SUDAH KETENTUAN NYA
Bab11/2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Oktober 2017
Kehilangan suami selepas beberapa jam dia bergelar seorang isteri memberikan tamparan yang hebat dalam kehidupan Nia Zahra. Sukar untuk dia bangun teruskan hidup. Ibu, abang Nash, Nek Ngah dan Nisah sahabat baiknya adalah tulang belakangnya untuk dia bangkit semula. Kehadiran Nazmil Haidi tanpa diduga, bukan mudah untuk dia menerima lelaki lain sebagai pengganti arwah suaminya. Namun demi ibu dia menerima Nazmil Haidi sebagai suami. Ternyata Nazmil Haidi seorang suami yang sangat penyayang, Nia Zahra bahagia, sangat bahagia. Tapi dugaan melanda bila dia tahu siapa sebenarnya Nazmil haidi. Nia Zahra kecewa sangat kecewa hinggakan dia meminta cerai. Siapakah Nazmil Haidi? Adakah lagi kebahagiaan buat Nia Zahra?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
252

Bacaan






“Dah pukul dua belas ni. Mana Along tak balik lagi ni?”rungut Puan Hamimah. Walaupun Nash anak lelaki namun dia tetap risau sebab zaman sekarang ini bukannya dia kenal lelaki perempuan, budak-budak, tua danmuda. Semua boleh menjadi mangsa manusia yang tak berperikemanusiaan.

Nia Zahra menggelengkan kepalanya melihat ibu yang dari tadi tak duduk diam, kejap berdiri, kejap bangun, kejap ke pintu kejap ke tingkap menyelak langsir. Risau sangat ibu dengan anak lelakinya itu.

“Ibu cuba ibu duduk. Kejap lagi along balik la tu.” Tegur Nia Zahra sambil menarik tangan ibunya untuk duduk. Puan Hamimah akur dengan permintaan anaknya. Dia cuba bertenang dengan menonton rancangan yang sedang ditonton Nia Zahra.

“Nia pun pergi la masuk tidur. Dah lewat ni sayang.”

“Nia pun nak tunggu along. Along dah balik baru Nia masuk tidur. Ha apa kata Nia buatkan air untuk ibu. Ibu nak air apa?” Nia Zahra sengaja mengalihkan topik perbualan mereka. dan mungkin dengan minum air hati ibunya akan sedikit tenang.

“Nia ni pandai kan nak tenang kan ibu. Tak payah sayang…”

“Assalammualaikum.” Kedengaran suara Nash memberi salam. Puan Hamimah terus berlari anak ke pintu untuk membuka pintu. Diikuti Nia Zahra. Terjengul muka Nash yang sedang tersengih seperti kerang busuk apabila pintu dibuka. Puan Hamimah yang geram melihat sengihan itu terus menarik telinga Nash. Apalagi bergema la satu rumah dengan jeritan jantan abangnya.

“Ibu apa ni bu…adui sakit bu.” Nia Zahra mengekek ketawa melihat abangnya kena tarik telinga. Hahahahha dah tua pun kena tarik telinga lagi. Adui kelakar.

“Siapa suruh buat ibu risau kat rumah ni. Dah pukul 12 tautak, telefon tak..bila orang telefon tak dapat.” Bebel Puan Hamimah setelah melepaskan tangannya dari memulas telinga Nash. Nash menggosok telinganya yang sudah kemerahan.

“Ala maaf la bu. Telefon Nash habis bateri. Baru pukul 12 bukan 3 pagi macam anakku sazali tu.” Balas Nash membuatkan ibunya memukul lengan sasa itu. Nia Zahra semakin galak ketawa mendengar kata-kata abangnya.

“Menjawabkan bila ibu marah. Dah pergi naik tidur. Jangan buat lagi. Kalau buat lagi tidur luar.” Puan Hamimah berlalu meninggalkan kedua-dua anaknya itu. Dari kecil sampai besar nakal tak habis-habis.

“Baik ibu. Nia dah pergi tidur, sudah-sudah la gelak tu. Sumbat kunci ni dalam mulut baru tau.” Marah Nash melihat adiknya dari tadi ketawa sampai keluar air mata. Setelah berbulan Nia Zahra berduka inilah kali pertama dia melihat Nia Zahra ketawa seperti ini. Ada bahagia dalam hatinya.

“Eleh nak sumbat kunci dalam mulut orang konon. Cuba la kalau berani. Ngaaaa…” Nia Zahra mengangakan mulutnya. Sengaja mahu menyakat abangnya. Nash pula melayan perangai adiknya itu dengan mengacah untuk memasukkan kunci itu betul-betul dalam mulut Nia Zahra.

“Ahhhh!!!”jerit Nia Zahra kerana hampir sahaja gugusan kunci itu terkena lidahnya. Nash sudah ketawa terbahak-bahak.

“Along!Adik!..tidur!” jerit Puan Hamimah pula dari dalam biliknya.

“Padan muka. Cabar lagi…” Nash terus berlari ke atas menuju kebiliknya. Geram Nia dengan sikap abangnya yang suka mengusik. Tapi dia juga ada sikap yang sama,lagipun dia yang mulakan dulu. Usik mengusik ini lah yang membuatkan hubungan mereka akrab. Dia akhirnya tersenyum sendiri. Dia akui sejak pulang dari rumah Nek Ngah dia sudah boleh ketawa, mengusik dan bergurau senda. Air mata bukan lagi teman setianya. Namun rindu kepada arwah masih ada dan akan sentiasa ada.‘Terima kasih ibu, along, Nek Ngah, Nisah sebab sentiasa ada di sisi Nia masa susah dan senang.’



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku