KALA INI IZINKAN DIA...
Bab 7
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Oktober 2017
Jika pertemuan kali pertama tidak dapat memiliki tidak bermaksud selamanya tidak ...jika ada sambungan ceritanya pasti Allah akan temukan jua pada satu ketika yang paling tepat...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
146

Bacaan






Hariini Sarah berkongsi kereta dengan Sabby untuk ke pejabat. Memandangkan semalamdia bermalam di rumah Sabby ditambah pula dengan jarak rumah Sabby yang agakjauh dari pejabat mereka yang terletak di Damansara, Sarah terus bersetuju apabilaSabby mengajaknya berkongsi kereta. Setelah 20 minit perjalanan, Sarah danSabby sibuk melayan perasaan masing-masing. Monday blues yang bukan sahaja adapada budak sekolah tapi pada orang dewasa yang sudah bekerja pun terkena jugasindrom yang boleh merosakkan mood ini. Jalanraya sudah mula sesak kerana Sabbysudah mula masuk ke jalan pusat bandar. Sarah melepaskan keluhan kecil. Sabbydi sebelah memandang sekilas.

            “Aik! Aku ke engkau yang bawa keretani? Over pulak stress dia” Sabby mengusik Sarah.

Sarahmencebik. “Ye lah. Mana aku tak mengeluh. Aku yang jarang-jarang menempuh jambila stuck macam ni boleh pusing kepala tau “

Sabbyhanya ketawa kecil. Dia terus memandu.

Setelahlebih kurang 45 minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di pejabat. Jam sudahmenunjukkan pukul 8.30. Mereka terkocoh-kocoh menuju ke lif. Butang tingkat 7ditekan.

            “Aduih! Lambat la pulak lif ni.Selalu laju je..Dah lambat ni wei..” Sarah mengomel.

            “Kau ni dari tadi kepoh. Relax la.Encik Zaki kan dah tak ada. Esok baru pegawai yang ganti dia masuk “ Sabby yangselalu lambat itu selamba membalas sambil tersengih menyakitkan lagi hatiSarah.

            Sarah menjeling. Sebaik sahaja pintulif terbuka, Sarah terus meluru masuk meninggalkan Sabby. Sabby yang sedangasyik membelek telefonnya tersentak apabila Sarah memanggil namanya dari dalamlif.          

            “ Nak masuk ke tak ni cik Tipah oi!”

            Sabby segera melangkah ke dalam lif. Sarah segera menekan butang tutup tetapi pintu lif terbuka semula kerana adayang menekan butang buka dari luar. Sarah memberi laluan apabila seorang pemudacina (sebab pemuda itu putih dan matanya agak sepet) masuk dengan kelam kabut.Sabby yang memandang sudah tarik senyum paling manis. Dia kenal pemuda itu.Sarah yang kehairanan mengerut dahi apabila melihat reaksi Sabby yang dah macamulat buku tercekik daun.

            Pemuda memandang Sarah dan Sabbysekilas. Senyuman dilemparkan kepada mereka berdua.

            “ Excuse me, ni Eric Chai kan?”Sabby menyapa pemuda itu. Pemuda itu mengangguk perlahan semacam teragak-agaktetapi anggukannya kemudian diserikan dengan senyuman lebar yang memikat. Sarahyang hanya diam hanya memandang. Baru perasan mamat apek ni boleh tahan dowh!

            “Amboi, Sarah! Gediknya engkau” getusSarah di dalam hati. Memarahi diri sendiri.

            “Eh, Sabby kan?” Eric Chai senyumlagi.

Sarahterpana lagi dengan senyuman yang mengukir lekuk kecil di sebelah pipinya.

            ‘Alahai, sweetnya kau..Sabby katmana kau jumpa mamat ni. Kenapa aku tak tahu” Sabby bermonolog sendiri.

            “ Ha, ingat pun. I Ingat dah lupakat I. Buat apa  kat sini?” Sabby sudahberalih berdiri di sebelah Eric. Sarah ditinggalkan di belakang.

Sarahsudah muncung panjang. “Eh,eh..Geletis kau ye” Sarah rasa mahu ketuk-ketukkepala Sabby.

            “Ni mesti Mica..eh..Sarah  kan? You ingat I tak?” Eric memandang ke belakang.Bertentang mata dengan Sarah. Sarah angguk dan senyum.

            “You kenal I? Sorry la I tak ingatkat mana kita jumpa.” Sarah memang benar-benar lupa.

            “Ala, kau ni. Tu la makan semutbanyak sangat. Ingat tak kat Sungai Tekala masa kau ambil sampel bulan lepas?”Sabby menginggatkan Sarah.

            “Oh, ye ke. Ingat kot tapi sorry takcam muka and nama” Sarah meminta maaf.

            “Tak apa. I tak kisah pun. Biasa lamuka tak hensem macam I mana nak ingat, kan Sabby” Eric mengada-ngada hendakberjauh hati. Sarah hanya tersengih Sabby pula ketawa kecil sambil memandangEric yang sudah pecah tawanya.

            Sampai di tingkat 7 Sabby dan Sarahbersedia untuk keluar. Eric hanya mengikut dari belakang. Sarah memandang kebelakang apabila dia melihat Eric turut keluar kerana setahunya di setiap arashanya satu syarikat yang menyewa. Melihat kekeliruan Sarah Eric senyum.

            “I lapor diri kat sini untuk ROganti Encik Zaki,. Saja masuk awal nak bagi surprise…”. Sarah senyum tapi dalamhati rentak jantungya sudah lari tempo. Sabby yang laju di depan segeradikejar.

            “Sabby,Sabby..stop will you?” Sarahmenarik tangan Sabby keras.

Sabbymemandang Sarah kehairanan. “Kau ni apa kes?..kan kita dah lambat. Aku nakpunch ni!”

            “Tapi….” Sarah hanya memandang Sabbyyang sudah jauh meninggalkannya lalu dia segera beredar menuju ke kubikelnyayang terletak di sudut kanan pintu masuk. Eric yang lalu di hadapan mejanyahanya dipandang sepi. Segan nak menegur sebab hari pertama da kantoi lambat!

            Sedang Sarah khusyuk membuat kerja,tumpuannya terganggu.

“Ehem,ehem.Perhatian!” Suara Puan Zalina, Pegawai Sumber Manusia syarikat menarikperhatian semua.

            “Tuan, puan.Inii saya kenalkan KetuaPegawai Penyelidik baru kita Encik Eric Chai Abdullah yang menggantikan EncikZaki. Harap semua dapat memberikan kerjasama ya.” Pn Zalina memperkenalkan Ericselaku  ketua baru mereka.

Sabbydan Sarah bertemu pandang. Mata Sabby sudah membulat. Sarah hanya mencebik.

SetelahPuan Zalina dan Eric beredar Sabby segera mendapatkan Sarah.

“Asparagusmasak kicap betul la ko ni! Kenapa tak beritahu ?!” Sabby sudah memuntahkansoalannya.

“Ehhh…sapakata tak nak bagitau. Tadi aku nak cakap kau sibuk nak pergi punch la, dahlewat la…”

Sarahmempertahankan diri. Sabby mengetuk lembut kepala Sarah tetapi sempat ditepisSarah.

“Hai…boleh join?Macam best je gurau-gurau bawabahagia”. Perbalahan manja Sarah dan Sabby terlerai apabila mendengar suaraEric. Mereka berdua memandang Eric sambil melemparkan senyuman manis tambahplastik!

“Hai..You tak ada kerja ke Eric?” Sabby melontarkan soalantak ada insurans kepada Eric. Eric senyum.

“First day kena jalan-jalan dulu. Berkenal-kenalan.Baru senang nak buat kerja nanti” Eric menjawab lembut sambil matanya memandangSarah yang sedang duduk santai di kubikel kerjanya. Sabby di sebelah sudahsengih-sengih kerang. Keningnya diangkat tinggi pada Sarah. Sarah mencebik.

“Amboi, you. Boleh tahan juga ulat bulu ni. Belumapa-apa dah cari daun.” Sabby mengusik Eric. Eric sengih. Mukanya yang putihsudah merona merah. Sarah jegil mata pada Sabby. Sabby buat muka tak bersalah.

“ You ni. I nak mengeratkan silaturrahim pun youmarah. I ikhlas tau”. Eric mempertahankan diri. Sabby mencebik.

“Ikhlas la sangat!” Sabby membalas sambil berlalumenuju ke ruang kerjanya, Eric dan Sarah hanya memandang Sarah berlalu.

“Sorry la. Sabby memang macam tu. Saja aje dia tu.Menyakat you.” Sarah menjernihkan situasi.

“Hei, I tak kisah la. I tahu dia gurau je. I pun sajaaje kacau dia.” Eric membalas.

Sarahsenyum senang. Eric hanya memandang Sarah yang pada pandangan matanya amat ayudan menarik. Sarah tidak terlalu putih tapi cukup cerah untuk menyerlahkankeayuan wajahnya yang bulat denngan pipi yang sedikit tembam, Bila Sarah ketawatulang pipinya yang tinggi menyerlahkan kecomelan pipinya yang licin tanpasebarang jerawat mahupun solekan tebal yang menyemakkan mata. Tanpa sedar Ericmenganalisa wajah Sarah.

            “Ehem, ehem!” Eric tersentak apabilamendengar bunti deheman Sarah. Sekali lagi merona merah mukanya.

            “I gerak dulu ya. Nak buat kerjasikit” Eric cepat-cepat meminta diri. Takut terkantoi lagi. Hari ini sudah duakali dia merona merah di hadapan Sarah. Sebelum egonya jatuh bedebuk baik dialari. Sarah angguk dan hanya senyum lantas terus memandang skrin komputernyasemula. Eric pula bergerak menuju ke biliknya yang terletak bertentangan denganmeja Sarah.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku