REDHA
REDHA
Genre: Cinta
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 23 Oktober 2017
Penilaian Purata:
325

Bacaan






"Shut up! Aku nak tidur." Jerkah Zhaffar.

Terhinjut bahunya dengan jerkahan itu. Air matanya mengalir diseka. Tempat duduk sebelah dikerling dengan pandangan tajam. Lelaki yang tak punya perasaan sejak dulu sehingga la hari ni dan mungkin sampa bila-bila.

"Apa? Senang lenang you je layan kantuk, i kat sini bersengkang mata tahu tak?" Dengan suara sendu dia membalas. 

"Dah tu? Kau nak aku buat apa?" Tak nak kalah Zhaffar turut membidas. Matanya dipejam tapi setiap yang berlalu ditelinganya dapat ditangkap.

Rasa nak berhentikan kereta ditengah-tengah jalan raya lalu dia nak menjarit sekuat hati. Biar pekak pula telinga budak tak guna seorang ni.

"ARGH.."

Berdesing telinga Zhaffar. Fuh. Boleh mati terkejut dia kalau macam ni. "Kau gila ke?" Marahnya.

Bungkam Intan seketika. Dia dikatakan gila? "Yes! I gila. Gila sebab you." Bentak Intan.

Menyenggih. Tetiba hatinya berasa dingin dengan jawapan yang dikatakan Intan tadi. "Bagus lah." Sinisnya.

Dengan kepura-puraan lelapkan mata, firasatnya tahu yang perempuan disebalahnya tengah menahan rasa.

Dia meraup wajah. Betul lah gila. Lagi lama dia dekat dengan lelaki ni bermacam benda yang akan timbul selepas ni. Nak berhadapan dengan orang ramai satu hal dan satu hal lagi berhadapan dengan orang tua yang berada dirumah tu lagi bermacam hal. Hati kian tak tenteram.

"Dengar sini baik-baik. Apa yang terjadi antara kita jangan sampai ke pengetahuan Tok Mi. Kalau tak i tak akan maafkan you."

Kening kedua belahnya dijungkit. "Maksud kau?" Sengaja dia bertanya. Sedang dia sendiri tahu.

"Apa yang jadi tadi tu salah. SALAH." Perkataan salah sengaja ditekankan agar Zhaffar lebih teliti. Tetiba air matanya gugur tanpa sengaja. Dia menjadi mangsa dalam masalah ini. Andai dapat dia elak. Dah lama dia elak.

"Bincang kemudian. Aku nak tidur dulu. Please, jangan nak terpekik macam tadi lagi."

SREKKK..

Terkejut. Luluh jantungnya. Hampir saja tubuhnya terdorong ke hadapan cermin depan. Terus dia menoleh ke sebelah.

"Aku cakap kau gila kau tak percaya. Kau nak bunuh aku ke?"

"Ya! I gila. Kalau undang Malaysia ni tak terikat, dah lama i bunuh you. Tapi bukan dengan cara melibatkan diri i sendiri." Tempiknya sinis.

"Baguslah. Biar Tok Mi tahu cucu perempuan dia ni pembunuh."

Telunjuk jarinya tepat dihadapan muka Zhaffar. "Eh, you!" Rahangnya mula bergerak-gerak. 

Tetiba dia ketawa. Lucu. Dia sandarkan tubuhnya ke kerusi semula. Air mata yang gugur seakan magik terus lenyap.

"I tak kisah, asal i puas." Meletus ketawanya lagi 

"Tapi sebelum tu aku tak jamin rahsia ni sampai bila boleh bertahan." Ujar Zhaffar selamba. Dia pun seolah mati kata. Andai apa yang dikatakan Intan tadi betul-betul dia buat. Tak merasa lah dia nak hidup lama macam ni dengan orang yang tersayang. 

"Maksud you?" Keningnya bercantum.

"Mana lah tahu.. tup tup, lima bulan." Tanpa perasaan dia berkata. Sengaja dia membakar lagi hati perempuan tu. Kalau Intan boleh suka hati memperlekehkan dirinya, dia pun lebih dari itu sanggup dia buat. 

"Mulut tu jangan cabul sangat lah. You minta sangat i pregnant ke apa?" Baran Intan. Mulut celupar Zhaffar sengaja menduga perasaan dia. Apa yang Zhaffar tak puas hati sangat dengan dia pun dia tak tahu.

Mencebik dia. Dia sedikit pun tak takut dengan kemarahan Intan. Yang pasti dia kan buat Intan sentiasa dalam keadaan tak pernah aman selepas ni. Ketawa dia dalam hati.

"Apa salahnya. Rezeki dari tuhan. Kita harus bersyukur." 

"Kau!!" Jerit Intan. Turun naik nafasnya.

"Aku nak balik. Aku penat. Hantar aku balik umah Tok Mi." Mintanya. Matanya tak dapat nak dibendung lagi. 


Bwekk!!

"Intan! Kenapa ni?" kalut Tok Mi menyoal. Dia meraba dahi Intan dirasakan panas. Belakang badang ditepuknya perlahan.

Dia menggeleng. Lagi sekali muntah dikeluarkan. Tekaknya terasa loya. Makanan apa yang dia makan semalam dan-dan pagi perutnya memulas. 

"Panas ni Intan. Tok Mi call Dr.Aina." Lantas dia membuat panggilan pada doktor peribadi keluarga itu.

Baru saja Zhaffar nak melangkah kedalam dapur sudah terdengar bunyi orang muntah dan Tok Mi juga dia perhatikan ada disitu juga. Menyenggih dia. Bermacam agenda yang bermain diminda dia ketika ini. Lantas dia beredar dari situ.

"Kenapa dengan i, doktor? Perut i memulas je tak habis-habis. Melabur tak nak pun." Ujar Intan. Berpeluh juga dahinya. Tak pula dia berasa demam ke atau tanda-tanda demam. Sihat pula dia semalam. 

Dr. Aina senyum tidak seperti biasa. Selepas membuat pemeriksaan keatas cucu kepada Tok Puan ni. Sekejap dia memandang sekitarnya. Hanya mereka bertiga berada dalam bilik Cik Intan.

"Better you pergi check up di hospital. Sebab peralatan i tak lengkap." Tuturnya.

Berkerut Intan. Muntah je pun sampai kena pergi hospital bagai ni. Apa kes. Teruk sangat ke dia punya sakit ni. Dia menggeleng.

"Whats wrong, DR. Aina?" tegas dia menyoal doktor muda itu. Teraba-raba dia mencari dinding.

Tok Mi turut mengalih pandang pada suara itu lalu dia bangkit dari sofa dan melangkah kearah Zhaffar. Tubuh itu dipimpin ke sofa yang dia duduki sebentar tadi.

"Thanks Tok Mi." Ucapnya. 

Pada yang sama pandangan Dr. Aina jatuh pada lelaki itu. Hatinya berbelah bagi. 

"Most welcome, dear." Tok Mi membalas

Mereka sama-sama melabuhkan punggung di sofa tersebut. Menanti apa yang Dr muda itu sampaikan.

"Sh....she pregnant. Empat minggu." Terpaksa dia katakan juga. Tak sanggup sebenarnya menyampaikan berita ini.

Gedengang. 

Tok Mi rebah disitu. 


PANG!!

Bungkam Intan disitu saat tamparan hinggap di pipinya. Tamparan pertama dari tangan wanita tua itu. Kelu dia. Bergetar bibirnya saat terpandangkan wajah yang dimamah usia itu saling merenungnya dirinya. Tangannya naik mengusap pipi yang terasa kebas. Airnya seakan keguguran tidak lama lagi.

Semua yang berada disitu turut terpempam saat tangan itu merasmi wajah jelita Intan. Kelu. Tak percaya. 

Bergetar tangannya. Tak sangka tangan ini aktif menjalankan tugas tanpa dia sedari. Dia mengalih pandang ke sisi. Tak sunggup rasanya dia nak bertentangan dengan wajah itu. Wajah yang akan meningatkan dia tentang anak lelakinya. Sayu. Hatinya kian dirobek hancur.

"Tok Mi kecewa dengan Intan." Ungkapnya dengan suara bergetar. Melihatkan wajah itu membuatkan tangan semakin aktif. Langsung tak pandang wajah itu walaupun sesaat.

Tak sangka cucu yang dia bela sejak kecil telah membuat onar. Cucu yang dia sayang bagai menatang minyak yang penuh membuatkan dia kecewa terlampau. 

"Tak, Tok Mi." Rayu Intan. Tubuh itu dia dekati. Baru saja tanganya ingin meraih tangan itu, Tok Mi mengelak menjauhkan dirinya. 

Langkah wanita tua itu hilang disebalik dinding bertembok ruangan tamu itu. Hati bagai disiat-disiat dengan belati tajam. Terus dia melorot ke jubin. Teresak-esak dia melayan tanggis. 

"Aunty kecewa dengan Intan. Tak sangka Intan macam ni." Ungkap Aunty Lily. Lantas dia bangkit terus berlalu pergi dari situ

Wajahnya ditutup dengan kedua belah tangan menahan dari terus menangis. Semua orang nak buang dia. Tak ada seorang pun yang nak dengar cerita sebenar. Mereka menghukum tanpa bukti yang sahih. Sungguh menyakitkan.

"Siapa lelaki tu?" Soal uncle Zain. Masih dalam ton terkawal. Macam mana sekalipun, dia tidak harus bertindak melulu. Sedaya upaya dia mengekalkan emosi yang sepatut dia sama seperti Tok Mi dan Isterinya tadi . Tapi dia kekalkan juga tetap disitu menanti jawapan yang masih belum keluar dari mulut gadis itu.

Senyap. Dia yang dari tadi hanya memasang telinga apa yang berlaku. Seedikit pun tidak masuk campur dalam hal itu. Dia hanya menunggu saat yang ditunggukan. Dalam hati ada perasaan simpati dan kesian buat Intan. Tapi Intan sendiri yang mencabarnya sampai ke penghujung begini. Dia hanya melihat sampai bila dia boleh bertahan.

"Apa maksud uncle?" dengan keadaan sendu terus dia mendongak saat mendengarkan soalan uncle Zain tu. Kali tu, baru dia perasaan hanya tiga manusia yang tinggal disini termasuk dirinya.

Intan tak membalas. Tapi pandanganya terhala pada lelaki dihujung sofa sana. Sedikit pun Zhaffar tak bersuara. Malah dengan riak tanpa perasaan dia tayangkan. Walaupun lelaki itu dalam kekurangan tak perlu sampai menganiyai dirinya seperti ini tanpa belaan.

"Keluar!" jerkah Tok Mi. Beg miliknya dicampak begitu saja.

Tanpa redhamu aku sakit

Menahan rasa pedihnya berdosa

Berikan sinar dalam hatiku

Saat bila engkau terima ampunanku.


Perut yang sudah menampakan isi, tak lama lagi bakal melahir kedunia yang penuh dengan pancaroba. Diusap permukaan perutnya, hanya ini harta dunia dan akhiratnya. Tanpa seorang ayah yang akan melaungkan azan buatmu, sayang. Yang penting engkau la nyawaku hingga hujung nafasku. Tak akan pernah mereka ketahui akan kewujudanmu.

Ku imbasi jalan yang berliku

Penuh gelap bisa dan harusku takutkan

Merantai jiwaku

Berat hatiku menanggung

Usah biar hidupku tuk hanyut lagi

Angin pantai sungguh mendamaikan. Tengelamnya matahari mungkin kali terakhir untuk dia. Sungguhpun hanya bertemankan engkau yang masih masih didalam. Tetapku rasa nikmat yang tak terhingga. Sayang seribu kali sayang. Senyuman tak pernah lekang dari bibir ranumku. Walau hakikat sebenarnya sungguh menyakitkan.

Saat siang berganti malam. Dia mula melangkah pulang ke resort semula. Dalam keadan sarat dia mengandung setiap langkahnya terlalu berhati-hati. Apa yang dia lakukan juga selalu berjaga-jaga. Walaupun hati tidak rela. Tapi tumpah kasih sayangnya mula bercambah bila minggu yang menampakkan perutnya memboyot. 

"Dont worry, sayang. I'wll take care of you." Ungkapnya sambil perut diusap lembut. Hati berbunga-bunga menunggu saatmu lahir ke muka bumi dan menjadi teman mama kamana mama pergi. Gumamnya perlahan.

"Dont think so, Mrs Intan." Ujarnya sebaik dia berdiri tegak bertentangan dengan Intan yang turut terkejut melihat dirinya disitu. Sinis senyumannya.

Terkejut. Bergetar segala urat sendi apabila terpandangkan lelaki yang pernah membuatkan hidup dia merana selama itu. Tetiba dirasakan susah untuk bernafas. Kalut dia. Kiri kanan dia menoleh untuk meminta pertolongan dari sesiapa yang berdekatan situ.

"Kau tak perlu nak terkejut sangat. Saat ini yang aku tunggu-tunggu kan sekian lama dulu, Intan. Tapi kau sombong. Bantuan aku tak pernah kau nak terima."

"You merepek apa ni?" kalut dia menyoal. Hati tidak tenteram. Selangkah dia kebelakang untuk lari. Tapi pergerakannya membantas segalanya.

Setapak Intan kebelakang, bertapak dia maju mendekati tubuh yang kian memboyot itu. Ku kira tinggal beberapa hari lagi bagai melabuhkan tirai. Saat itu bermacam-macam dia akan lakukan untuk satu-satunya darah dagingnya.

"Jangan lah serius sangat. Aku nak ucap salam rindu buat dia ni." Langsung tapak tanganya merayap atas perut itu.

Terus dia menepis kasar tangan yang mencemari perutnya itu. Mencerlung dia mamandang lelaki itu. Turun naik dadanya kini.

"Jangan pernah sakali you nak sentuh dia ni. I haramkan, Zhaffar!" Meleking dia disitu. Pandangan yang lalu lalang dia abaikan dari terus dia sakiti yang tak pernah henti-henti dek perbuatan Zhaffar.

"Kau tak ada hak nak halang aku, Intan. Budak ni darah daging aku. Aku boleh buat apa-apa je sebab kau larikan dia daripada aku." Bengis Zhaffar. Ingatkan selama dia menghilangkan diri membuatkan Intan lebih lupa dari terus membenci dirinya, tapi salah

"You yang tak ada hak!" terus dia berpaling beredar dari situ. Laju langkahnya lari dari lelaki durjana itu. 

"Maafkan mama, sayang." Ujarnya.

Melihat langkah Intan sudah berlalu pergi terus dia pergi ke kaunter resort itu. Segala maklumat yang dia nak dia dapatkan disitu. Semesti kerjanya begitu mudah.


"Ye, Tok Mi. Zhaffar tak tipu la. Dia ada kat sini. Comel." Ujarnya disebalik corong panggilan tersebut antara dia dan Tok Mi itu.

"Zhaff jangan memandai-mandai nak pergi terjah dia pula. Cicit Tok Mi tu." Tegasnya pada Zhaffar, bukan boleh dibuat main Zhaffar ni. Selepas dia tahu apa yang terjadi pada Intan. Rasa bersalahnya begitu mengunung. Tak sangka pula, Zhaffar yang membuat onar pada Intan sebenarnya. Tidak sampai ke hari ini la hatinya membenci Intan. Sayu bila dia menghalau sendiri Intan keluar dari rumah tu. 

Enam bulan kemudian tu, Zhaffar sendiri menceritakan segalanya, termasuklah dia mencintai Intan sejak dulu lagi. Tapi Intan sedikit pun tak memandangnya. Hatinya begitu sakit. Itu yang diceritakan Zhaffar sendiri. 

Ketawa kecil dia. Nampak sangat ke dia desperate dengan Intan dan anak yang dia kandung tu. Tapi serius lah, comel betul Intan bila mengandung, lagi-lagi kandungan yang dibawa tu darah daging dia sendiri.

"Intan.Intan.Intan. haila." Gumamnya sendiri tanpa dia sedar panggilanya masih dalam talian


Ketukkan pintu bertalu-talu membuatkan dia tersentak dari lamunan panjang. Jam dinding dilihatnya sudah larut malam. Tapi kepentingan apa malam-malam macam ni housekeeper menjenggah kebiliknya. Tak ada pula sebarang permintaan dari pihak resort. Lantas dia bangkit menuju ke pintu bilik tersebut. Buka saja pintu tersebut terus dirempuh pintu tersebut dari luar. Dia juga turut kebelekang atas factor keselamatan kandungannya.

Membutang dia melihat Zhaffar di hadapanya kini dengan senyuman sinis. Terus Zhaffar melangkah ke katil miliknya lalu dia membaringkan tubuhnya disitu tanpa kebenaran dirinya.

"Zhaffar! You keluar sekarang sebelum i call polis." Gertaknya. Dia tahu tak semudah itu dia akan terlepas bila dibabitkan dengan pihak polis.

"Kau halau aku? Kau tahu tak status kau tu apa?" 

Senyap, langsung tak membidasnya. Matanya tunak memandang gerak geri Zhaffar dari satu tempat ke satu tempat dalam ruang bilinya itu.

Hati nya kian resah. Sembilan bulan dia bertahan kerana zuriatnya ini kini dia datang sengaja menyakitkan hatinya pula.

"Bagus lah kau faham apa yang aku maksudkan. Aku nak teman kau kat sini dan......" dia bangkit dari katil lalu datang kearah ku dengan senyuman penuh makna.

".....baby kita, Intan." Zhaffar mencangkung dihadapan perut Intan. Langsung dia labuhkan ciuman hangat dipermukaan yang bersalutkan kain disitu. Bulatan itu diusap semahu-mahunya.

"Bukan baby you." Ayat yang pastinya membuatkan Zhaffar terhenti dari meneliti perutnya

"Apa kau cakap?" Zhaffar bangkit berdiri dengan renungan tajamnya. Gigi diketap rapat.


"Tahniah, Tuan Zhaffar dapat baby boy." Semua yang berada situ turut melakar senyuman tapi tidak pula bagi DR. Aina. Mendung yang terbias diwajah itu menyimpan sesuatu yang pasti belum diluahkannya.

"Im sorry. Mrs Intan tak dapat diselamatkan. Kami cuba sedaya upaya. Tapi yang lebih berkuasa itu datang dari DIA.

Tuhan tolonglah bukakan

Cinta Dan kasih dalam hidupku

Waktu Kan menyepi

Kian pergi membawaku

Saat ternantiku akan rahmat-Mu

Melorot Zhaffar menyembah bumi. Mereka semua berpakat berlari mendapatkan Zhaffar yang tak sedarkan diri.

Hujan mulai renyai membasahi bumi yang turut berduka atas kehilangan sesorang insan yang dicintai tanpa sempat dia luahkan padanya. Kubur yang masih wangi dia duduk disitu beralaskan tikar. Sementara anak lelaki bersama Tok Mi dan juga kedua ibu bapanya. 

Batu nisan yang tertera nama Intan dipeluk dan dicium. Zhaffar merebahkan tubuhnya disisi kubur sang isteri tercinta. Air mata lelakinya tergugur juga, secepat dia menyeka. Kepalanya dilentok keatas tanah lalu memejamkan mata seketika.

"Jom." Ajak Tok Mi.

Zhaffar tak menyahut. Lagi sekali di ajaknya. Masih statik disitu. Lantas Tok Mi mengoyangkan tubuhnya sedikit agar dia sedar yang dia berada dimana. Saat itu juga tubuh itu terkulai layu dikakinya. Payung yang berada ditangannya terus dilepaskan jatuh ketanah. 


TAMAT



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku