SUDAH KETENTUAN NYA
Bab10/2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Oktober 2017
Kehilangan suami selepas beberapa jam dia bergelar seorang isteri memberikan tamparan yang hebat dalam kehidupan Nia Zahra. Sukar untuk dia bangun teruskan hidup. Ibu, abang Nash, Nek Ngah dan Nisah sahabat baiknya adalah tulang belakangnya untuk dia bangkit semula. Kehadiran Nazmil Haidi tanpa diduga, bukan mudah untuk dia menerima lelaki lain sebagai pengganti arwah suaminya. Namun demi ibu dia menerima Nazmil Haidi sebagai suami. Ternyata Nazmil Haidi seorang suami yang sangat penyayang, Nia Zahra bahagia, sangat bahagia. Tapi dugaan melanda bila dia tahu siapa sebenarnya Nazmil haidi. Nia Zahra kecewa sangat kecewa hinggakan dia meminta cerai. Siapakah Nazmil Haidi? Adakah lagi kebahagiaan buat Nia Zahra?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
198

Bacaan






“Puan saya datang ni nak hantar tempahan cupcake. Boleh Puan tandatangan dekat sini sebagai bukti Puan telah menerima tempahan ni.” Resit penghantaran dihulurkan kepada Puan Ainul.

“Cik ke yang buat cupcake ini?”Puan Ainul beramah mesra sambil menurunkan tandatangan diatas resit penghantaran tadi.

“Bukan saya Puan, tapi anak kepada majikan saya. Saya ini cuma pekerja sahaja, ini pun kebetulan saya lalu area rumah Puan jadi saya tolong la hantarkan.” Kak Yati tersenyum bila diajukan soalan itu tadi. Dia ramah bila orang ramah dengannya, tidak ramai orang yang berkedudukan seperti Puan Ainul ini ramah dan baik seperti ini.

“Oh macam itu. Muda lagi ke anak majikan awak tu?dah kahwin?” tanya Puan Ainul lagi. Wah dah macam soal selidik nak cari menantu je gayanya.

“Muda lagi Puan tapi kesian 6 bulan lepas dia baru sahaja kematian suami. Terlibat dalam satu kemalangan.” Ya Allah kasihannya kau anak. Terus terlintas di ingatannya wajah Nazmil. Dia bersyukur kerana Nazmil selamat dalam kemalangan dulu yang hampir-hampir juga meragut nyawa anaknya itu. Puan Ainul tahu peritnya rasa kehilangan orang yang tersayang tambah lagi apabila melibatkan kemalangan kerana ianya berlaku tiba-tiba dan terlalu pantas.

“Puan?Puan okay tak ni?” Kak Yati memanggil Puan Ainul yang kelihatan seperti teringatkan sesuatu.

“Maafkan saya, berapa semua ini.”                   

“Pasal bayaran, majikan saya bagitahu yang Encik Nazmil akan buat bayaran nanti. Kalau takde apa-apa lagi saya mintak diri dulu dah lama husband saya tunggu tu.” Dari luar pagar rumah Puan Ainul dia dapat melihat seorang lelaki sedang menunggu didalam sebuah kereta. Mungkin itulah suami yang dimaksudkan oleh Yati tadi.

“Mintak maaf sekali lagi, lama pulak saya ambil masa awak. Terima kasih hantar cupcake ini. Hmm..Banyak ke dia tempah?” Puan Ainulbertanya lagi.

“Tak banyak lah Puan, 1000 je?” jawab Kak Yati slumber. Tak banyak katanya 1000.

“Betul la apa awak cakap tu 1000 bukan amount yang banyak kan. Saya dah tandatangan ye, terima kasih.” Puan Ainul membuka kotak dan melihat sahaja cupcake coklat itu membuatkan dia tersengih lebar. Tengok rupa sahaja dah tahu cupcake ini memang sedap.

“Sama-sama. Selamat menjamu selera, kalau ada kekurangan sila hubungi pihak kami, tapi kalau menepati citarasa puan sekeluarga sila hubungi kawan-kawan dan saudara mara puan untuk bercerita tentang produk kami. Terima kasih. Assalammualaikum.”

“InsyaAllah. Waalaikumussalam.” Kak Yati terus berlalu mendapatkan kereta suaminya yang diparkir diluar pagar rumah banglo milik Puan Ainul danTuan Borhan. Puan Ainul mengiringi pemergian Kak yati dengan pandangan matanya. Sedang Kak Yati keluar dari pagar rumah mereka, Nazmil muncul tiba-tiba menyusur keretanya ke dalam banglo yang tersergam indah itu. Nazmil membalas senyuman yang diberikan Kak Yati kepadanya. ‘Siapa pulak perempuan ni?Hantar cupcake kut…tapi kalau hantar cupcake kenapa bukan Nia Zahra?’

“Mama siapa tadi tu?” Turun saja dari kereta itu soalan pertama yang terpacul dari mulutnya membuatkan Mamanya tersenyum lebar.

“Tu la dia orang yang buat cupcake.Comel kan.” Puan Ainul sengaja menyakat anaknya. Nazmil hanya tersenyum, dia tahu ibunya ingin menyakat dia sahaja. Mujurlah dia dah tahu siapa yang buat cupcake ini, kalau tak tentu dia percaya dengan kata-kata ibunya itu.

“Yang Naz sengih-sengih ni kenapa?” Puan Ainul bertanya lagi.

“Tak de apa la ma. Naz dah pernah jumpa orang yang buat cupcake ini.” Begitu terus terang Nazmil dihadapan ibunya. Ketawa Puan Ainul meletus akhirnya.

“Alahai ibu baru nak kenakan Naz, sekarang ibu pulak yang dah terkena. Siapa namanya? Tentu sedap nama dia macam…”

“Nia Zahra.”

Belum sempat Puan Ainul menghabiskan kata-katanya Nazmil terlebih dahulu bersuara.

“Owh Nia Zahra, sedap namanya. Tentu orangnya cantik kan. Tapi mama kesian dia sibuk sekarang sebab ada orang tu tempah 1000 biji cupcake dengan dia. Banyak kan?Ye la cupcake sedap mestilah ramai orang tempah kan.” Balas Puan Ainul lagi. Sengaja dia mahu menyakat anaknya lagi.Nazmil hanya menggarukan kepala yang langsung tak gatal itu.

“Hah apasal diam ni.” Nazmil tersengih bila disoal begitu. Dia menarik kerusi dan duduk disebelah mamanya.

“Jumaat ini kan ada majlis makan malam anak-anak Ar Raudhah, so boleh lah cupcake tu kita buat as a dessert at that night. Boleh kan Ma?” Nazmil bersuara perlahan sambil tangannya mengambil sebiji cupcake untuk dimakan.

“Oh macam tu. Bukan la ada niat lain?” soal Puan Ainul lagi.

“Niat? Niat nak bersedekah Ma. Tak pelah Naz naik mandi jap. Nanti Naz turun semula, Mama jangan habiskan tau.” Nazmil bingkas bangun, dia tahu lagi lama dia disitu lagi teruk dia disoal mamanya. Puan Ainul tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Nazmil betul-betul sudah kembali seperti dulu. Ini lah anaknya yang dulu. Alhamdulillah kerana mengembalikan anakku semula.

“Nia Zahra.” Sekali lagi nama itu meniti di bibirnya.

“Aku rasa sebelum kat kampung lagi aku pernah jumpa dia. Tapi…” Nazmil cuba mengingati semula di mana dia pernah berjumpa dengan Nia Zahra. Kerana dia yakin dia pernah melihat Nia Zahra tapi tak pasti di mana dan bila.Tiba-tiba, satu bayangan yang pernah dia alami dulu ada dihadapan matanya. Nazmil terkedu. Mimpi tu..

“Ya Allah..betapa besarnya kuasa Mu..aku yakin semua ini perancanganMu Ya Allah. Jika dia jodoh aku dekatkanlah hati aku padanya begitu juga hatinya pada aku dan permudahkanlah jodoh antara aku dan dia.” Nazmil meraup tangannya ke wajah setelah bayangan tadi hilang begitu sahaja. Betapa hebatnya Kuasa Allah. Nazmil bangun mengambil tuala ingin membersihkan dirinya dan mahu menunaikan solat Asar.

Dia tidak mahu jadi manusia yang lalai dan leka lagi dengan terlalu asyik mengejar hal duniawi hingga lupa hal akhirat. Apa yang dilihatnya tadi buatkan dia sedar Allah Maha Berkuasa, dengan hanya katakan Jadilah ia! Maka akan jadilah sesuatu perkara itu. Allahuakbar!

 

“Nia mama naik tidur dulu, Nia tu dah siap masak cupcake ni Nia tidur tau. Esok kita sambung lagi.”

Puan Hamimah sudah beberapa kali menahan kuap. Mengantuk sangat rasanya. Jarang dia tidur mencecah jam 12 tengah malam. Tempahan cupcake 1000 biji membuatkan dia berkorban masa tidurmya untuk membantu Nia Zahra. Sudah 300 biji berjaya mereka siapkan.

“Ye la kesian ibu. Ibu masuk tidur dulu tau. Selamat malam bu.” Nia Zahra mencium pipi ibunya sebelum ibunya melangkah ke ruang atas untuk beradu di kamarnya. Nia Zahra menyambung bacaan novelnya semula sambil menunggu cupcakenya masak dia membaca novel.Padahal novel bertajuk biarlah YM terus berbicara sudah lebih tiga kali dia ulang baca. Dia tidak pernah jemu. Dia sangat suka kan watak dan sikap Encik Firdaus. Setiap kali dia baca novel ini pasti wajah Azril yang dia bayangkan untuk watak Encik Firdaus. Seorang yang penyabar dan romantik.

Cupcake 300 biji siap disusun kedalam kotak. Esok misi nya untuk menyiapkan 500biji lagi. Dan kemudian 300 biji lagi. Selesai mengisi cupcake ke dalam kotak Nia Zahra berbaring di atas sofa sambil mengurut perlahan lehernya. Sedar tak sedar dia akhirnya terus terlelap disitu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku