evil.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
36

Bacaan






“Plop” satu file diletakkan di atas meja. Pandangan keempat-empat mereka beralih kepada ketua jabatan, Khairi yang memberikan senyuman kepada mereka semua. Mereka berempat terus bangun dan memberi hormat.

“Tuan, apa tujuan tuan ke sini?” soal Amirul sambil dia berjalan daripada mejanya ke tempat dimana Khairi berdiri.

“Hadiah untuk korang berempat” Khairi berkata sambil dia menunjukkan fail tersebut. Aura yang keluar daripada fail tersebut membuatkan mereka semua ingin tahu akan apa yang ada pada fail tersebut.

“Hadiah?” soal Nasha dengan tidak faham akan situasi tersebut. Bukan sahaja dia. Malah mereka yang lain turut tidak memahami situasi di hadapan mereka.

Khairi tersenyum dan mengarahkan mereka berkumpul di meja tengah. Dan setelah semuanya disitu, dia memulakan katanya. “1 November ini, seorang penjenayah bernama Daud Hamidi Bin Harun Othman akan dibawa daripada penjara ke mahkamah disebabkan perbicaraan kesnya yang terakhir. Kes  yang akan dibincangkan ialah kes pembunuhan dua buah keluarga. Suspek telah membunuh dua buah keluarga tersebut dan tinggal di rumah mereka seperti ahli keluarga mangsa yang dibunuhnya”

“Ah. Kes ini. Ia sangat popular dalam kalangan jabatan saya” komen Zakuan dan mereka semuanya mengagguk kerana hampir semua tempat berbincang mengenai kes ini semasa ia diketahui. Jadi tiada orang yang tidak mengetahui kes tersebut.

“Tuan, kes ini, apa kaitannya dengan special squad?” soal Fazli yang tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan.

“Kemungkinan” kata Khairi sambil dia memandang mereka satu persatu. Meneliti riak muka mereka semua yang kosong dan tidak memahami.

“Tuan fikir suspek ini akan dibunuh?” soal Zakuan sambil dia mengambil gambar yang dikepilkan bersama fail tersebut.

“Ya. Pihak atasan juga berfikiran sama. Suspek ini mempunyai profile yang boleh membuatkan ahli ETHOS menjadikan dia sebagai mangsa yang seterusnya” dengan apa yang didengari oleh mereka, mereka mengangguk faham.

“Pada hari tersebut kereta kalis peluru akan membawa suspek ke mahkamah dan diiringi oleh empat buah kereta polis peronda. Selain empat buah kereta tersebut, saya nak kamu berempat turut serta dalam operasi ini. Segalanya telah dipersetujui. Macam mana?”

Amirul tersenyum dan memberi hormat “Terima kasih tuan! Peluang ini saya akan gunakan sebaik mungkin” katanya. Mereka bertiga terpana seketika sebelum melakukan pekara yang sama.

“Okay. Saya ucapkan semoga berjaya kepada awak berempat” kata Khairi sambil dia menepuk bahu Amirul dan kemudian berlalu pergi.

Amirul melihat pintu ditutup sebelum dia memandang rakan setugasnya yang baru. “Nampaknya kita ada tugas yang paling sukar” katanya dan mereka bertiga mengangguk faham.

~~~~

Seiren berdiri di atas sebuah bangunan dan memandang ke bawah. Dia dengan senangnya dapat melihat laman depan mahkamah dimana target mereka akan keluar daripada kereta. Seiren mengeluh sedikit. “Tidak sesuai” katanya sebelum dia berjalan turun daripada bumbung bangunan tersebut. Dia tahu yang jikalau dia memilih bangunan tersebut, kemungkinan dia akan dikesan adalah amat tinggi. Ia merupakan lokasi yang paling senang melepaskan tembakan dan juga paling senang dikesan. Kemungkinan untuknya melarikan diri adalah sukar.

“Kalau tembakan jarak dekat berkemungkinan akan dikesan adalah tinggi. Kalau jauh, berkemungkinan polis dah menyiasat dan berada dikawasan yang membolehkan tembakan jarak jauh digunakan. Hmm...” Seiren berfikir sambil dia menunggu lif untuk turun berhenti di tingkatnya.

“Ting” lif berbunyi menandakan ia sudah tiba di tingkat yang Seiren tunggu. Seiren memasuki lif dan menekan tingkat dimana lobi berada. Dia kemudian terus berfikir. “Hmm... tidak semestinya operasi ini dijalankan sebelum perbicaraan” katanya dan senyuman muncul dibibirnya.

Lif akhirnya berhenti di lobi dan Seiren terus keluar dan mendapatkan keretanya. Dia menghidupkan enjin keretanya dan berlalu dari tempat tersebut. Sambil memandu dia mengeluarkan telefonnya dan menghidupkan bluetooth sebelum membuat panggilan.

“Hello” kata penerima panggilan tersebut sebaik sahaja ia disambungkan.

“Chimera, awak boleh tolong periksa laporan cuaca untuk 1 November” kata Seiren terus kepada tajuk kerana dia tahu Chimera bukan seorang yang sukakan sesuatu yang panjang dan menyusahkan.

“Kejap” kata Chimera sebelum bunyi yang kedengaran adalah bunyi keyboard ditaip dengan pantas. “Dapat. Tetapi tidak tepat sebab ia masih awal” kata Chimera membaca apa yang berada di skrin komputernya.

“Tak apa. Bagi tahu saya dahulu”

“Ada kemungkinan hujan pada tengah hari sehingga petang”

“Oh yes!!!” Seiren memberi reaksi yang gembira. “Chimera. Teruskan memeriksa kajian cuaca sehingga hari operasi”

“Boleh” kata Chimera.

“Terima kasih!” Seiren menghabiskan perbualan dengan mood yang gembira.

~~~~

“Cuma ada dua tempat yang berkemungkinan berlakunya pembunuhan. Satu di penjara dimana suspek akan menaiki kereta dan kedua semasa suspek keluar dari kereta ke mahkamah” kata Nasha memberikan penerangan.

“Tapi tolak tepi penjara sebab kawalan ketat dan kesukaran untuk mereka membuat contact dengan suspek. Tambahan lagi disebabkan pihak polis sudah mengagak segalanya, rasanya agak sukar untuk pakar bom dan racun untuk melakukan kerjanya di dalam penjara” kata Amirul.

“Kita juga tidak pasti siapa antara mereka berempat yang akan melakukan pembunuhan” tambah Zakuan pula yang mendapat persetujuan mereka semua.

“Dan berkemungkinan juga kita akan diserbu semasa mengiringi suspek. Tetapi agak mustahil disebabkan mereka jenis yang tidak akan meninggalkan kesan” kata Fazli pula.

“Kemungkinan paling tinggi adalah sniper dimana mereka akan sempat melarikan diri” kata Amirul pula yang sedikit sebanyak faham mengenai mereka dengan lebih lanjut daripada mereka yang lain.

“Nampaknya kita kena mengawal kawasan dimana sniper berkemungkinan akan berada” Fazli berkata dan mereka semua bersetuju dengannya.

“Ya. Esok, Fazli awak akan teman saya untuk periksa kawasan berdekatan mahkamah. Kita akan cari kawasan yang berkemungkinan digunakan oleh sniper. Zakuan dan Nasha akan ke penjara dan maklumkan pegawai untuk mengawasi keadaan. Ada kemungkinan yang penjenayah kita kali ini akan dibunuh menggunakan racun juga. Walaupun ia agak mustahil” kata Amirul dan mereka membalas dengan “Ya!”

~~~~

“Kenapa kita tak gunakan racun macam dulu? Kan senang?” soal Basilisk yang sedang sibuk bermain dengan alatan kajiannya. Di atas meja tersebut terdapat pelbagai jenis tabung uji yang mengandungi cecair yang berbeza warnanya.

“Soalan. Sampai bila kita nak gunakan racun yang sama?” soal Erking kembali. Dia membetulkan cermin mata yang dipakainya dan terus menaip pada komputer peribadi di hadapannya. “Polis dah dapat mengagak cara kita membunuh. Kalau kita gunakan cara yang sama, mereka akan dapat kesan awak. Dan. Bom. Kita semua berkemungkinan ditahan”

“Psh. Okay. Jangan risau, racun baru saya akan siap dan awak akan terpegun dengan kesan dan apa yang akan berlaku nanti” kata Basilisk sambil dia mencampurkan larutan yang berwarna merah dan kuning yang kemudiannya bertukar menjadi warna ungu. Sains memang unik dan mengatasi warna yang sepatutnya terjadi dalam seni.

Chimera berjalan masuk ke ruang tersebut dengan pelbagai jenis makanan ringan dan terus berjalan ke arah mejanya. “Owh. Ya. Erlking” panggil Chimera dan Erlking menjawab dengan “Ya”

“Seiren ada call tadi dan dia minta saya periksa kajian cuaca” kata Chimera sambil tangannya pantas membuka plastik makanan ringan.

“Owh. Dia suruh awak periksa kajian cuaca untuk 1 November nanti ke?” soal Erlking sambil dia berhenti menaip dan memandang Chimera. Perbualan itu menarik perhatiannya sedikit.

“Yup. Awak nak tahu juga?” soal Chimera yang kini sudah kembali bermain dengan komputernya.

“Bagitau saya” kata Erlking yang kemudian memberikan ‘Ya’ kepada Chimera.

“Hujan dari tengah hari sehingga petang. Tapi masih belum pasti lagi. Jadi saya akan tinjau sehingga hari operasi kita” kata Chimera.

“Thanks” kata Erlking sebelum kembali menaip dan Basilisk hanya memandang mereka berdua sebelum dia berkata “Buat apa dia nak tahu hujan ke tidak?”

“Mungkin Seiren dah ada rancangan dalam otak dia. Biarkan je. Kita ikut je nanti. Walaupun kita tidak akan terlibat langsung kecuali mungkin Chimera”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku