Misi 10 Tahun
Bab 2
Genre: Keluarga
Kategori: Novel
Paparan sejak 30 September 2017
Hidup dikelilingi hutang, dan di masa waktu kemuncak kesusahan Sofiya, dia berjumpa Kembali Cinta Pertama nya yang hilang 4 tahun lalu..
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
265

Bacaan






Seminggu sudah berlalu hasil perbincangan Sofiya dan Nurul. Keputusan masih samar-samar. Nurul masih menunggu rakan bisnesnya yang kedua. Sofiya takut aura kedainya berjangkit dengan Tea House milik Nurul,walaupun Nurul tidak berfikir sedemikian.

Deringan telefon menyedarkan Sofiya dari terus berkhayal.


"Hello,iya saya Sofiya bercakap. ..Dzul ? Dzul Ifzi? " Sofiya meletak gagang. Mengimbas kembali sosok tubuh si pemanggil . Hatinya berdebar lagi.

'Apa yang dia mahu?' 

Teringat pertemuan terakhir mereka 5 tahun yang lalu..

"Sofy,Dzul rasa tak boleh jumpa Sofy lagi lepas ni. Dzul dapat belajar kat Sarawak, Unimas . Sofy dapat Uitm Sabah kan?"

"Iya.. Bestnya kan. Kalau kita dapat tempat sama. Ala 4 tahun ja pun. Emel,call, whatsapp kan boleh." Kata Sofiya manja .

"Ok sayang.. Dzul janji hari-hari Dzul call ,whatsapp  Sofy." Dzul Ifzi tersenyum merenung Sofiya buah hati nya. 

Tapi janji tinggal janji. Selepas 6 bulan Dzul Ifzi di Sarawak, Sofiya kehilangan berita kekasih hatinya itu. Dzul Ifzi mungkir janji.

'Arrrhhh lupakan. Aku kena bersedia jumpa dia lepas ni. 5 tahun tidak berjumpa apa agaknya khabar dia. ' Dalam benci ada rindu di hati.

Sofiya bergegas mengemas barang-barangnya dimeja. Dia perlu segera ke kedainya untuk mengambil fail yang diperlukan untuk bertemu Nurul. Ada khabar gembira yang Nurul ingin sampaikan.

Seperti biasa , Sofiya akan memesan Aira supaya menghubunginya jika ada hal penting .


Tepat pukul 9.45 , Sofiya sudah sampai di Tea House milik Nurul. Lebih awal kerana teruja untuk berjumpa dengan rakan bisnes Nurul iaitu Encik Fikri . Nurul ada memaklumkan dia yang Encik Fikri ingin berjumpa sendiri bagi membincangkan proposal untuk mengabungkan kedai mereka.

Tea House milik Nurul agak lenggang pada waktu ini disebabkan sesi persekolahan. Kalau waktu petang,agak penuh sebab Tea House miliknya mempunyai kemudahan wifi bagi memudahkan pelajar melayari internet. Sofiya menunggu di kerusi yang menghadap pintu masuk Tea House agar memudahkan Encik Fikri mencarinya.

Sambil menunggu , Sofiya membelek telefon bimbit Huawei nya. 

Ada whatsapp dari nombor tidak dikenali.

Sofy, Dzul dalam perjalanan. 30 minit Dzul ke sana.

Whatsapp itu menganggu Sofiya. Berfikir macam mana Dzul Ifzi yang 5 tahun menghilang tu boleh dapat nombor telefon dan tahu di mana lokasinya sekarang.

Arhh biarlah. Sofiya perlu fokus untuk perbincangan kali ini. Dia berharap proposalnya kali ini dapat menyelamatkan Kedai Buku Jaynee Station.


Tok tok.. Ketukan dimeja menyedarkan Sofiya. Sofiya mendongak memandang gerangan siapakah.

"Saya Dzul Ifzi Bin Zahim wakil Encik Fikri. Encik Fikri tak dapat datang sebab kena tengok projek lain ." Sofiya tergamam, lain ditunggu, lain yang muncul.

Lelaki itu yang pernah dihatinya. Lelaki itu yang meninggalkannya tanpa berita. Bukan mimpi lagi.

Sofiya cuba mengawal perasaannya sambil bangun.

"Saya Sofiya Binti Ahmad , silakan duduk Encik Dzul" Suara Sofiya bergetar.

"Silakan duduk Sofy. Sofy sihat. Tahniah Sofy. Berjaya juga Sofy buka Kedai Buku kan..."

"Yes without you." Balas Sofiya pantas

Dzul Ifzi tersenyum. Dia tahu Sofiya masih marah. Salah dia juga menghilang tanpa jejak.


Ok jom kita mulakan. Boleh Dzul tengok proposal Sofy?

Sofy mengangguk sambil memberi proposalnya kepada Dzul Ifzi.

Kedai Buku Jaynee Station bercadang mahu mengunakan elemen Tea House di satu sudut di dalam kedai Sofiya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Hutang | Bab 2 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku