SUDAH KETENTUAN NYA
Bab 6/1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Oktober 2017
Kehilangan suami selepas beberapa jam dia bergelar seorang isteri memberikan tamparan yang hebat dalam kehidupan Nia Zahra. Sukar untuk dia bangun teruskan hidup. Ibu, abang Nash, Nek Ngah dan Nisah sahabat baiknya adalah tulang belakangnya untuk dia bangkit semula. Kehadiran Nazmil Haidi tanpa diduga, bukan mudah untuk dia menerima lelaki lain sebagai pengganti arwah suaminya. Namun demi ibu dia menerima Nazmil Haidi sebagai suami. Ternyata Nazmil Haidi seorang suami yang sangat penyayang, Nia Zahra bahagia, sangat bahagia. Tapi dugaan melanda bila dia tahu siapa sebenarnya Nazmil haidi. Nia Zahra kecewa sangat kecewa hinggakan dia meminta cerai. Siapakah Nazmil Haidi? Adakah lagi kebahagiaan buat Nia Zahra?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
148

Bacaan






Kehidupan Nazmil seratus peratus telah berubah setelah dia sedar dari komanya. Dia bukan lagi Nazmil yang dulu. Dia sekarang adalah Nazmil yang sangat kecewa dengan hidupnya.

Nazmil yang lemah, yang sudah tidak mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri. Masanya banyak dihabiskan dengan termenung di balkoni biliknya. Selepas kejadian dia mengamuk dihospital tempoh hari, Nazmil langsung tidak bersuara. Dia seperti orang bisu.

Menurut Doktor Zainal dia dalam keadaan trauma dan masih belum dapat menerima keadaan dirinya sekarang. Nazmil memusingkan kerusi rodanya untuk masuk ke dalam biliknya, dia tidak mahu menyusahkan mama dan abah. Nazmil berusaha untuk bangun dari kerusi roda untuk baring diatas katil. Puas dia mencuba tapi kakinya terasa berat dan sukar untuk digerakkan.

“Ahhhhhhh…..”Jerit Nazmil sambil menumbuk-numbuk kakinya.

Dia berang selepas tidak berjaya untuk membaringkan diri diatas katil. Dia menangis disitu. Dalam sekelip mata hidupnya seratus peratus telah berubah. Dia kini seorang lelaki yang lumpuh. Dan hatinya telah lumpuh terlebih dahulu selepas melihat aksi sang kekasih bersama lelaki lain. Hatinya remuk,hancur berderai. Semua impian dan anggan-angannya untuk hidup bersama kekasihnya musnah.

Dia tidak sangka tergamak Nadia perlakukan dia begini. Apa lagi yang kurang padanya sehinggakan Nadia sanggup berlaku curang dibelakangnya. Dia ingin percaya dengan apa yang dikatakan Nadia tempoh hari namun hatinya sukar untuk berbuat demikian. Sakitnya hati ini hanya Allah yang tahu.

Ditambah lagi kecelakaan ini, hatinya semakin parah. Dia rasa seperti tidak mahu hidup lagi dan kenapa Allah tidak mengambil nyawanya saja dalam kemalangan tempoh hari.

Dalam dia tidak sedar ibu sedang memerhati tingkahnya dari luar bilik. Puan Ainul menangis melihat keadaan anaknya. Dadanya pedih seperti ditoreh dengan pisau melihat anak yang dulu ceria dan gagah kini tidak seperti dulu. Nazmil sudah hilang semangat. Dia sangat kecewa dengan apa yang berlaku padanya.

‘Anak mama..bangun sayang. Jangan menyerah kalah. Mama tau anak mama kuat orangnya. Ya Allah kuatkan dan tabahkan hati anak ku’.

Sekali lagi Nazmil mencuba dan akhirnya dalam kepayahan untuk mengangkat kakinya, Nazmil berjaya. Allah S.W.T telah mengatakan bahawa doa seorang ibu kepada anaknya pasti akan termakbul kerana doa nya tiada hijab.

Puan Ainul tersenyum senang dan menghampiri Nazmil yang terbaring lelah selepas berusaha untuk membaringkan dirinya dikatil tanpa bantuan sesiapa.

“Nazmil..anak mama nak makan?mama boleh ambilkan..” Puan Ainul mengusap lembut rambut anaknya.Nazmil hanya menggelengkan kepalanya dan terus memejamkan mata tanda dia tak mahu diganggu.

Begitulah keadaan Nazmil selama tiga bulan ini, hanya mengangguk bila perkara itu dia sukai atau perlukan dan menggelengkan kepala jika sesuatu dia tak suka dan tak diperlukan. Anaknya bukan sahaja lumpuh separuh badan tapi anaknya juga seperti lumpuh lidah untuk berkata-kata.

“Mama sayang anak-anak mama. Mama dah hilang seorang anak. Tolong jangan buat mama seperti dah hilang kedua-duanya. Yakin dengan Allah kenapa Dia berikan Nazmil peluang untuk hidup lagi walaupun fizikal Nazmil tak seperti dulu…Tidurlah, mama keluar dulu.” Puan Ainul mencium dahi anaknya bersama air mata yang menitis. Perlahan dia menutup pintu bilik anaknya.

Nazmil membuka mata apabila mendengar pintu biliknya sudah ditutup. Dia turut menangis mendengar kata-kata ibunya. Dia tahu dia bersalah buat mama dan abah sedih. Tapi..dia tak mampu..dia tak boleh terima keadaan dirinya yang lumpuh. Pernah terlintas difikirannya, baik dia mati dari hidup menyusahkan mama dan abah. Tapi selepas mendengar kata-kata mama tadi dia mula berfikir kembali. Kalau lah dia terkorban dalam kemalangan yang lalu pasti mama dan abah akan lagi sedih dan derita.

Kerana seorang perempuan yang tak setia, perempuan murahan dia jadi begini. Ahhh…ini semua salah aku. Kalau aku tak ikut perasaan pagi itu mesti semua ini takkan berlaku. Ya Allah aku bersalah pada Mu..pada mama dan abah..dia sepatutnya bersyukur pada Allah kerana diberi peluang untuk terus hidup dan membahagiakan mama dan abah. Dan dia tak mahu lagi melihat wajah perempuan murahan itu.

“Maafkan Nazmi lmama..abah..Nazmil janji akan bahagiakan mama dan abah..itu janji Nazmil.”

Nazmil mengesatkan air matanya. Dia perlu berubah mulai hari ini. Dia yakin, dia pasti boleh berjalan semula. Demi mama dan abah.

 

 

 

Pagi itu Nazmil cuba untuk bangun sendiri menggunakan kerusi rodanya.Dia ingin menunaikan solat subuh, selepas sedar dari koma dia langsung tidak melakukan suruhan Allah yang paling penting itu.

Kini dia baru sedar yang dia adalah insan yang paling beruntung kerana masih diberikan peluang untuk hidup walaupun kecederaan yang dialaminya amat parah dan peluang untuk hidup tipis.

Tuan Borhan tergerak hati untuk mengejutkan anaknya solat subuh. Pintu dikuak perlahan, lalu dia tersenyum melihat anaknya itu sedang menunaikan solat subuh diatas kerusi roda. Dia yakin, Nazmil sedang cuba mengatasi kesedihan dan kekecewaan dalam dirinya. Dia tahu Nazmil bukan orang yang lemah menyerah pada takdir. Dan dia yakin doa seorang ibu iaitu isterinya yang tak pernah jemu berdoa siang dan malam akhirnya termakbul.

“Terima kasih YaAllah.”

 Hari ini Nazmil perlu berjumpa dengan doktor Zainal untuk memeriksa tahap kesihatannya. Didalam kereta seperti biasa Nazmil hanya mendiamkan diri, terasa berat mulut untuk berkata-kata. Dia akhirnya memejamkan mata dan terus terlena.

“Ainul..subuh tadi abang nampak Naz solat.” Tuan borhan memandang sekilas isteri yang duduk disebelahnya.

“Betul ke bang?alhamdulillah..saya yakin dia akan sihat macam dulu.” Puan Ainul memaut lengan suaminya. Dia sangat gembira dengan apa yang disampaikan Tuan Borhan sebentar tadi.

“Kita sama-sama doakan yang terbaik untuk dia.”

Puan Ainul tersenyum memandang suaminya. Tuan Borhan tahu isterinya terlalu rindukan anak-anaknya. Namun sudah ketentuan Allah begitu, kita sebagai manusia perlu redha dengan setiap ujian Allah. Setiap yang berlaku pasti ada sebab dan musabab, Allah takkan jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Berdasarkan pemeriksaan tadi dan fisioterapi yang kami jalankan, saya dapati ada perubahan positif terhadap kecederaan yang dialami Nazmil. Dia sudah boleh merasa kakinya, cuma kakinya masih lemah untuk dia terus berdiri. Tuan dan Puan kena terus bagi dia sokongan untuk dia kembali berjalan. Dan yang paling penting cuba ajak dia berbual dan melakukan aktiviti yang dia minat bersama. Ini kerana Nazmil juga mengalami kemurungan yang teruk, dia tak boleh dibiarkan hidup dalam dunianya sendiri. Saya juga bukan sekadar seorang doktor pada keluarga Tuan, tapi juga kenalan yang telah lama kenal dan saudara seislam. Sebab itu saya ingin syorkan pada Tuan untuk mencuba cara tradisional. Bukan maksud saya ubatan doktor tidak bagus cuma tidak salah jika kita berikhtiar lebih lagi.”

Tuan Borhan menganggukkan kepalanya tanda faham, dan terus terlintas difikiran bapa saudara sepupunya yang tinggal di perak yang mempunyai bakat untuk memulihkan orang yang terseliuh dan mengalami patah tulang. Kenapa la sebelum ini dia tidak pernah terfikir…

“Baik lah doktor.Terima kasih atas kata nasihat dan sokongan kepada kami sekeluarga. "

Tuan Borhan menghulurkan tangan bersalaman dengan doktor Zainal. Puan Ainul hanya tersenyum dan terus memandang Nazmil yang sedari tadi sedang asyik memerhatikan ikan didalam aquarium yang terletak diruangan menunggu itu.

‘Kesian ikan-ikan ni. Berenang dalam akuarium besar ni je. Tapi tak nampak pun ikan-ikan ni sedih? Mungkin sebab kawan-kawan yang ramai. Dan mereka hidup dengan aman dan damai. Tak perlu takut dengan ikan-ikan yang besar dan tak perlu bersusah payah untuk mencari makanan. Kalau dapat berenang dekat sungai atau laut belum tentu lagi mereka akan hidup macam sekarang ini. Hmm..Nazmil mengeluh perlahan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Setiap ujian yang Allah berikan pada hamba Nya pasti ada sebab dan musabab. Bila mana kita redha menerima ujian itu maka kita akan terus kuat menghadapinya, dan kebahagiaan pasti akan muncul suatu hari nanti. Lain orang lain ujian dan masalahnya. Kadang-kadang apa yang kita lihat ujian menimpa seseorang itu tidak sama dengan apa yang sebenarnya mereka lalui. Mungkin pada kita ujian itu membawa derita pada mereka tapi pada mereka yang redha, ujian itu membahagiakan mereka. Semuanya dengan atas keizinan Allah S.W.T..

Aku seharusnya bersyukur pada Allah kerana masih diberi peluang untuk hidup bersama mama dan abah. Bukannya menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. ‘Ya Allah..ampunkan hamba Mu ini.’ Ada air mata ditubir mata Nazmil. Puan Ainul mendekati anaknya dan bahu anaknya ditepuk lembut.

“Nazmil tak pernah keseorangan, Nazmil ada mama, abah dan yang paling penting Allah sentiasa ada bersama kita.” Kata Tuan borhan sambil memaut bahu isterinya.

“Jangan pernah lupakan Dia. Jangan pernah salahkan Dia atas apa yang terjadi pada kita. Jom kita balik. Abah dah lapar la..”

Nazmil tersenyum. Senyuman itu sudah cukup membahagiakan Puan Ainul dan Tuan Borhan. Mereka terus berlalu keluar dari hospital dengan hati yang penuh dengan harapan.

 

Hujung minggu itu mereka sekeluarga pulang ke kampung di Teluk Intan,Perak. 3 hari lepas Tuan borhan telah menghubungi bapa saudaranya dan menceritakan apa yang telah berlaku. Bapa saudara yang digelarkan Pak long itu telah bersetuju untuk mengurut kaki Nazmil. Namun dia ada mengatakan pada Tuan Borhan dia hanya membantu tetapi semuanya adalah atas keizinan Allah untuk menyembuhkan segala penyakit.

“Pak Long rasa nazmil perlu tinggal lama kat kampung. Kaki dia perlukan masa untuk pulih macamtu jugak dengan jiwa dia.”

Ujar Pak Long sambil memandang nazmil yang sedang berehat di beranda rumahnya. Pak Long tahu kecederaan di kaki Nazmil sama serius seperti kecederaan dijiwa Nazmil, dia tahu Nazmil tidak dapat menerima kenyataan yang dirinya tidak sempurna seperti dulu dan mungkin ada kisah di sebalik kemurungannya ini.

“Macam mana boleh kemalangan?” Tanya Pak Long membuka bicara.

“Apa yang pihak polis beritahu saya dari keterangan saksi yang nampak kejadian itu, Nazmil nak mengelak kereta yang tiba-tiba keluar dari simpang dan terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta lain. Kes ini kes langgar lari sebab kereta yang menyebabkan kemalangan ini berlaku lari dari tempat kejadian. Yang paling saya terkilan sebab ada yang terkorban dalam kemalangan ni.”

Mendengar cerita Tuan Borhan membuatkan Pak Long beristighfar panjang. Jika sudah tiba ajalnya, Allah S.W.T tak pernah terlewat atau cepat sesaat pun dan tidak pernah kenal siapa. Sepatutnya Nazmil bersyukur kerana diberi peluang untuk terus hidup. Semoga orang yang bertanggungjawab atas kemalangan ini akan mendapat balasan dari Allah nanti.

“Pak Long yakin ada hikmah disebalik kemalangan ini.”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku