SUDAH KETENTUAN NYA
Bab12/2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Oktober 2017
Kehilangan suami selepas beberapa jam dia bergelar seorang isteri memberikan tamparan yang hebat dalam kehidupan Nia Zahra. Sukar untuk dia bangun teruskan hidup. Ibu, abang Nash, Nek Ngah dan Nisah sahabat baiknya adalah tulang belakangnya untuk dia bangkit semula. Kehadiran Nazmil Haidi tanpa diduga, bukan mudah untuk dia menerima lelaki lain sebagai pengganti arwah suaminya. Namun demi ibu dia menerima Nazmil Haidi sebagai suami. Ternyata Nazmil Haidi seorang suami yang sangat penyayang, Nia Zahra bahagia, sangat bahagia. Tapi dugaan melanda bila dia tahu siapa sebenarnya Nazmil haidi. Nia Zahra kecewa sangat kecewa hinggakan dia meminta cerai. Siapakah Nazmil Haidi? Adakah lagi kebahagiaan buat Nia Zahra?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
425

Bacaan






Puan Ainul menjenguk keluar tingkap, jam sudah menunjukkan 11.00 malam. Suami dan anaknya yang ke masjid sebelum maghrib tadi masih belum pulang.‘Mungkin ada ceramah agaknya atau ada kenduri’. Bisik hatinya cuba memujuk diri sendiri. Bukan apa dia tidak pernah ditinggalkan keseorangan, selalunya MakLang akan ada menemaninya tapi semalam Mak Lang sudah pulang ke kampung untuk menghadiri kenduri kahwin anak saudaranya.

“Assalammualaikum. Mama..”Kedengaran suara Nazmil dari luar rumah memberi salam. Laju Puan Ainul membuka pintu.

“Waalaikumussalam. Panjang umur dua beranak ni, mama dah risau..” Puan Ainul memandang suaminya yang tersenyum mendengar kata-katanya tadi. Dia tahu isterinya risau perkara buruk terjadi kepada dirinya dan anaknya ini.

“Ada kenduri sikit tadi. Alhamdulillah, rezeki hari ini.” Tuan Borhan melabuhkan punggung di sofa sambil mencapai remote control di atas meja. Puan Ainul turut menyertai suaminya. Nazmil menutup pintu lalu dia juga melabuhkan punggung di sebelah ibunya. Sudah lama mereka tidak berkumpul begini, ada rasa rindu pada arwah adiknya. Semasa hayat adiknya, inilah tempat dia selalu menghabiskan masa jika tiada kelas. Sehari suntuk dia boleh mengadap rancangan di televisyen ini. Hujung minggu jika Nadia sibuk dengan kerjanya dia juga akan turut serta melepak depan tv. Bersama adik,ibu dan ayah. Tapi kini semua itu takkan berulang lagi. Yang pergi tetap pergi,takkan boleh kembali.

“Hei..menung apa ni?ingat makwe cupcake ke makwe kampung?” Puan Ainul menepuk peha anaknya setelah beberapa kali dipanggil tidak menyahut. Akhir-akhir ini selalu sangat dia tengok anak terunanya ni termenung. Macam orang tengah bercinta pun ada.

Sebut pasal makwe kampung, ibunya dapat tahu pasal makwe kampung ini bila Tok Long hubungi rumah dan dia bertanyakan tentang gadis yang dikatakan menumpang kereta Nazmil untuk pulang ke Klang. Dari situlah Puan Ainul tahu tentang gadis kampung. Cucu saudara kawan baik merangkap jiran bapa saudaranya dikampung. Nak harapkan Nazmil bukak mulut bercerita memang tak la.

“Ish mama ni. Dia orang tu ada nama la ma…hmm…Naz ada perkara nak bincang dengan Mama dan abah.” Puan Ainul dah tak sabar nak mendengar perkara yang mahu dibincangkan anaknya. Harapnya biarlah perkara yang baik-baik.

“Naz nak kahwin.” Mata Puan Ainul dan Tuan Borhan bersatu. Tak salah kan apa yang mereka dengar tadi? tiada angin tiada rebut tiba-tiba nak kahwin.

“Naz biar betul ini? Bab soal kahwin ini bukan perkara yang boleh dibuat main. Mama bergurau je tadi pasal makwe-makwe tu.” Kata-kata yang keluar dari mulut Puan Ainul mengundang tawa Tuan Borhan. Puan Ainul yang melihat suaminya ketawa mencubit peha suaminya itu. Orang tengah serius dia boleh gelak pulak. Bukan setakat cubitan di peha, satu jelingan tajam juga dihadiahkan buat suami yang tersayang.

“Sakitla sayang oi. Naz cuba bagitahu kamu nak kahwin dengan siapa, selagi kamu tak bagitahu siapa, bila kenal, macam mana kenal selagi itulah ibu kamu ini susah hati.” Puan Ainul tersenyum bila dia mendapat sokongan dari suaminya.

“Naz nak kahwin dengan makwe cupcake,makwe kampung dan bekas isteri arwah yang terlibat dalam kemalangan dulu. Naz harap sangat Mama dan abah restui permintaan dan niat Naz ini.”

“Astaghfirullahhalazim. Naz sedar tak apa Naz cakap ini? Takkanlah Naz nak kahwin tiga orang serentak?Naz mampu ke? Abang, cuba nasihatkan anak kita ini.” Puan Ainul sudah gelabah. Mana tak nya, tiba-tiba nak kahwin lepas tu tiga sekaligus. Ibu mana yang tak terkejut.

“Sabar Ainul. Biar kita dengar apa yang Nazmil nak cakap dulu.” Tuan Borhan menarik tangan isterinya supaya kembali duduk.

“Untuk pengetahuan Mama..abah..ketiga-tiga orang yang Naz maksudkan itu adalah orang yang sama. Dia adalah Nia Zahra Binti Asri. Dia lah makwe cupcake, makwe kampung dan juga balu arwah yang terlibat dalam kemalangan dulu. Naz mahu jadikan dia isteri yang sah dalam hidup Naz.” Tuan Borhan dan Puan Ainul terdiam. Macam-macam perkara sedang bermain difikiran mereka sekarang. Bagaimana semua ini boleh berlaku? Tuan Borhan tidak sangka begini tindakan anaknya setelah dia tahu cerita disebalik kemalangan yang berlaku dulu. Tapi dia hairan bagaimana boleh makwe cupcake dan makwe kampung juga orang yang sama? Maknanya Nazmil telah terlebih dahulu mengenali Nia Zahra sebelum dia tunjukkan keratan akhbar tempoh hari.

“Naz rasa betul ke tindakan Naz ini? Naz yakin dengan apa yang Naz buat ini?” Tuan Borhan tidak mahu Nazmil lakukan semua ini kerana rasa bersalahnya terhadap arwah. Tujuannya menunjukkan keratan akhbar tempoh hari adalah mahu Nazmil berjumpa dengan keluarga arwah dan memohon ampun dan maaf atas apa yang telah terjadi. Tapi dia tidak sangka tindakan Nazmil sejauh ini.

“Naz yakin abah. Ma, abah..Naz merayu restuilah niat Naz ini. Naz buat ini bukan sebab rasa bersalah Naz pada dia tapi sebab Naz dah mula sayang pada dia. Naz sendiri tak tahu bila wujudnya perasaan ini dalam hati Naz.” Nazmil bangun dan melutut dihadapan ibu dan ayahnya. Puan Ainul memeluk erat anaknya, dia bangga punya anak sebaik Nazmil. ‘Ya Allah andai ini jodoh terbaik untuk anakku aku restui hubungan mereka ini.’ Nazmil bersyukur kerana ibu dan ayahnya memahami dirinya. Dia berharap Ibu Nia Zahra dan Nia Zahra sendiri dapat menerima pinangannya nanti. Dia berdoa semoga dilembutkan hati Nia Zahra untuk menerimanya sebagai suami. Dia serahkan segala-galanya pada Allah Yang Maha Esa.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku