KAWAN AJAK KAHWIN
Bab 4
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Oktober 2017
Sazali & Dhia Mereka kawan baik Dah 20 tahun Masuk tahun ke21 mereka berkahwin
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
98

Bacaan






KAWAN AJAK KAHWIN
#4

“Betul ke Zali bakal suami Dhia?” Tanya Puan Julia, mama pada Sazali. Sambil memandang Sazali kemudian Dhia.

Sazali baru nak membuka mulut. Tapi tak sempat nak jawab sebab....

“Ke berlakon je? Sebab Dhia minta?” Tanya Puan Atirah pula. Suaranya sinis sekali. Menjeling anaknya, dan anak kawan baiknya.

Nazmi yang terkepit di antara anak beranak itu mula menjadi kurang senang. Mana nak senangnya. Dia disuruh duduk di meja makan yang boleh diisi oleh 6 orang itu. Lepas itu dia disuruh pula duduk di kerusi utama meja makan. Di kanannya duduk Sazali, dan Dhia. Di kirinya pula duduk Puan Atirah, dan Puan Julia.

Nazmi berasa macam diminta untuk menjadi pengadil untuk acara bahas anak beranak pula. Membuatkan Nazmi menengok-nengok ke ruangan nak masuk ke ruangan makan itu. Mana tahu bakal nampak penyelamatnya.

“Mama, Dhia takde….” Tiba-tiba mulut Dhia terdiam. Sebab Sazali secara tiba-tiba meletakkan jari telunjuknya di situ. Terkebil-kebil Dhia seketika.

“Ala sayang. Tak payah nak sorok dah. Beritahu je.” Sazali melepaskan jari telunjuknya. Selepas itu bertindak memeluk bahu Dhia, dan merapatkan badan mereka.

“Mama, Acik Ati, kami tak bohong. Kami memang nak kahwin.” Kata Sazali dengan selamba, dan berani. Tersenyum memandang Puan Julia, dan Puan Atirah yang kelihatan tak percaya dengan pengakuannya itu. Namun Sazali tetap menyelambakan mukanya.

“Disebabkan itu. Nazmi ni.” Sazali menunjuk ke sisinya. “Tak boleh jadi bakal suami Dhia lagi. Sebaliknya Zali.”

“Tapi….”

Puan Julia menyentuh lengan Puan Atirah yang baru nak bercakap. “Masa mananya Zali ajak Dhia kahwin?”

“Atau pun Dhia ajak Zali kahwin? Tipu-tipu mungkin.” Nak menyampuk juga Puan Atirah ni.

Masa Mama dengan Acik Ati takde dengan kami.” Jawab Sazali selamba.

“Pendek kata. Kami nak kahwin. Zali dengan Dhia nak kahwin. Bukan Nazmi dengan Dhia.” Tekan Sazali bertegas.

“Tapi….”

“Kenapa? Kau nak juga dengan Dhia? Kau nak bekas aku?” Tanya Sazali gaya nak bergaduh bila Nazmi masih nak bercakap.

“Bekas?” Puan Julia, dan Puan Atirah saling memandang kemudian memandang pula Sazali, dan Dhia. Sazali yang kelihatan tenang, dan Dhia yang sudah gabra.

“Kau nak bekas aku?” Provok Sazali lagi pada Nazmi. Kali ini memandang lelaki sebelahnya dengan tajam.

Kalau Nazmi naik marah, dan mereka bertumbuk di sini pun Sazali sanggup. Sebab memang pun dia tengah pada Nazmi yang entah dari mana datangnya. Tiba-tiba nak mencantas hubungan baiknya dengan Dhia. Apa hal!

“Stop saying bekas boleh tak, jantan!” Dhia meletup.

Sazali yang tadinya bukan main serius mukanya ketika ini jadi muka macam anak kucing terkejut kena marah. Terkerlip-kerlip matanya memandang Dhia di sebelahnya yang sudah pun berdiri.

“First. Nazmi memang bakal suami. Cuma bukan bakal suami aku. Tapi kakak.” Kata Dhia tergigit-gigit bibir kerana geram dengan sikap Sazali. Memalukan diri sendiri sekaligus memalukannya!

“Second. Kau bukan bakal suami aku! Takkan jadi bakal suami aku!” Sambung Dhia dengan suara sedikit pecah seperti mahu menangis. Sebelum airmatanya menitis dengan cepat Dhia berjalan nak keluar dari ruangan itu.

Namun terberhenti sebab….

Aku nak kau kahwin dengan aku, Dhia. Bukan dengan lelaki lain. Dengan aku je.”

Dhia mengalihkan badannya. Memandang Sazali yang sedang berdiri, dan melihatnya dengan penuh berharap. Berharap dia akan terus bersetuju.

“Kenapa kau nak kahwin dengan aku?” Tanya aku dengan penuh debaran. Berharap aku akan mendengar jawapan aku nak dengar.

“Sebab…. Sebab….” Sazali tercari-cari.

“Tak nak! Aku tak nak!” Kata Dhia terus berjalan pergi. Sakit hati kerana Sazali lambat sangat memberi jawapan yang dia hendak dengar.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku