KAWAN AJAK KAHWIN
Bab 6
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 21 Oktober 2017
Sazali & Dhia Mereka kawan baik Dah 20 tahun Masuk tahun ke21 mereka berkahwin
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
182

Bacaan






KAWAN AJAK KAHWIN
#6

Dhia meregang-regangkan badannya di atas katil tanpa membuka matanya. Lepas itu badannya disengetkan ke kanan kemudian kiri. Bagi semua urat badannya tak tersimpul lagi. Lepas itu Dhia mengangkat sikit punggungnya, dan prutt!!

Baru la sempurna rutin paginya he he.

Dhia akhirnya membuka mata kemudiannya mengangkat badannya. Tapi aksinya itu dihentikan separuh jalan. Sebab matanya nampak seseorang yang sedang duduk di atas kerusi di tepi katilnya.

Dhia menjerit terkejut bercampur malu. Kemudian terus dia mengangkat comforternya, dan dive in balik ke dalam situ. Membungkus badannya dengan comforter supaya seseorang itu tidak dapat melihatnya.

Kedengaran bunyi gelak ketawa. “Kau sambut aku dengan kentut pagi Dhia?”

Semakin lelaki itu tergelak-gelak semakin pula Dhia membungkus badannya, dan mengerikutkan badannya di atas katil. Malunya ya tuhan. Walau dia, dan Sazali dah 20 tahun berkawan tapi dia malu gila di ketika ini!

“Tapi serius bau telur Dhia. Kau makan telur banyak mana semalam?” Tanya Sazali. Di antara ketawa-ketawanya.

“Bodoh la kau ni Zali!” Dhia menjerit marah. Plus malu pun iya. Terus comforter yang menyelubungi badannya diangkat dari muka. Nak memandang Sazali dengan tajam, dan geram.

Tapi Sazali tiada di tempatnya tadi. Kerusi itu kosong. Bila melihat di hujung katil. Dhia nampak Sazali sedang duduk di situ dengan selesanya. Dhia merenung Sazali geram sambil duduk memaut lutut dengan dua-dua tangannya. Comforter masih menyelubungi badannya. Nampak dada ke atas je.

“Tak payah nak malu sangat la. Bukannya aku tak biasa bau kentut kau.”

“Mana ada aku malu. Takde maknanya nak malu. Sebab aku pun biasa bau kentut kau kot.” Balas Dhia tak mahu mengalah.

“Ye la. Kecil dulu kan kita suka lawan kentut sapa paling kuat, dan lama.” Sazali tergelak mengeangankan pertandingan entah apa-apa zaman kanak-kanak mereka itu. Stres mama mereka berdua dengan pertandingan itu. Stres menahan bau.

“Bukan setakat pernah bau kentut. Mandi separuh bogel bersama pun kita pernah kan.” Sambung Sazali lagi dengan selamba. Siap mengenyitkan matanya.

Bila Dhia melunjurkan kaki kananya, nak menendang peha Sazali. Dengan laju Sazali bangun, dan berdiri. Sambil terus ketawa suka.

“Tu masa kita belum baligh la!” Dhia hampir menjerit geram. Mukanya menjadi merah menyala.

Gila Zali ni mengungkit kisah zaman purba kala mereka. Zaman Dhia tak suka pakai baju. Walau masa itu dia dah 9 tahun. Tapi badannya sekeping sangat. Macam badan budak lelaki. Itu yang bila Sazali main kolam tak berbaju dia pun mengikutkan sama. Jenuh kena marah dengan Mamanya, dan mama Sazali di ketika itu.

“Hm-mm. Sekarang dah baligh. Boleh je kalau kau nak separuh bogel depan aku. Tapi lepas kita kahwin la ye. Bagi halal dulu.”

“Zali!” Dhia menjerit. Malu giler. Sazali ni pula semenjak bila menjadi lelaki tak reti malu! Bercakap entah apa-apa saja!

“Tak payah nak malu sangat la. Nanti dah menikah aku tengok juga. Separuh, dan tak separuh. Full.” Sazali mengenyitkan mata dengan muka gatal merenyam.

Dhia menjerit geram. Kali ini dia mencapai bantal tidurnya, dan membaling ke arah Sazali. Tapi Sazali dengan lajunya berlari-lari ke pintu bilik tidur Dhia yang sedia terbuka pintunya. Dengan luas.

Di pintu bilik tidur itu Sazali berhenti, dan berpaling ke belakang.

“Cepat mandi, dan turun. Aku ada benda nak cakap. Kalau lambat 15 minit aku beritahu semua orang bau kentut kau pagi ni.” Sazali mengusik campur mengugut.

Dhia menjerit kuat. Kali ini sebab marah, dan bukan malu. Sejak bila Sazali menjadi sejahat ini!

Mungkin semenjak kau kata tak nak pada dia. Kata hati Dhia pula. Mengingatkan itu Dhia mengetap bibirnya. Dia tahu, dan yakin. Sazali nak berjumpa dengannya seawal pagi ini disebabkan penolakannya itu. Sazali hendak tahu la tu mengapa dia menolaknya.

Tapi apa pula jawapan yang hendak Dhia berikan pada Sazali?

Dia menolak Sazali kerana mencintai Sazali selama ini? Sanggupkah Dhia menjawab bergitu?



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku