KAWAN AJAK KAHWIN
Bab 3
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Oktober 2017
Sazali & Dhia Mereka kawan baik Dah 20 tahun Masuk tahun ke21 mereka berkahwin
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
60

Bacaan






KAWAN AJAK KAHWIN
#3

“Don’t!” Kata Sazali sedikit menderam. Geram dengan sikap Dhia. Sudah lebih 2 minggu hal ini berterusan.

Dhia melarikan diri darinya setiap kali nampaknya. Malahan jejak ke rumah Sazali pun tidak lagi. Perjumpaan mingguan mereka yang berlangsung setiap malam di hari sabtu pun begitu juga. Sudah 2 kali Dhia tak datang ke rumahnya atau pun ke rumah sendiri. Dengan alasan ada kerja. Kerja apa saja yang seorang pensyarah ikut waktu kerja macam Dhia ada!

Dhia mengelip-ngelipkan matanya memandang Sazali. Bila Sazali kelihatan nak mengejarnya apalagi dengan lajunya Dhia pun berlari. Lari serupa kakinya tak sempat jejak ke lantai rumahnya. Begitu la rasa Dhia. Tapi kenyataannya memang tidak la kan.

Tambahan pula bila tiba-tiba ada penghalang depan Dhia. Buk dia melanggar penghalang itu disebabkan tidak sempat berhenti. Sebab Dhia lebih sibuk tengok ke belakang. Memastikan Sazali tak dapat menangkapnya.

“Op! Op!” Dua-dua tangan Nazmi memegang bahu Dhia. Mengimbangkan badan Dhia yang hampir nak sama tinggi dengannya. Supaya tak jatuh terjelepuk akibat berlanggar dengannya.

Dhia terkerdip-kerdip memandang lelaki itu. Nazmi Osman. 31 tahun. Ini la pilihan mamanya yang disokong oleh mama Sazali. Mereka sama-sama berkenan dengan Nazmi untuk dijadikan suami Dhia. Masalahnya dia tak berkenan!

“Dah. Dah.” Sazali menolak tangan Nazmi di bahu Dhia. Lepas itu dia sendiri pula memeluk bahu Dhia dari belakang. Menarik badan Dhia supaya berdiri di sebelahnya.

“Siapa ni?” Tanya Sazali. Dengan tenang mendekatkan mukanya ke muka Dhia yang nampak serba tak kena. Selamba berbisik ke telinga Dhia.

Bila Dhia mendiamkan diri saja memandang Sazali, dia meniup ke tengkuk Dhia. Sebab Sazali tahu Dhia sangat geli di bahagian itu. Baru nak sentuh dah Dhia menjerit macam bakal didera. Begitu la selalunya. Membuatkan Sazali suka mengusik tengkuk Dhia selain tapak kaki Dhia.

Dhia menggeliatkan badannya. Kemudian menjegilkan matanya pada Sazali yang menyengih suka. Bila dia cuba menolak tangan kanan Sazali di bahu kanannya lelaki itu semakin menekankan tapak tangan ke situ.

“Siapa?” Tekan Sazali. Menanya lagi.

“Bakal suami….”

Tiba-tiba Sazali menghulurkan tangannya pada Nazmi. Membuatkan Dhia menghentikan cakapnya. Tanpa dihabiskan. Dhia berasa kecil hati lagi. Wal hal sudah 2 minggu dia mengasuh hatinya supaya jangan berasa begitu. Sah-sah Sazali hanya menganggap dia sebagai kawan baik selama 20 tahun ini.

Kawan baik yang Sazali tercium lebih 10 hari sudah!

Nazmi yang terpinga-pinga, memandang di antara Sazali, dan Dhia akhirnya menghulurkan tangannya. Menyambut tangan Sazali. Sedikit terkejut bila Sazali menyalaminya macam nak mematahkan jari-jari tangannya. Nasib saja la walau dia tak setinggi Sazali namun badannya lebih tough dari lelaki itu. Tak la jari-jarinya patah dipicit Sazali.

“Sazali. Bakal suami Dhia.”

Kata-kata Sazali itu bukan saja mengejutkan Dhia, dan Nazmi. Juga mama Dhia, dan mama Sazali yang sama-sama termati langkahan di ruangan tamu rumah teres itu. Menganga terkejut tengok Sazali.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku