Cinta Hati Tuan Professor
Bab 22
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Oktober 2017
...tidak perlu genius untuk meneka di mana letaknya hatiku..
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1109

Bacaan






Puan Julia merasa risau melihat perkembangan Izzah dan Wafiq itu. Wafiq pula kian selalu mengambil dan menghantar Izzah. Lelaki itu selalu juga datang dengan bermacam-macam hadiah dan bunga untuk diberikan pada Izzah. Puan Julia risau. Kalau perkara itu terus berlaku ada kemungkinan Izzah akan cair juga. Tambahan pula Wafiq seorang yang kacak dan kaya. Puan Julia risaukan Izzah kalau-kalau gadis itu jatuh cinta semula dengan Wafiq. Wafiq dan Izzah perlu dipisahkan walau apa pun terjadi.

“Izzah, Wafiq tu…kenapa dia?,”

“Wafiq serius nak kembali pada Izzah,” jawab Izzah. Dia kelihatan mengelamun. Peristiwa siang tadi terimbau di benak Izzah lantas Izzah tersenyum nipis. 

“Hari tu Izzah kata Izzah tak akan terima Wafiq lagi,” tempelak Puan Julia. Matanya menangkap reaksi mengelamun Izzah yang menyebabkan senyuman perlahan-lahan menular di bibir penuh Izzah. Puan Julia diburu resah tatkala itu. Dia makin resah bila pipi Izzah kelihatan sedikit merah. Adakah Izzah sudah kembali jatuh dalam perangkap Wafiq? Puan Julia makin galau.

“Memang pun…tapi Wafiq tu sentiasa datang jumpa Izzah. Izzah dah minta dia ignore Izzah tapi dia tak mahu. Ma, Wafiq nak bawa Izzah jumpa keluarga dia. Dia serius nak ambil Izzah jadi isteri dia,” ujar Izzah dengan mata bersinar ceria. 

“Tapi 2 bulan lepas bukan ke dia dah bawak Izzah jumpa keluarga dia?,”

“Betul…tapi 2 bulan lepas Wafiq tak berterus-terang dengan keluarga dia. Kali ni Wafiq nak berterus-terang yang dia nak kahwin dengan Izzah bukan dengan Luna. Keluarga Wafiq nak ajak Izzah makan malam. Boleh kan ma?,”

“Mama rasa baik tak payah Izzah terima jemputan dia,”

“Kenapa pulak?” soal Izzah dengan sedikit hampa.

“Dengar sini baik-baik Izzah. Luna tu anak hartawan. Sama taraf dengan Wafiq tu. Izzah tu siapa? Kita keluarga biasa-biasa,”

“Wafiq kata dia tak kisah. Dia tak kisah Izzah dari keluarga bagaimana. Yang penting dia sayang dan cintakan Izzah,”

“Habis Izzah setuju ke yang dia nak kahwin dengan Izzah?”

“Izzah tak pasti,”

“Apa?  Tak pasti? Izzah sepatutnya tak pertimbangkan langsung atas apa yang berlaku pada Izzah sebelumni. Nanti Izzah termalu lagi bagaimana?” soal Puan Julia serius.

“Tapi kali ni Wafiq nampak bersungguh-sungguh,”

“Izzah…berapa kali mama nak cakap. Wafiq tu tak sesuai untuk Izzah. Kita ni tak setaraf dengan keluarga dia tahu tak? Mama rasa lebih baik Izzah jangan layan dia lagi. Mama tak sanggup tengok Izzah dipermainkan dan dihina lagi,”

“Entahlah ma, kali ni Izzah nampak Wafiq tu ikhlas nak ambik Izzah sebagai isteri,”

“Jadi, Wafiq dah komited nak ambik Izzah jadi isteri dialah ni?”

“Ye ma. Apa pendapat mama?”

“Mama tak setuju,”

“Tapi ma…”

“Izzah rasa Wafiq ikhlas?,”

“Entahlah ma,”

“Izzah kena pandai menilai dengan rasional. Jangan turutkan sangat hati Izzah tu. Mama tak mahu Izzah menyesal nanti kerana buat keputusan yang salah!,” nasihat Puan Julia. Nadanya sedikit tinggi. Dia geram kerana Izzah dengan mudah saja terima Wafiq sedangkan Wafiq telah banyak menyusahkannya.

“Tapi…hati Izzah ni macamana ma? Izzah masih sayangkan dia,” ujar Izzah berterus-terang. Puan Julia menghela nafas geram.

“Setelah apa yang dia buat Izzah masih nak pada dia? Izzah, sedarlah. Dia bukan lelaki yang baik. Mama tak restu kalau Izzah kawin dengan dia,”

“Sampai hati mama. Mama tak langsung ambil berat tentang perasaan Izzah. Macam selalu mama pentingkan diri sendiri,”

“Ha, nak ke mana tu?”

“Izzah nak naik ke atas dan bersihkan diri,”

“Mama harap Izzah dapat fikir secara rasional tentang hal ini. Mama bukan sengaja nak halang Izzah tapi mama tak sanggup beri Izzah pada orang yang mama tak percayai. Izzah, dengar kata mama ni!” ujar Puan Julia pada Izzah yang menaiki tangga ke biliknya.

“Whatever ma…whatever..” gerutu Izzah sepanjang perjalanan ke biliknya. Dia rasa hampa kerana Puan Julia memang tidak pernah memahami hati dan perasaannya.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku