SUDAH KETENTUAN NYA
Bab 29
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Oktober 2017
Kehilangan suami selepas beberapa jam dia bergelar seorang isteri memberikan tamparan yang hebat dalam kehidupan Nia Zahra. Sukar untuk dia bangun teruskan hidup. Ibu, abang Nash, Nek Ngah dan Nisah sahabat baiknya adalah tulang belakangnya untuk dia bangkit semula. Kehadiran Nazmil Haidi tanpa diduga, bukan mudah untuk dia menerima lelaki lain sebagai pengganti arwah suaminya. Namun demi ibu dia menerima Nazmil Haidi sebagai suami. Ternyata Nazmil Haidi seorang suami yang sangat penyayang, Nia Zahra bahagia, sangat bahagia. Tapi dugaan melanda bila dia tahu siapa sebenarnya Nazmil haidi. Nia Zahra kecewa sangat kecewa hinggakan dia meminta cerai. Siapakah Nazmil Haidi? Adakah lagi kebahagiaan buat Nia Zahra?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
184

Bacaan






Setelah 3 minggu Nash dan Anisah mengerjakan umrah dan bercuti di Turki hari ini merekapulang ke Malaysia. Percutian kali pertama mereka sebagai suami isteri ini amat bermakna dalam hidup mereka. Jutaan terima kasih buat Nazmil kerana sudi menghadiahkan hadiah seistimewa ini kepada mereka berdua. Dia telah berniat nanti dia akan menghadiahkan kembali hadiah ini buat adik dan adik iparnya,Insya Allah.

“Assalammualaikum,along, nisah. Rindunya..” Tangan abangnya di salam dan dicium hormat kemudian tubuh isteri abangnya terus dibawa dalam pelukan. Dua orang kawan baik ini kalau dah berjumpa tak ingat dah orang sekeliling.

“Sihat bro? Macam mana umrah dan turki? Awesome right?” Nazmil memeluk bahu sahabatnya merangkap abang ipar.

“Subahanallah.Alhamdulillah. Allahuakbar. Aku berdoa semoga suatu hari nanti kita sekeluarga dapat ke sana bersama-sama.” Mereka berpelukan seketika, Nia Zahra yang sedang berbual dengan Anisah terdiam seketika melihat adegan itu. Tidak pernah dia melihat abangnya seemosi ini. Abangnya juga kelihatan sedikit berisi,berseri-seri dan yang penting kepala abangnya sudah botak. Tanpa menunggu lama mereka terus menuju ke arah kereta yang telah diparkir diruangan menunggu.

“Nisah aku tengok suami kau makin comel lah. Kau pun sama, makin cantik.”

“Kau nak bodek aku kan nia? kau jangan risau aku ada beli banyak barang untuk kau nanti kat rumah aku bagi.”

Yes! Kau memang kakak ipar yang paling best kat dunia ni.”

“Macam tu lah orang dah ada kakak ipar mana nak ingat kat abang dia sendiri kan?” Nash bersuara sambil matanya memandang kepada Nazmil. Nazmil hanya tersenyum.

“Ala ada orang merajuk la pulak. Abang tetap di antara lelaki yang paling nia sayang kat dunia ni tau. Dan yang paling penting Nia tak jumpa lagi lelaki yang kuat mengusik macam abang tau.” Hehehehhe…suka Nia Zahra dapat mengenakan abangnya.

“Kau dengar tu Naz, hai dalam dia puji tu ada jugak dia selit ayat nak mengutuk aku.”

“Aku tak campur.”

“Nisah pun tak campur.”

Gama tkereta dengan gelak tawa mereka berempat, dalam diam Nia Zahra bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dirinya, suami yang boleh menerima dia dan seluruh ahli keluarganya seadanya. Nia Zahra mencuri pandang melihat suaminya melalui cermin pandang belakang. ‘Saya sayang awak.’ Nazmil mengenyitkan matanya bila mata mereka bersatu. Nia Zahra cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah lain. Malu lah sangat!

 

Nia Zahra tidak habis-habis mengusik Nek Ngah yang sudah pun bersiap cantik,hanya menunggu ketibaan pengantin lelaki. Hari ini dia dan Anisah telah ditugaskan untuk menjadi mak andam merangkap pengapit Nek Ngah. Manakala Puan Hamimah, Puan Ainul dan Tuan Borhan sibuk di dapur bersama-sama dengan orang kampung bergotong-royong memasak untuk majlis perkahwinan Nek Ngah dan TokLong. Alhamdulillah kerana kampung disini masih lagi mengekalkan semangat kerjasama dalam menjayakan sesuatu majlis perkahwinan.

"Nek kalau Nia nak tanya sikit boleh?Nek jangan marah tau?" Nia Zahra mengambil tempat disebelah Nek Ngah.

"Tanya sajalah, buat apa nak marah."

"Hmm, anak Tok Long tak balik ke?Dia tak.."

"Dia tak dapat balik, ada hal yang tak dapat dielakkan." Nek Ngah terpaksa mencipta alasan supaya tak kan ada soalan pelik lagi yang keluar dari mulutu Nia Zahra. Bukan Nek Ngah tak suka anak Tok Long tapi dia sendiri tak punya jawapan untuk pertanyaan Nia Zahra tadi. Nek Ngah berdoa semoga suatu hari nanti Allah bukakan pintu hati anak Tok Long untuk pulang ke pangkuan ayahnya. 

"Oh macam tu. Apa-apa pun Nek memang cantik sangat hari ini. Nampak muda..Hehe" Sempat lagi Nia Zahra mengusik Nek Ngah. 

“Pengantin dah sampai!” Jeritan suara-suara dari luar rumah membuatkan Nia Zahra bangun menghampiri Anisah yang sedari tadi menjenguk di tingkap. Kelihatan Tok Long di apit dua lelaki kacak iaitu Nash dan Nazmil.

“Segaknya laki aku.” Anisah tersenyum simpul memandang Nash yang serba lengkap berbaju melayu di sebelah kiri Tok Long.

“Laki aku lagi handsome la dari laki kau.”Hmm..sudah. Sabar sajalah budak berdua ini.

“Ya Allah budak dua orang ni, nenek tau lah suami kau berdua tu kacak, muda..”

“Ops maaf nek. Tok Long pun handsome kan Nisah. Nenek dah ready ke?” Nia Zahra kembali duduk disebelah Nek Ngah.

“Nia,Nisah..nenek ni bukannya muda lagi nak ready tak ready. Nisah mari duduk sini, tak payah terjenguk-jenguk macam tu. Nenek tengok perangai kau berdua yang buatkan nenek 'seriau' tau. Macam kau orang pulak yang nak kahwin.” Kata-kata Nek Ngah disambut gelak tawa Anisah dan Nia Zahra. Hehehehe.

 

Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan diantara Nek Ngah dan Tok Long, walaupun sederhana tapi tetap meriah. Bukan selalu dapat melihat pasangan veteran naik pelamin. Malam ini mereka sekeluarga bermalam di rumah Nek Ngah, menurut kata Tok Long selepas ini mereka akan bergilir-gilir untuk bermalam dirumah masing-masing.

Sudah puas Nazmil mencari kelibat isterinya namun masih belum kelihatan, selepas makan malam tadi dia langsung tidak nampak bayang isterinya. Nak kata isterinya ikut Nash dan Anisah keluar ke pekan tak mungkin sebab beg tangan dan telefon isterinya ada didalam bilik. Nazmil sudah mula gelisah, kemana pulak pergi isterinya.

“Ada sesiapa nampak Nia tak?” Soal Nazmil kepada Tok Long yang sedang berbual dengan Ayahnya.

“Entah tak perasan pulak, cuba tanya mama dengan mak mertua kamu.” Jawapan dari ayahnya buatkan Nazmil kehampaan. ‘Sayang awak pergi mana?’ Nazmil berlalu pergi ke ruang dapur pula. Dah macam main hide and seek pulak.

“Ibu,mama hmm..ada nampak Nia tak?” Soal Nazmil kepada ibu mertua dan ibunya yang sedang menyusun pinggan-pinggan yang telah digunakan semasa majlis siang tadi.

“Nia?dalam bilik kut?” Ujar Puan Ainul menjawab bagi pihak Puan Hamimah.

“Naz dari bilik la ni ma, Nia takde dalam bilik.”

“Dalam bilik ibu kut, cuba Naz tengok.” Laju kaki Nazmil melangkah untuk melihat samada Nia Zahra berada dalam bilik ibu mertuanya atau tidak. Mata Nazmil jatuh pada susuk tubuh isterinya yang sedang duduk di atas katil dan pada wajah Nek Ngah yang berada disisi isterinya.

“Kenapa ini sayang?” Soal Nazmil dengan perasaan yang sangat bimbang. Dia segera menghampiri isterinya yang tunduk merenung lantai.

“Nia jatuh bilik air tadi, kaki dia terseliuh. Nenek dah urutkan, insyaAllah esok baik lah ni. Naz bawaklah isteri ke bilik kamu.” Nia Zahra diam seribu bahasa.Dia cuai keluar dari bilik air tadi, mujurlah hanya terseliuh kalau patah riuk tadi dah tak pasal-pasal kena masuk hospital. Nia Zahra tidak berani memandang suaminya, takut kena marah. Konon nak sorok pasal kaki terseliuh alih-alih kantoi jugak.

“Jom abang angkat.”

“Takpayah, Nia boleh jalan.” Nia Zahra bangun dan terhenjot-henjot berjalan. Nek Ngah hanya menggelengkan kepala melihat kedegilan Nia Zahra. Nazmil pada mulanya marah dengan kedegilan isterinya dan membiarkan isterinya berjalan sendiri namun bila melihat betapa sukar isterinya mahu melangkah, tubuh isterinya di rangkul dan dibawa ke bilik mereka. Nia Zahra terkedu dengan tindakan drastik suaminya mengeraskan badan dan mengunci mulut. Mujur tiada siapa yang nampak aksi mereka ini jika tidak tentu akan kecoh terutama sekali Anisah dan Nash.

Tubuh isterinya diletakkan perlahan di atas tilam. “Sayang kenapa tak bagitahu abang?Sayang buat abang risau, satu rumah abang cari sayang. Tadi kalau tak jumpa abang dah nak pergi balai tau tak?”

“Balai?Abang nak buat apa pergi balai?”

“Dah sayang hilang, pergi balai buat reportlah..” Nia Zahra diam mendengar jawapan suaminya. Sampai macam tu sekali tindakan suaminya bila dia hilang. Nak gelak pun ada, tapi bila mengenangka nsituasi sekarang terus dipadamkan saja niatnya itu.

Please jangan buat macam ni lagi. Kalau apa-apa jadi kat sayang tolong lah, abang merayu sungguh-sungguh pada Nia tolong lah bagitahu pada abang. Jangan tanggung sendiri macam ni, ibu pun taktahu kan kaki Nia terseliuh?” Nia Zahra menggelengkan kepala, dia sudah biasa begini selagi dia boleh menanggung kesakitan dan masalahnya sendiri selagiitulah dia tidak akan bercerita pada insan-insan yang dia tersayang. Nek Ngah pun boleh tahu sebab kebetulan Nek Ngah mahu mengambil bantal dari dalam bilik ibunya tadi, jika tidak memang tiada seorang pun tahu yang dia sedang mengalami kecederaan.

“Nia mintak maaf, Nia cuma tak biasa.” Perlahan suara itu menjawab.

“Selepas ini tolong biasakan ye Nia, abang suami Nia sekarang. Sakit sayang sakit juga abang, menangis sayang menangis juga abang dan kegembiraan sayang kegembiraan abang jugak. Dah sayang rehat tau. Esok kalau tak ok lagi, abang bawak Nia ke klinik.” Dahi isterinya dicium penuh kasih. Sungguh dia sangat menyanyangi isterinya ini, tidak sanggup rasanya untuk kehilangan isteri yang amat diacintai dan kasihi. Semoga Nia Zahra dapat membiasakan diri dengan keadaan dan hubungan mereka sekarang.

Nia Zahra bosan sendirian dirumah, kakinya masih belum pulih. Remote control tv ditekan, semua rancangan di televisyen tidak menarik minatnya. Nak bangun turun ke dapur bimbang kaki yang sudah semakin pulih akan kembali cedera. ‘orang suruh sewa rumah flat je tak nak, nak duduk rumah besar-besar macam ni.’ Bebel Nia Zahra sendiri. Padahal sebelum suaminya ke pejabat tadi dia telah pun menyediakan sarapan untuk isteri yang tersayang.Dia bosan duduk terperap didalam bilik ini, Nia Zahra cuba berdiri.

Yes you can do it Nia.” Setapak kaki melangkah, dan kemudian setapak lagi. Alhamdulillah akhirnya dia berjaya sampa ike ruang tamu rumah dua tingkat itu.

“Elok sahaja dia duduk di atas sofa, pintu rumahnya terkuak dari luar.”

“Sayang apa yang sayang buat ni?” Nazmil berlari ke arah isterinya. Nia Zahra tergelak lucu melihat aksi suaminya yang gelabah semacam. Terseliuh je pun bukannya patah.

“Kelakar ke Nia abang risaukan Nia?” Ketawa Nia Zahra terus mati bila melihat wajahsuaminya yang sangat serius dan tegang.

“Nia mintak maaf, nia cuma bosan duduk dekat atas sebab tu nia turun bawah. Abang janganlah risau kaki nia dah okay. Nia rasa esok dah boleh kerja dah.”

“Esok nak kerja? Nope abang tak izinkan, next week baru Nia boleh kerja.”

“Tapi..”

No excuse, ini abang dah beli nasi ayam untuk sayang. Kejap abang hidangkan untuk sayang. Jangan bergerak okay, duduk situ je.” Hendak dimarah nanti kata kita tidak pandai nak hargai apa yang dia buat. Tapi, ahhh..bosan kut duduk rumah sorang-sorang. Kalau ada novel okay laju gak nak duduk rehat dekat rumah. Hmm..nasiblah Nia, kau sendiri yang cari penyakit.

 

Nia Zahra ralit membaca novel yang telah dibeli oleh suaminya dua hari lepas, bukan sebuah novel tapi lima buah novel. Hehehe…kalau macam ni sebulan pun diasanggup duduk rumah. Masak tak payah, basuh baju tak payah, basuh pinggan lagilah tak payah. Bertuahnya bila sang raja melayan semua kerenah sang pemaisuri.Jauh disudut hati Nia Zahra dia sangat menghargai apa yang dilakukan Nazmil kepadanya.

Novel yang sedang dibaca tadi diletakkan disisinya. Frame gambar yang telah ditangkapoleh Haikal Freelance Photographer semasa honeymoon di Cameron Highland lalu diambil. Gambar ini membuktikan betapa bahagianya dia disisi lelaki yang bernama Nazmil. Nia Zahra tersenyum melihat aksi manjanya didalam gambar tersebut.

Betullah kata ibu dia tidak akan menyesal berkahwin dengan Nazmil kerana Nazmil sangat menyayangi dirinya. Nazmil dan Azril adalah dua insan yang berbeza tapi mereka mempunyai rasa cinta pada orang yang sama. Kata Anisah dia sangat beruntung kerana dia telah bertemu dengan dua orang lelaki yang sangat menyintainya walaupun dia telah kehilangan salah seorang dari mereka.

“Hargai kasih sayang dan cinta yang dia berikan pada kau Nia. Percayalah kau akan hidup bahagia dengan dia sebab dia sayang kau lebih dari kau sayang dia. Trust me...”

‘Betul kata kau nisah, aku akan bahagia hidup bersama dengan dia sebab dia menyayangi dan menyintai aku lebih dari aku menyayangi dan menyintainya. Dan dia jugak menerima semua kekurangan dan kelebihan aku. I love you abang.’



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku