Cinta Hati Tuan Professor
Bab 28
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Oktober 2017
...tidak perlu genius untuk meneka di mana letaknya hatiku..
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
2170

Bacaan






Dani yang berada di situ memerhati Izzah dengan senyuman sejak tadi. Dia hanya ketawa mendengar kata-kata wanita berdua itu. Semasa Izzah masih memakai busana warna biru Royal itu Dani memuji Izzah tiba-tiba.

“Mak Lang, cantik bakal menantu Mak Lang ni. Boleh tak Dani ambil gambar dia untuk promosi butik ni?” tanya Dani. Dani seorang anak muda awal 30an yang memilih untuk mengusahakan sebuah butik perkahwinan yang berprestij itu. Dani ialah anak kepada kakak sulung Puan Nora. Wajahnya tampan dan berkulit cerah. Comel juga lelaki itu di mata Izzah. Dia juga seorang yang peramah dan suka berbual. Tidak seperti sepupunya yang seorang lagi. Jarang berbual mesra begitu dan lebih banyak diam dan meneliti telefon bimbitnya sejak mereka masuk ke butik itu tadi. Mukanya pula cemberut semacam. 

“Ambiklah Dani,” suruh Puan Nora.

“Err…Izzah, boleh ye saya ambik gambar you?” pinta Dani yang sejak tadi matanya tak lepas dari Izzah. Izzah tersenyum dan mengangguk.

“Ambiklah,” ujar Izzah. Dani pun meminta Izzah berdiri di satu sudut yang menarik lantas membidik foto Izzah.

“Izzah kerja di mana?,” soalnya ramah selepas selesai.

“Saya kerja di uni berdekatan sini,”

“Jadi apa tu?” tanya Dani bersungguh. Izzah senyum.

“Kerja biasa-biasa saja. Saya kerja sebagai pembantu penyelidik,” ujar Izzah. Waktu itu matanya menangkap pandangan Izmir terhadapnya. Keningnya berkerut dan wajahnya masam mencuka. Nampak sangat dia tidak berapa suka dengan Izzah berbual mesra dengan sepupunya Dani itu.

“Tak mahu jadi model? Mata awak tu…cantik.., tulen ke contact lens?” soal Dani masih memerhati wajah Izzah.

“Tulen,” jawab Izzah.

“Serius tulen? Awak ni ada darah kacukan ke?” soal Dani sangat teruja dengan wajah Izzah. Izzah seperti tersipu pula membuatkan makin bulat mata Izmir.

“Ayah saya…orang Australia,”

“Oh, wow. Patutlah cantik jelita macam ni. Wah…bertuahlah abang Izz dapat bakal isteri super gojes,” puji Dani memandang pada Izzah seketika kemudian pada Izmir yang nampak semacam sahaja. .

“Hah tahu pun… yang kau lebih-lebih dengan bakal isteri aku tu kenapa? Jaga sikit perangai tu,” tiba-tiba Izmir bersuara. Dia merenung tepat ke wajah Izzah. Nampak sangat dia tidak berapa suka. Berubah wajah Izzah. Tapi Dani hanya ketawa dengan kata-kata Izmir itu. Dia sedikit pun tidak nampak tersinggung.

“Sorry bang. Dani hanya nak ambik gambar untuk iklan butik ni je…dan sebagai seorang insan seni tak salah menghargai ciptaan Tuhan yang cantik macam ni kan abang Izz?” gurau Dani lagi. Dia menentang wajah Izmir sengaja. 

“Kau memang pandailah Dani. Nak hargai ciptaan Tuhan konon. Carilah ciptaan yang lain dan bukannya bakal isteri aku,” jawab Izmir sinis. Dia berpeluk tubuh kini merenung tajam pada Dani. Dani seperti mahu ketawa. 

“Nampaknya Izzah, awak ada bakal suami kuat cemburu ni. Kena hati-hati tapi Dani faham sebab Dani pun akan cemburu juga kalau mempunyai seseorang secantik Izzah. Dahlah cantik. Sopan dan lemah lembut pulak tu. Nampaknya abang Izz bertuahlah,” kata Dani memuji. Izmir mendengus.

“Dani, aku tak cemburulah. Tak ada masa aku nak cemburu. Bertuah? Aku harap betul la kata-kata kau tu Dani,” jawab Izmir selamba. 


“Susah nak percaya. Sudah tentulah bertuah bang Izz. Kalau abang tak mahu Izzah bagi tahulah. Biar Dani pulak masuk meminang,” ujarnya ketawa kecil buat Izmir merasa geram sehingga mengetap giginya. Rahangnya nampak tenggelam timbul. Pasti Izmir sedang menahan perasaan marahnya. Silap hari menghayun penumbuk pula Izmir nanti. Izzah kecut perut melihat riak mata Izmir yang mencerlung semacam. Namun reaksi Izmir itu memang Izzah tidak menjangka. Betul ke dia tidak cemburu? Habis mengapa dia bertindak posesif sekali? Bukankah dia juga yang minta Izzah lari dengan mana-mana lelaki supaya mereka tidak berkahwin? Tetapi mengapa dengan Dani dia marah-marah pula? Pelik betul Prof itu!


“Kau ni..” Izmir sudah pun menghampiri Dani. Dani berganjak sedikit. 

“Dahlah tu Izz….Dani tu bergurau je. Kamu ni dah kenapa?” marah Puan Nora berdiri di antara Dani dan Izmir. Melihat wajah ibunya yang berubah tegas, Izmir berundur.

“Benda macam ni jangan buat main. Kau ingat kahwin ni main-main ke??” soal Izmir pada Dani dengan nada marah. Dani hanya senyum. Kelakar pula dia melihat wajah Izmir itu.

“Maaflah Mak Lang…Dani bergurau je. Tak tahu pulak Abang Izz ni jadi sensitif pulak,” omel Dani kini berdiri di belakang makciknya. Walau apapun dia takut juga kalau benar-benar Izmir menghayun penumbuk pula.

“Apasal kau minta maaf dengan mak aku pulak? Kau kena minta maaf dengan aku. Pengecut. Berlindung di belakang perempuan pulak,”

“Sudahlah tu Izz. Dani main-main aje. Kamu ni dah kenapa? Kalau ya pun cemburu jangan lebih-lebih. Izzah tu tak ke mana insyaAllah,” kata Puan Nora.

“Mana ada saya cemburu,” ujar Izmir tidak mengaku.

“Habis yang kamu marah-marah ni kenapa?” soal Puan Nora pada anaknya itu.

“Si Dani ni…”

“Dahlah tu …macam budak keciklah kamu ni. Tak lari Izzah tu. Kalau kamu jodoh dia, Izzah tetap jodoh kamu,” ujar Puan Nora sambil mengeleng-ngeleng. Izzah hanya diam. Dia sebenarnya takut juga melihat reaksi Izmir itu menyebabkan dia berharap jodohnya bukan dengan Prof itu. Begitu juga dengan Izmir. Dia mengharap yang Izzah bukan jodohnya tapi yang peliknya dia rasa semacam bila Dani merenung Izzah dan mesra dengan gadis itu lebih-lebih. Siap berani pula meminta Izzah kalau dia tidak mahukan Izzah. Dia rasa egonya tercalar. Sejak bila dia rasa posesif itu? Mengapa tiba-tiba dia rasa seperti itu? Bukankah dia tidak mahukan perkahwinan itu?


“Alah ibu…Izz pun gurau jugaklah dengan Dani. Saja je nak tengok dia macamana. Ha…tahu takut kena gertak dengan aku ye?” ujarnya cuba mengubah rentak lantas menumbuk bahu Dani sampai Dani macam mahu terjatuh. Dani pantas mengawal dirinya sambil tersengeh pada Izzah.


“Mana tak takut bang. Bisep abang tu besar dari saya. Sekali abang hayun tercampak entah ke mana saya nanti,” ujar Dani tersengeh-sengeh sambil mengusap bahunya yang jadi mangsa penumbuk Izmir tadi. Sengal juga walaupun Izmir menumbuk tidak sekuat mana tadi. Izmir tergelak. Bunyinya macam gelihati sangat. Pelik pulak Izzah melihatkan sisi ketawa begitu dari Izmir yang selama ini tersenyum pun jarang sekali apatah lagi tergelak begitu. Puan Nora dan Puan Julia berpandangan sambil tersenyum mengeleng-ngeleng melihat telatah Izmir dan Dani. Cuma Izzah sahaja yang merasa kurang selesa dengan semua itu. Terutama bila Izmir kelihatan memandangnya sedikit berlainan dari biasa. Adakah semua itu kerana busana yang dia pakai atau sebab Dani memuji dia di hadapan Izmir? Oh terasa seram pulak dia rasa. Dia lebih suka kalau Izmir sengal dari Izmir yang kini memandangnya lain macam. Tiba-tiba dia terasa seram sejuk pula. Jantungnya berdebar-debar pula bila mata Izmir bersabung dengan matanya. Ah Izzah, kau dah kenapa? 




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku