Bukan Penghalang
Bukan Penghalang
Genre: Alternatif
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 21 Oktober 2017
Penilaian Purata:
433

Bacaan






                                  

                                           

                                    TajukCerpen: Bukan Penghalang 

Hembusan angin sepoi - sepoi bahasa menampar lembut pipi mulus itu. Suasana redup dibawah sebatang pokok yang besar. Kelihatan seekor katak melompat riang menyebabkan air kolam berkocak. Kehijauan alam tiada tandingnya. Daun melambai-lambai mengikut rentak tiupan angin. Sawah padi terbentang luas dihadapannya. Juliana mengeluh. Alangkah baiknya kalau aku tenang sebegini, desis hatinya. Jiwanya kadangkala meronta menahan sakit dan pedih. Baginya, tiada siapa yang pernah tahu apa yangmembuatkan dia begitu. Tiada siapa yang akan faham. Kadangkala ada yang bertanya akan masalahnya,dia akan menceritakannya tetapi tiada pun yang akan faham. Peristiwa pahit yang pernah dia lalui suatu ketika dulu, masih lagi segar dalam ingatannnya. Bayang - bayang itu masih lagi menghantuinya.

Bukan kisah seram tetapi kisah silamnya. Akibat pernah dibuli ketika di sekolah rendah, Juliana mula hilang keyakinan diri. Dia berasa takut untuk keluar apatah lagi bergaul dengan orang lain. Juliana berasa tertekan dan mula memberontak ketika berada di tingkatan tiga. Dia mula mempertahankan dirinya. Juliana sedar dia tidak patut lagi menjadi bahan ketawa orang lain. Keazamannya untuk berjaya membuahkan hasil. Dia berjaya dalam akademik mahupun kokurikulum di sekolah. Dia masih ingat lagi ketika di darjah enam, dia tidak dapat mendapat apa yang dia inginkan. Keputusan UPSR hanya sekadar mendapat 2A 3B sahaja. Impian sebenar dia ingin memperoleh A bagi setiap mata pelajaran. Perasaan hampa dan kesal menguasai dirinya selama tiga tahun.

Juliana inginkan yang terbaik untuk dirinya. Dia sedar akan kesilapannnya. Akibat terlalu ambil mudah,dia telah hilang satu peluang. Walaupun begitu, Juliana mula bangkit dan terus ingin mencapai impiannya yang masih belum ditunaikan. Bunyi retakan dahan kayu membuatkan dia kembali ke alam realiti.Seekor anak tupai melompat-lompat ke atas pokok tempatnya berteduh.

Mengimbau kembali ketika dia belajar di kolej empat bulan lalu, Juliana bagai berumah di tepi pantai. Fikirannya bercelaru. Apa salah dirinya?.Ada sahaja yang menyebabkan pelajar di situ tidak senang duduk dengannya. Padahal Juliana tidak pernah melakukan sesuatu yang mengaibkan orang lain. Malah, dia sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan para pensyarah mahupun pelajar disitu. Sepanjang berada disana, dia berkenalan dengan rakan baharu. Tetapi, Juliana dikhianati. Kata orang, bila kita gembira, ramai kawan akan datang tapi bila kita menangis, mereka semua lari. Memang betul pun. Mungkin agama dan bangsa menyebabkan pergaulannya terhad. Kata-kata cemuhan seringkali singgah di telinganya. Airmata merupakan teman setianya. Bilik mandi tempatnya untuk melepaskan tangisan. Walaupun laporan telah pun dibuat, tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Oleh itu, Juliana telah mengambil keputusan untuk berhenti.

Juliana menyimpan semua barangnya tanpa berkata apa – apa pada rakan sebiliknya. Pukul 8 malam, dia bertolak ke Kuala Lumpur dari terminal bas Kuantan. Luka hatinya tidak tertanggung. Apatah lagi, dia datang untuk menimba ilmu. Dia memang tidak menyangka akan berlakunya hal itu. Ketika berada dalam perut kapal terbang, fikirannya melayang mengenangkan nasibnya. Tiada gunanya dia bertahan lama disitu. Juliana kesal akan kesilapannya sendiri. Kalau waktu dapat kembali, dia pasti membuat pilihan yang lebih baik. Tetapi, nasi sudah menjadi bubur. Walaupun begitu, tidak pula mematahkan semangatnya untuk bangkit.

Beberapa bulan aku tinggalkan. Dalam tempoh itu masa banyak terbuang,bisik hatinya.Sepucuk sampul putih masih dalam gengaman tangannya. Kakinya menguis – nguis tanah pada akar kayu. Pokok yang telahditebang itu kelihatan sudah reput. Terdapat kesan terbakar sekitar situ. Juliana menyentuh kulit kayu yang terbakar itu. Berdebu. Jemarinya menjadi kehitaman.Dia senyum. Bukan apa, dia bangga menjadi anak seorang petani. Susah senangsudah menjadi asam garam dalam dirinya. Oleh itu, dia mampu hidup berdikari.Tapi, dia tiba – tiba menjadi sayu. Air mukanya berubah. Ayah, mak, Ana sunyi.Matahari kelihatan terbenam saat senja mulai tiba. Langkahnya perlahan meninggalkan sawah padi yang terbentang luas itu. Juliana merasakan dirinya seperti dibawa arus. Bagaikan bumi berputar dengan laju. Terasa sakit dikepalanya. Pandangannya kabur. Juliana cuba melangkah. Berasa dirinya terhuyung– hayang. Dia lalu rebah tidak sedarkan diri.

Sayup suara memanggil namanya. Jaraknya seperti agak jauh kedengaran. Juliana cuba membuka mata malah agak kaku untuk bergerak. Dia tidak mampu untuk bersuara. Seluruh badannya seperti sedang dikawal oleh mesin. Fikirannya menerawang mencari jawapan. Dimana aku sekarang ini?

“Nak, maafkan mak dan ayah” Mak Endon memandang anak perempuannya. Satu – satunya anak tunggal dalam keluarga. Walau bagaimanapun,berasa sebak di dada kerana kurang berada di sisinya. Dia dan suami begitu sibuk mengusahakan tanah mereka. Hasil titik peluh selama ini digunakan sepenuhnya untuk persekolahan Juliana. Bila cuaca menentu, mereka berdua bermalam disana. Rumah sederhana besar itu merupakan penginapan sementara buat mereka.

Adakah aku agak sukar untuk difahami? Memang aku agak sukar untuk berbicara. Kadangkala, ketakutan menguasai dirinya. Orang tuanya tidak kelihatan selesai saja makan malam. Tangannya menyelak tingkap kayu itusedikit. Matanya meliar mencari kelibat Pak Musa dan Mak Endon. Suasana di luar agak suram. Dia memandang ke atas meja bulat itu. Keluhan kedengaran keluar dari mulutnya. “Kenapa termenung ni?” Suara lembut menyapa telinganya. Julianasedikit kaget. Wanita berumur lingkungan 50-an itu lalu melabuhkan punggung disisi anak perempuannya. “Ana, ada masalah nak kongsi dengan mak?”

“Ana tak tahu nak nak kata apa, mak.” Lidahnya kelu.Suaranya seperti tidak kedengaran. Bagaikan ada sesuatu yang terlekat dikerongkongnya.

 “Mak, semua ini bukan salah mak dan ayah.” Juliana menggengam tangan ibunya . Dia cuba menyakinkan walaupun agak pahit untuk ditelan.

“Nak, mak tahu kamu sedang menyembunyikan sesuatu dari kami. Mak teringin nak tahu perkara sebenar dari Ana. Mak tak mahu Ana tanggung seorang diri. Kenapa Ana tak beritahu kami yang Ana sudah berhenti dari kolej itu?” Pandangan mak Endon tepat pada wajah lesu itu.

“Ana kena buli lagi” Suaranya tersekat. Dia cuba mengumpulkan segala keberanian yang ada pada dirinya. Dia perlu bertekad belajar untuk yakin diri. “Banyak yang telah berlaku, mak. Ana susah nak belajar dekat sana.  Duit memang tidak menjadi masalah pada Ana sebab ada biasiswa lagi. Ana fikir dapat belajar dengan tenang tapi sangkaan Ana salah. Ana balik dengan tangan kosong,mak”Airmata bergenang. Bila-bila masa sahaja ia akan tumpah. Pelukan singgah dibahunya. “Ana juga rasa sunyi bila mak dan ayah jarang balik ke rumah. Anaselalu tunggu kepulangan mak dan ayah tapi bila tahu mak dan ayah bermalam dekatladang, Ana rasa hampa. Saya tak tahu nak berkongsi dengan siapa” Esakan mulai memenuhi ruang itu.

Pak Musa menjadi serba salah. Dia telah pun mendengar perbualan isteri dan anaknya. Hatinya sayu. Silap dirinya terlalu mementingkan kerja sehingga mengabaikan masa dengan anaknya. Dia pun keluar dari bilik. Juliana melangkah berhati - hati ke dalam perahu. Pak Musa membalas lambaian Juliana. Riak muka mak Endon bertambah sedih. Dia terpaksa juga senyum untuk anaknya. Bot perahu meninggalkan jeti itu dengan perlahan. Semakin jauh,kampung itu hilang dari pandangan. Juliana masih memandang puncak bukit yang menjadi tulang belakang kampung itu. Baru dia sedar akan wujudnya bukit itu. Kini dia fahamakan ada yang akan melindunginya di setiap jalan. Seperti bukit itu yang sentiasa berdiri teguh dan tidak mudah goyah. Dia juga mahu seperti itu. Dia akan kembali bakal seorang jurutera setelah tamat pengajian.Memang aku ditakdirkan berbakti di atas tanah ini. Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Juliana senyum. Dia akan melalui kehidupan yang baru. Dia akan bersikap lebih tenang apabila membuat keputusan. Dia telah pun sedar akan kesilapannya sendiri. Dia mudah belajar pengajaran. Walaupun terlalu perit untuk diterima, sebaliknya lebih mematangkan lagi dirinya. Dia mula percaya. Apapun yang berlaku, bukan penghalang untuknya melalui jalan itu.

 

                                                TAMAT

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku