PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
Bab 5/1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Oktober 2017
SINOPSIS: Prince Charming Untuk Lily. Lily,seorang minah kilang, si kaki novel dan hantu drama cinta. Usianya muda belia. Hidupnya penuh angan-angan setinggi awan. Leka membuang usia, setelah bertemu Firdaus, baru dia terasa untuk mencari cinta. Cita-citanya hendak berkahwin dengan lelaki kaya, muda dan hensem! Lelaki impiannya mestilah ada kereta sport enam belas biji, muda sepertinya dan harus hensem tak hingat! Kalau dapat yang romantik, itu satu bonus. Wujudkah lelaki seperti itu? Bila diperlekehkan oleh Firdaus, semangatnya semakin membara. Bersama Nini, si adik tiri yang sekepala gila, dia gigih berusaha mencari lelaki seperti itu. Dia mahu buktikan pada Firdaus bahawa tiada impian yang mustahil untuk ditunaikan jika kita berusaha. Macam-macam cara dia buat. Macam-macam hal yang terjadi dalam misi mencari Prince Charmingnya. Dia rela buat apa saja asalkan impiannya tercapai. Namun, semakin dalam pencariannya, semakin banyak dia berbicara dengan Tuhan. Di saat dia sudah putus asa bila impian jadi kabur, muncul si Elyas Fateh Datuk Karim yang menjadi penyinar harapan. Impiannya kembali digali. Segalanya jadi mudah bila lelaki kaya raya itu memintanya untuk menjadi kekasih samaran. Hah! Pucuk dicita ulam mendatang! Sekarang kekasih samaran, lama-lama jadi kekasih betullah kan? Hidupnya berubah 360 darjah. Elyas Fateh benar-benar memukau pandangan. Elyas Fateh benar-benar lelaki impiannya. Elyas Fateh adalah Prince Charming yang dicari-carinya selama ini. Benarkah Elyas Fateh adalah Prince Charmingnya? Firdaus pula ke mana menghilang? Bila tiba di dua persimpangan, Lily buntu. Antara cita-cita dan cinta, yang mana satu harus dikejar.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
257

Bacaan






UNIT asrama yang aku tinggal letaknya di tingkat dua. Alhamdulillah...taklah aku pancit nak memanjat tangga tinggi-tinggi setiap hari. Dalam unit asrama aku tinggal tu, ada tiga bilik. Aku menetap di bilik A yang kukongsi bersama 3 orang rakan lagi. Mereka bekerja di seksyen yang lain.

Seorang room mate aku tu, umurnya dah 32 tahun. Aku panggil dia Kak Ja saja sebab dia suruh aku panggil dia sebegitu. Dia seorang supervisor di seksyennya.Pada tanda namanya, tertera nama ‘HAMIZA’. Orangnya memang cantik. Ada kesan jerawat manis di kedua belah pipinya. Kak Ja ni, seksi juga. Bila malam tiba,aku tak pernah nampak dia lekat di bilik. Lepas pukul 7 malam saja, dia memang akan pakai cantik-cantik dan bermekap tebal. Kadang-kadang dia pakai skirt pendek paras lutut, kadang-kadang dia pakai skirt paras peha. Nampaklah pehanya yang gebu tu. Bajunya pula bermacam-macam fesyen. Aku jadi malu juga kadang-kadang bila dia pakai baju yang menampakkan sebahagian dadanya.Memandangkan dia jarang ada di bilik, jadi aku tak banyak bercakap dengan dia.

Seorang lagi room mate aku ni, budak baru juga. Dia baru masuk seminggu sebelum aku. Namanya Nita. Melihat dari perwatakannya, dia ni budak lepasan SPM. Muda sangat budaknya. Dia suka tersenyum. Budaknya juga baik aku tengok. Tapi, yang aku tak berapa suka tengok tentang dia ialah bajunya yang berselerak di sekeliling bilik. Dia gantung bajunya merata-rata. Di hujung katil aku. Di tingkap bilik. Di tepi dinding. Pantang nampak paku, dia gantung bajunya di situ. Beg dan barang-barangnya juga bersepah. Dia ni...macam biskut Chipsmore juga. Sekejap ada di bilik, sekejap tak ada. Itu penerangan room mate aku yang seorang ni.

Seorang lagi room mate aku namanya Lin. Orang Kelantan. Ramah si Lin ni. Dari saat aku masuk ke bilik itu, hingga sekarang,dia tak berhenti bercerita tentang roommate kami. Aku, dari tak kenal, terus jadi terlebih kenal dengan room mate aku yang tak ada sekarang ni. Lin ni, rupanya pelajar UITM. Dia sedang bercuti semester selama 3 bulan. Jadi,kesempatan itu digunakannya untuk bekerja sementara.

“Boleh pulak kau dapat kerja ni... Pak cik HR tu tak bising ke kalau dia tahu kau cuma nak kerja 3 bulan saja?” soalku pada Lin.

“Alah...janganlah jujur sangat! Aku tipu dia, aku dah tak belajar...dia percaya pulak tu dengan cakap aku...” kata Lin lagi. Aku tersengih. Apa-apalah Lin!

“Kau dah makan?” soalku pada Lin. Dia toleh ke arah jam dinding. Pukul 8.30 malam. Lama juga dia berborak di katil aku.

“Abang angkat aku nak datang jemput aku pukul 9 nanti. Kitorang nak pergi makan tomyam...” kata Lin. Terjungkit keningku. Ada abang angkat....untunglah! Aku ni, itik angkat pun tak ada...

“Aku nak pergi mandilah! Kau duduklah ye. Kalau kau lapar, kau boleh pergi kedai depan ni...ada kedai runcit...kedai makan...” kata Lin sambil berlalu meninggalkanku. Aku angguk saja. Tanganku menolak beg bajuku ke bawah katil.Aku tak ada almari baju di sini. Hatta almari kain pun. Memadailah cuma baju-baju kuletak dalam beg saja. Lagipun, tiap-tiap minggu, aku akan balik ke rumah ayah dan menukar baju yang kurasa sesuai. Lagipun, bila asyik kerja ni,pergi pagi balik petang, apa sangatlah baju yang aku perlukan. Aku menghela nafas panjang. Sekeliling bilik kuperhati satu demi satu.




SUASANA kawasan asrama kilang di situ rupanya meriah waktu malam. Agaknya, pekerja-pekerja kilang di sini memang menunggu malam tiba untuk beriadah. Waktu siang kerja. Waktu malam mereka keluar bagai kelawar. Bebas. Langsung tak siapa nak menegur ataupun marah. Dosa dan pahala,sendiri tanggung. Nun di hujung pagar asrama, ada sekumpulan empat orang perempuan keturunan Melayu yang memakai serba merah. Mereka berempat berjalan dengan langkah gemalai. Atau boleh kugelar itu jalan orang gedik? Sebab mereka menghayunkan punggungnya ke kiri ke kanan macam terlalu dibuat-buat? Sesekali,suara tawa mereka berempat kedengaran.

Lelaki-lelaki di kawasan itu apalagi...mulalah buat bermacam-macam bunyi mulut. Ada yang bersiul. Ada yang melolong ke arah geng perempuan berempat serba merah itu. Dah macam zoo aku tengok keadaan itu. Aku yang berjalan tidak jauh dari mereka berempat, segera melambatkan langkahku agar jarakku dengan mereka agak jauh.Kulihat mereka menjadi perhatian malam itu. Barangkali, mereka ni primadona di kawasan itu. Maka tak hairan lelaki-lelaki di kawasan itu terjerit-jerit macam kena histeria mengurat mereka berempat. Ah...aku malas peduli. Malam di sini,malam orang muda!

Mereka berempat berhenti di tepi jalan. Barangkali menunggu seseorang atau sesuatu. Nak tak nak, aku terpaksa berjalan juga di sebelah mereka. Langkahku dilajukan menuju ke kawasan kedai yang terletak di hadapan bangunan asramaku. Terdengar suara mereka berempat di cuping telingaku.

“Tengok! Teksi abang botak dah sampai nokkkk...” mak aihhhh!!!! Suara!!! Aku telan air liur pekat. Rasa macam tersangkut sesuatu di kerongkong. Aku toleh ke belakang melihat ke arah geng merah itu yang sedang melambai-lambai sebuah teksi.Terkinja-kinja mereka melompat suka bila teksi merah berbelang putih itu mula berhenti di hadapan mereka.

“Berhenti....Berhenti....” satu suara lagi menambah. Aku mula panik dengan suara garau itu.Pondan???? Kujegilkan mata ke arah mereka berempat untuk kupastikan jantina sebenar mereka di sebalik pakaian yang merah meriah dan seksi itu. Pandangan kuhala ke arah leher mereka. Seketul halkum besar jelas kelihatan pada leher mereka. Aduhhh....dunia..dunia... Langkahku makin laju menuju kedai.




SERBUK kari kubelek-belek dengan lama. Waktu ni macam rindu pula nak makan kari mak tiri aku. Tapi, nak memasak pun, sudah dekat jam 9 malam. Perut aku dah berbunyi pula. Aku letak semula serbuk kari yang kupegang tadi ke rak.

“Cari serbuk kari?” soal seseorang yang aku memang kenal sangat suaranya dari belakangku. Aku tersenyum simpul lalu menoleh ke arahnya yang sudah berdiri di sisiku. Dia juga merenung deretan serbuk kari yang dipamer di rak peraga.

“Ha’a. Saya nak masak kari ni...tapi tak tahu serbuk kari mana yang sedap.. Boleh suggestkan untuk saya?” soalku tersenyum. Malam-malam ni, ubah watak jadi pelakon sinetron sekejap pun best juga...

“Err..saya rasa, cik kena pilih serbuk kari yang ini...sebab dia banyak cili dan rempah. Serbuk kari ni memang sedap....” katanya sambil menyerahkan padaku sepeket serbuk kari. Aku pun naik semangat nak berlakon! Aku pandang dia.

“Ooo...yeke? Boleh juga tu...” kataku sambil terangguk-angguk. Saja layan kepala dia yang tiba-tiba gatal nak berlakon.

“Saya tengok cik ni datang seorang saja. Suami cik tak ikut sekali ke?” soalnya pula.Aku senyum gelihati. Hilang pula rasa perut yang lapar. Serbuk kari kuletak kembali ke rak.

“Saya ni tak kahwin lagi...” kataku pula. Dia tergelak kecil.

“Saya dah agak dah cik ni memang tak kahwin lagi... Kalau macam tu, apakata saya ajak cik untuk rasa satu kari yang memang best kat sini. Cik dah datang sini, rugi kalau cik tak rasa kari kat situ... Manalah tahu, kalau-kalau lepas ni cik boleh masak kari macam tu pula...” katanya lagi sambil tersenyum.

“Perlu ke saya rasa kari tu?’ soalku pula.

“Perlu...kalau tak, cik akan rugi...” katanya pula. Aku memandangnya teragak-agak. Aku seluk kedua belah tangan ke dalam saku jaketku. Mukanya kurenung lama.

“Jauh ke tempatnya?” soalku gusar. Kalau jauh, aku tak nak pergi.  Dia menghala pandang ke arah satu kedai mamak yang terletak di hujung deretan kedai yang terletak di blok sebelah.

“Situ.Tak jauh pun... jalan kaki saja...” katanya lagi. Aku berfikir-fikir. Boleh juga kot. Aku pun, tak ada kawan ni. Dia saja yang aku kenal kat sini. Nak menapak jauh-jauh untuk makan seorang diri, sumpah aku tak berani. Perut pun dah lapar. Memasak pun dah naik malas. Akhirnya aku bersetuju.

“Okeylah! Tapi make sure betul-betul sedap ye...” kataku lagi. Macam mengugut jugalah. Dia tersengih riang.

“Sedap...jom,” katanya riang. Aku pandang sekelilingnya dengan wajah hairan.

“Kenapa?”soalnya aneh.

“Motor kau mana?” soalku padanya. Siang tadi dahlah dia tinggalkan aku sorang-sorang jalan kaki balik asrama.

“Aku tak bawa...” jawap Firdaus selamba. Aku pandang jalan di depan kami.

“Kau jalan kaki dari hostel kau ke sini?”soalku hairan. Dia angguk.

“Rileklah! Tak jauh pun. Selang dua blok je dari asrama kau...” katanya lagi. Kami sudah mula berjalan menuju ke kedai mamak tersebut. Meredah malam yang disimbah sinaran neon berwarna jingga yang terpacak di kaki jalan. Aku jungkit bahu.Suka hati dialah!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku