Cinta Hati Tuan Professor
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Oktober 2017
...tidak perlu genius untuk meneka di mana letaknya hatiku..
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1171

Bacaan






Sebaik sampai di kawasan parkir fakulti, Izzah menunjuk pada parkir di mana kereta Axia hijaunya di parkir. 

“Inilah parkingnya Prof. Cuba Prof lihat ni, sampai hati mereka clamp kereta comel saya ni. Mereka kejam Prof,” ujarnya mengadu. Izmir berjalan ke arah kereta itu. Ada papan tanda tertulis nombor plat di parkir itu.

“Oh inilah kereta awak ye Izzah?. Cantik warna kereta ni kan,” kata Izmir sengaja dengan senyum sinis masih di bibir.


“Err Prof suka? Saya memang suka warna hijau ni. Dulu mak saya tak suka. Dia suruh saya ambil warna lain tapi hijau macam ni refreshing kan Prof. I love green. I love this car Prof,” ujarnya nampak teruja sangat. Tidak perasan wajah Izmir yang sedikit bengang sempat lagi mengajuk kata-kata Izzah di belakang. Mulut macam bertih jagung!


“Oh ye ke? Tapi kan…saya nak minta awak buat sesuatu tau Izzah,” ujar Izmir bersungguh. Dia kini melipat lengan kemejanya hingga ke siku kemudian berpeluk tubuh.


“Boleh Prof. Anything for you Prof,” ujar Izzah masih teruja. Dia seronok kerana Prof itu juga seperti sukakan keretanya. Izmir menatap wajah Izzah. Amboi, anything for you Prof? Bukan main lagi budak perempuan itu. Memang kaki bodek tak hingat! Desis hati Izmir geram.


 “Cuba awak baca papan tanda tu Izzah. Baca elok-elok dan kuat-kuat,” pinta Izmir menunjuk pada satu papan tanda di situ.. Izzah mengangguk lantas membacanya. Hairan juga kenapa dia kena baca pula. Tapi Prof punya pasal dia ikutkan sahaja. “Timbalan Dekan Perancangan, JPD 1975!,” baca Izzah agak kuat.


“Kuat sikit lagi. Saya tak dengar,” ujar Izmir. Izzah menghela nafas. Dah kenapa? Kena baca kuat pulak? Tapi Izzah sengeh dan kemudian membacanya sekali lagi dengan agak kuat.
“Bagus. Parking siapa tu Izzah?” soal Izmir pada Izzah seperti seorang guru bertanya anak muridnya. 
“Oh..ini parking Timbalan Dekan Perancangan….err…” baca Izzah kemudian sesuatu terbayang dimindanya. Tadi sewaktu dia ketuk pintu Prof itu, ayat-ayat itu juga tertera di depan pintu. Izzah teringat sesuatu. 


Parking itu. Parking Timbalan Dekan Perancangan dan tuan punya jawatan itu ialah…Mata Izzah buntang melihat senyuman sinis di bibir Izmir yang kian terhapus. Malahan mata Izmir sedang merenungnya seperti ada bebola api sahaja di situ. Serta-merta dia sedar. Alamak!.what have I done?? Izzah, kau memang nahas pergi ambik parking lelaki itu. Dah tahu kau mintak kerja dari dia tapi boleh pulak kau ambil parking dia! 


Tapi, mana aku nak tahu professor itulah timbalan dekannya. Bukan ada tulis kat dahi dia. Mama pun satu tak bagi tahu dia tu Timbalan Dekan. Kalau tidak pastilah aku tak parkir di situ. Hai lah…apa yang lebih malang dari ini? Dahlah minta kerja dari orang itu tapi boleh pulak kau terambik parking dia! Memang rentunglah aku kena sembur lepas ini! Pantas Izzah memandang wajah Professor itu yang sedang tersenyum sinis memandang padanya sambil berpeluk tubuh. Senyum sinis menjengkelkan terpancar di bibir merahnya. Izzah gugup. 


“Ok Cik Izzah…agak-agaklah kan siapa punya parking yang awak ambik ni? Cuba bagi tahu saya sikit,” perli Izmir sambil mengurut dagunya. Matanya yang seperti burung helang memandang tajam pada Izzah. Izzah menggigit bibir. Habislah aku…habislah aku…mantranya dalam hati. Dia dah terbayang beg besar di airport. Aduh. Ke Melbourne lah dia hujung minggu itu. Apa pun masih belum terlambat. Dia masih ada harapan!


“Err….siapa ye Prof?” soal Izzah naif penuh sengaja. Mahu menyembunyikan rasa galau di hatinya saat itu. Ignorance is the best defense. 


“Buat-buat tak tahu ye… Walaupun awak buat-buat tak tahu ianya tak akan mengubah fakta yang awak dah ambik tempat parkir saya. Saya tahu awak dah sedar yang awak ambik parking saya tapi sengaja buat naifkan. Saya tak akan terpedaya. Agak-agak awaklah, patut tak saya dengar rayuan awak supaya awak tak payah bayar denda tu?” perli Izmir. Izzah tersengeh lebar macam kerang busuk. Aduhai. Berat dan parah ni. But, whatever it is, flash your biggest smile and smile with confident. Manalah tahu sejuk hati Professor itu tengok wajah dia yang tersenyum comel itu. Selalunya ia berhasil untuk lelaki-lelaki lain.


“Mmm…pada pendapat saya kan Prof…Prof patut dengar rayuan saya sebab saya tahu Prof mempunyai hati yang tulus suci…sudi memaafkan. Nabi Muhammad pun maafkan umat dia…apatah lagi Prof. Nampak dari muka Prof saya tahu Prof orang macam tu. Muka bersinar-sinar. Mesti Prof selalu pergi masjid kan?,” ujarnya nakal. Izmir mengangkat kedua tangannya seperti mahu mencekik Izzah. Geram sungguh dia pada gadis itu. Main-main pula hal ugama.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Random | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku