Cinta Hati Tuan Professor
Random
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Oktober 2017
...tidak perlu genius untuk meneka di mana letaknya hatiku..
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1222

Bacaan








“Ini dah peraturan fakulti. 1 jam ke 1 minit ke kalau ambik parking staff memang kena rantai. Bayar je lah kalau nak lepas. Cik boleh isi borang ni, tandatangan di tempat yang diminta tu dan bayar RM50. Dah buat tu semua saya akan panggil staf yang berkenaan untuk bukakan kunci,”


“RM50 tu mahal…saya tak ada kerja lagi ni…duit makan pun saya minta dari mak saya tadi. RM50 tu duit makan saya 10 hari tu kak,” keluh Izzah.

“Maaf cik…saya tak ada kuasa nak bantu cik tapi kalau cik nak buat rayuan boleh jumpa Timbalan Dekan,” ujar Kak Roy memaklumkan. Wajah Izzah kelihatan teruja.

“Siapa Timbalan Dekan tu?” soalnya.

“Hai…tak kan tak tahu. Prof Izmirlah.” jawab Kak Roy sambil membulatkan matanya. Tadi kak Roy agak mesra tapi bila tahu keretanya dikenakan rantai terus berubah layanan dia. Layanan pada orang bersalah. Prof Izmir? Izzah merasa lega. Mudah sangat. Dia pasti Professor itu dapat membantunya. Dia kan bakal jadi RA professor itu. Izzah tersengeh.

 

Izzah kembali ke bilik Prof Izmir dengan harapan menggebu. Dia masuk setelah mengetuk pintu dan Izmir menyuruhnya masuk. Ketika itu Izmir sedang memerhatikan sesuatu di laptopnya apabila wajah gadis tadi terjengol semula di pintu biliknya.

“Prof…saya nak bincang sikit boleh?” Izzah memulakan bicara. Izmir tidak mengangkat muka pun. Apa lagi? Bukankah dia sudah katakan yang gadis itu boleh mula bekerja esok?

“Saya banyak kerja ni. Awak tak jadi kerja ke apa?” soal Izmir dari celah laptopnya. 

“Eh…jadi Prof. Ini hal lain,” jawab Izzah.

“Cepat. Saya banyak kerja ni,” ujarnya masih tidak memandang Izzah.

“5 minit je Prof,” ujar Izzah telah pun duduk semula di hadapan Izmir. Izmir mengangkat wajah. Dia menghela nafas bosan.

“Okay shoot. Apa yang awak nak cakap ni sampai tak boleh tunggu besok pagi?”

“Err…saya nak Prof pertimbangkan sesuatu,” pinta Izzah.

“Apa pulak ni?’ soal Izmir hairan.

“Macam ni ceritanya. Saya nak cepat tadi jadi saya parking sahaja di satu tempat parking yang kosong. Memang emergency Prof sebab saya ni pentingkan ketepatan masa. Saya tak mahu Prof menunggu saya jadi saya terpaksa parking di situ. Tapi masalahnya sekarang fakulti ni dah clamp kereta saya. Jadi, saya nak minta jasa baik Prof sebagai timbalan dekan di fakulti untuk buka clamp di kereta saya tanpa bayaran. Mesti Prof faham keadaan saya kan? Saya tahu hati Prof baik. Lagipun saya akan bekerja dengan Prof bermula esok pagi. Kiranya saya staf jugaklah kan?,” ujar Izzah dengan yakin. 


Izmir menghentikan taipan di laptopnya. Perlahan-lahan Izmir mengangkat muka. Wajah Izzah direnungnya semacam sehingga Izzah yang tadinya tersengeh yakin kini merasa semacam pula. Prof ni dah kenapa? Terutama bila mata lelaki itu memandangnya tajam dan perlahan-lahan bibirnya mengorak senyum sinis tanpa berkata apa-apa. Untuk beberapa saat itu dia tidak berkata apa-apa hanya matanya sahaja yang merenung Izzah tak berkelip buat Izzah menelan air liur berkali-kali. Prof itu dah kenapa? Kena sampuk apa pulak ni?


Izmir merenung Izzah tidak berkelip. Oh…inilah manusia yang telah mengambil parkirnya tadi. Manusia inilah yang telah menyebabkan dia terpaksa parking jauh dan berpanas-panas setelah usai meetingnya pagi tadi. Dia lapar dan penat kemudian terpaksa menapak jauh pula. Dan sekarang dia bagai tak percaya manusia itu berada di hadapannya. Dan si pengambil parking tu dengan muka tidak malu pula telah meminta dia melepaskan sahaja tanpa membayar kepada fakulti. Hati Izmir rasa mahu meletup. Izmir terasa seperti mahu ketawa besar terutama di saat itu dapat berjumpa dengan manusia yang tidak bertanggungjawab itu. Banyak cantiklah muka manusia itu! Malangnya manusia yang tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri itu akan menjadi RAnya pula. Apakah yang berlaku ini? Dia perlu buat sesuatu. The girl definitely must learn her lesson! getus hati Izmir.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Random | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku