Lakaran Cinta Kita
Prolog
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 September 2017
Teruskan hidup awak seperti biasa. Satu hari awak akan sedar bahawa cinta awak sebenarnya bukan saya.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
393

Bacaan






Melissa Jazzmin berjalan bersama dua orang rakan kuliahnya secara beriringan. Dia dan Jane ketawa tatkala Ivy membuat lawak antarabangsanya. Namun matanya tiba-tiba tertancap ke arah seorang lelaki berhoodie hitam, sedang terkocoh-kocoh berlari menuju ke kaunter khidmat pelajar. Tali kasut sebelah kaki kanan juga terbuka. Selekeh benar lelaki itu pada waktu itu. Gelagat lelaki itu menarik perhatiannya untuk terus jadi pemerhati. Langkahnya jadi perlahan. Jane dan Ivy, kedua-duanya sudahpun berjalan ke hadapan.


               “Mel.. Why are you even standing there alone? Come here quick!” laung Ivy. Dia menoleh ke depan seketika. Ivy dan Jane, kedua-duanya memandangnya dengan kening terjungkit sebelah.


               “Oh..I..” matanya terkebil-kebil, masih sedang memikirkan alasan untuk diberi kepada mereka. “I have something coming up. Y’all go ahead,I’ll be home before..” dia mengecek jam di pergelangan tangan. “5.” Sambungnya.


               “Alright,take care then..” ujar Jane pula. Tak lama, mereka meneruskan berjalan seperti biasa semula.


               Melissa pula berjalan menghampiri kaunter itu namun dia memastikan ada jarak antara dia dan lelaki itu. Tak mahu menganggu urusan lelaki itu dengan Mrs Walter, pekerja yang bertugas di kaunter itu. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari beg sandang,pura-pura sibuk menaip mesej namun dalam diam, dia memasang telinga.


               “I’m here to pay my remaining tution fee..” lelaki itu mengeluarkan beberapa ikat duit dari poket jeans lusuhnya. Duit itu dilonggokkan di atas meja kaunter.


               Bebola mata Melissa bergerak ke arah lelaki itu semula. Kelihatan, Mrs Walter sedang mengira wang yang diserahkan oleh lelaki itu tadi. Lelaki itu pula nampak seperti sedang tergesa-gesa. Wajahnya juga kelihatan gelisah. Jam di pergelangan tangan juga asyik dikerling saja.


               “Why is he even paying the tution fee now? Isn’t the fee supposed to be paid during the enrollment?” dia bermonolog sendirian. Tertanya-tanya juga mengapa lelaki itu baru membayar yuran hampir di penghujung semester.


               “Akhbar, I’vecounted the money thrice. The amount you give me is £5100 instead of £5400. Youhave to pay another £300 in order for me to re-anable your student portal.


               Lelaki itu kelihatan kecewa juga buntu. Wajahnya jelas menunjukkan dia sedang serabut. Dimana pula dia mahu mencari baki duit itu pada masa yang singkat begini? Sudahlah dia perlu mencetak dokumen untuk final crit pada minggu depan dan tempoh untuk mencetak dokumen itu begitu terhad.Risau dia tidak dapat mencetak dokumen-dokumen penting itu jika dia tidak menyerahkan baki wang yuran pengajiannya pada hari itu. Alamatnya, final critnya bakal tinggal kenangan sajalah.


               “Can I pay the balance tomorrow? I don’t have enough cash with me right now.” Dia masih cuba berundng. Mrs Walter geleng.


               “I’m sorry, I cannot help you with that. That’s the university procedure that you have to follow. If I could help you, then I would. I’m sorry Akhbar. I cannot re-enable your account unless if you give me the complete payment..” ujar Mrs Walter,terang-terang kelihatan serba salah.


               Melissa terus jalan mendekati kaunter itu. Dia menghadiahkan senyuman kepada Mrs Walter.Lelaki di sisinya itu seterusnya dipandang pula. Lengan Akhbar dicuit.


               “Can we talk for a while?” terpinga-pinga Akhbar jadinya. Dia mengangguk kecil. Dari gaya gadis itu, dia tahu Melissa adalah seniornya di universiti itu. Mereka berjalan beberapa tapak menjauhi kaunter itu.


               Melissa menilik lelaki itu atas bawah. “Give me your watch. It looks expensive.” Mata Akhbar membuntang. Dia menjatuhkan pandangan ke arah jam di pergelangan tangannya itu. Lantas dia menggeleng laju.


               “Ask anything else but this watch.” Perlahan, Akhbar berkata. Melissa senyum sinis. Dia geleng perlahan. Lidahnya menolak pipi kanan, membuatkan pipinya kelihatan kembung sebelah. Kolar hoodie Akhbar tiba-tiba ditarik sedikit.


               “I’m your senior here. Don’t disobey to me. You don’t want my clique to come and get you do you? You know, it won’t do any good to you.” Ujar Melissa, lebih kepada mengugut. Matanya juga dijegilkan. Masih nampak cantik walaupun keadaan matanya seakan-akan mahu terkeluar dari soket mata.


               Kolar hoodie kemudiannya dilepaskan. Bahu lelaki itu diusap-usap sedikit, seakan-akan membuang habuk darinya.


               Akhbar menunduk. Wajahnya memerah, seperti menahan sesuatu yang berat untuk dia tanggung. Tak mahu serabutkan kepala dengan masalah lain, perlahan, tangannya menanggalkan jam di pergelangan tangan kiri. Jam kesayangannya, pemberian uminya sewaktu ulang tahunnya ke-19.


               Jam itu diserahkan kepada Melissa tanpa kerelaannya.


               “Good boy.”Melissa senyum jahat sambil menepuk lengan kurus Akhbar.

               Dia terus pergi meninggalkan lelaki itu sambil bersiul gembira. Akhbar tunduk menerkur lantai sambil mengeluh kecil. Dugaan tuhan berikan kepada dia pada hari itu benar-benar menguji kesabarannya. Air mata semakin mengugut untuk keluar dari tubir. Fokusnya sekarang adalah mencari duit sebanyak £300 sebelum waktu pejabat pada hari itu tamat.


               Langkah disusun menuju ke pintu lobi. Dia terfikir untuk menjadi penyanyi jalanan seketika di sekitar. Harapnya wang yang diperolehi nanti mampu menampung baki yang masih tertunggak itu.


               “I’ll pay the balance with card. Please re-enable his student portal now. It seems like he’s desperete to access the account.” Kad kredit itu kemudiannya bertukar tangan. Dia mengalihkan pandangan ke arah Akhbar yang sudah berada di luar pintu berkaca itu.


               “Hey.” Dek kerana lobi unversiti itu agak kosong tanpa pelajar, laungan  Melissa tadi kedengaran bergema. Akhbar menoleh. Matanya sudah merah.


               “Go access your portal now. I didn’t take your watch for free.” Tambahnya lagi.


               Automatik, bibir Akhbar menguntumkan senyuman. Senyuman kelegaan. Senyuman kegembiraan. Cepat-cepat dia mengesat hujung matanya lantas berlari menuju ke studio untuk menyiapkan kerjanya yang terbengkalai tadi. Syukur tuhan membantu dia dengan menyalurkan bantuan tersebut melalui gadis berambut merah jambu itu.


               “Kids nowadays don’t even know how to thank others..” getus Melissa sambil menggeleng kepala.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku