My Heart
Bab 2
Genre: Fantasi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 30 Oktober 2017
Briona Diannova. Gadis yang lahir hasil persetubuhan seorang wanita kampung dan seorang lelaki yang luar biasa. Lelaki yang mampu merentasi alam luar dengan mudahnya. Seorang lelaki yang di amanahkan menjadi penjaga unsur Flora. Satu sumpahan di turunkan dan Briona Diannova terlahir berbeza dengan gadis yang lain. Apakah kelainan padanya? Apakah perbezaan di antara Briona Diannova dan gadis2 lain? Mampukah Briona Diannova mematahkan sumpahan ke atas dirinya? " setiap degupan jantung mu adalah milik ku " - Vanda
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
108

Bacaan






#MyHeart

 

Walaupun zaman semakin moden, namun ada beberapa kampung masih lagi mengamalkan cara hidup lama. Masih lagi menggunapakai sistem barter di kalangan mereka. Bahasa pertuturan masih lagi bahasa melayu klasik. Perubahan yang kami peroleh sangat-sangat sedikit. Mungkin di sebabkan jalan ke kampung kami yang memakan masa selama 5 jam dari pekan untuk tiba dan permukaan jalan yang tidak rata penyebab kampung kami masih lagi dalam keadaan yang mundur. 


Sebelum tiba di kampung kami , ada empat buah kampung lagi yang harus di lewati. KampungTerusan merupakan kampung yang paling hampir dengan pekan. Di ikuti dengan Kampung Tagal, Kampung Suwai, Kampung Kadaa, Kampung Koginawaan dan yang terakhir adalah kampung yang sangat di geruni dengan kisah-kisah mistiknya iaitu Kampung Tombului.

 

(nama-nama kampung hanyalah rekaan semata-mata. Sebarang persamaan amat di kesali)

 

Kesemua kampung-kampung ini mempunyai ketua kampung masing-masing dan Kampung Terusan merupakan satu-satunya kampung yang maju kerana hampir dengan pekan.  Tidak hairanlah kalau kebanyakkan anak2 muda di sana jauh lebih moden daripada kampung-kampung lain tetapi uniknya penduduk kampung di sana lebih memilih untuk mengamalkan dan mengekalkan cara hidup lama.

 

Kampung Koginawaan adalah tempat di mana saya membesar. Mengikut cerita orang dulu-dulu, Kampung Koginawaan adalah hutan belantara dan di huni oleh pelbagai spesies termasuklah orang bunian. Kawasannya terpelihara secara mistik. Di penuhi bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan yang mengasyikkan. Sehingga ke hari ini, Kampung Koginawaan masih dalam keadaan yang aman dan terpelihara tanpa ada sesiapa pun tahu siapa yang menjaga kampung ini sebenarnya.

 

Setiap hari Khamis merupakan tamu di kampung kami. Saya dan mama ada menanam sayur-sayuran di belakang rumah. Setiap hari Khamis kami akan berjual sayur-sayur dan buah-buahan di tamu. Di sebabkan kelainan pada anak mata saya, saya akan memakai selendang untuk menutup muka saya. Salah satunya sebab saya tidak mahu orang-orang kampung memandang saya dan mama dengan pandangan yang kurang baik. Saya tidak akan mengangkat muka kepada orang luar kecuali yang sudah tahu tentang saya. Mama pula tidak mahu saya tinggal sendirian di rumah.

 

“Kau lihat ahli sihir itu. Berani sungguh dia datang berjual membawa anaknya kan? “suara 1.

“Itulah. Entah-entah anaknya pembawa sial saja. “ suara 2.

“Tapi aneh bukan? Tidak pernah ada laki-laki bersama mereka ? “ suara 3.

“ Jangan-jangan anak itu anak luar nikah ! Atau mungkin anak jin .“ suara 4.

 

Saya tunduk. Dalam hati, ingin saja saya melayangkan penumbuk tepat ke mulut mereka. Bila terpandang cili padi di atas meja jualan, terbayang-bayang fikiran saya menyumbatkan cili padi itu ke dalam mulut mereka yang suka mengata orang. Saya menggenggam penumbuk. Mama menyentuh tangan saya yang saya genggam erat. Saya mendongakkan kepala memandang mama. Reaksi mama terkejut apabila pandangan kami bertemu tapi dengan cepat mama mengusap bahu saya untuk membuatkan saya tenang. Mama senyum manis dan marah di hati saya berkurangan.

 

Jualan kami tetap laku walaupun orang-orang kampung selalu menghina saya dan mama. Jualan kami menjadi rebutan orang-orang kampung kerana kesegarannya. Kami akan bangun seawal subuh untuk memetik sayur yang akan di jual jadi tidaklah layu apabila tiba di tamu nanti. Hasil jualan akan kami gunakan untuk membeli beras dan keperluan lain. Kalau ada yang tidak habis, mama akan memberikannya kepada orang-orang kampung. Kalau tidak pun, kami akan makan sendiri .

 

Sewaktu kami berkemas-kemas mahu balik, kedengaran satu suara lelaki menegur.

 

“ Auntie, cili padi masih ada? “


Saya mengangkat kepala dan pandangan kami bertemu. Kami terkaku sebentar. Wajahnya semakin hampir sehingga saya dapat merasakan hembusan nafasnya di wajah saya dan mujur sahaja saya cepat tersedar. Pantas saya menundukkan kepala dan mengorek kembali beg plastik yang saya pegang untuk mencari cili padi yang di bungkus menggunakan daun. Pantas saya menghulurkan bungkusan cili padi itu kepadanya  tanpa mengangkat kepala.

 

“Berapa? “ dia bertanya.

 

Saya diam tidak menjawab.

 

“Ambil saja lar nak, kami pun mahu balik sudah. “ mama yang jawab bila saya diam.

 

Sebenarnya hati saya berdebar-debar ketika itu. Pertama kali melihat lelaki dalam jarak yang dekat. Tangan saya sibuk mengemas.

 

“Oh.. terima kasih auntie! “ dia cakap.

 

“Hoi Rav! Kau buat apa sini lama-lama, nanti kau kena pugai oleh ahli sihir .“ ada suara lain saya dengar.

“Ishh kau ni! Tidak bagus cakap begitu. “ lelaki yang membeli cili padi tadi membalas.

 

Saya tidak mengangkat muka langsung. Rasa sakit hati mulai timbul bila mendengar suara-suara sumbang seperti itu yang selalu membuat cerita mengenai saya dan mama. Saya terus mengemas barang-barang kami . Siap berkemas, saya dan mama jalan beriringan balik ke rumah sambil berbual kosong dan bergurau senda. Sebelum itu, kami sempat lagi singgah di kedai membeli beras. Dan seperti biasa, mulut orang-orang kampung tidak pernah puas memburuk-burukkan kami .

 

“Ahli sihir pun beli beras rupanya. “ suara 1.

“Pasti itu untuk makanan belaannya ! “ suara 2.

“Ihh sungguh menakutkan orang seperti itu kan ? “ suara 3.

“Lebih baik kita minta Ketua kampung untuk menghalaunya. “ suara 4.

“Betul tu. Saya setuju! Nanti dia pugai pula laki-laki kita, siapa yang susah ?“ suara 5.

“Saya akan utarakan kepada isteri ketua kampung terlebih dahulu. “ suara 6.

 

Waktu itu, terasa ringan sahaja tangan saya di angkat untuk memberikan tamparan buat mereka satu persatu namun saya menyimpan niat itu dalam-dalam. Mama pernah cakap supaya bersabar. Kalau lawan itu ertinya kami mengiyakan segala tohmahan dan tuduhan yang mereka lemparkan kepada kami. Saya menghembus nafas kasar. Jelas kelihatan kemarahan saya apabila orang-orang kampung yang bersuara tadi berlalu pantas.

 

Sebaik sahaja tiba di rumah, saya terus masuk ke dapur untuk memasak. Kami bukan orang yang berada. Masak pun hanya pakai kayu api. Stok kayu api mesti mahu banyak. Kalau hari hujan, sudah pasti kami tidak dapat makan kalau kayu api basah. Kami selalu masak lauk bersup sahaja untuk kami makan. Jarang goreng-goreng sebab mahu berjimat penggunaan minyak makan. Lepas sahaja makan, saya dan mama mengambil angin di beranda.

 

“Ma.. “ saya bersuara.

“Kenapa? “

“Kita keluar dari sini ? “

“Kenapa cakap macam tu Nova? “

“Saya tidak suka orang kampung memburuk-burukkan mama! “

“Biarkan mereka Nova! Abaikan. Lama-lama pandailah mereka diam. “

“Tapi, ma.. “

“Nova.. kalau kita mahu keluar dari sini pun, kita mahu pergi ke mana? “ mama memintas kata-kata saya.

 

Saya mengeluh . Ada betul juga cakap mama. Kami tidak ada tempat untuk di tuju.

 

“Sabarlah nak! “ mama membelai rambut saya.

“Saya masuk dalam dulu ma. Saya mengantuk pula. “

“Yala. “

 

Saya berdiri dan terus melangkah.

 

“Ma !!! “ saya berteriak dan terus tidak ingat apa-apa lagi.

 

Saya dapat merasakan ada sesuatu yang menjalar di seluruh badan saya. Telinga saya dapat menangkap bunyi mendesis seakan-akan bunyi ular. Saya berusaha untuk membuka mata. Dan tekaan saya memang tepat apabila ada seekor ular tedung berwarna hitam kehijauan sedang menjalar di seluruh badan saya. Badan saya bergegar ketakutan. Air mata saya mengalir. Pandangan ular tedung itu tajam dan tepat kearah saya. Setelah itu, ia menjalar turun dan berubah menjadi manusia. Seorang perempuan cantik bermata ular dan ada permata berwarna hijau di tengah dahinya.

 

“Kau memang keturunan Zavier ! “ lidahnya terjulur keluar persis ular.

 

Zavier? Siapa Zavier ? Hati saya tertanya-tanya siapa Zavier. Dia menyentuh dada saya dengan jari telunjuknya. Seolah-olah di pukau, saya melihat saja perlakuannya. Bila dia mula menekan dada kiri saya dengan jari telunjuknya,  jantung saya terasa sakit . Dia mula mendekatkan wajahnya di telinga saya kemudian dia berbisik ..

 

“Setiap degupan jantung mu adalah milik ku ! “

 

Dia menekan dada saya lebih dalam dengan kukunya yang tajam.

 

“Argghhh !! “ saya menjerit kesakitan.

 

Saya merasakan ada cecair panas mengalir keluar dari permukaan dada saya. Dia menarik tangannya jauh dari saya dan jarinya yang bersalut darah dia masukkan ke dalam mulutnya. Dia mendongak sambil menutup mata seolah-olah sedang menikmati darah saya yang terpalit di jarinya. Perlahanlahan dia menarik keluar jarinya. Dia memandang saya tajam.

 

“Bila bulan penuh , jantung mu akan jadi milik ku ! hahahahaha “ dia ketawa panjang.

 

Saya masih lagi bingung dengan semua yang dia perkatakan. Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana badan saya terikat dan saya berbaring dia atas sebuah meja yang di perbuat daripada batu. Saya menangis. Saya menggerak-gerakkan badan saya semampu yang saya boleh.


“Siapa kau ? Dan apa kau mahu ?“ saya memberanikan diri bertanya.

 

Dia memandang saya tajam kembali. “ Kau!! “ dalam satu kerlipan mata sahaja dia berada dekat di hadapan wajah saya. Lidahnya sesekali menjulur keluar. “ Zavier bodoh sebab menolak saya! Dia pilih perempuan kampung! Tapi dia lupa, kalau dia bersetubuh dengan manusia biasa, dia akan lenyap perlahan-lahan. “

 

Saya semakin bingung.

 

“Vanda !! “ suara lelaki berteriak.

 

Perempuan itu memandang sekeliling.

 

“Lepaskan dia !! “ suara lelaki itu berteriak lagi.

 

Perempuan yang di panggil Vanda itu terus ketawa. “ Lepas jantungnya jadi milik ku, dia akan ku lepaskan! “

 

“Kau akan menyesal Vanda! “ suara itu kedengaran lagi.

 

Siapa dia ? Dan siapa perempuan ular di hadapan saya.

 

“Ahahahahaha “ Vanda ketawa

 

“Vanda !! “

 

Suara mama !

 

“Nampaknya heroin sudah datang selepas hero mati . Kau tengok Zavier !! Anak dan isteri kau akan mati di tangan saya. “

 

Zavier? Anak dan isteri? Bererti , Zavier adalah bapa saya? Di mana dia sekarang?

 

“Vanda , lepaskan anak saya ! “ mama teriak.

 

Vanda ketawa kuat.

 

“Lepaskan? Lepaskan anak kau ? Lepas kau rebut Zavier dari saya kau ingat saya akan lepaskan kau dan anak kau dengan mudah?! “

“Ambil saya sebagai ganti dan lepaskan anak saya. “

“Hahahaha.. kau tidak ada gunanya buat saya Irish ! Tapi anak kau..“ Vanda menuding ke arah saya. “ .. setiap degupan jantungnya adalah milik ku ! “

“Jangan paksa saya berkasar Vanda! “

“Hahahahaha .. “ Vanda ketawa kuat.

 

Mama melempar serbuk putih ke arah Vanda.

 

“Argghhhh !! Manusia sialllll . Arrggghhhhh sakitttt !!Panaaaaasss !!“ Vanda berteriak dan dia mulai berubah bentuk menjadi seekor ular tedung. Kulitnya mulai menggelupas. “ Saya akan balas semuanya Irish! Kau tunggu pembalasan dari saya Irish , kau tungguuuuuu !! “ suara Vanda bergema.

 

Vanda mulai lenyap perlahan-lahan. Badannya di kelilingi kabus putih. Dia lenyap tanpa meninggalkan sebarang tanda. Lepas sahaja Vanda lenyap, mama datang dekat saya dan membuka tali yang mengikat badan saya. Saya terus memeluk mama.

 

“Nova tidak apa-apa ? “

“Nova baik-baik saja ma. “

“Mari kita pulang . “

 

Tidak sempat saya berkata apa-apa, mama memegang erat tangan saya dan mulai membaca ayat-ayat seperti mantera dan kabus putih seperti yang mengelilingi badan Vanda tadi muncul di sekeliling kami. Saya menutup mata rapat.

 

“Nova .. “ mama tepuk pipi saya lembut. “ .. buka mata nak, kita sudah sampai. “

 

Saya membuka mata perlahan-lahan. Tidak sedar kami memang sudah berada di dalam rumah. Tiba-tiba sahaja badan saya terasa lenguh dan tidak bermaya. Saya terus terjatuh dan pandangan saya gelap.

 

“Nova ! “



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku