KAWAN AJAK KAHWIN
Bab 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Oktober 2017
Sazali & Dhia Mereka kawan baik Dah 20 tahun Masuk tahun ke21 mereka berkahwin
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
637

Bacaan






KAWAN AJAK KAHWIN

#1

“Kau dah kenapa?” Tanya Sazali.

Berkerut sedikit dahi Sazali memandang kawan baiknya itu. Yang di ketika ini sedang duduk atas sofa dengan gaya pemalas. Mukanya diletakkan atas armrest. Wajahnya pula mencuka saja. Semenjak Dhia berjalan laju-laju masuk ke perpustakaan mini itu begitu la kawan baiknya itu.

Dhia menggeleng-gelengkan kepalanya. Tanpa mengangkat mukanya dari armrest. Mukanya yang masam langsung tidak dialihkan ke arah Sazali. Yang tall, dark, and hansome macam Remy Ishak. Tapi personally pada Dhia Sazali lagi handsome dari Remy Ishak. Cuma penampakan Remy Ishak agak ketara bila memandang wajah Sazali.

Sazali melepaskan keluhan. Risau pula melihat keadaan Dhia atau pun nama penuhnya Dhia Alessa. Dhia adalah kawan baik Sazali semenjak hampir 20 tahun lalu. Ketika Dhia sekeluarga berpindah ke rumah di sebelahnya. Ditambah pula umur mereka sebaya. Sama-sama 29 tahun.

Selepas dia berkawan dengan Dhia yang tomboy di ketika itu. Ke mana pun mereka suka berdua saja. Sesekali adiknya atau pun adik Dhia yang juga sebaya akan mengikut mereka. Dengan Dhia Sazali tak pernah merahsiakan apa-apa. Dhia pun sama juga.

Tapi entah kerana apa kali ini tiba-tiba Dhia nak berahsia bagai pula.

Sazali bangun dari chaise yang didudukinya dari tadi. Buku di tangannya diletak di situ. Kemudian dia bangun, dan menghampiri chaise yang menjadi tempat Dhia berbaring dengan badannya yang menyenget. Mukanya diarahkan ke tingkap yang terbuka. Membawa masuk angin sepoi bahasa.

Sepasang kaki panjang Dhia Sazali tolak ke sisi. Kemudian dia duduk di situ.

“Kau kenapa perempuan?” Tanya Sazali. Menggetu betis Dhia yang berlegging. Geram bila Dhia nak mendiamkan diri je.

“Hish!” Dhia menggetus. Kemudian kakinya menendang perlahan paha Sazali. Geram kena getu.

Sazali terus menangkap kaki Dhia bila Dhia nak balas dendam padanya. Dua-dua kaki yang kurus itu ditekan ke atas pehanya. Lepas itu dia menggeletek tapak kaki Dhia.

“Cakap! Cakap!” Paksa Sazali. Sambil terus menggeletek tapak kaki Dhia.

Dhia menjerit disebabkan geli. Cuba menarik kakinya. Lepas berjaya melepaskan kakinya terus dia duduk bersila di depan Sazali. Yang sedang menayang kening double jerk padanya. Memang jerk sangat Zali ni! Katanya di dalam hati.

“Kenapa?” Sazali mendepankan badannya ke arah Dhia.

Dua-dua tapak tangan ditekapkan ke chaise. Mukanya dengan muka Dhia sejengkal saja jauhnya.

Dada Dhia rasa berdebar. Tambahan pula bila sepasang mata hitam Sazali langsung tak beralih dari mukanya. Ke sepasang matanya. Kemudian hidungnya yang tak semancung hidung Sazali. Lepas itu singgah sekejap ke mulutnya. Tak lama di situ terus Sazali menentang matanya semula. Tuntas.

Dhia mengerlip-ngerlipkan matanya tengok Sazali balik. Lama-lama sepasang matanya dipenuhi dengan airmata.

“Dhia. Oh! Dhia. Kenapa ni?” Tanya Sazali. Menyentuh pipi Dhia dengan dua-dua tangannya. Kemudian diusap-usap dengan lembut.

“Aku kena kahwin Zali. Mama paksa aku kahwin.” Dhia mula mengalirkan airmata.

Sazali pula terkaku sambil memandang Dhia dengan tidak percaya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku