ROHINGYA
ROHINGYA
Genre: Umum
Kategori: Puisi
Paparan sejak 29 Oktober 2017
Puisi Tentang Kemanusiaan
Penilaian Purata:
90

Bacaan







Setiap detik dan waktu

Dihambat debaran, gerun dan takut

Menanti saat kematian

Yang pasti... jika dinanti

 

Dibunuh, dicincang

Dihukum bak penjenayah

   dan bagai haiwan buruan

Hingga ke ceruk sempadan


Tentera syaitan penyembelih

penuh dendam kebencian

Prejudis dan sadism

Tiada sekelumit belas kasihan

 

Bunuh!, bunuh saja,

Si Rohingya yang tak berguna

 mereka ethnik perosak negara

 

Ayuh!

Bakar!, bakar, jika kamu suka

Lenyapkan rumah dan kampung-kampung mereka

Selindungi dengan anggukan

dan lunak merdu

siulan jinak si beburung terkukur

 

Pergi!, pergi

Perkosa, perempuan dan gadis-gadis mereka

Jangan dikasihani oleh tangis rayu

Di celah koyak rabak pakaian mereka

 Di situ tempat memuaskan nafsumu

 

Biar, biarkan mereka mereput

Hidup di dalam hutan dan hanyir lumpur

Bersama timbunan kejang mayat kaumnya sendiri


Ayuh segera

Rampas hak mereka

Itu semua adalah milik kita

ujar laknat Sang Junta

Mempamer gagah pada yang lemah


Sedarlah saudaraku

Perempuan si pemimpin itu

yang hebat kononnya

 Hanyalah kuda tunggangan

Kerana otaknya tidaklah berakal

 

Sahabatku

Bumimu bukan di sana untuk menabur budi

Bukan tanah permai penerus legasi

Langitmu bukan di sana untukmu 

menikmati 

nyamannya ‘hujan batu’

 

Kau tiada hak

Walau sekepal lumpur hitam

Kerana di dadamu

 tersemat sinar Kalimah Syahadah

 

Rohingya

Jangan dimimpi

 merdeka untuk tanah leluhurmu

Jangan difikir tentang kebebasan

Tapi rasai nyilu derita bangsamu

 

Hari ini, perutmu dengan apa perlu diisi?

Sakitmu siapa yang peduli?

Bisakah kau memicingkan mata

Mendengar tangisan dan jerit pekik mereka?

dengan denyut nadi yang semakin lesu?

 

Di Benua kecil Asia Selatan

Angin ribut tetap berhembus

Sejuk atau panas

Lembut atau ganas

Begitupun 

mendung hitam pastikan reda

 

Atas nama solidariti seagama

Kami hulurkan tangan

Dan untaian doa harapan

Moga ada sinar kebahagiaan

 

Bersabarlah wahai saudaraku.

Allah Maha Mengetahui

Segalanya

Segala-galanya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku