Cinta Hati Tuan Professor
Bab 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Oktober 2017
...tidak perlu genius untuk meneka di mana letaknya hatiku..
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1411

Bacaan






“Ye memang pun. Patut Prof biar je.. Saya bukan sesiapa. Prof cakap tadi saya ni seorang yang tak bertanggungjawab. Kalau tidak mesti ibubapa Prof tak salah faham. Ke Prof sebenarnya nak ambil kesempatan?,” soal Izzah dengan senyum sinis menambah hangat di hati Izmir. Geram dia melihat si gadis berbibir penuh itu bercakap. Ambil kesempatan? Dia seorang professor tentulah tidak begitu. Ada ramai perempuan cantik datang dan pergi dalam hidupnya sebagai pelajar, rakan sekerja dan rakan industri tapi tidak pernah dia mengambil kesempatan atas mereka. Dia memang professional setiap kali. Walaupun dia tahu ada yang mencuba-cuba tapi selalu dia dapat mengelaknya dengan cara tidak mengendahkan sahaja kecuali satu insiden. Dan dia belajar dari situ untuk tidak pernah terlibat dengan mana-mana wanita lagi. Sungguh dia jeran.


“Ambik kesempatan? Awak ingat saya ni apa hah? Gatal miang? Pervert? Tolong sikit. Saya tak ada masa nak miang-miang ni. Kalau saya nak ambil kesempatan saya dah buat lama dah. Ada ramai wanita-wanita yang lebih cantik dalam hidup saya ni berbanding awak. Wanita macam awak ini saya tak berminat tahu tak?,” ujar Izmir menjegilkan matanya pada Izzah. Izzah terdiam. Tak berminat?? Berlagak sungguh lelaki itu! Rasa tercalar ego Izzah sebagai seorang gadis dalam kategori wanita ada rupa. Setakat ini memang Izzah yakin saja dengan rupanya. Dia tahu dengan darah kacukannya, wajah adalah asetnya yang paling menonjol. Justeru itu dia tidak pernah ditolak oleh mana-mana lelaki kecuali Izmir dan…Wafiq bekas boyfriendnya. Namun dia tahu, bukan masanya untuk dia bergaduh. Dia kesuntukan waktu dan wang. Dia terdesak untuk mendapatkan kerja dari lelaki itu. Kalau tidak ke Melbournelah dia.

 

“Janganlah marah Prof. Saya tahu Prof orang baik. Tak fikir benda-benda macam tu kan? Saya gurau je okay. Tak kan tak boleh. Chill lah!,” Izzah sudah tersengeh-sengeh macam kerang busuk. Izmir mendengus. Geram dia dengan sikap Izzah yang tidak serius itu.


“Chill otak awak!…Saya ni ada muka nak gurau-gurau ke? Awak tahu tak sekarang ni ibubapa saya dah tak percayakan saya dan kita nak kena paksa kahwin. Hujung minggu ni mereka nak datang pinang awak untuk saya. Awak pulak boleh buat main-main ye?”


“Saya tahu… tapi semua tu bukan sengaja. Alah, relakslah Prof…saya tahu mak saya tak akan setuju sebab semua ni mengarut sahaja. Mana boleh orang kena kahwin hanya kerana terpeluk je Prof. Tak logik tau Prof. Lainlah kalau tangkap basah,” ujar Izzah menyatakan rasa hairannya. 


“Tapi, ibubapa saya dah tak percayakan saya sekarang ni. Awak tak tahu apa yang parents saya boleh buat. Kan saya dah cakap abang saya terpaksa kahwin sebab parents saya dah berkenan. Saya tak tahu bagaimana tapi mereka dapat yakinkan ibubapa kakak ipar saya tu untuk terima abang saya walaupun tak pernah jumpa lagi. Bila mereka dah buat keputusan payah kita nak halang. Skill memujuk mereka tu tak ada siapa boleh lawan tahu tak?,” beritahu Izmir.


“Tak mungkinlah. Percayalah mak saya tak akan terima sebab dia memang tak mahu saya kahwin awal. Dia mahu saya kerja dulu. Dia mahu saya capai cita-cita saya dulu jadi Prof jangan risaulah,” ujar Izzah cuba meyakinkan Izmir. Malam tadi sebelum tidur dia telah terfikir. Mustahil ibunya akan terus setuju untuk dia dikahwinkan. Dia tahu ibunya bagaimana.


“Yakinnya awak. Mana awak tahu semua ni?”


“Sebab, mak saya macam tu. Kadang-kadang dia nak lepaskan perasaan sahaja ugut macam-macam.  Lama-lama dia lupalah bila mood dia dah baik,” kata Izzah bersungguh. Izmir merenung wajah Izzah dengan rahangnya bergerak-gerak. 

“Pandainya awak bercakap. Mulut macam bertih goreng! Parents saya bukan macam tu. Keluar dari kereta saya sekarang,” suruhnya.

“Eh Prof…jangan macam tu.  Janganlah tinggalkan saya. Saya nak ke ofis macamana? Lagipun semalam Prof dah janji nak hantar saya balik sekejap untuk tukar baju sebelum ke ofis. Prof jugak yang tak bagi saya bawa kereta. Kalau tidak, saya tak susahkan Prof macam ni,”

“Awak baliklah sendiri,”

“Tak baik Prof…Prof dah janji. Lagi satu, kalau janji tak tepati Prof dah jadi munafik tahu tak?”

“Awak ni kalau bercakap memang suka betul buat saya benganglah. Saya rasa macam..macam…,” ujar Izmir dengan kedua tangannya seperti mahu mencekik Izzah.

“Macam apa? Cuba Prof habiskan ayat tu,” pinta Izzah sambil tersengeh.

“Macam saya nak ikat getah je mulut tu!” marah Izmir. Izzah terpempan. Ada ke dia nak ikat mulut aku dengan getah? Dia ingat aku plastik makanan ke apa? desis hati Izzah geram. Namun, dia paksa diri memaniskan muka. Masa depan dia bergantung dengan Prof itu sekarang.

“Saya cakap yang betul Prof. Tak elok bengang-bengang ni Prof. Nanti cepat tua,” 

“Dah puas cakap? Cakap lagi sepatah saya akan angkat awak keluar dari kereta ni! Cubalah! Awak ingat saya kasihan sangat dengan awak tu??,”ugutnya.

 Izzah terpempan. Angkat aku keluar??? Biar benar, desis hati Izzah. Kecut perutnya memikirkan kemungkinan itu. “Okay…saya zip mulut saya ye,” ujar Izzah membuat isyarat zip mulut. Kemudian tersengeh-sengeh.

“Kata dah zip. Apa pasal boleh sengeh-sengeh pulak??” tengking Izmir. Izzah membuat isyarat sekali lagi dan mengemam bibirnya. Izmir mengeluh dan mengeleng-ngeleng melihat perlakuan Izzah itu. Gadis itu memang memeningkan dia.  Kepalanya sudah pening tapi nampaknya tambah pening disebabkan oleh gadis itu. Tapi buat masa itu dia memang tiada pilihan. Dia tiada RA dan dia perlukan gadis itu untuk membantunya dalam mesyuarat dan juga penyelidikannya nanti. Dan mesyuarat itu akan bermula dalam sejam lagi! 


Sepanjang perjalanan ke rumah Izzah, Izzah menikus sahaja. Takut dia kalau Izmir berhentikan kereta dan angkat dia keluar dari kereta itu. Jadi semuanya senyap. Hanya deruan enjin kereta dan tayar membelah jalan. Itulah 30 minit paling membosankan. Izmir tidak bercakap apa-apa dan seperti semalam tiada radio terpasang. Izzah rasa macam mahu gila kerana 30 minit berada dalam kereta tanpa bunyi ironinya terasa membingitkan telinganya. Sesampai sahaja di rumahnya, Izmir menyuruh Izzah segera menukar baju. 


“10 minit. Ingat tu.!” ujarnya memberi amaran. Melihat wajah Izmir yang serius seperti itu Izzah secepat kilat bergegas masuk ke dalam rumah dan menukar baju yang lebih sesuai untuk ke pejabat. Izzah perasan yang ibunya sudah tiada di rumah dan pasti sudahpun ke tempat kerja. Izzah sedikit hampa. Dia sebenarnya baru sahaja mahu meminta bantuan ibunya untuk memakai tudung seperti semalam tetapi wanita itu pula tiada di rumah. Terpaksalah dia sarung sahaja tudung yang dia nampak di dalam bilik ibunya. Tudung itu tudung ekspress dua muka. Namun, disebabkan dia masih belum biasa dengan tudung Izzah mengambil masa agak lama. Merengus Izmir dibuatnya apabila Izzah akhirnya menghenyakkan punggung di sebelah tempat duduk penumpang Mercedes itu.


“Awak ni tukar baju ke buat baju? Saya bagi 10 minit bukan 30 minitlah. Buat rugi minyak je tunggu awak lama-lama,” sindir Izmir memandang Izzah yang kini berbaju kurung ke atas ke bawah lengkap bertudung dengan rona yang sama.


“Perut sakit,” Izzah memberi alasan. Izmir melirik pada Izzah seketika.  Matanya lekat pada tudung yang dipakai oleh gadis itu. Serta-merta bibirnya herot tetapi dia hanya senyap. Nanti kalau dia beritahu makin lama pulak gadis itu membetulkan tudung. Lagipun entah-entah tudung stail senget itu adalah stail terbaru. Biasalah wanita-wanita muda sekarang yang dipanggil sebagai hijabista. Bila lain dari yang lain itulah yang dinamakan fesyen.  Matanya masih di wajah Izzah dan tudungnya sebelum dia mengeleng-ngeleng.

“Maaf Prof,” pantas Izzah meminta maaf. Dia terperasan wajah Izmir yang tersenyum-senyum dan mengeleng-ngeleng. Sesekali matanya di tudung Izzah. Pantas Izzah meraba tudungnya. Ada yang tak kena kah?

“Prof…ada benda tak kena ke dengan tudung saya ke?” soal Izzah berterus-terang. Izmir merenung seketika dengan wajah serius. Dia tidak menjawab. Kereta itu pun mula bergerak keluar dari perkarangan rumah Izzah ke jalan raya. Mereka ada 30 minit sebelum mesyuarat bermula. Harapnya sempat mereka sampai sebelum itu. Kalau tidak Izmir memang akan bengang dengan Izzah kerana bersiap terlalu lambat.

“Tak ada pun. Semua ok.” ujarnya. Tak lama kemudian kereta Mercedes itu kembali ke jalan raya. Laju meredah pagi ke Fakulti yang dikatakan oleh Izmir semalam. 





Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku