SUDAH KETENTUAN NYA
Bab 9
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Oktober 2017
Kehilangan suami selepas beberapa jam dia bergelar seorang isteri memberikan tamparan yang hebat dalam kehidupan Nia Zahra. Sukar untuk dia bangun teruskan hidup. Ibu, abang Nash, Nek Ngah dan Nisah sahabat baiknya adalah tulang belakangnya untuk dia bangkit semula. Kehadiran Nazmil Haidi tanpa diduga, bukan mudah untuk dia menerima lelaki lain sebagai pengganti arwah suaminya. Namun demi ibu dia menerima Nazmil Haidi sebagai suami. Ternyata Nazmil Haidi seorang suami yang sangat penyayang, Nia Zahra bahagia, sangat bahagia. Tapi dugaan melanda bila dia tahu siapa sebenarnya Nazmil haidi. Nia Zahra kecewa sangat kecewa hinggakan dia meminta cerai. Siapakah Nazmil Haidi? Adakah lagi kebahagiaan buat Nia Zahra?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
166

Bacaan






Nia Zahra begitu leka melihat langit dan bintang, dia rasa sangat tenang. Rasa macam nak terbang pusing-pusing, bebas macam burung. Tapi itu hanyalah khayalan, tak mungkin dia dapat lakukan. Kalau dalam cerita Superman, dia bawak teman wanita dia terbang pusing-pusing. ‘Ahhh..bestnye..ei Nia!kalau arwah masih ada pun macamla kau boleh terbang kan?berangan la kau Nia!ah biarlah..nak feel jap.’

Nia Zahra memejamkan matanya sambil mendepangkan kedua-dua belah tangannya. Kalau arwah Azril masih ada tentu dia akan melayan saja Nia dengan angan-angannya yang merepek ni. Ada rasa rindu yang bertamu, lama Nia begitu sampai la ada suara gangguan yang mengganggu angannya.

Nia Zahra berpaling mencari suara yang mengganggu angannya tadi, dandia terpandang abangnya sedang menahan gelak sambil memegang perut.

“Along! Apa la mengendap orang tengah berangan. Pastu gelak-gelak pulak.”

Terus ketawa yang ditahan-tahan tadi terhambur keluar. Sampai terduduk-duduk Nash ketawakan adiknya. Nia hanya memandang gelagat abangnya. ‘Sukanya,tah apa yang lawak sangat tah.’

“Along!sudah-sudahla gelak tu. Apa yang lawak sangat?” marah Nia sambil menjeling abangnya yang masih tersengih-sengih. Gelak sampai keluar air mata pulak tu.

“Ok.” Nash menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskan nafas keluar perlahan-lahan.

“Nia ingat along tak dengar apa Nia cakap?Nak terbang macam superman?apa punya pelik la.”

“Hah along dengar?a..long, salah dengar la. Nia cakap dah lama tak tengok superman. Kalau ada superman kat Malaysia boleh dia bawak Nia terbang.” Sekali lagi Nash ketawa besar. Nia Zahra yang geram melihat abangnya ketawa terus memukul lengan abangnya.

“Boleh bawak Nia terbang?” Nash sambung ketawa lagi. Lucu sungguh kata-kata Nia tadi. Tak matang lagi rupanya adik aku ni.

“adui..adui..adui!sakitla Nia. Lebam dah lengan along ni.” Nash menggosok lengannya yang menjadi mangsa tangan Nia tadi. Baru puas hati Nia dapat mencubit abangnya. Cubit manja tau bukan cubit betul-betul pun.

“Along ni over la..mana ada lebam pun. Lain kali kacau lagi orang tengah berangan. Padan muka.”

Nia Zahra menjelirkan lidah membuatkan Nash pantas mencubit pipinya.Suasana beginilah yang dirindui Nash. Akhirnya dia dapat melihat kembali wajah ceria adiknya yang dulu. Wajah Nia Zahra direnung lama, dia tahu disebalik senyuman itu tersimpan seribu keperitan. Nash berjanji dia tak akan biarkan adiknya terus bersedih lagi.

 

“Assalammualaikum ibu. Nia mana bu?tak pergi kerja ke?” Ujar Nash kepada ibunya yang sedang menuangkan air nescafe kedalam cawan.

“Waalaikumussalam.Nia demam, ibu dah bagi Panadol tadi. Kalau tengahari tak kebah jugak demamnya ibu nak bawak pergi klinik nanti.”

“Aik malam tadi elokje gelak-gelak. Pagi ni dah demam?” Air nescafe diteguk perlahan sambil memikirkan keadaan Nia Zahra yang sekejap demam sekejap sihat.

“Orang kalau nak sakit memang la macam tu tak de signal pun. Macam tu la jugak mati, tengah ketawa pun boleh mati tau.” Jawab Puan Hamimah sambil menyuapkan mee goreng kedalam mulut yang digorengnya tadi.

“Ibu ni kesitu pulak. Along pergi kerja dulu bu. Kalau ibu tak sempat nak hantar Nia pergi klinik ibu call along, nanti along hantarkan.”

Tangan Puan Hamimah disalam dan dikucup homat pipi ibunya dikucup penuh kasih. Takkan ada pengganti ibu dalam hidup semua orang.

 

Habis waktu kerja Nazmil bercadang ingin membeli cupcake coklat untuk ibunya dan dia pun boleh la menumpang sekali. Sejak dia makan cupcake coklat dikampung tempoh hari setiap malam dia teringat-ingat rasa cupcake coklat yang amat sedap itu dan dalam masa yang sama dia juga terkenangkan cucu saudara Nek Ngah. Hmm..apakah tandanya itu?

Nazmil memerhati setiap susunan kek, donut dan roti yang dipamerkan dicermin namun dia tidak nampak langsung cupcake coklat kegemarannya. Kedai ini tak jual cupcake kut? Monolog Nazmil sendiri sambil dia mundar mandir di dalam kedai tersebut. Aksinya itu telah menarik perhatian Puan Hamimah.

“Ya encik nak beli kek ke?” Soal Puan Hamimah yang sedari tadi memerhati gelagat pelanggannya yang seperti mencari sesuatu.

“Saya nak beli cupcake coklat?hmm..ada jual tak?” Mata masih lagi mencari cupcake coklat,dah macam orang mengidam lagaknya.

“Oh..kedai saya ada buat tapi malangnya hari ini pekerja yang buat cupcake tak berapa sihat. InsyaAllah esok dia akan datang. Kalau encik nak boleh order hari ini dan esok petang boleh datang ambil.”

“Hmm..kalau macam tu ini kad saya. Esok kalau dah siap puan boleh call number saya.” Nazmil menghulurkan business card kepada Puan Hamimah.

“Ok. Nanti dah siap saya akan telefon encik Nazmil ye.”

Nazmil hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Dia terus berlalu meninggalkan kedai kek itu dengan perasaan yang sedikit hampa. Sehingga dia lupa untuk meninggalkan pesanan cupcake yang dia mahu tempah.

 

Anak mama dah balik?tak bagi salam pun masuk rumah?”

Tegur ibunya melihat Nazmil yang pulang dari kerja terus masuk kerumah tanpa memberikan salam dan wajahnya kelihatan monyok macam orang putus cinta lagaknya.

“Assalammualaikum Ma. Naz nak belikan cupcake untuk Ma tadi, tapi orang yang buat cupcake tu cuti, tapi Nazmil dah order dia cakap esok petang boleh datang ambil.”

Nazmil merebahkan badannya diatas sofa. Badan dan fikirannya terlalu letih hari ini dengan kerja yang bertimbun dipejabat dan ditambah lagi dengan kemunculan Nadia dipejabat tadi. Kedengaran Nazmil mengeluh kasar.

“Waalaikumussalam.Takkan sebab tak dapat beli cupcake mengeluh sampai macam ini? Ada apa-apa yang Naz nak cerita dengan Mama ke? ”

Senyum terukir dibibir puan Ainul. Nazmil memandang ibunya dengan wajah yang sedih. Ibunya memang seorang ibu yang sangat penyayang dan pandai membaca hati anak-anaknya. Nazmil meraup wajahnya, haruskah dia bercerita dengan mama apa yang sudah terjadi diantara dia dengan Nadia.

“Nadia nak kahwin dengan orang lain.” Puan Ainul terkejut dengan kata-kata yang baru sahaja lahir dari mulut Nazmil.

“Mama tak faham,kenapa tiba-tiba? Cuba Naz cerita apa yang dah jadi?”

“Dah tiada jodoh Naz dengan Nadia.”

Begitu mudah jawapan yang diberikan Nazmil kepada ibunya. Puan Ainul tak puas hati dengan jawapan itu, sebab selama ini dia tak pernah lihat Nazmil dan Nadia bergaduh. Hubungan cinta mereka berjalan lancar dan baik-baik sahaja.Mana mungkin tiada angin pokok boleh bergoyang.

“Ini ke punca Naz kemalangan tempoh hari?”

“Tak lah Ma. Ma..tolong jangan desak Naz. Naz tak nak ingat lagi tentang Nadia. Naz nak mulakan hidup baru. Naz ke bilik dulu ma.”

Pipi ibunya dikucup penuh kasih. Nazmil berlalu ke biliknya meninggalkan Puan Ainul yang masih belum berpuas hati dengan jawapan yang diberikannya tadi.

 

“Assalammualaikum sayang. Kenapa muka sedih je ni?”

Tuan Borhan yang baru sahaja pulang dari pejabat melabuhkan punggungnya disebelah isteri tersayang. Dia hairan kenapa isterinya kelihatan sedih, apa lagi yang telah berlaku. Pagi tadi bukan main ceria lagi tapi petang ini masam mengalahkan jeruk mempelam.

“Waalaikumussalam. Naz abang..dia cakap tadi Nadia nak kahwin dengan orang lain.”

Tuan Borhan tersenyum mendengar kata-kata isterinya. Pasal Nadia nak kahwin dengan orang lain yang buatkan isterinya ini sedih ingatkan kenapa tadi.Bagi Tuan Borhan sudah tiada jodoh Nadia dengan Nazmil kita tiada hak untuk mempersoalkannya. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.

“Dah la awak jangan sedih macam ini. Anggap saja jodoh Nazmil bukan dengan Nadia tapi dengan orang lain, orang yang akan membahagiakan anak kita. Nazmil mana? Dia ok tak?”

“Hmm. Ada kat atas,saya tak tahu lah dia ok ke tak. Dia tak nak bercerita dengan saya apa yang dah jadi di antara dia dengan Nadia.”

“Awak jangan risau nanti saya cakap dengan dia. Biar men talk to men okay. Dah tak mau sedih-sedih lagi. Air teh ‘o’ saya mana Puan Ainul sayang?” Tuan Borhan mencuit dagu isterinya.

“Kejap saya ambilkan.”

Tuan Borhan tak mahu membiarkan isterinya terlalu risau tentangNazmil, baginya Nazmil sudah cukup dewasa dan matang untuk membuat keputusandalam hidupnya. Tuan Borhan yakin inilah masa yang sesuai untuk dia berbicaradari hati ke hati dengan anak lelaki tunggalnya itu.

 

“Nia betul dah kebah demam ni?” Puan Hamimah meletakkan tangannya didahidan dileher anak perempuan kesayangannya itu.“Betul bu, Nia dah sihat. Esok dah boleh pergi kerja dah. Rindu nak buat cupcake.”

Nia melentokkan kepalanya dibahu ibunya. Dia suka buat begini padaibu dan alongnya. Dia juga pernah memasang angan-angan untuk melakukan perkara yang sama dengan Azril namun semua itu hanya tinggal angan-angan. Ada rinduyang menebal dalam dirinya terhadap arwah.

“Nia. Nia! Heiberangan pulak dia.” Nia tersentak dari lamunan. Terbang semua ingatannya kepada Azril sebentar tadi.

Sorry..terberangan pulak. Kenapa bu?” Niatersengih kepada ibunya menutup rasa sedih yang datang tiba-tiba tadi.

“Tadi ada seoranglelaki ni dia order cupcake. Esokpetang dia nak ambil. Ibu tengok muka dia kecewa sangat bila ibu bagitahu orang yang buat cupcake cuti hari ini..” Masih teringat dia akan wajah lelaki yang ala-ala Chinese itu.

“Dia order berapa bu??” Soal Nia lagi.

“Ibu lupa nak ambil order dari dia. So esok Nia kena la call dia untuk confirmation order sebab dia ada tinggalkan business kad dia.”

“Ok la macam tu. Ha jangan pulak esok ibu cakap ibu lupa letak mana kad dia.” Usik Nia sambil tersengih.

“Amboi perli ibuye..dah la ibu nak tido penat hari ini Assistant sorang tu tak datang.” Balas ibunya pula. Nia ketawa mendengar usikan ibunyaitu.

“Jangan tidur lambat Nia, Nia tu baru je baik demam. Along dah bagitahu ibu tadi dia lambat balik.”

“Baik Puan.” Balas Nia sambil matanya masih melekap di kaca televisyen menonton drama kegemarannya iaitu Projek memikat suami. ‘Agaknya kalau aku kahwin nanti aku jadi macam ni tak?pikat suami sendiri?Kalau Azril masih ada aku tak perlu memikat dia sebab dia memang sudah terpikat dengan aku. Saya rindu awak lebih 200% Azril.’gumam Nia sendirian dan tanpa dia sedar ada air mata ditubir matanya.

Sehingga kini apabila terlintas nama Azril di ingatan matanya pasti bergenang, sedaya upaya menahan air mata dari mengalir kerana dia sudah berjanji untuk tidak menangis lagi walaupun kadang kala tewas juga.

Begitu rapuh hatinya menerima kenyataan lelaki yang dicintai pergi dalam keadaan yang mengejut. Dia akan terus mencuba dan mencuba untuk kembali kuat seperti dulu. Dia tak mahu ibu dan abang sedih dengan dirinya begini. Dan dia mahu Azril tenang di Sana.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku