Cinta Hati Tuan Professor
Bab 18
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Oktober 2017
...tidak perlu genius untuk meneka di mana letaknya hatiku..
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1406

Bacaan






Tengahari itu Izzah terpaksa mengikut Izmir ke sebuah restoran yang terletak di sebuah pusat membeli-belah di ibukota itu. Di restoran, Izzah duduk mengadap Izmir dengan sebuah laptop yang terbuka. Siap sedia untuk memulakan tugasnya. Izmir meminta Izzah berada bersama supaya Izzah boleh menulis laporan yang lengkap dan terperinci di samping menemankannya. Wakil syarikat yang dikatakan masih belum sampai. 

Sambil menunggu, Izzah meneliti kerja-kerja lain yang tertunggak. Bukanlah kerana dia rajin sangat tapi sebenarnya dia mahu mengelak dari berbual dengan Izmir yang nampak serius sejak mereka bertolak dari fakulti tadi. 

Izmir pula melirik pada telefon bimbitnya menjawab mesej-mesej yang entah dari siapa. Mereka sebenarnya menunggu seorang wakil dari sebuah syarikat terkemuka yang akan datang berjumpa Izmir.  Wakil syarikat itu memang Izmir kenal sangat. Mereka banyak terlibat dalam program yang sama. Ini kali ketiga mereka berurusan. Namanya Encik Mokhsin. Tak lama kemudian lelaki itu pun tiba. 

“Wah Prof, ada setiausaha baru nampaknya,” tegur lelaki itu apabila melihat Izzah di sebelah Izmir sewaktu mereka bersalaman. Dia tersenyum pada Izzah.

“Nampaknya macam tu lah. Kenalkan ini Izzah. Dia pembantu penyelidik saya. Izzah, ini Encik Mokhsin. Dia pemilik syarikat yang salurkan bantuan untuk penyelidikan kita yang saya beritahu tadi,” terang Izmir. Izzah mengangguk dengan hormat kepada lelaki yang nampak sedikit berusia itu.

“Apa jadi dengan siapa tu? Fatin kan?, Dia berhenti ke?” soal Encik Mokhsin telah pun melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang kosong di meja itu. Antara Izzah dan Izmir.. Izzah di sebelah kanannya, Izmir di sebelah kiri..

“Ye, namanya Fatin…dia ikut suaminya ke Sabah,,”

“Wah patah kaki tangan lah bila Fatin dah pindah ye?,” gurau Mokhsin. 

“Nampaknya macam tu lah. Encik Mokhsin tahu kan yang Fatin tu sangat cekap. Bila dia tak ada termenung jugak saya. Overwhelm with everything. Tak tahu mana nak mula dulu,” luah Izmir. Izzah mendengarkan sahaja. Patutlah dia buat semua tidak kena. Agaknya Izmir masih membandingkan dia dengan RA lamanya Fatin. 

“Itulah masalahnya bila kita ada pembantu yang cekap. Bila dia tak ada baru kita tahu yang kita terlalu bergantung pada dia,” ujar lelaki itu sambil ketawa. Izzah buat-buat tidak dengar.

Izmir turut ketawa sambil mengangguk-angguk. Mata Izzah lekat pada wajah Izmir. Jarang dia melihat Izmir ketawa begitu. Nampak boyish kerana bila dia ketawa ada lekuk di pipinya dan terserlah gigi taring kecilnya. Nampak makin kacak wajah itu. Terpana Izzah seketika sebelum menyedarkan dirinya. Jangan lebih-lebih Izzah. Wafiq lebih kacak dari Izmir monster itu! desis hati Izzah.

“Should we start?” soal Mokhsin. 

“Yes sure, ” jawab Izmir.

“Maaflah. Saya ada meeting lain selepas ini jadi tak boleh nak stay lama untuk makan tengahari,” 

“Too bad. Saya baru nak belanja yang special di restoran ni,”

“Tak mengapa. Lain kalilah…tapi saya rasa rugi pulak tak boleh kenal-kenal dengan RA Prof yang baru ni. Manis je orangnya,” usiknya sambil matanya memandang Izzah sambil tersenyum. Izzah tersentak dengan pujian itu namun memberikan senyuman juga. Rasa berbunga pula bila dipuji. Manis kata dia? Aduhailah pakcik. Puji-puji pulak. Walau bagaimanapun senyumnya terhakis bila melihat wajah Izmir yang semacam memandangnya. Izzah cepat-cepat tulis sesuatu di diarinya. Ah, cemburulah tu RA dia dipuji oleh orang lain. Ataupun memang lelaki itu dengki padanya?, fikir Izzah dalam hati.

Perbincangan itu berjalan selama satu jam lebih sehinggalah Encik Mokhsin meminta diri. Dia memberikan Izzah kadnya. “Take care Izzah,” ujarnya sambil mengenyit mata pada Izzah dan memberi isyarat call me sebelum berlalu. Biar betul!

“You too Encik Mokhsin,” ujar Izzah sambil ketawa sedikit. Izzah rasa sangat lucu sehingga ketawa menutup mulutnya dengan tangan. Tambah lucu bila melihat wajah Izmir. Apa masalah dia ni? Izzah pasti Encik Mokhsin yang berusia itu hanya bergurau.Jadi, dia tak rasa Encik Mokhsin ada niat lain.

“Sudah-sudahlah tu ketawa. Gedik sangat nampak,” rungut Izmir memandang Izzah dengan sinar mata geram. Izzah membulatkan matanya. Apa masalah dia ni?.

“Alah Prof, Encik Mokhsin tu sebaya dengan bapak saya je. Saya pasti dia hanya gurau saja tu. Dia anggap saya macam anak dia je kan. Saya ketawa tu bukan saya gedik tapi lebih kepada rasa gelihati saja,”

 “Anak? Naif betul awak ni. Dia tengah cari calon isteri dia yang ketigalah. Nanti jangan salahkan saya kalau awak jadi isteri nombor tiga dia,” ujar Izmir kelihatan serius. Bunyi mengugut pun ada. Izzah tersentak. Calon nombor tiga? Merepeklah!

“Hah? Prof tipu kan?” soal Izzah tidak percaya. Jenuh kalau jadi nombor tiga!

“Nak tipu buat apa. Apa salahnya. Encik Mokhsin tu kaya raya. Kalau awak jadi isteri dia awak tak payah kerja. Tak payah kena bebel dengan saya. Kira terjaminlah sepanjang hidup awak. Kan ramai perempuan yang suka macam tu?. Nak kahwin dengan orang kaya lepas tu senang-lenang sampai tua. Lagipun dengarnya Encik Mokhsin tu memang jaga betul isteri-isteri dia. Setiap isterinya ada banglo dan kereta mewah. Selalu pergi holiday. Apa lagi nak? Semua dah lengkap dah. Cuma kena kongsi suami saja,” ujar Izmir dengan senyum sinis. Izzah menjuihkan bibir. Tapi sudah tentu dia tidak akan membiarkan Izmir rasa seronok begitu.

“Hmm…menarik jugak tu Prof. Yang penting kaya kan?,Wah banglo sebijik dan ada kereta mewah? Wah bertuah sungguh!” ujar Izzah sengaja. Izmir terlepas dengusan. Rasa meluat kian terasa.

“Arghh…seriously Izzah. You are that bad?” soal Izmir sinis. Dia merenung wajah Izzah sambil mengeleng-ngeleng.

“Kenapa? Apa salahnya. Kalau dah cinta, nombor 3 pun sanggup Prof. Suka sama suka. Dari kahwin paksa dengan Prof saya rela kahwin jadi isteri ketiga Encik Mokhsin tau,” ujar Izzah sengaja. Bulat mata Izmir. Hangat hatinya. Amboi, rela jadi isteri nombor 3 dari kahwin dengan aku yang bujang ini? Budak perempuan ini memang melampau!

“Oh ya? Nanti saya bagi tahu dia. Biar dia pinang awak secepat mungkin. Saya tak sangka awak lebih suka orang tua dan suka bermadu. Bagus dapat perempuan macam awak ni. Suka sharing. Oh ya, sharing is caring kan?” perli Izmir sambil ketawa sinis. 

“Memanglah Prof. Lagipun, orang kata orang tua macam tu lebih romantik dan sabar dari orang muda tau. Kalau dengan orang muda darah panas asyik kena bebel kena marah je. Kalau orang tua penyabar. Mesti dia layan isteri dia dengan baik sebab itulah isteri-isteri dia tak gaduh,” ujar Izzah sengaja.

“Hah, baguslah! I wish you happily ever after Izzah! Moga Izzah dan Encik Mokhsin dapat disatukan secepat mungkin. Bagus juga kalau dia cepat pinang awak. Jadi, tak perlulah parents saya datang hujung minggu ni. Selamat saya dari terkahwin dengan awak!,” ujar Izmir dengan senyum mengejek. Suka orang tua konon!

“Thank you Prof. Thanks also for your doa. I really appreciate it,” jawab Izzah bersungguh-sungguh sengaja menambah hangat hati Izmir lagi.

 “Most welcome. Moreover, your personal life is none of my concern. Buatlah apa saja yang you suka Izzah. Asalkan awak bahagia. Pada saya yang penting ialah kerja awak. Mesti on time, dengan kualiti dan seperti yang saya mahukan,”

“Thanks Prof. Like you said my personal life is none of your concern,”

“Bagus kita berdua dah sama-sama faham antara satu sama lain. Since we both agree on that, now is the time to talk about work. Sediakan minit mesyuarat tadi dan juga sediakan proposal untuk penyelidikan bersama itu nanti. Saya akan draf proposal dan catatkan di margin apa yang awak perlu buat untuk menyediakan proposal tu. Ingat, due datenya ialah 2 minggu dari sekarang,”. ujar Izmir tegas. Tiada lagi senyum dan ketawa macam tadi. Izzah senyap seketika dan kelihatan risau. Dia menggigit kukunya. Satu habit Izzah bila dia risau.

“Prof, saya tak pasti tentang penyediaan proposal terutama proposal untuk penyelidikan tu lah,” ujar Izzah meluahkan kerisauannya.

“Tak pasti? Awak sepatutnya tahu dan cuba dapatkan maklumat tentang proposal tu lebih awal. Kan saya dah bagi tahu selepas mesyuarat penyelidikan yang lepas. Dalam web tu ada banyak sumber Terutama proposal penyelidikan. Entah apalah awak buat selama 4 hari datang kerja ni. Bergossip saja dengan Kak Roy agaknya ye?,” serkap jarang Izmir. Gossip? Eh dia dengar ke apa yang aku bualkan dengan Kak Roy pagi tadi? desis hati Izzah. Memang telinga lintah betul orang tua itu. Ke dia ada perakam suara di mana-mana? Selamba saja lelaki itu memerlinya! Izzah simpan saja keinginan untuk bertelagah dengan lelaki itu saat itu. Malas dia bertelagah tapi dia harus maklumkan perkara sebenar supaya Izmir tidak salah sangka. 

“Saya buat kerja dengan elok setiap hari Prof. Saya bual dengan Kak Roy bila waktu break. Bila bercakap dan berbual tak semestinya saya bergossip. Lagipun, saya nak gossip macamana? Kerja banyak!,” ujar Izzah membela dirinya.

”Alah. Saya dah tahu. Perempuan memang suka bergossip. Pantang jumpa mesti nak gossip kan?. Gossip itulah inilah. Tak sempat konon.  Hmm..mengenai proposal tu awak boleh minta Erin bantu awak. Jangan lupa, untuk apply master, awak juga kena sediakan proposal. Saya akan berikan awak proposal geran saya tu. Dari situ awak boleh pilih mana bahagian dari cabang penyelidikan saya itu yang awak boleh guna untuk proposal penyelidikan sarjana awak,” ujar Izmir. Tegak telinga Izzah mendengar nama Erin.

“Erin?” soal Izzah kembali.

“Oh…awak belum jumpa Erin lagi kan?” soalnya.

“Tak Prof. Siapa Erin tu?” soal Izzah ingin tahu. Terutama apabila melihat bibir Izmir seperti tersenyum sedikit bila berkata tentang Erin.

“Erin pelajar PhD saya. Dah 2 tahun dengan dia. Nanti awak pergi jumpa dia. Awak boleh minta bantuan dia. Minta dia emailkan contoh-contoh proposal,” jelas Izmir. Izzah mengangguk-angguk.

“Boleh saya dapatkan nombor telefon dan email Erin ni Prof?” pinta Izzah. Izmir mengangguk.

“Saya whatsapp sekarang pada awak. Tapi Erin sekarang berada di conference. Lusa dia akan balik. Nanti awak contactlah dia,” ujar Izmir menekan nombor di telefon bimbitnya. Seketika kemudian telefon Izzah berbunyi menandakan bahawa ada mesej whatsapp untuknya. Bila Izmir mengatakan Erin tiada kerana ada conference serta-merta dia teringat kata-kata Kak Roy. Tentang teman wanita Izmir yang pergi ke conference. Inikah teman wanita Izmir? Tapi tak logik pula. Mana boleh penyelia mempunyai hubungan lebih dari professional dengan pelajarnya? Mungkin bukan Erin.

“Baik Prof,” Izzah mengangguk. Dia mencatat ke dalam buku notanya. Izmir hanya memerhatikan sahaja gadis itu menulis di dalam buku notanya. Nampak sangat fokus sambil menggigit bibir penuhnya. Lama mata Izmir singgah di wajah polos itu. Dia teringat kata-kata Mokhsin. Si  manis? Ah, ulat bulu naik daun betul orang tua itu. Dan hairannya gadis itu kata dia suka lelaki sedemikian. 

Asalkan kaya? Arghhh! Memang di dunia ini dah tiada lagi perempuan yang ikhlas. Kalau ada duit, yang tua macam Encik Mokhsin pun orang berebut. 

Romantik? Mengingatkan itu Izmir rasa meluat tiba-tiba. Tiba-tiba perutnya memainkan tempo semacam seolah meminta diisi. Lapar kerana pagi tadi dia hanya makan sedikit sahaja kerana ingin lari dari bebel Puan Nora yang tidak habis-habis tentang kahwin. Bila Puan Nora mula bercakap sahaja terbang semua selera Izmir.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku