KAWAN AJAK KAHWIN
Bab 5
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Oktober 2017
Sazali & Dhia Mereka kawan baik Dah 20 tahun Masuk tahun ke21 mereka berkahwin
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
139

Bacaan






KAWAN AJAK KAHWIN
#5

“Apa yang dah jadi?”

“Maksud kau?” Tanya Anita balik.

Kakak Dhia yang beza umurnya dengan dia hanya 2 tahun itu memandang Sazali dengan mata terkerlip-kerlip. Sepertinya tak memahami apa yang telah terjadi. Hish! Kak Nita ni kan. Blur azalinya itu tak pernah hilang. Tapi mampu pula menulis novel seram sampai merinding bulu romanya tatkala membacanya.

Sebagai penulis novel seram bestseller memang Sazali tabik spring pada Anita. Tapi human relational skills Anita memang merudum!

Tak pandai langsung berbual kosong dengan orang. Kadang kala semasa sedang berbual boleh Anita berhenti bercakap, dan pergi begitu saja. Sebab idea memanggil. Begitu la alasan Anita.

Macam keluarga Sazali, dan keluarga Anita sendiri perkara itu dah biasa. Mereka dah lama menerima sikap Anita yang bergitu. Namun bagi orang luar yang tidak mengetahui kekurangan Anita itu Anita selalu dianggap kurang ajar. Sebab itu la dah masuk 31 tahun pun Anita belum berkahwin, dan tak pernah bercinta.

Bukan takde yang menyukai Anita. Ramai lelaki menyukai Anita yang tinggi lampai, dan cantik macam Pamela Chong. Namun tak ramai boleh tahan dengan sikap Anita yang tak macam orang. Orang lain tidur malam Anita tidur siang.

Gaya hidup Anita sebagai penulis novel membuatkan Anita suka berjaga di waktu malam sebab masa itu idea menulisnya membuak-buak. Sekitar 7 pagi baru la Anita akan tidur. Pukul 2 petang bangun. Songsang gaya hidupnya dengan manusia biasa membuatkan Anita tak berminat untuk berpasangan atau pun berkahwin. Mama Anita dah pasrah dah yang anaknya itu akan menjadi anak dara tua.

Sekarang tiba-tiba.... Anita akan berkahwin dengan Nazmi pula?

“Kau dengan Nazmi. Bukan Nazmi tu mama korang nak perkenalkan dengan Dhia ke? Macamana pula boleh terlekat dengan kau?” Tanya Sazali dengan jelas. Supaya Anita memahami soalannya.

“Oh! Tu....” Anita mengangkat bahunya.

“Entah. Dia dengan Dhia kata tak berkenan. Sama-sama takde chemistry. Lepas itu dia kata dia rasa ada chemistry dengan aku. Sebab kerja dia macam aku juga. Syif malam. Dia kata mungkin kami sesuai. Jadi untuk beberapa hari ni aku keluar je dengan dia. Kami dating dekat library sebab aku nak cari bahan kadang-kadang. Dia ikut je. Aku ajak layan filem seram dekat wayang. Pun dia ikut je. Dia layankan je apa aku nak. Aku pun layankan je apa dia nak. Lepas itu dia ajak aku menikah. Dia kata mak ayah dia takde dah. Ada pun sorang kakak yang dah ada keluarga sendiri. Jadi dia tak kisah aku tak pandai bersembang atau pun bergaul dengan orang luar. Asalkan aku pandai bersembang, dan bergaul dengan dia. Bila aku tanya Dhia dia okey ke, laju je dia kata okey. Bapa segala green light Dhia bagi.”

Sazali tergelak sama bila Anita tergelak. Faham sudah dia bertapa Dhia tak mahukan Si Nazmi tu. Tapi kenapa pula bila dia mengajak Dhia kahwin Dhia menolak?

“Dhia nak sebenarnya.” Kata Anita tiba-tiba. Menjeling Sazali yang sedang duduk di sofa di ruang tamu rumahnya.

Lepas bangun tidur, mandi, dan makan tadi Anita terus duduk sini melihat filem Saw. Maraton sampai siri ke3. Setiap kali berasa tak boleh menulis begitu la Anita unblock writer’s blocknya.

“Nak? Tadi kau kata dia tak nak Nazmi.” Sazali rasa macam kena simbah air sejuk dengan tiba-tiba. Baru hatinya nak berasa senang dengan pengakuan Anita tadi.

“Bukan nak Nazmi la. Nazmi tu aku punya. Takde pasalnya aku nak bagi dekat Dhia kalau dia nak.” Anita menjegilkan matanya pada Sazali.

Sazali tergelak. Baru kali ini dia melihat Anita bersemangat bercerita pasal lelaki. Selalunya bila bercerita pasal idea atau pun penulisannya saja muka Anita kelihatan bersemangat begini.

Hm-mm! Ada peningkatan dah nampaknya. Mungkin saja Anita menyukai, dan menyayangi Nazmi dengan serius, dan dari hatinya.

“Dah tu nak apanya?” Tanya Sazali nak tahu.

“Nak kau. Nak kahwin dengan kau. Dhia nak tapi dia juga nak dengar jawapan kau. Bukannya jawapan orang gagap kau yang macam semalam tu!” Anita memberitahu.

“Tapi aku tak tau nak jawap apa bila tiba-tiba dia tanya macam itu.” Akui Sazali.

Anita memandang Sazali dengan lama, dan tuntas. Akhirnya dia mengangkat tapak tangannya.

“Sekejap ye.” Kata Anita mencapai handsetnya.

“Kau dengar ni.” Kata Anita lagi. Membuka loudspeaker handsetnya. Memainkan lagu Say You Love oleh Jsessie Ware.

Say you love me to my face
I’m needing more than your embrace
Just say you want me, that’s all it takes
Heart’s getting torn from your mistakes

‘Cause I don’t wanna fall in love
If you don’t wanna try,
But all that I’ve been thinking of
Is maybe that you might
Babe, it looks as though we’re running out of words to say
And love’s floating away

Anita menutup lagu tersebut. “Faham?” Tanyanya dengan gaya memperli.

Sazali menganggukkan kepalanya. Dia sangat faham!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku