SUDAH KETENTUAN NYA
Bab11/1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Oktober 2017
Kehilangan suami selepas beberapa jam dia bergelar seorang isteri memberikan tamparan yang hebat dalam kehidupan Nia Zahra. Sukar untuk dia bangun teruskan hidup. Ibu, abang Nash, Nek Ngah dan Nisah sahabat baiknya adalah tulang belakangnya untuk dia bangkit semula. Kehadiran Nazmil Haidi tanpa diduga, bukan mudah untuk dia menerima lelaki lain sebagai pengganti arwah suaminya. Namun demi ibu dia menerima Nazmil Haidi sebagai suami. Ternyata Nazmil Haidi seorang suami yang sangat penyayang, Nia Zahra bahagia, sangat bahagia. Tapi dugaan melanda bila dia tahu siapa sebenarnya Nazmil haidi. Nia Zahra kecewa sangat kecewa hinggakan dia meminta cerai. Siapakah Nazmil Haidi? Adakah lagi kebahagiaan buat Nia Zahra?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
153

Bacaan






Nash memasuki ruang pejabat NurIndah Sdn.Bhd., kelihatan seorang perempuan bertudung litup dihadapan kaunter penyambut tetamu sedang tersenyum kepadanya. Ini kali pertama dia menjejakkan kaki di pejabat yangtidak kurang hebatnya ini. NurIndah Sdn.Bhd. adalah sebuah syarikat kontraktoryang terkenal di kawasan Lembah Klang. Namun dia sendiri tidak pasti siapakah pemilik syarikat ini.

“Maaf encik, boleh saya bantu?” Suara perempuan bertudunglitup tadi menegur Nash yang masih termangu-mangu memerhati sekeliling ruangan pejabat itu.

“Oh,saya mintak maaf terleka sekejap. Saya nak hanta rtempahan cupcake yang ditempah atas nama Nazmil. Boleh saya berjumpa dengan tuan punya badan?” Nash menunjukkan sebuah kotak yang mengandungi cupcakekepada perempuan tadi.

“Encik Nazmil Haidi? Sekejap ye encik.” Perempuan itu terusmenekan butang intercom membuat panggilan kepada Nazmil Haidi mungkin. Sempat juga mata Nash mencuri pandang nama yang tertera pada idtag perempuan tersebut.Hafiza. Sedap nama macam orangnya jugak. Nash tersenyum sendiri.

“Encik..?”

“Saya Nash.”

“Ye Encik Nash, bos saya mintak encik ke pejabatnya. Mari saya tunjukkan.” Masuk sahaja ke ruangan dalam pejabat, Nash sekali lagi terpegun. Dekorasi pejabat ini sangat cantik, sangat tenang melihatnya. Dari mula menjejakkan kaki lagi dia sudah mula tertarik dengan dekorasi pejabat ini. Memang sesuai lah dengan urusan perniagaan syarikat ini kontraktor dalam interior designer.

“Silakan masuk encik Nash.” Nash melangkah masuk ke dalam sebuah bilik pejabat yang besar. Ini tentu bilik CEO. Nash memerhatikan sebuah lukisan yang tergantung didinding. Cantik. Sebuah lukisan pemandangan yang dilukis tangan. Sangat berseni.

“Silakan duduk Encik Nash.” Nash yang sedang asyik melihat lukisan itu sedikit tersentak. Dari mana pulak mamat ni muncul?

“Maaf saya dari dalam toilet tadi. Dan maaf sekali lagi sebab susahkan encik untuk hantar sampai ke pejabat saya.” Nash hanya memandang seraut wajah lelaki yang sedang berkata-kata itu. Macam kenal.

“Takde masalah encik, sudah jadi tugas kami jika pelanggan membuat tempahan dan minta kami untuk menghantarnya. Dalam kotak-kotak ni ada 50 biji cupcake yang encik order.” Nash menghulurkan 2 kotak cupcake kepada Nazmil.

“Thanks. Ini cek untuk bayaran tempahan1000 biji cupcake yang saya order semalam. Dan ini alamat untuk menghantar baki cupcake yang saya order.” Nazmil menghulurkan sekeping cek dan kertas yang tertera dua buah alamat rumah anak-anak yatim yang telah diberikan oleh Fiza setiausahanya semalam kepada Nash.

“Alhamdulillah,semua ini rezeki adik saya. Sebenarnya cupcake ini baru je semiggu adik saya jual di kedai itu. Tak sangka dalam seminggu saja terus dapat tempahan yang banyak macam ni.” Tanpa segan silu Nash membuka cerita. Nash tersenyum bangga apabila mengingati tentang adiknya. Sebab itulah apabila di minta Nia untuk menghantar cupcake ini terus sahaja dia bersetuju lagipun pejabat dia bekerja dengan syarikat NurIndah tidak lah jauh mana. Jika bukan dia yang membantu siapa lagi.

“Oh Nia Zahra adik Encik Nash?kenapa dia tak datang ye?”Nazmil agak teruja kerana dihadapannya ini adalah abang Nia Zahra.

“Dia sibuk untuk siapkan tempahan encik ni la. Tapi tak banyak dah. Ini pun kebetulan saya kerja tak jauh dari pejabat encik. Boleh lah saya singgah sekejap. Hmm.. Encik Nazmil kalau saya tanya sikit boleh?”

“Yes sure.”

“Dulu sekolah rendah dan menengah dekat mana ye?” Dari mula bersua tadi Nash seperti pernah melihat wajah Nazmil. Mungkin pelanduk duaserupa. Tapi sangat seiras.

“Sekolah rendah Tasek Ipoh, tapi sekolah menengah saya pindah sekolah berasrama penuh…”

“Sekolah Aminuddin Baki.” Nash memintas kata-kata Nazmil.Nazmil terkedu. Eh macam mana dia tahu. Lama Nazmil memandang Nash. Nash sudah mula tersenyum. Betullah, sah ini lah kawannya dulu zaman sekolah rendah dulu.Hampir 17 tahun tidak pernah bersua. Sampai nama pun dia dah tak ingat.

“Ingat lagi tak aku..Nash yang rendah dan gemuk?kita taksekelas tapi bila masa rehat kita mesti rehat berdua. Sebab kita berdua ni takde kawan.” Terus terhambur ketawa besar diantara mereka.

18tahun yang lalu perkenalan mereka bermula dikantin, Nashingat lagi masa itu dia sangat lapar. Sebab itu dia beli 2 pinggan nasi lemak dan 3 ketul kuih karipap. Nash memang tidak mempunyai kawan kerana mereka sering mengejeknya pendek dan gemuk. Dia malas mahu mengambil pusing apa yang diejek kawan sekelasnya. Biarlah orang nak kata apa yang penting perut aku kenyang dan bahagia. Sedang dia menjamu selera, dia terpandang seorang budak lelaki yang sedang duduk dikerusi tidak jauh darinya sedang menangis. Nash yang kasihan melihat budak itu terus pergi menegurnya.

“Kenapa kau menangis?ada orang kacau ke?” tegur Nash. Budak itu hanya menggelengkan kepala. “Habis tu kenapa?”

“Aku tertinggal duit belanja hari ini. Aku lapar.” Jawab budak itu sambil mengesatkan air matanya.

“Nahkau ambil la nasi ni.” Nash menolak pinggan nasi lemak ke hadapan budak lelakiitu.

“Abis tu kau nak makan apa?”

 “Aku dah makan dah. Kuih ni pun ada lagi. Takpe kau makan la.” Pujuk Nash lagi.

“Terimakasih.” Budak lelaki itu terus menjamu selera. Nash gembira melihat budak itu sudah berhenti menangis.

“Terima kasih tau bagi aku makan tadi. nama kau apa?kau kelasmana?” Budak lelaki itu bersuara ceria.

 “Panggil aku Nash,kelas 5 Berjaya.”

 “Owh aku Naz. 5 Cemerlang.”Balas budak lelaki itu.

“Mulai sekarang kita kawan. Masa rehat kau tunggu aku dekat sini tau. Tapi kalau aku keluar rehat dulu aku yang tunggu kau kat sini.” Nash menghulurkan tangan untuk bersalam sebagai tanda mereka bersahabat sekarang.

“Ok.”Salam yang dihulur bersambut jua. Masing-masingtersenyum gembira. Siapa sangka perkenalan itu terus akrab sehingga ke sekolah menengah. Namun keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR melayakkan Nazmil untuk ke sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur. Sejak itu mereka terus terputus hubungan.

Tapi hari ini siapa sangka mereka bertemu kembali juga gara-gara makanan. Nash yang dulunya pendek dan gemuk tapi sekarang tidak lagi.Dia tinggi dan kacak orangnya. Nazmil pula masih seperti dulu segak dan kemas orangnya. Cuma sekarang lebih segak dan sangat bergaya.

Mereka akhirnya berpelukan. Lama mereka begitu.

“Alhamdulillah,jumpa jugak kita. Hebat kau sekarang ada syarikat sendiri.” Nash menepuk perlahan bahu Nazmil.

“Aku seronok sangat wei dapat jumpa kau. Eh ni syarikat abahaku la. Aku pun makan gaji jugak kat sini.”Nazmil seperti tak percaya 17 tahunterpisah boleh jumpa kat sini. Selepas dia bertukar sekolah, keluarganya turut berpindah ke Ampang, KualaLumpur tapi setelah ayahnya berhenti kerja sebagai pegawai kerajaan mereka berpindah pula ke Shah Alam dan ayahnya membukasyarikat NurIndah. Nazmil pula langsung tidak menyimpan alamat dan nombortelefon rumah Nash.

“Lepas habis kerja nanti lepak minum mana-mana naktak?banyak cerita la nak sembang..”Cadang Nash, dia memang sangat teruja dapat berjumpa kembali rakan karibnya ini.

“Ok..setuju.Kedai mamak hujung bangunan ni, pukul 5.30.”

“Alright bos. Aku pergi dulu.” Sekali lagi mereka berpelukan. Dah macam saudara yang terpisah. Nash berlalu keluar sambil tersenyum lebar. Nazmil didalam biliknya juga sama tersenyum sambilmenggelengkan kepala.

“Hello,Nia along dah hantar tau tempahan tu. Cek pun alongdah ambil. Cakap dengan ibu along balik lewat sikit hari ini.” Nash menghubungi adiknya untuk memaklumkan perihal penghantaran tempahan cupcake. Nanti tak update kena sembur pulak. Kalau setakat Nia dia tak kisah tapi dengan Pua nHamimah dia tak sanggup sebab ibunya tu kalau dapat membebel seminggu diungkitnya.

“Amboi lajunya along cakap. Balik lewat?along nak pergi dating eh?” Usik Nia. Dia sendiri hairan dengan abangnya ini bila ditanya soal buah hati, jawapan yang dia akan dapat. Tiada orang nak. Padahal diri tu yang memilih sangat, nak cari makwe ke bini ke nak yang macam Ekin mawi. Gilo ko apo…hmm…kembar si Ekin pun dah kahwin kalau tak boleh lah try. Hahahha…ini kalau Mawi tu tahu..mau kena cepuk.

“Ha’ah dating dengan kawan sekolah rendah dulu. Oklah Along ada kerja nak buat ni. Assalammualaikum.” Nash terus matikan talian. Dia tahu lagi lama dia melayan cakap Nia tentu akan lagi banyak soalan yang dia kena jawab. Nia memandang handphonenya. Bengang bila belum habis bercakap talian dah dimatikan. Nak mengelak la tu. Jodohkan dengan Nisah baru tau. Nia ketawa kecilbila mengingatkan sahabat baiknya itu, Nisah. Kawan yang sentiasa ada ketika dia senang dan susah. Sedang Nia mengelamun ada orang mencuit bahunya dari belakang.

“Oi ayah kau berjambul!” Nia Zahra melatah spontan sambil tangannya mengetuk kepala empunya badan yang membuat kejutan itu.

“Sakitla Nia..kau ni tentu tengah mengelamun mengumpat akukan?” soal Nisah sambil mengusap kepalanya yang diketuk Nia tadi.

“Buat apa mengelamun ngumpat kau. Padan muka lain kali buatlagi. Mujur kat tangan aku takde benda tajam kalau tak, tak pasal-pasal berparut muka yang comel lote ni.” Nia cuba memujuk Nisah. Dia tahu Nisah pantang dipuji pasti cepat je cair. Kalau dia tengah marah cepat-cepat la puji,terus tak jadi marah.

“Kau ni mulut takde insurans la. Pastu yang kau cakap ayah aku berjambul tu apa?”Nisah masih tidak berpuas hati. Nia menelan air liur. ‘alamakaku dah salah cakap la.’ Nia menggaru kepala yang tidak gatal itu.

“Nisah,aku mintak maaf la. Benda tu spontan la keluar darimulut aku. Tak sempat fikir apa-apa pun. Kau la yang salah terkejutkan aku sapesuruh. Sorry tau..” Nia mengambil tangan Nisah lalu diusap perlahan. Nisah memang pantang dengan perkataan jambul apatah lagi mengatakan ayahnya jambul.Nak tau kenapa?sebab ayah Nisah mempunyai jambul. Dari muda sampai la sekarangayahnya masih mengekalkan jambul itu. Walaupun telah beruban. Semasa sekolah dahulu Nisah sering diejek joe jambul kerana imej ayahnya. Sebab itulah dia sangat sensitif dengan perkataan jambul. ‘Nisah-nisah…’

“Yela disebabkan kau kawan baik aku. Aku maafkan kau. Tapi dengan syarat.” Nisah tersengih nakal. Suka dia dapat mengenakan kawannya ini.

“Apa dia?”

“Aku nak makan cupcake coklat dengan kek blueberry free…”

“Itu je?aku ingatkan apa benda tadi. Small matter la.” Niamemetik jarinya sengaja mengusik Nisah. Nia menarik tangan Nisah untuk ke pantry.

“Eh nanti jap. Syarat tu belum habis lagi. Dengartau..aku..nak..makan..cupcake coklat dan…kek blueberry…free….setiap kali akudatang sini.” Sengihan semakin melebar dibibir Nisah. Nia terdiam. Ha tadi small matter sangat kan. Sekarang kenapa diam?

“Kurang asam kau Nisah. Tak pe la kalau macam tu tak payahla kau datang jumpa aku selalu…” Tutur Nia perlahan. Dia terus melangkah menuju ke pantry. Nisah ketawa mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Dia juga turut ikut langkah Nia kepantry.

“Tadikan kau cakap small matter.” Giat Nisah lagi. Nia meletakkan cupcake coklat ke dalam piring. Dia membuka peti ais pula untuk mengambil kek blueberry seperti yang diminta Nisah tadi.

“Yela kalau untuk hari ni je..tapi kalau tiap-tiap hari,tutup la kedai kek ibu aku ni. Nah…makan puas-puas.” Nia menghulurkan piring yang berisi cupcake dan kek seperti yang diminta. Nisah tersenyum puas hati.Sedapnya.

“Tau takut. Dah la aku gurau je la. Diam tau, aku nak menikmati makanan yang ada dihadapan aku ni. Ya Allah syukur atas rezeki pemberian Mu pada petang yang indah ini. Aminnn.” Nisah meraup tangan ke muka setelah selesai berdoa. Nia Zahra mengekek ketawa melihat perangai sahabat baiknya ini. Dia tak kan jumpa lagi sahabat sebaik Anisah dalam dunia ini. Begitu juga lelaki sebaik Azril.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku