SUDAH KETENTUAN NYA
Bab 7/2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Oktober 2017
Kehilangan suami selepas beberapa jam dia bergelar seorang isteri memberikan tamparan yang hebat dalam kehidupan Nia Zahra. Sukar untuk dia bangun teruskan hidup. Ibu, abang Nash, Nek Ngah dan Nisah sahabat baiknya adalah tulang belakangnya untuk dia bangkit semula. Kehadiran Nazmil Haidi tanpa diduga, bukan mudah untuk dia menerima lelaki lain sebagai pengganti arwah suaminya. Namun demi ibu dia menerima Nazmil Haidi sebagai suami. Ternyata Nazmil Haidi seorang suami yang sangat penyayang, Nia Zahra bahagia, sangat bahagia. Tapi dugaan melanda bila dia tahu siapa sebenarnya Nazmil haidi. Nia Zahra kecewa sangat kecewa hinggakan dia meminta cerai. Siapakah Nazmil Haidi? Adakah lagi kebahagiaan buat Nia Zahra?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
145

Bacaan






Pagi itu Nazmil akan bertolak pulang ke Shah Alam setelah sebulan lebih dia berubat dengan Tok Long.

“Tok, Nazmil ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab Tok sudi tolong Nazmil.” Nazmil memegang erat tangan Tok Long. Dia sangat menghargai pertolongan Tok Long selama dia berada disini.

“Atuk menolong apa yang patut atuk tolong. Kau bukan orang lain, tapi cucu saudara atuk. Pesan atuk, jangan putus asa dengan dugaan hidup. Ada orang lagi berat dugaan tapi masih kuat dan redha dengan dugaan Allah. Orang yang macam ni la yang Allah sayang. Bila rasa lemah mengadu dengan Allah, luahkan pada Allah. Ingat kaki Nazmil sembuh ni sebab atas keizinan Allah. Kalau Allah tak izinkan sesuatu perkara tu berlaku maka ia takkan berlaku. Satu lagi pesan atuk, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Nak cari jodoh pegang pada empat benda ni, yang pertama carilah wanita yang cantik rupanya, kedua hartanya, ketiga kedudukannya dan keempat agamanya. Tapi apabila kita mencari perempuan yang ada agamanya maka kita juga akan peroleh yang tiga lagi.”

Panjang lebar Tok Long memberikan nasihat kepada cucu saudaranya. Nazmil menanamkan azam baru dalam hidupnya yang dia takkan bersedih dan kecewa lagi. Dia redha dengan apa yang berlaku.

“Assalammualaikum Long.” Nek Ngah termengah-mengah memberi salam. Mana taknya dari rumah tadi sampai ke rumah Tok Long dia berjalan laju dan berlari-lari anak lagak macam kena kejar dek anjing. Ish tapi kalau kena kejar anjing tak jalan dah lari terus.

“Waalaikumussalam. Ha Ngah kamu ni dari mana tercungap-cungap ni?” Pelik Tok Long dan Nazmil melihat Nek Ngah.

“Aku dari rumah, ni aku nak minta tolong dengan cucu saudara kamu ni ha..boleh ke?”

“Tolong apa Ngah?”Nazmil masih diam menjadi pemerhati di antara Nek Ngah dan Tok Long.

“Gini ha, cucu aku nak balik klang pagi ni. Pastu tiba-tiba teksi tu telefon kata teksi rosak takde teksi ganti pulak tu. Pastu bolehke cucu aku tumpang cucu kamu balik klang?” Tok Long melihat Nazmil inginkan jawapan. Samada boleh atau tidak.

“Boleh je nek. Kereta saya kosong lagipun Shah Alam dengan Klang dekat je.” Jawab Nazmil tersenyum memandang Nek Ngah.

“Alhamdulillah. Tapi cucu nenek tunggu kat rumah.”

“Tak pe nek. Kita pergi rumah nenek ambil cucu nenek.” Kelakar pulak Nazmil melihat tingkah Nek Ngah yang kelam kabut itu.

“Ha ye lah. Ni Long kuih bahulu untuk kamu. Aku balik dulu. Terima kasih Long.” Nek Ngah memberikan sebekas kuih bahulu kepada Tok Long dan terus berjalan meninggalkan Tok Long dan Nazmil.

“Ngah! Kau nak pergi mana? Mari la naik kereta ni ha!” jerit Tok Long membuatkan Nazmil ketawa. Nek Ngah menggaru kepalanya yang tak gatal itu.

 

Di dalam kereta hanya kedengaran suara celoteh deejay radio dan lagu-lagu yang dimainkan mereka. Nazmil kelu untuk bertanya apa-apa soalan kepada Nia Zahra. Pak Wan pemandu Nazmil nampak kegelisahan Nazmil sedari tadi lagi. Nia Zahra yang duduk dikerusi belakang hanya diam membisu dan pandangannya melekat pada pandangan luar kereta.

Dia mesti akan rindu suasana dikampung ini, suasana yang sangat tenang dan indah. Kalau lah dia boleh terus tinggal disini pasti dia akan lakukan. Tapi bila mengenangkan ibunya dia harus pulang, ada tanggungjawab besar yang sedang menantinya disana. Nia Zahra sekarang sudah boleh menerima kenyataan yang Azril sudah tiada dan dia perlu meneruskan hidup ini. Dan dia akan teruskan hidup ini demi orang-orang yang dia sayang.

Tanpa mereka dia tidak tahu samada dia mampu untuk bangkit dari kesedihannya sebelum ini. ‘Syukur Ya Allah kerana mengurniakan aku orang-orangyang hebat yang sentiasa ada bersama aku ketika aku susah dan senang. Dan semua ini adalah atas ketentuan Mu Ya Allah. Aku redha.’ Lamunan Nia Zahra kembali ke realiti apabila dia terdengar perbualan diantara pemandu dan cucu Tok Long.

“Encik Naz ada nak berhenti dekat stesen minyak ke?”

Pertanyaan Pak Wan memecah kesunyian di antara mereka bertiga.Disebabkan mereka menggunakan jalan dalam maka yang ada hanyalah stesen minyak untuk dijadikan kawasan rehat dan rawat. Bukan tidak mahu menggunakan highway tapi rasanya macam membazir masa, tenaga dan duit sahaja. Dengan menggunakan jalan dalam ini perjalanan dari teluk intan ke klang hanya mengambil masa 2 jam sahaja jika nak dibandingkan dengan highway yang mungkin makan masa 2 jam setengah dan kadang-kadang jika tersangkut dengan traffic jammed sampai 3 jam juga ditambah lagi dengan bayaran tol. Sebab itulah Nazmil mengambil keputusan menggunakan jalan dalam sahaja.

“Hmm..Pak Wan nak isi minyak ke?” tanya Nazmil kembali.

“Tidaklah, minyak masih banyak lagi.”

“Hmm..Nia nak beli air ke atau roti ke?” Nazmil memandang cermin pandang belakang untuk melihat Nia Zahra.

“Tak nak.” Hanya perkataan itu yang keluar dari mulut Nia Zahra.

“Nak pergi toilet ke?”

Tanya Nazmil lagi. Namun kali ini tiada jawapan yang diberikan oleh Nia Zahra. Nazmil melihat melalui cermin pandang belakang, Nia Zahra sudah memejamkan matanya rapat. Bukannya dia mahu menyombong cuma dia tidak selesa apabila terpaksa menumpang kereta orang yang tidak dia kenali. Walaupun Nek Ngah mengenali Tok Long tapi dia tidak kenal cucu saudara Tok Long ini.

“Tak pe lah Pak Wan kita tak payah berhenti mana-mana. Kita terus hantar Nia ke klang.” Jawapan yang diberikan Nazmil hanya diangguk oleh Pak Wan.

Setelah dua jam perjalanan akhirnya mereka sampai di hadapan rumah Nia Zahra. Sebelum bergerak dari kampung tadi Pak Wan telah meminta alamat rumah daripada Nia Zahra. Sebab itulah sekarang ini mereka sudah pun berada dihadapan rumahnya. Nia Zahra masih lagi sedang lena dikerusi belakang. Nazmil membuka pintu belakang dan mahu mengejutkan Nia Zahra. 

“Nia..kita dah sampai.”

Dengan hanya sekali kejutan Nia Zahra terus tersedar dari tidur. Nia Zahra memandang sekeliling, dia seperti berada ditempat yang asing. Kemudian dia memandang Nazmil, ish siapa pulak mamat ni?macam mana aku boleh ada dalam kereta ni? Nia Zahra bermonolog dengan dirinya sendiri.

“Encik beg-beg Cik Nia saya nak letak dekat mana?” teguran Pak Wan kepada Nazmil membuatkan Nia Zahra teringat yang dia menumpang kereta cucu Tok Long untuk pulang ke Klang.Alamak macam mana aku boleh lupa ni?

“Hmm…letak kat depan pintu rumah tu Pak Wan.”

Nia Zahra keluar dari perut kereta dia malu kerana boleh terlupa yang dia hanya menumpang kereta orang yang dia langsung tak kenal. Tapi Nek Ngah kenal itu dah memadai. Tapi apabila dia melihat wajah Nazmil mengingatkan dia pada seraut wajah yang sangat dirinduinya. Wajah arwah suaminya, Azril.

“Nia saya balik duluye.” Nazmil cuba beramah mesra. Namun Nia Zahra hanya diam tidak bereaksi.

“Terima kasih.”

Nia Zahra terus berlalu masuk ke dalam rumahnya. Dia masih mamai lagi. Mana tak nya selama 2 jam perjalanan hanya dihabiskan dengan tidur. Selesa sangat rasanya dapat naik kereta mewah. Nia Zahra tersenyum kecil sambi lmenaiki tangga menuju ke biliknya.

Sedang Nazmil di dalam kereta termenung panjang. ‘Pelik la cucu Nek Ngah tu..macam tak pernah tengok orang je?berpatah aku tanya soalan sepatah je dijawabnya. Senyum pun tak. Tapi manis tetap ada macam cupcake coklat yang dia buat.’ Akhirnya Nazmil tersenyum sendiri. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku