SUDAH KETENTUAN NYA
Bab 5/2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Oktober 2017
Kehilangan suami selepas beberapa jam dia bergelar seorang isteri memberikan tamparan yang hebat dalam kehidupan Nia Zahra. Sukar untuk dia bangun teruskan hidup. Ibu, abang Nash, Nek Ngah dan Nisah sahabat baiknya adalah tulang belakangnya untuk dia bangkit semula. Kehadiran Nazmil Haidi tanpa diduga, bukan mudah untuk dia menerima lelaki lain sebagai pengganti arwah suaminya. Namun demi ibu dia menerima Nazmil Haidi sebagai suami. Ternyata Nazmil Haidi seorang suami yang sangat penyayang, Nia Zahra bahagia, sangat bahagia. Tapi dugaan melanda bila dia tahu siapa sebenarnya Nazmil haidi. Nia Zahra kecewa sangat kecewa hinggakan dia meminta cerai. Siapakah Nazmil Haidi? Adakah lagi kebahagiaan buat Nia Zahra?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
241

Bacaan






Lemah kaki Nia Zahra mengatur langkah mendekati pusarasuaminya. Setelah lebih enam bulan suaminya pergi baru hari ini dia mempunyai kekuatan untuk datang menziarahi pusara suaminya.

Perit untuk menerima kenyataan ini, dalam sekelip mata dia kehilangan suami yang disangkakan akan menjadi tempat dia bergantung hingga hujung nyawa. Nia Zahra melutut di tepi pusara suaminya. Air mata mula mengalir perlahan.

“Azril kenapa awak perlu tinggalkan saya?saya perlukan awak…lepas ni siapa yang nak kacau saya lagi?siapa yang nak pujuk saya kalau saya merajuk?siapa yang nak tadahkan telinga kalau saya marah dan membebel?siapa awak?…hati saya sakit awak…sakit sangat…”

Empangan air matanya bagaikan sudah pecah, berjujuran air mata mengalir. Dia sudah malas untuk menyeka air matanya lagi. Dia ingin lepaskan segalanya disini. Dia tahu dengan caranya begini Azril lebih derita di sana.Tapi dia tak mampu untuk hadapi semua ini dengan berlapang dada. Dia tak sekuat itu.

“Awak…maafkan segala perbuatan saya kepada awak..halalkan makan minum saya pada awak..saya nak awak bahagia disana..saya lepaskan awak pergi..saya redha awak…doakan juga kebahagiaan saya disini. Saya terlalu sayangkan awak…terlalu..”

Nia Zahra tersedu-sedu, dadanya teramat sakit meluahkan setiap bait kata-kata itu. Dia menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya dengan perlahan. Dia mahu mengumpul semua kekuatannya.

“Tapi saya tahu Allah lebihkan sayangkan awak dari saya.” Lama Nia Zahra membatu. Dia perlu kuat untuk meluahkan kata-kata ini. ‘Ya Allah berikan aku kekuatan.”

“Saya…perlu redha…awak pergi.”

Nia Zahra rasa lega selepas meluahkan kata-kata itu. Dia tidak mahu Azril derita di sana. Dia juga tidak mahu keluarganya sedih dengan keadaan dirinya. Dia perlu kuat untuk dugaan dari Allah ini kerana dia tahu Allah sentiasa ada bersamanya. Nia Zahra bangun dan terus berlalu meninggalkan tanah perkuburan yang menempatkan arwah suaminya. Dia berpaling buat kali terakhir….....

“Tenanglah disana wahai suami yang amat kusayang.”Nia Zahra tersenyum seperti dia dapat melihat wajah suaminya yang turut sama sedang tersenyum kepadanya.

 

 

Nia Zahra akur dengan permintaan ibunya untuk dia tinggal dikampung sehingga dia tenang dan semangatnya kembali pulih. Mujurlah Nia Zahra telah berhenti kerja sebelum berkahwin dengan Azril kerana Nia Zahra mahu menjadi suri rumah sepenuh masa. Dia mahu makan minum dan pakaian Azril terjaga, dia mahu menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah.

Begitulah impiannya untuk bergelar seorang isteri kepada lelaki bernama Azril. Namun kini semua itu hanyalah tinggal impian sahaja. Nia Zahra perlu bekerja semula tapi tidak ditempat kerja yang dulu. Dia tidak mahu rakan sekerjanya memandangnya dengan wajah yang simpati dan sedih. Dia mahu orang sekelilingnya melayannya seperti biasa, supaya dia juga akan kuat dan tidak akan terus hanyut dalam kedukaannya.

“Nia, ibu dan along tak paksa Nia kalau Nia tak nak tinggal kat kampung.”

Ibu bersuara perlahan setelah kereta yang dipandu Nash memasuki jalan kampung mereka. Puan Hamimah bertanya begitu kerana sedari tadi Nia Zahra hanya diam membisu. Bila ditanya pun hanya gelengan yang diberikan sebagai jawapan. Puan Hamimah khuatir jika tindakannya ini akan lebih memberi tekanan kepada Nia Zahra. Jika Nia Zahra tidak mahu tinggal lama di kampung tak mengapalah cukup sekadar untuk seminggu.

“Nia baik je bu. Nias uka tinggal kat kampung. Tapi cukuplah kalau seminggu je Nia kat sini. Nia tak nak berjauhan lama dengan abang Azril.”

Jawapan yang terakhir itu benar-benar menyentuh hati Puan Hamimah dan Nash. Nia kembali memandang ke luar kereta. Dia mula rasa tenang melihat kehijauan kampung yang telah lama dia tidak jejaki. Nash memandang wajah adiknya melalui cermin hadapan. Dia tahu Nia Zahra sedang berduka. Tapi semua yang berlaku ini pasti ada hikmah. Dia berharap Nia Zahra akan bangkit dari kemurungan ini.

“Ibu sayang anakibu. Jangan bersedih lagi sayang.” Tangan Nia Zahra diusap perlahan. Nia Zahrahanya mengangguk, dan senyuman terukir dibibir namun tiada suara yang keluar dari bibirnya. Dia mahu jadi insan yang kuat dan redha dengan ujian Allah.Besar ganjarannya andai kita redha dan sabar dengan ujian Allah.

 

Al-Quran yang diberikan Azril sebagai hantaran di peluk erat. Al-Quran yangturut disertakan bersama dengan tafsiran itu dicium lama. Tiada lagi air matayang mengalir, kerana dia telah berjanji takkan ada lagi air mata yang mengaliruntuk menangisi pemergian suami yang tersayang. Dia redha dengan semua ini. Diamahu suaminya tenang disana. Dia juga mahu hidup tenang disini.

‘Awak saya lepaskan awak…saya redha awak pergi…sekurang-kurangnya saya bahagia awak tinggalkan saya sebagai seorang suami..dan sayalah isteri awak. Tenang lah awak disana. Ya Allah aku redha..kau berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi kehidupan ini.’

‘Aku pasti ada hikmah yang tersirat disebalik semua kejadian dan dugaan Mu ini. Tetapkan iman ku Ya Allah, janganlah Kau palingkan aku dari Rahmat Mu. Ampunkan aku Ya Allah.’ Nia Zahra meraup perlahan mukanya. Hatinya kini lapang, dia berasa tenang selepas melepaskan semuanya.

Ketukan dipintu menghentikan lamunan Nia Zahra. Belum sempat Nia Zahra membuka pintu, wajahibunya sudah terjengul disebalik pintu.

“Nia dah solat?”

“Baru je bu.”

“Kalau macam tu mari kita makan. Nek Ngah masak gulai tempoyak ikan patin tau. Favourite Nia kan?” Puan Hamimah cuba menarik minat Nia Zahra untuk makan. Sejak lima bulan ini makan minum Nia Zahra tidak teratur. Kadang-kadang seharian hanya air yang mengisi perutnya.

“Ye la. Ibu turun dulu, kejap lagi Nia datang.” Jawapan dari Nia Zahra membuatkan Puan Hamimah tersenyum lebar.

“Kalau macam tu ibu turun dulu.”

Puan Hamimah berlalu pergi ke dapur menyertai Nek Ngah dan Nash yang sudah berada di meja makan.

“Mana Nia?” Tanya Nek Ngah sambil menyenduk nasi ke pinggan.

“Kejap lagi dia turun. Kita makan dulu.”

Ringkas jawapan Puan Hamimah membuatkan Nek Ngah dan Nash tersenyum. Nek Ngah adalah satu-satunya saudara mereka yang ada di bumi Allah ini. Nek Ngah yang kematian suami dan tidak mempunyai anak inilah tempat Puan Hamimah mengadu nasib jika mempunyai masalah dan kadang-kadang Nek Ngah ada datang ke klang menjenguk mereka sekeluarga.

Mereka pula hanya pulang ke kampung pada hari raya sahaja kerana kesibukan Puan Hamimah menguruskan kedai keknya. Puan Hamimah bersyukur kerana Nek Ngah menerima mereka sekeluarga seperti anak dan cucu kandungnya sendiri.

“Lamanya Nia tak makan ikan patin yang Nenek masak.”

Kerusi disebelah abangnya ditarik laju. Nia Zahra memang pantang jumpa ikan patin, dia takkan makan lauk lain jika ikan patin ada dihadapan matanya. Nash tersenyum melihat tingkah adiknya.

“Dah lama tak makan…ha nah seketul besar ni untuk Nia je.”

Nek Ngah menyenduk ikan patin bahagian ekor kedalam pinggan Nia Zahra. Nia Zahra tersengih seperti budak-budak dapat makan ais krim.

“Terima kasih Nek.”

Nia Zahra terus menyuap nasi dan ikan patin kedalam mulutnya. Puan Hamimah, Nash dan Nek Ngah hanya memerhati gelagat Nia Zahra.

“Eh kenapa semua orang tengok Nia makan? Sedap ni Nenek masak, better makan cepat nanti semua ni Nia habiskan baru tau.”

Begitu bersahaja kata-kata yang keluar dari mulut Nia Zahra. Dia perlu berpura-pura bahagia, dia tidak mahu ibu dan along bimbang tentang dirinya lagi. Biarlah dia menanggung kesedihan ini sendiri kerana dia yakin Allah sentiasa bersama dengannya.

“Amboi melampau nak habiskan semua. Ikan patin ni pun favourite along tau.”

Nash bersuara ceria. Dia gembira melihat adiknya gembira, sudah mula menunjukkan satu perubahan positif. Puan Hamimah mengesat laju air matanya, ini bukan air mata sedih tapi air mata gembira melihat perubahan anaknya.

“Dah la mari makan.”

Nek Ngah mencelah sebelum dijawab Nia Zahra. Mereka berempat terus menyambung makan malam dan diselang seli dengan ketawa gembira. Alhamdulillah Nia Zahra sudah mahu bercakap, makan dan yang paling penting sudah boleh bergurau senda.

 

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku