SUDAH KETENTUAN NYA
Bab12/1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Oktober 2017
Kehilangan suami selepas beberapa jam dia bergelar seorang isteri memberikan tamparan yang hebat dalam kehidupan Nia Zahra. Sukar untuk dia bangun teruskan hidup. Ibu, abang Nash, Nek Ngah dan Nisah sahabat baiknya adalah tulang belakangnya untuk dia bangkit semula. Kehadiran Nazmil Haidi tanpa diduga, bukan mudah untuk dia menerima lelaki lain sebagai pengganti arwah suaminya. Namun demi ibu dia menerima Nazmil Haidi sebagai suami. Ternyata Nazmil Haidi seorang suami yang sangat penyayang, Nia Zahra bahagia, sangat bahagia. Tapi dugaan melanda bila dia tahu siapa sebenarnya Nazmil haidi. Nia Zahra kecewa sangat kecewa hinggakan dia meminta cerai. Siapakah Nazmil Haidi? Adakah lagi kebahagiaan buat Nia Zahra?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
142

Bacaan






Pagi ini Nazmil rasa sangat gembira dan bersemangat untuk ke pejabat. Nak tahu kenapa? Ini semua sebab kawan baiknya yang baru bertemu semula. Nazmil sangat gembira bila dapat tahu yang Nia Zahra adalah adik kepada kawan baiknya, Nash. Sekali lagi Allah mempermudahkan jalan Nazmil.

Semalam juga dia telah berterus terang pada Nash tentang semuanya termasuklah tentang kemalangan yang berlaku dulu dan juga tentang niatnya terhadap Nia Zahra. Walaupun pada mulanya Nash tidak setuju dengan apa yang disampaikan Nazmil namun bila Nazmil ceritakan tentang apa yang telah terjadi pada dirinya semasa koma dan kejadian petang semalam buatkan Nash akhirnya akur.

“Assalammualaikum Mama, abah..mama masak apa pagi ni?” Nazmil menarik kerusi untuk sama-sama menikmati sarapan pagi. Puan Ainul memandang wajah suaminya sambil tersenyum,senyuman bahagia seorang ibu melihat anaknya sudah sihat dan gembira sepertidulu.

“Waalaikumussalam,ceria sangat mama tengok ni. Ada apa-apa cerita nak kongsi ke?” Puan Ainul cuba memancing anak terunanya ini untuk bercerita. Tuan Borhan hanya diam memerhati gelagat isteri dan anak lelakinya.

“Takde apa-apa la ma. Sedapnya mihun goreng mama ni. Abah tak makan mihun goreng mama?Sedap ni bah,  cuba abah rasa..” Nazmil cuba lari topik. Dia tahu jika dibiarkan Mama akan terus bertanyakan soalan sehingga dia diberikan jawapan yang memuaskan hatinya. Tuan Borhan ketawa mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Nazmil. Dia tahu anaknya itu perlukan bantuan dia untuk mengelakkan diri dari dibedil dengan soalan-soalan yang dia sendiri tak jangka.

“Abah dah makan dah..siap bertambah lagi. Mihun goreng mama adalah mihun goreng tersedap yang abah pernah makan selama abah hidup ni tau. Pukul 10 nanti jangan lupa meeting budget for the next year. Ainul abang pergi office dulu.”

Nazmil hanya mengangguk, dia hampir lupa meeting pada pagi ini. Mujur abah mengingatkan tadi. ‘Terima kasih abah selamatkan Naz.’ Puan Ainul mengiringi suaminya hingga ke muka pintu. Tangan suami disalam dan dicium penuh hormat dan kasih sayang, dibalas pula dengan kucupan didahi isteri dengan penuh rasa cinta. Nazmil kagum melihat kemesraan mama dan abahnya, walaupun telah mendirikan rumah tangga lebih 30 tahun namun hubungan mereka sentiasa nampak seperti pasangan yang baru berkahwin.

 

“Encik Nazmil, sebentar tadi Tuan Haji Ismail ada membuat panggilan untuk bercakap dengan Encik. Dia minta Encik menghubungi dia semula, urgent katanya.” Nazmil memandang Fiza setiausahanya sambil mengerutkan dahi seperti memikirkan sesuatu. Apa pulak yang urgent?

“Awak call dia sekarang dan sambungkan kebilik saya.” Nazmil terus berlalu meninggalkan Fiza yang cuba menghubungi Tuan Haji Ismail.

“Assalammualaikum Tuan Haji. Tadi setiausaha saya bagitahu Tuan Haji call saya dan urgent. Kenapa ye?apa yang boleh saya bantu?” Tuan Haji Ismail adalah pengasas dan pengetua Sekolah Anak Yatim Ar-Raudhah di Hulu Selangor. Tuan Haji Ismail adalah kenalan Abah dan mamanya. Mereka berjumpa semasa abah dan mama mengerjakan Umrah 3 tahun yang lalu sejak itu hubungan mereka makin akrab.

Sekolah ini ditubuhkan atas hasil perkongsian dua sahabat ini. Namun Tuan Borhan lebih selesa menjadi sebagai penasihat untuk sekolah ini dan Tuan Haji Ismail sebagaipenjaganya. Sebulan sekali pasti Abah dan mama akan menjenguk Tuan Haji Ismail danAnak-anak yatim di sekolah tersebut.

“Waalaikumussalam Nazmil. Saya cuma ingin bertanyakan tentang pengangkutan anak-anak ini pada jumaat nanti. Bagaimana ye? Sebab Nazmil pun tahu kan pihak sekolah cuma ada  sebuah bas sahaja, kalau nak berulang alik boleh cuma makan masa la. Saya harap pihak Nazmil boleh membantu.” Tuan Haji Ismail orangnya sangat tenang,peramah, penyayang dan sangat menghormati orang lain. Sebab itulah dia mampu menjaga anak-anak yatim yang hampir mencecah 100 orang lelaki dan perempuan.

“Oh tentang pengangkutan itu Tuan Haji. Saya memang dah aturkan 2 buah bas untuk mengambil dan menghantar pulang anak-anak itu nanti. Dalam jam 4.00 petang bas akan tiba diperkarangan sekolah dan saya harap nanti pihak sekolah boleh mengatur pelajar untuk menaiki bas. Maaf Tuan Haji saya tak maklumkan pada Tuan Haji.”

Nazmil sudah mengaturkan segala-galanya untuk majlis makan malam amal bersama anak-anak yatim tersebut. Apabila ayahnya mencadangkan mahu mengadakan majlis makan malam untuk anak-anak yatim didewan pejabat mereka dia mempelawakan dirinya untuk menjadi pengurus majlis dan ayahnya dengan senang hati menerima pelawaan tersebut.

“Tak mengapa Nazmil saya faham. Terima kasih sekali lagi, anak-anak sangat gembira dan sudah tak sabar untuk ke majlis makan malam nanti. Sampaikan salam saya pada Tuan Borhan. Assalammualaikum.”Selesai menjawab salam telefon diletakkan. Nazmil tersenyum lagi. Alhamdulillah anak-anak itu gembira dengan majlis makan malam yang akan diadakan nanti. Dan dia berharap majlis itu akan berjalan lancar dan jayanya.

 

Nia Zahra mengurut lehernya, terasa lenguh disitu. Semasa membuat penghantaran tadi dia di minta oleh Encik Nazmil untuk menyusun cupcake di atas meja hidangan. Selepas itu dia juga di pelawa untuk sama-sama memeriahkan majlis makan malam tersebut. Orang tua-tua kan dah pesan, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Sempat la dia beramah mesra dengan kakitangan NurIndah Sdn Bhd dan anak-anak yatim di situ sebelum pulang ke rumah.

Tak sangka lelaki yang membuat tempahan tempoh hari adalah cucu saudara Tok Long yang menumpangkan dia tempoh hari. Kecilnya dunia. Nia Zahra berasa sedikit malu dengan kelakuannya tempoh hari. Dia tidak tahu samaada Nazmil tahu atau tidak dia adalah cucu Nek Ngah. Biarlah, walauapapun, dia bersyukur sekurang-kurangnya dia dapat sedikit pahala kerana menyediakan makanan yang membuatkan anak-anak yatim itu gembira. Besar pahalanya mengembirakan anak-anak yatim lagipun dia pernah kehilangan ayah semasa dibangku sekolah lagi jadi dia faham perasaan anak-anak itu malah ada di antara mereka mempunyai nasib yang lebih malang dari dia kehilangan kedua ibu bapa dan saudara mara yang tidak sanggup untuk menjaga mereka.

Tidakkah mereka tahu betapa besarnya pahala menjaga anak yatim piatu? Manusia zaman sekarang mana ambil tahu sangat semua itu, masing-masing ingat perut sendiri sahaja. Tapi lebih baik juga anak yatim ini ditempatkan disini daripada diluar sana entah apa nasib mereka nanti. Mungkin di dera, mungkin menjadi mangsa kerakusan nafsu manusia durjana dan mungkin terjebak dengan gejala sosial yang sangat menakutkan sekarang ini.

Sungguh mulia hati Tuan Haji Ismail dan Tuan Borhan kerana sanggup bersusah payah untuk berbakti demi melihat nasib anak-anak yatim ini terbela. Ya Allah murahkanlah rezeki Tuan Haji Ismail, Tuan Borhan, Encik Nazmil dan anak-anak yatim Ar-Raudah, Aminnn.

“Assalammualaikum.Thanks sudi turut serta dalam majlis ini.” Nazmil mendekati Nia Zahra yang sedang duduk sendirian. Dia harap mungkinini akan jadi sesi perkenalan yang baik untuk mereka berdua. Semoga Nia Zahra tidak sombong macam dulu lagi.

 “Waalaikumussalam. Majlis yang baik sebab itu saya mahu turut serta dan saya pun nak ucapkan terima kasih sebab memilih cupcake saya untuk majlis amal ini. Dan sebelum saya terlupa..saya nak ucapkan terima kasih sebab tumpangkan saya tempoh hari.” Nia Zahra cuba berbasa-basi dengan Nazmil. Raut wajah Nazmil memang akan sentiasa dia ingat kerana raut wajah itu juga sentiasa bertakhta dalam hatinya.

“Awak ingat saya lagi? Saya ingatkan awak dah lupa.” Nazmil tersenyum lebar bila Nia Zahra masih mengingatinya. Maksudnya, dia ada peluang untuk mendekati Nia Zahra.

“Orang yang dah berjasa pada saya mestilah saya ingat. Kaki awak dah ok?” Semasa Nazmil tumpangkan dia tempoh hari dia perasan yang Nazmil bertongkat. Tak salahkan cuba beramah mesra dengan orang yang pernah tolong kita.

Nazmil tersenyum senang dengan pertanyaan Nia Zahra. Nampaknya Nia Zahra mengambil berat tentang keadaan dia tempoh hari walaupun masa itu dia nampak macam Nia Zahra seperti tidak mengendahkan dia langsung.

“Alhamdulillah kaki saya dah baik. Baru beberapa hari yang lepas saya simpan tongkat sakti tu dalam stor.” Jawab Nazmil senang dan tersenyum memandang Nia Zahra. Senyuman itu buatkan mata Nia Zahra terpaku memandang Nazmil. Senyuman itu..dia rindukan senyuman itu.

“Nia..dah kenapa Along tanya tak berjawab? Berangan?” Suara garau Nash menyentak lamunan Nia Zahra. Terus hilang bayangan Nazmil dan arwah Azril.

“Along tanya apa?…Along ni tak keluar datingke malam ni?” Sengih Nia Zahra kepada Nash. Sengaja mahu mengalih topik. Dia tak mahu Abangnya terus menyoal soalan yang bukan-bukan. Penat nak menjawab nanti.

“Awek along busy malam ni.” Balas Nash bersahaja. Matanya masih mengadap Televisyen. Entah cerita omputih apa entah yang abangnya tengok sampai kusyuk sekali. Nia Zahra mengambil remote control tv di atas meja lantas terus menekan button menukar channel. Sengaja mengacau abangnya. Nash memandang adiknya itu kecik besar kecik besar je..sengaja nak cari gaduh la ni.

“Nia tukar la balik channel HBO tadi. Adui along tengah layan cerita battleship ni. Pergi tolong ibu dekat dapur tu..” Nash cuba merebut remote control dari adiknya, namun tidak berjaya. Nash mendapat idea dia tahu kelemahan adiknya. Pinggang adiknya di geletek, berguling-guling Nia Zahra atas karpet. Ketawa Nia Zahra dan Nash memenuhi ruang tamu rumah 2 tingkat tersebut.

“Along tolong jangan…” Nia cuba memegang tangan abangnya dari terus menggeletek pinggangnya. Tapi tidak berjaya.

“Ibuuuuuuuuuuuuu..”Hanya ibu yang boleh membantu dia sekarang. Puan Hamimah mejenguk ke ruang tamu. Budak 2 orang ni kan. Macam ada anak sepuluh orang riuhnya.

“Nash…Nia..YaAllah..sudah lah Nash. Pengsan Nia tu karang. Korang ni bergurau macam budak-budak. Nia sini tolong ibu masak. Hei macam-macam..” Puan Hamimah menggelengkan kepala dan terus berlalu ke dapur. Malas nak melayan ragam 2 orang anaknya itu.

“Ha tau takut. Padan muka. Cepat mintak ampun.” Nash berjaya merampas remote control dari Nia Zahra. Lidahnya dijelirkan tanda tidak mahu buat apa yang disuruh abangnya itu. Nia Zahra cuba bangun untuk melarikan diri ke dapur tapi tidak berjaya apabila kakinya sempat dipegang Nash. Kaki Nia Zahra pula menjadi sasaran. pula. Adui sungguh macam budak-budak 6 tahun…

“Along…ok..ok..Nia mintak ampun, tak buat lagi dah…” Nash ketawa puas hati. Seperti biasa dia akan menang. Dia melepaskan kaki adiknya. Lantas Nia Zahra memukul bahu abangnya. Padan muka. Abangnya hanya mengeringai menahan sakit. Kurang asam punya adik, sempat lagi tangan tu nak memukul. Adui tangan tu kurus je tapi bila pukul adui berbisa doh. Nia Zahra terus ketawa bebas.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku