Cinta Hati Tuan Professor
Bab 25
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Oktober 2017
...tidak perlu genius untuk meneka di mana letaknya hatiku..
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1836

Bacaan






“Kan saya dah minta awak pujuk mak awak untuk tidak terima peminangan itu. Awak ni degillah!!,” marah Izmir bila dia bertemu Izzah. Izmir menelefon Izzah untuk berjumpanya di sebuah taman rekreasi bila mengetahui bahawa peminangan ibubapanya telah diterima. Petang itu juga dia ajak Izzah berjumpa dia. Sedangkan esok sewaktu bekerja dah tentulah mereka boleh berjumpa. Jelas di mata Izzah, Izmir yang berpakaian sukan. Seluar track sekerat betis dan baju t-shirt yang agak fit di bahagian dada bidangnya. Maka lebih terserlahlah badannya yang tegap itu.  Mungkin ingin berjogging di taman itu agaknya. 

“Saya dah buat macam Prof suruh, tapi mama saya memang nak kahwinkan saya. Dan dia dah buat saya tiada pilihan,” ujar Izzah dengan wajah hampa. Izmir bercekak pinggang.

“Mesti awak tak cuba bersungguh-sungguh. Kalau tidak tak akan mudah-mudah sahaja mak awak terima saja pinangan mak ayah saya tu!” marahnya.

“Mak saya tu ada fikiran sendiri. Bukan senang saya nak convince dia. Sebenarnya mula-mula saya ingat dia akan dengar kata-kata saya. Tapi bila dia jumpa aunty Nora terus dia suka pulak. Sangat menghairankan saya. Saya tak tahu apa dah jadi dengan mak saya,”

“Jadi apa kita nak buat?!! Cuba awak bagi tahu saya apa kita nak buat??” soal Izmir serius.

“Entahlah Prof. Saya pun buntu. Kalau saya lawan, saya pulak jadi anak derhaka. Silap hari mak saya halau saya keluar. Prof pula kenapa awal-awal tak minta dari ibu Prof supaya tak teruskan dengan peminangan tu?”

“Saya dah minta tapi mereka degil. Mereka masih bertekad untuk pinang awak.,”

“Prof pun tak bersungguh-sungguh juga. Kalau tidak mesti aunty tak datang rumah saya semalam,”

“Amboi…cepat aje awak pulangkan buah paku keras pada saya ye?”

“Yelah, kalau Prof cakap macam tu pada saya, saya pun boleh cakap benda yang sama,”

“Mak saya tu…bukan boleh lawan. Nanti merajuklah….anak derhakalah..saya sebenarnya hairan apa yang mereka nampak pada awak ni sampai nak pinang awak untuk saya,”

“Eh Prof, saya bukanlah teruk sangat tau,”

“Memanglah tak teruk sangat tapi….. teruk jugalah. Saya tak nampak apa special tentang awak. Dahlah mulut tu macam bertih jagung. Satu orang tanya berpuluh dia jawab. Mulut je pandai jawab tapi kat atas ni macam gitu-gitu je,” ujar Izmir sambil mengunjuk ke kepala Izzah dan memusingkan tangan kanannya ke atas ke bawah. Izzah membulatkan mata. Hah!

“Hish Prof ni kecik hati saya tau. Sampai hati Prof kata otak saya macam gitu-gitu je. Saya tahulah saya tak genius tapi janganlah ejek saya macam tu. Kalau saya pandai macam Prof mestilah saya dah jadi Prof kan? Ha…siapa jugak yang susah tak ada RA. Cuba Prof cakap siapa yang susah?,” ujar Izzah sedikit tersinggung. Izmir menghela nafas. Ada juga yang kena cekik sekejap lagi ni, desis hatinya geram.

“Awak ni kalau menjawab memang pandai sangatlah. Persoalannya sekarang kita dua nak kena kahwin paksa ni. Kahwin paksa tahu tak? Awak nak kahwin ke dengan saya?”

“Memang tak la Prof,” ujar Izzah pantas. 

“Saya pun sama. Saya pun tak mahu kahwin dengan awak. Saya tak mahu terikat dengan orang macam awak. Mesti bingit telinga saya pagi petang siang malam. Kita kena fikir cara bagaimana nak elak perkahwinan ni,”

“Same here Prof. Saya rasa saya pun akan bingit telinga jugak. Mesti Prof akan mengarah saya itu ini macam Prof kat ofis kan?. Dahlah kat ofis macam tu. Kat rumah pun saya kena macam tu juga. Betul Prof. Kita tak boleh kahwin Prof. You and I can never be husband and wife. Mesti berakhir dunia ni disebabkan kita. Kita kena halang semua ni supaya Prof tak terkahwin dengan saya. Dunia tak kan selamat kalau kita kahwin,” ujar Izzah selamba dengan muka tiada perasaan.

“Tahu pun..”

“Tapi sebenarnya, ini semua salah Prof. Kenapalah Prof ajak saya datang rumah Prof dulu…kalau tidak tak lah kita kena kawin,”

“Haih, awak ni! Nak salahkan saya pulak. Awak yang bersungguh kata I will do anything for you Prof. Tak ingat kata-kata siapa tu?  Saya ni dahlah serabut ni makin serabut dengan berita ni. Awak bukan nak bagi idea nak selesaikan masalah tapi nak bagi rumit lagi,”

“Prof yang pandai kenapa nak minta idea saya pulak. Proflah bagi idea. Tadi kata otak saya ni gitu-gitu je,” tempelak Izzah. Sengal betul lelaki itu. Sudahlah mengutuk dia tak pandai tapi masih mahukan idea dia juga. Fikirlah sendiri!

“Izzah, awak ni memang nak bagi saya marahkan? Awak cakap lagi macam tu saya ikat mulut awak tu baru tahu,” kata Izmir dengan nada marah. Izzah tersentah. Macam kejam pula teringat mulutnya diikatkan dengan getah. Sadis dirasakan.

“Ikat getah ke? Ngeri saya Prof. Okay. Saya tak cakap macam tu lagi,”

“Cuba cadangkan apa kita kena buat?” desak Izmir memerhatikan wajah Izzah yang polos. Izzah memakai blouse checker berwarna biru tua dan jeans. Tudungnya pula jenis kain satin berwarna baby blue. 

“Saya cadangkan Prof lari je. Prof pergi je mana-mana yang Prof nak tanpa mereka tahu,” ujar Izzah memberikan ideanya.

“Amboi, saya nak lari ke mana tu Izzah? Nanti akhirnya saya kena balik jugak ke rumah mak saya. Kurang cerdik idea awak tu,” komen Izmir selamba. Hangat pulak hati Izzah. Tadi suruh bagi idea tapi semuanya dia tak mahu terima.

“Kan saya dah kata saya tak pandai tapi Prof nak juga idea saya. Prof kan cerdik genius tahap IQ paling tinggi, Prof fikirlah sendiri!,” ujar Izzah geram. Dia kini berpeluk tubuh. Mulutnya muncung. Namun, Izmir tidak mempedulikan reaksi Izzah itu. Izmir terfikir lelaki yang mereka terjumpa di restoran tempohari dan yang sering datang menjemput Izzah sehari dua itu.

“Izzah, awak kan ada boyfriend? Awak suruhlah boyfriend awak bawa awak lari,”

“Saya pulak kena lari??? Saya tak mau Prof. Saya kasihan dengan mak saya. Dahlah mak saya tu tak ada sesiapa selain saya. Saya tak mau lari,”

“Maaf. Ayah awak? Ayah awak mana?” soal Izmir dengan suara mengendur sedikit. Ada riak simpati di wajahnya.

“Mak saya dah bercerai dengan ayah saya 6 tahun yang lalu sebab mereka dah tak serasi. Sekarang pun ayah saya dah kahwin dengan orang lain,” terang Izzah. Izmir mengangguk-angguk.

“Jadi, apa kita nak buat ni Izzah?” tanya Izmir.

“Nampaknya kita tak ada pilihan Prof, kita terpaksalah buat bodoh sahaja setakat ni,” ujar Izzah selamba.

“Hah?? Apa awak cakap ni Izzah. Ini bukan benda yang boleh buat gurau tau?” marah Izmir.

“Yelah…saya tak gurau. Prof kan tak mahu ingkar kata-kata ibubapa Prof dan saya pulak tak sampai hati nak lari dari mak saya. Bermakna kita ni sama-sama pengecut. Tak berani nak lawan mak bapak kita. Jadi saya cadangkan, kita hadaplah. Kita kahwin je. Nanti esok-esok bila semua dah reda dan Prof terjumpa orang lain yang Prof benar-benar suka Prof kahwinlah. Saya rela undur diri. No hal Prof sebab kita pun bukan ada perasaan apa-apa antara satu sama lain pun, kan? Kita kahwin je lah tapi Prof buat hal sendiri saya buat hal saya,” ujar Izzah mencadangkan. Dia merenung wajah Izmir.

“Izzah, awak tahu tak awak cakap apa ni?” soal Izmir merenung wajah Izzah. Berkahwin bukan satu perkara yang mudah tapi wajah Izzah memang selamba. Jelas bahawa gadis itu agak naif tentang kesan perkahwinan itu nanti.

“Saya tahu Prof tapi kita dah tak boleh buat apa sebab kita masing-masing tak mahu lukakan hati mak bapa kita. Tak mahu jadi anak derhaka. Jadi saya rasa kat situ kita ada pandangan yang sama. Walau teruk macamana pun Prof kita hadap je lah sehingga seperti yang saya katakan itu. Bila Prof jumpa orang lain kita decide la nanti. Prof bagi tahu saja dan saya akan bagi peluang pada Prof,” cadang Izzah.

“Betul ke ni awak nak terima je apa yang ibubapa kita dah tetapkan tu? Ini tentang masa depan awak dan saya. Awak masih muda Izzah dan dah tentu tak mahu terikat dengan saya ni,”

“Ye Prof. Saya tahu. Tapi, saya pun dah tak boleh lawan emak saya. Sejak malam tadi dia asyik marah sahaja bila saya bagi tahu saya tak mau kahwin. Dia ugut tak mau lagi bertegur sapa dengan saya kalau saya tak ikut kata-kata dia. Dia suruh saya tinggalkan dia dan pergi duduk dengan ayah saya kalau saya tak mau kahwin dengan Prof. Dia tak tahu Prof ni monster,”

“Ha? Monster? Mulut awak ni kan…,”

“Sorry Prof..” ujar Izzah tersengeh.

“Kalau macam tu awak pergi sajalah Izzah. Selesailah masalah kita kalau awak pergi. Tak jadilah kita kahwin,”

“Saya tak mahu. Saya tak mahu duduk dengan ayah saya dan ibu tiri saya. Ibu tiri saya tu bencikan saya. Dan macam saya katakan tadi, saya tak sanggup tinggalkan ibu saya,”

“Saya pun tak sanggup tinggalkan keluarga saya,”

“Samalah macam saya,”

“Tapi awak boleh Izzah. Awak kena nyatakan hak awak,”

“Samalah dengan Prof. Kenapa Prof tak mahu nyatakan hak Prof sebagai anak?”

“Awak kena faham Izzah. Syurga saya ialah di bawah tapak kaki mak saya. Saya tak sanggup nak lawan mak dan ayah saya,”

“Saya pun Prof. Saya pun tak sanggup,” luah Izzah.

Kedua-dua mereka melepaskan keluhan. Mata mereka bertaut seketika. Masing-masing merenung wajah masing-masing. Sukar untuk percaya bahawa mereka bakal bergelar suami isteri. Banyak sungguh perkara yang terjadi dalam seminggu dua itu. Semuanya bermula apabila Izzah datang untuk temubual dengan Izmir. Tapi, apa pilihan yang mereka berdua ada sekarang? Nampaknya mereka terpaksa mengikut kata-kata ibu bapa mereka kerana masing-masing tak sanggup melawan ibubapa masing-masing.

“Jadi Prof, suka atau tidak Prof terpaksalah kahwin dengan saya yang Prof kata tadi otak gitu-gitu tapi tak dapat dinafikan comel ni kan?” jawab Izzah ketawa kecil sambil menggoyangkan kepalanya.  Bulat mata Izmir melihat Izzah ketawa. Biar pun dia akui Izzah memang nampak comel tapi Izmir terasa seperti mahu mencekik Izzah sekali lagi!

“Benda macam ni pun awak masih nak main-main. Grow up boleh tak Izzah? Ke awak nak saya ikat mulut awak tu,” ugut Izmir dengan matanya di bibir penuh Izzah. Pantas Izzah menggigit bibirnya.

“Prof ni tak habis-habis nak ikat mulut saya. Satu hari nanti Prof akan menyesal tau kalau saya dah tak bercakap macam ni. Barulah sunyi hidup Prof tu tanpa saya,” ujar Izzah masih mahu bergurau lagi. Izmir mendengus.

“Pergi baliklah,” suruh Izmir telah pun merapati Izzah sehingga Izzah terkejut dan beralih sedikit. Mata berapi Izmir merenung ke anak mata Izzah.

“Hah apa?” soal Izzah gugup. Seperti tak percaya yang Izmir menyuruhnya balik pula.

“Balik. Sebelum saya angkat awak masuk dalam kereta awak. Awak buat hati saya ni panas dan benganglah.,” ujar Izmir dengan gigi diketapkan. Jelas sekali moodnya yang kurang baik itu.

“Janganlah ganas macam tu sekali Prof. Nak halau angkat-angkat orang pulak,” protes Izzah geram. Matanya menentang Izmir. Izmir mendengus. Matanya makin tajam merenung Izzah seperti mahu menelan Izzah sahaja. Serta-merta Izzah rasa gerun dengan renungan lelaki itu. Kecut pulak perutnya.

“Saya kata balik, baliklah! Pergi balik! Degil sungguh awak ni!”marah Izmir. 

“Yelah…saya balik ni. Saya balik. Tak payahlah jerit-jerit. Saya belum pekak lagi tau,” ujar Izzah dengan mulut muncung meninggalkan Izmir yang jelas tambah bengang. Ah! Biarlah dia berasap di situ! getus Izzah sendiri.





Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku