Lambaian Bulan (Novel)
Bab 4
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 September 2017
Bermula daripada sebuah cerpen, Lambaian Bulan (LB) yang mendapat feedback yang memberangsangkan, saya mengubahnya menjadi sebuah novel yang berbeza jalan cerita namun menggunakan tajuk yang sama. Bergenre Epik Horror. Sebuah kisah diilhamkan dari secebis rahsia LB.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
81

Bacaan






PULANG dari rumah Tok Manan, Adim dan beberapa orang pemuda meluangkan masa di warung Pak Khatib. Dia tidak mengikut arahan Ahmad. Hanya beberapa orang sahaja pelanggan, tidak seperti biasa pasti penuh warung uzur itu. Kabus yang kian menebal telah merencatkan aktiviti penduduk. Namun, Pak Khatib tetap membuka warungnya walau tidak ramai pelanggan.Orang tua itu tiada tanggungjawab lain kerana masih bujang. Makanya, warung dibuka sehingga jam 3.00 pagi bermula jam 8.00 malam setiap hari. Ditutup sebentar hanya kerana ingin turut serta dalam perbincangan bersama Tok Manan tadi.

            Secawan kopi O hitam pekat didaratkan di atas meja, berhadapan Adim. Asap yang berkepul-kepul mudah saja terserap dalam gumpalan kabus. Aromanya membuka selera. Dalam sinar cahaya kalimantang yang samar-samar bersama adukkan kabus tebal pun Adim boleh melayan rasa laparnya dengan menjamah nasi goreng ikanmasin.

            PakKhatib duduk di sebelah Adim. Hujung kain lap yang tersangkut di bahunya ditekap-tekap di dahi. Keluhan berdetasan. Adim mengerling lelaki yang sudah berusia itu. Ada kerunsingan terpamer diriak wajahnya. Adim tahu Pak Khatib bimbang dengankeadaan sekarang.

            “TokManan tu pelik.” Adim membuka bicara.

            “Pelikdia datang bila melibatkan hal-hal yang hendak disimpannya sendiri.”

            “Adakaitan dengan keadaan sekarang ke?” soal Adim.

            PakKhatib hampir-hampir mengangguk namun hendak mengeleng juga kerana ada rasatidak enak jika berterus-terang dengan Adim. Adim berhenti makan. Riak PakKhatib serba salah.

            “Kalauhal ini membahayakan, kenapa Tok Manan buat tak tahu? Saya tak sedap hati sejaksemalam. Tak pernah keadaan jadi macam ni. Kalau dibiarkan, akan menggangguurusan harian dan pendapatan penduduk di sini.” Adim runsing.

            “Kautahu sejarah kampung ni?” soal Pak Khatib kepada Adim semula.

            “Tahulah.Kampung ni dulu pernah melalui zaman penjajahan. Macam kampung lain juga.Serata Tanah Melayu, kan? Keluarga Tok Manan dari dulu kepala kampung.”

            Lelakitua itu mengemam bibir. Terngiang-ngiang pesan Tok Manan berpuluh tahun duluditelinganya. Dia fikir tidak akan berlaku lagi keanehan dikampung ini. Semuayang terjadi dulu ‘dimatikan’ semasa generasinya dan kekal rahsia sehinggakini.

            Adimmenoleh ke kanan, ke arah jalan apabila pendengarannya mengesan sesuatu.

            “PakKhatib dengar tak ada orang panggil nama saya?” soalnya tanpa mengalih pandang.

            PakKhatib turut menoleh ke arah yang sama. Begitu juga dengan pelanggan-pelangganyang masih ada di warung itu. Pak Khatib sudah berdiri.

            Dalamkabus yang tebal itu tidak jelas siapa yang berlari menuju ke warung Pak Khatibdari hujung jalan. Hanya cahaya lampu suluh yang bergerak-gerak jelas menembusiketebalan kabus. Beberapa minit menanti, muncul empunya diri.

            “Adim!”Keras suara Ahmad. Melilau matanya.

            Adimbangkit. Pandangan mereka bersua.

            “Kenapaayah?”

            “Kenapatak dengar cakap aku? Balik! Ayah cakap balik!” arah Ahmad.

            Anaknyayang kaku tidak bergerak mendorong Ahmad untuk menarik Adim keluar dari warungdan bergegas pulang ke rumah. Adim yang terpinga-pinga menurut saja langkahAhmad. Mereka membelah kegelapan dengan hanya berjalan kaki.

            “Ayah,ada apa sampai tergopoh gapah ni?” soal Adim.

            Ahmadtidak menjawab. Langkahnya laju menghala ke rumah sehinggalah terserempakdengan Bahrin yang sedang menunggang motosikal. Mereka berpecah asalnya.

Lelaki itu berhenti apabila ternampakAhmad.

            “Kaunampak anak aku, Muiz?” soal Bahrin.

            “Akutak tahu Bahrin. Baik kau cari dia sampai dapat. Lepas tu kau kunci anak lelakikau dalam rumah sampai semua ni reda. Pastikan yang lainnya buat perkara yangsama,” pesan Ahmad.

            “Yalah.Siang nanti berkumpul dirumah kau,” ucapnya sebelum memulas minyak.

            Bahrinmeneruskan perjalanan. Adim yang keliru dengan sikap orang tuanya dan Bahrin,semakin tidak keruan. Adakah ini semua ini berpunca daripada perubahan yangberlaku dikampung ini? Terpancing perasaan ingin tahunya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku