Cinta Hati Tuan Professor
Bab 24
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Oktober 2017
...tidak perlu genius untuk meneka di mana letaknya hatiku..
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
915

Bacaan






Sungguh Izzah tidak menyangka ibunya akan bersetuju sahaja. Selepas Puan Nora dan Encik Hakeem balik dengan rombongan meminang mereka, Izzah terus menghampiri ibunya.

“Izzah tak setuju! Kenapa mama kejam sangat ni tak tanya Izzah langsung. Lepas tu terus tetapkan tarikh pernikahan? Ma, ini tahun 2017. Mama kena tanya Izzah setuju atau tidak dulu barulah buat keputusan. Lagi satu, ayah mesti tak setuju,” marah Izzah.

“Mama tak kisah tahun 2017 ke kurun ke 17. Bagi mama dalam hal ni mama berhak buat keputusan yang terbaik untuk Izzah. Ayah akan ikut kata mama sebab selama ini pun dia bukan selalu ada untuk Izzah. Dia tak kisah pun pasal Izzah sebelum ni jadi dia akan ikut saja kata-kata mama,” terang Puan Julia.

“Izzah tak boleh kawin dengan Prof itu. Prof tu kerja dengan Izzah. Mana boleh dia kahwin dengan Izzah?” ujar Izzah cuba menolak.

“Izzah, mama tak boleh buat apa-apa. Semua dah setuju. Mama minta maaf. Inilah yang terbaik bagi mama. Bayangkan Izzah, bakal suami Izzah tu seorang professor. Orang berilmu. Mama pernah nampak dia tu dalam majlis-majlis di universiti. Baik orangnya Izzah,” puji Puan Julia.

“Baik? Dia tu suka buli Izzah tahu tak? Mama tak adil. Izzah tak mahu kahwin dengan dia. Lagipun, Izzah baru 25 tahun,” protes Izzah.

“Pada Izzah muda tapi pada orang dah berusia umur 25 tu agak lewat bagi mama. Dah boleh dapat dua anak. Lagipun, inilah masanya untuk Izzah jadi dewasa. Kalau tidak Izzah buat mama pening dengan perangai Izzah. Terutama bila ada Wafiq tu,” ujar Puan Julia berterus-terang.

“Izzah tahu sebenarnya mama nak putuskan Izzah dengan Wafiq kan?. Apa masalah mama dengan Wafiq? Bersungguh betul mama nak pisahkan kami? Wafiq kali ni serius untuk ambil Izzah sebagai isterinya dan apa yang mama buat ni akan memusnahkan harapan Izzah dan Wafiq untuk bersama. Mama memang kejam,”

“Izzah jangan haraplah. Selagi mama hidup mama tak akan biarkan Izzah dengan Wafiq. Cukuplah dengan apa yang dah berlaku. Izzah tak serik lagi ke?,”

“Macam selalu mama ni kejam pada Izzah,” tuduh Izzah tiba-tiba. Puan Julia mengeleng.

“Tak kisahlah Izzah nak cakap apa tapi sebulan lagi Izzah akan disatukan dengan Prof Izmir tu. Mama dan Puan Nora akan bawa kamu berdua untuk failkan permohonan nikah serta daftarkan kamu berdua kursus kahwin,” tegas Puan Julia.

“Izzah tak mahu pergi,” ujar Izzah berdegil.

“Izzah jangan degil dengan mama. Apa yang mama suruh ni adalah untuk kebaikan Izzah. Mahu atau tak Izzah mesti kahwin dengan Prof itu. Kalau tidak Izzah boleh tinggalkan mama dan tinggal dengan ayah Izzah di sana tu bersekali dengan mak cik Nia!,”

“Mama!”

“Ye, mama tak akan tolerate dengan Izzah. Kalau Izzah tak setuju, Izzah boleh keluar dari rumah ni. Fine if you don’t want to follow what I say. Pergilah duduk dengan bapak dan mak tiri kamu tu. Mereka tu pasti sayang kat Izzah kan?,”

“Mama memang tak pernah nak faham Izzah. Izzah tak mahu kawin dengan Prof tu,” rungut Izzah.

“Mama tak kira. Izzah kena kahwin juga dengan dia. Mama dah nekad walau apa pun terjadi.,’

“Macam biasa mama suka ambil tindakan yang boleh memusnahkan masa depan anak sendiri. Mama tahu kan yang Izzah tak cintakan Prof tu dan Prof tu pun tak cintakan Izzah. Nanti apa jadi kalau Izzah tak jalankan tanggungjawab Izzah sebab Izzah tak suka dengan dia? Apa jadi kalau dia pun sama? Mama, kahwin paksa tak akan selesaikan masalah. Satu perkahwinan sepatutnya bermula dari cinta tapi apa yang kami berdua ada untuk mulakan?” soal Izzah. Puan Julia menghela nafas. Dia memegang bahu Izzah.

“Kamu berdua mulakan dengan restu dan doa dari kami ibu bapa. Itulah permulaan terbaik. Dan terima sahajalah hasrat kami ni, mudah-mudahan dengan izin Allah ia akan membuahkan rasa cinta dan kasih sayang berkekalan antara kamu berdua. Izzah, sesuatu yang bermula dengan baik pasti baik juga hasilnya. Mama percaya kamu dan Izmir akan bahagia hingga ke akhirnya, insyaAllah. Kita kena bersangka baik dengan Allah. Lagipun mama tak nampak dan dengar apa yang buruk tentang Prof Izmir tu. Sepanjang karier dia, dia bukan kaki perempuan, dia kuat kerja dan tak pernah dengar orang merungut tentang dia sepanjang mama kerja di kolej tu. Mama pasti dia yang terbaik untuk Izzah,” ujar Puan Julia memandang tepat ke wajah anak gadisnya yang polos itu. Izzah menekup tangan ke muka. Oh tidak!! Dia tak mahu kahwin lagi terutama dengan Prof Izmir yang dingin kejung itu!




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku