Tersentap Takdir Tuhan
Tersentap Takdir Tuhan
Genre: Cinta
Kategori: Puisi
Paparan sejak 26 September 2017
Allah…… Engkau tahu akan hadirnya dalam hatiku Allah ……. Engkau Tahu akan kasihku padanya dari dulu Allah…….Engkau Tahu pengharapanku menjadi kesudahan ini. Sungguh-sungguh aku mengimpikannya. Sungguh-sungguh aku mengharapkan dia menjadi sahabat hidupku, menjadi imam dalam solatku, bersama-sama meraih syurga-Mu Aku ingin sekali menjadi suri hatinya. Menjaga makan minumnya. Mengingatkan dia untuk solat bersama. Membina istana keluarga bahagia. Dialah insan yang begitu ku damba. Sosok peribadinya, aku yakin dia dapat membimbing ku ke jalan-Mu. Ketampanan wajahnya seanggun ibadahnya. Penyantun terhadap orang tua, bahkan selalu mengasihi mereka yang lemah. Allah Engkau tahu akan segalanya, tentang hatiku selalu berkata-kata tentangnya, aku malu untuk jujur kepada-Mu ya Allah, Namun pengharapanku, hanyalah bersandar kepada-Mu Allah sungguh Engkau mengetahui, keakraban antara aku dan dia. Dalam tawa dan guarauan mesra, Aku hanya mengharapkan kita menjadi ikatan yang sah. Sehingga waktu itu tiba, kusimpan segalanya dalam dekapan-Mu seutuhnya. Ya Allah, Ya Robbi, waktu itu telah tiba, ikatan menjalin kasih keluarga telah sampai waktunya. Namun, Namun bukan lah aku wanita yang di pinangnya. Bukanlah aku wanita yang akan menjadi bidadarinya, Bukan aku yang akan menjadi penemannya. Setelah dia memberi pengharapan yang begitu besar kepadaku, Setengah mati aku menaruh kasih terhadapnya. Setelah seolah-olah dia begitu bersungguh akanku semuanya adalah pengharapan palsu. Allah, mengapa yang menjadi pilihannya harus sahabat baikku pula, tidakkah ada yang lain selain dia, mengapa aku harus menjadi saksi dalam gelumat yang menyakiti hatiku sendiri, aku benci ya Allah, aku benci. Ya Allah, Kau mendengar segala jeritan hati yang meronta Sakit ya Allah, sungguh-sungguh sakit. Mahligai yang inginku bina sekian lama hancur sehancur-hancurnya, Begitu perih hati iniku rasakan seakan sesaknya dadaku, tanpa rasa. Sungguh Engkau melihat segalanya. tentang sebelum dan kesudahannya. Aku yang putus asa, menggenggam nasib penuh malapetaka, aku tidak bisa menerima semua ini ya Allah, Mengapa harus aku, mengapa tidak orang lain, Tidakkah kau dengar pintaku saban hari saban malam kepada-Mu, Tidakkah kau tahu aku menyintainya melebihi diriku. Aku merayu … hentikanlah rasa sakit ini daripadaku Allahu,,, mengapa dunia ini begitu kejam melayaniku, mengapa dunia ini begitu jahat untuk aku bahagia. Mengapa? Tidakku sedari akan kuasa Tuhan Tidakku sedari akan kehendak Tuhan Tidakku sedari akan nikmat-Nya yang telah ku makan Tidak pulaku tahu takdir yang tertulis untukku di lauhil manfuz. Bila takdir merentap hidupku, aku keliru, aku musnah, dan kecewa. Kerana aku tahu, aku tak mampu mengundurkan waktu, Kerana aku tahu, segala kehendak-nya Lebih baik daripada yang aku tahu. Kesatlah air mata dan segala luka dan biarkan saja semuanya tersimpan tersimpan dalam diari Tuhan-mu. Saat hari bahagianya aku tak termampu memenuhi jemputan mereka, dengan sengaja aku bermusafir melihat dunia, tentu aku merasa lebih bahagia. Menikmati alam semesta yang penuh dengan anugerah Tuhan, sesungguhnya aku akan temui ubat hati dalam perjalanan, kerana aku yakin Tuhan masih sayang kan diriku Sudah tiga tahun aku meninggalkan desa, aku kembali kerana hati ku mulai menerima segala rasa yang pernah mematikan ku. aku kembali untuk menikmati tanah, udara dan alam di tanah kelahiran ku. Tanpa sengaja aku bertemu mereka, seakan hidupnya begitu bahagia, sedikit rasa cemburu masih ada. Tapi aku tahu, Allah ada. Tentu ada kenikmatan di sebaliknya. Saat mereka datang menyapa, seolah-olah aku tak tahu berkata apa. saat menikmati suasana nan indah, sang suami menunjuk ke arah pokok besar mengenangkan akan kisah cinta bersamanya, dimana dia menemukan sepucuk surat cinta, serta makanan yang selalu di hidangkan untuknya. sang isteri seraya berkata, dia tidak pernah melakukannya, dia tidak gemar menulis surat atau membacanya, dia hanya sering ke sawah atas permintaan ibunya untuk menghantarkan makanan kepada ayahnya, dan terus berlalu pergi. Sang suami masih tercengang akan surat-surat yang pernah di terima dulu, akan perhatian yang di berikan begitu mendalam. lantas dia melirih kearah aku, dan masih menanyakan siapakah di sebalik semua itu. Menarik nafas panjang, inilah masa yang terluang dan akan aku katakan padanya segalanya. Wahai dikau, dulu yang aku cinta, dulu yang aku kasihi sepenuh jiwa, telahku letakkan separuh hidup ku akan pengharapan ku untuk bersamamu. telahku santuni dikau untuk memikat hatimu, ku hantar surat-surat di bawah celah batu di bawah pokok yang rimbun itu, dimana tempat engkau berteduh, telah ku luahkan segala isi hati ku untuk memujuk mu. telahku nyatakan hasrat ku ingin membina bahtera cinta bersamamu. kuhantar makanan agar kau tahu aku dapat menjagamu. kau telah membalasnya dengan baik, segala surat yang kau baca kau tersenyum riang. sehingga surat-surat itu kau hanya balas dengan satu kad jemputan pernikahan mu kepadaku. Saat mulutnya menggumam dan matanya berkaca-kaca, akan kejamnya dia, hanya kata maaf keluar dari bibirnya. Aku berharap maafmu, mengembalikan aku seperti dulu. Tetapi tidak semudah lidah mengutarakan kata. Masih lagi rasa kecewa yang tersisa dan aku berharap dapat membuang segala rasa yang pernah ada. Dan aku berharap cukuplah disini, tentang kau dan aku, aku tidak memusuhimu, tidak pula ingin menjadi temanmu, aku hanya ingin hidup bahagia walau tanpa ada kamu. semua itu sudah cukup bagiku. Cinta manusia boleh membuat ku mati Namun Cinta pada Allah selepas mati serasa akan hidup kembali. Itulah kesilapanku yang cukup besar…. Dia lebih menyayangi lebih yang aku tahu. Aku tersentap dengan takdir Tuhan, seakan Dia tidak adil terhadapku, seakan dunia ini begitu kejam. Tapi inilah takdir, kau bukan milikku, kau bukan jodohku. Inilah takdir yang kuasa, tinta tertulis tiada jodoh antara kita. Allah, sungguh sakit saat aku mengatakannya. Sungguh pahit untuk kurasakan semula, Kerana Engaku selalu ada ya Robbi hati ini adakalanya berhenti menangisi duniawi kerana akhirat adalah kehidupan yang haqiqi. Ampunkanlah aku, Pilihlah aku menjadi kekasih-Mu. Berikanlah aku kesempatan waktu untuk lebih mengenal-Mu.
Penilaian Purata:
279

Bacaan






Allah……Engkau tahu akan hadirnya dalam hatiku

Allah…….  Engkau Tahu akan kasihku padanyadari dulu

 

Allah…….EngkauTahu pengharapanku menjadi kesudahan ini.

 

Sungguh-sungguhaku mengimpikannya.

Sungguh-sungguhaku mengharapkan dia menjadi sahabat hidupku, menjadi imam dalam solatku, bersama-samameraih syurga-Mu

 

Akuingin sekali menjadi suri hatinya.

Menjagamakan minumnya.

Mengingatkandia untuk solat bersama.

Membinaistana keluarga bahagia.

 

Dialahinsan yang begitu ku damba.

Sosokperibadinya, aku yakin dia dapat membimbing ku ke jalan-Mu.

Ketampananwajahnya seanggun ibadahnya.

Penyantunterhadap orang tua, bahkan selalu mengasihi mereka yang lemah.

 

Allah

Engkautahu akan segalanya, tentang hatiku selalu berkata-kata tentangnya,

akumalu untuk jujur kepada-Mu ya Allah,

Namunpengharapanku, hanyalah bersandar kepada-Mu

 

Allah

sungguhEngkau mengetahui, keakraban antara aku dan dia.

Dalamtawa dan guarauan mesra,

Akuhanya mengharapkan kita menjadi ikatan yang sah.

Sehinggawaktu itu tiba, kusimpan segalanya dalam dekapan-Mu seutuhnya.

 

 

YaAllah, Ya Robbi,

waktuitu telah tiba, ikatan menjalin kasih keluarga telah sampai waktunya.

Namun,

Namunbukan lah aku wanita yang di pinangnya.

Bukanlahaku wanita yang akan menjadi bidadarinya,

Bukanaku yang akan menjadi penemannya.

 

Setelahdia memberi pengharapan yang begitu besar kepadaku,

Setengahmati aku menaruh kasih terhadapnya.

Setelahseolah-olah dia begitu bersungguh akanku

semuanyaadalah pengharapan palsu.

 

 

Allah,

mengapayang menjadi pilihannya harus sahabat baikku pula,

tidakkahada yang lain selain dia,

mengapaaku harus menjadi saksi dalam gelumat yang menyakiti hatiku sendiri,

akubenci ya Allah, aku benci.

 

YaAllah, Kau mendengar segala jeritan hati yang meronta

Sakitya Allah, sungguh-sungguh sakit.

Mahligaiyang inginku bina sekian lama hancur sehancur-hancurnya,

Begituperih hati iniku rasakan

seakansesaknya dadaku, tanpa rasa.

 

SungguhEngkau melihat segalanya.

tentangsebelum dan kesudahannya.

Akuyang putus asa, menggenggam nasib penuh malapetaka, aku tidak bisa menerimasemua ini ya Allah,

Mengapaharus aku, mengapa tidak orang lain,

Tidakkahkau dengar pintaku saban hari saban malam kepada-Mu,

Tidakkahkau tahu aku menyintainya melebihi diriku.

Akumerayu … hentikanlah rasa sakit ini daripadaku

 

Allahu,,,

mengapadunia ini begitu kejam melayaniku,

mengapadunia ini begitu jahat untuk aku bahagia.

Mengapa?

Tidakku sedari akan kuasa Tuhan

Tidakkusedari akan kehendak Tuhan

Tidakkusedari akan nikmat-Nya yang telah ku makan

Tidakpulaku tahu takdir yang tertulis untukku di lauhil manfuz.

Bilatakdir merentap hidupku, aku keliru, aku musnah, dan kecewa.

Keranaaku tahu, aku tak mampu mengundurkan waktu,

Keranaaku tahu, segala kehendak-nya

Lebihbaik daripada yang aku tahu.

 

 

Kesatlahair mata dan segala luka dan biarkan saja semuanya tersimpan tersimpan dalamdiari Tuhan-mu.

 

Saathari bahagianya

aku taktermampu memenuhi jemputan mereka,

dengansengaja aku bermusafir melihat dunia, tentu aku merasa lebih bahagia. Menikmatialam semesta yang penuh dengan anugerah Tuhan,

sesungguhnyaaku akan temui ubat hati dalam perjalanan, kerana aku yakin Tuhan masih sayangkan diriku

 

Sudahtiga tahun aku meninggalkan desa,

akukembali kerana hati ku mulai menerima segala rasa yang pernah mematikan ku.

akukembali untuk menikmati tanah, udara dan alam di tanah kelahiran ku.

 

Tanpasengaja aku bertemu mereka,

seakanhidupnya begitu bahagia,

sedikitrasa cemburu masih ada.

Tapiaku tahu, Allah ada.

Tentuada kenikmatan di sebaliknya.

 

Saatmereka datang menyapa, seolah-olah aku tak tahu berkata apa.

saatmenikmati suasana  nan indah,

sangsuami menunjuk ke arah pokok besar mengenangkan akan kisah cinta bersamanya,dimana dia menemukan sepucuk surat cinta, serta makanan yang selalu dihidangkan untuknya.

 

sangisteri seraya berkata, dia tidak pernah melakukannya, dia tidak gemar menulissurat atau membacanya, dia hanya sering ke sawah atas permintaan ibunya untukmenghantarkan makanan kepada ayahnya, dan terus berlalu pergi.

 

Sangsuami masih tercengang akan  surat-suratyang pernah di terima dulu, akan perhatian yang di berikan begitu mendalam.lantas dia melirih kearah aku, dan masih menanyakan siapakah di sebalik semuaitu.

 

Menariknafas panjang, inilah masa yang terluang dan akan aku katakan padanyasegalanya.

 

Wahaidikau,

duluyang aku cinta,

duluyang aku kasihi sepenuh jiwa,

telahkuletakkan separuh hidup ku akan pengharapan ku untuk bersamamu.

telahkusantuni dikau untuk memikat hatimu,

kuhantar surat-surat di bawah celah batu di bawah pokok yang rimbun itu, dimanatempat engkau berteduh, telah ku luahkan segala isi hati ku untuk memujuk mu.

telahkunyatakan hasrat ku ingin membina bahtera cinta bersamamu.

kuhantarmakanan agar kau tahu aku dapat menjagamu.

kautelah membalasnya dengan baik, segala surat yang kau baca kau tersenyum riang.sehingga surat-surat itu kau hanya balas dengan satu kad jemputan pernikahan mukepadaku.

 

Saatmulutnya menggumam dan matanya berkaca-kaca, akan kejamnya dia, hanya kata maafkeluar dari bibirnya.

 

Akuberharap maafmu, mengembalikan aku seperti dulu.

Tetapitidak semudah lidah mengutarakan kata.

 

Masihlagi rasa kecewa yang tersisa dan aku berharap dapat membuang segala rasa yangpernah ada.

Dan akuberharap cukuplah disini, tentang kau dan aku, aku tidak memusuhimu, tidak pulaingin menjadi temanmu, aku hanya ingin hidup bahagia walau tanpa ada kamu.semua itu sudah cukup bagiku.

 

Cintamanusia boleh membuat ku mati

NamunCinta pada Allah selepas mati serasa akan hidup kembali. Itulah kesilapankuyang cukup besar….
Dia lebih menyayangi lebih yang aku tahu.

 

Akutersentap dengan takdir Tuhan, seakan Dia tidak adil terhadapku, seakan duniaini begitu kejam. Tapi inilah takdir, kau bukan milikku, kau bukan jodohku.

Inilahtakdir yang kuasa, tinta tertulis tiada jodoh antara kita.

 

Allah,sungguh sakit saat aku mengatakannya.

Sungguhpahit untuk kurasakan semula,

KeranaEngaku selalu ada ya Robbi

hatiini adakalanya berhenti menangisi duniawi kerana akhirat adalah kehidupan yanghaqiqi.

Ampunkanlah aku,

Pilihlahaku menjadi kekasih-Mu.
Berikanlah aku kesempatan waktu untuk lebih mengenal-Mu.

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku