KAWAN AJAK KAHWIN
Bab 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Oktober 2017
Sazali & Dhia Mereka kawan baik Dah 20 tahun Masuk tahun ke21 mereka berkahwin
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
55

Bacaan






KAWAN AJAK KAHWIN
#2

“Kau jawab apa?” Tanya Sazali selepas mengalihkan badannya. Tak lagi memandang Dhia. Sebaliknya memandang ke chaise lounge yang diduduki olehnya tadi.

Yang sebenarnya Sazali masih terkejut dengan pengakuan Dhia itu. Sama sekali tidak menyangkakaannya.

Dhia mengelap airmatanya. Sedikit kecil hati dengan sikap Sazali yang tiba-tiba saja tak memandangnya. Sekaligus mengalihkan badannya. Terasa seperti Sazali bukan saja menjarakkan diri darinya. Tapi juga dari masalah yang dihadapinya. Soalan Sazali yang tenang itu lagi membuatkan Dhia berasa kecil hati.

Sah! Sazali bukan kisah pun dia dipaksa kahwin oleh mamanya.

Terus Dhia menurunkan kakinya dari chaise yang memang diletak dalam perpustakaan mini itu khasnya untuknya. Sebab semenjak dulu lagi dia selalu menghabiskan masa di sini dengan Sazali. Dah dekat 20 tahun ini pun kebiasaan itu tetap Dhia teruskan.

Walau mamanya, dan mama Sazali pernah menegurnya. Jangan selalu berdua-duaan dengan Sazali di sini. Takut setan join sekali. Entah apa-apa saja mamanya, dan mama Sazali. Jika ada setan nak join Sazali dulu-dulu akan halau.

Lagipun Dhia kenal Sazali lelaki bagaimana. Tahap Dhia percaya Sazali adalah sama macam Dhia percayakan abang sendiri. Walau Dhia takde abang pun. Ada seorang kakak, dan adik perempuan je. Sazali pula ada seorang kakak, dan adik lelaki yang sebaya dengan adik perempuan Dhia.

“Kau nak ke mana? Soalan aku tak jawab lagi.” Tiba-tiba Sazali sudah pun berdiri, dan menghalang Dhia yang baru je bangun. Dia berdiri depan-depan Dhia.

“Hish!” Dhia merengus. Kemudian cuba ke kanan ke kiri untuk beberapa kali. Namun Sazali tetap menghalang langkahan Dhia. Membuatkan Dhia berdiri setempat, dan menjegilkan matanya pada Sazali.

“Kau nak aku cakap apa? Ya aku terima. Tak aku tak terima. Mana satu?” Tanya aku geram. Tapi di dalam hati mengharapkan jawapan dari Sazali. Jawapan yang bakal menyenangkan hati aku.

Tak. jangan terima.

Tapi memang tak mungkin la kan!

“Mana aku tahu. Masa-depan kau kan. Buat apa tanya aku.” Sazali meraup-raup rambut atas kepalanya. Sampai tertanggal getah rambutnya.

Dhia memandang saja rambut Sazali yang selalunya diikat dengan gaya man bun. Bila tertanggal getah rambutnya terus terjatuh rambut panjang Sazali menutupi mukanya. Sazali meraup-raupnya ke belakang. Nampak begitu seksi sekali.

Di mata Dhia la sebab dia suka lelaki bergaya begitu. Malahan Sazali mula berambut panjang dengan man bun pun sebab Dhia pernah memuji rakan sekerjanya yang bergaya begitu. Tak lama selepas itu terus Sazali menyimpan rambut panjang dengan goatee. Gila seksi!

“Kan. Masa-depan akukan. Buat apa aku nak cerita dekat kau ataupun tanya kau. Biar aku sendiri buat keputusannya!” Kata Dhia dengan geram. Kemudian terus menolak badan Sazali, dan berjalan nak keluar dari situ.

Sazali menjadi tidak tentu arah bila melihat langkahan Dhia yang semakin menjauhkannya. Terasa seperti jika Dhia keluar dari situ ketika ini maknanya Dhia akan terus keluar dari hidupnya.

Tiada lagi kawan baiknya. Sebab kawan baiknya itu akan menjadi milik lelaki lain lepas itu. Dan lelaki mana saja akan membenarkan isterinya berkawan baik dengan lelaki handsome macamnya!

“Dhia!” Panggil Sazali sambil berjalan juga. Sebab Dhia langsung tak berhentikan langkahannya.

Terus melangkah untuk keluar. Keluar dari hidup Sazali.

Sazali melajukan kakinya, dan terus merentap tangan kanan Dhia dengan laju. Memusingkan badan Dhia dengan laju ke arahnya. Dan cup!

Dhia membesarkan matanya memandang Sazali. Sebagai mana dia Sazali juga terkejut sepertinya. Dhia tahu Sazali tak bermaksud melakukannya. Disebabkan tarikan, dan pusingan Sazali la hal itu terjadi.

Ciuman pertama Dhia menjadi kepunyaan Sazali!

Terus Dhia menolak badan Sazali, dan berlari keluar dari bilik itu. Kali ini Sazali tak memanggilnya lagi.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku