ETHOS
Bab 3-1
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 September 2017
An eye for an eye, a tooth for a tooth, and evil for evil.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
55

Bacaan






Amirul meletakkan kepalanya pada meja dan dia mengeluh. Di pandangannya dengan tiba-tiba secawan kopi yang masih berasap diletakkan sebaris dengan matanya. Amirul memandang ke atas dan melihat Nasha meletakkan cawan tersebut sambil memberikan senyuman.

“Macam mana?” soal Nasha sambil dia memandang Amirul mengambil cawan tersebut dan meneguk kopi yang sememangnya masih panas itu.

2 jam sebelum itu.

“Abdul Hashim Bin Rahim, terangkan apa yang berlaku pada masa kejadian?” soal Amirul sambil tangannya memegang pen dan bersedia untuk menulis apa yang akan dikatakan oleh saksi di hadapannya.

“Saya sedang menunggu teman wanita saya semasa saya terlihat mangsa sedang memegang sesuatu seperti kertas berwarna putih dan kemudian dia memandang sekeliling. Nafasnya dari awal kuat mungkin sebab dia berlari sebelum itu. Dan seterusnya apa yang saya tahu darah keluar dari mulut mangsa”

~~~~

“Terangkan apa yang telah berlaku, Huang Xiao Wei”

“Masa itu saya sedang berehat dan minum air dari paip yang ada. Basikal saya berada di sebelah kanan saya. Tatkala saya habis minum,tiba-tiba lelaki itu memuntahkan darah dan saya terkejut sampai saya terjatuhkan basikal saya. Dia kemudiannya terus jatuh”

~~~~

“Pak cik, tempat ini hebatlah. Macam dalam movie pasal polis” kata Adnan yang merupakan seorang budak berumur 10 tahun.

“Kenapalah dia menjadi saksi juga?” soal Amirul di dalam hati. Amirul mengambil nafas yang panjang sebelum dia memulakan soalannya. “Adnan, boleh Adnan bagitahu apa yang Adnan nampak?”

“Nak tahu tak pak cik, pak cik yang jatuh dengan mulut berdarah itu, dia selalu datang dekat taman tu. Dia selalu joging dan Adnan selalu nampak dia”

“Owh. Dia datang tiap hari ke?”

“Ya. Tiap hari Adnan ke sekolah Adnan nampak pak cik itu lalu”

“Hari ini ada apa yang pelik berlaku?”

“Kecuali pak cik tu jatuh, sebelum itu dia ada ambil sesuatu dari dalam kolam air terjun” kata Adnan sambil memandang sekeliling terutamanya cermin yang berada di dalam bilik tersebut.

“Sesuatu dari kolam air terjun?” soal Amirul berminat dengan apa yang Adnan katakan. “Apa yang dia ambil?”

“Sesuatu bewarna putih. Pak cik tu ambil benda tu dan tengok dan kemudian dia jatuh” kata Adnan sambil menunjukkan reaksi yang berlaku.

~~~~

Amirul berjalan memasuki bilik pembedahan dan seperti selalu kelihatan Safuan disitu. “Safuan” panggil Amirul sambil memberikan senyuman. Safuan memandang Amirul dan turut memberikan senyuman.

“Macam mana?” soal Amirul apabila dia berdiri di sebelah rakannya dan memandang mayat Muhammad Adli yang terbaring di atas meja pembedahan tersebut.

“Kematian disebabkan pacemaker meletop. Boleh dikatakan begitu”

“Pacemaker?”

“Ya. Ala benda yang digunakan...”

“Saya tahu apa itu pacemaker. Tapi boleh ke pacemaker meletop?”

“Sebetulnya, tidak. Semua pacemaker yang digunakan telah diakui dan ia bukannya sesuatu yang boleh meletup”

“Ubah suai?”

“Berkemungkinan. Pacemaker yang ada telah berkecai. Menjadi serpihan sama juga dengan jantung. Saya tidak dapat kesan apa-apa disebabkan ia telah berkecai teruk. Namun ada kemungkinan terdapat bom dipasang disebabkan oleh kesan bagaimana organ dalamannya berada di saat dia dibedah”

“Bom...” kata Amirul berfikir.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku