2028
4
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2017
Dunia tidak sedamai yang disangka! Perang era baharu mulai meletus. Sepertinya ada tangan-tangan ghaib mahu menunjukkan kuasa. Tahun 2028 menjadi sejarah terbesar dunia. Manusia dihapuskan dari tempat tinggal mereka sendiri! Teknologi manusia masih belum dapat menandingi mereka. Ternyata keegoan selama ini yang sering berlumba-lumba dengan persenjataan begitu mudah diratah oleh mereka. Demi menyelamatkan populasi manusia yang tersisa, dunia bersatu kembali. Permusuhan selama ini dilupakan bagi memastikan dunia terus selamat dari cengkaman mereka. Apakah yang terjadi seterusnya? Nantikan 2028!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
79

Bacaan






"Kapten Henry, apa harus kita buat lagi sekarang, tentera kita dah ramai yang terkorban," lapor orang kanannya. Wajahnya sedikit gelisah. 

"Kita bertahan dulu. Aku yakin Dorm X pasti akan hantar pasukan pelapis sikit masa lagi," balasnya dengan penuh yakin. Walaupun sebenarnya itu hanyalah pembohongan semata-mata, namun sebagai ketua; dia harus memberi kata semangat tanpa putus asa.

"Tapi tuan, kita dah tak ramai," 

"Aku yakin kita mampu! lekas, jangan biarkan musuh terus mara!" Kapten Henry mencapai selaras machine-gun nya lalu diacu ke arah musuh. Matanya dihala ke dalam teropong jarak jauh itu. Dengan teliti, musuh disasar dan tepat mengenai kepala. Tumbang!

"Mara! Kau ambil posisi hujung sana! Kau pula bertahan di sini! Jelas?" Kapten Henry memberikan arahan kepada setiap anak buahnya. Tak ramai, tetapi semangat mereka masih membara. 

Di luar tembok kota, terdapat segerombolan manusia yang sedang menuju ke arah Zero Point. Mereka terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa. Kelihatan lemah. Dalam kekalutan di luar kota itu, seorang kanak-kanak lelaki telah terpisah dan merengek keseorangan. "Mama! mama!" jeritannya telah menarik perhatian musuh. 

"Tuan, lihat tu!" teropong berkuasa tinggi dihulurkan kepada Kapten Henry.

Teropong itu disambutnya. Kapten Henry terkejut. Musuh semakin hampir dengan kanak-kanak lelaki itu. Tanpa membuang masa, Kapten Henry segera menghidupkan kereta perisai yang terletak tidak jauh dari situ. "Kau semua lindungi aku dari sini. Aku nak selamatkan budak tu." 

Kereta perisai yang dipandu Kapten Henry meluncur laju. Tembakan bertalu-talu turut dilepaskan. Musuh membalas. Kapten Henry mengelak. Kereta perisai itu hampir merempuh tembok namun dia sempat mengubah haluan. Gelombolan manusia yang masih ramai di luar memberi laluan kepada Kapten Henry. 

"Semua lari! Cepat masuk ke dalam Zero Point!" jeritnya kepada mereka. Pintu Zero Point dibuka seluas-luasnya. Maka tanpa membuang masa lagi, mereka berlari ke arah pintu itu untuk menyelamatkan nyawa masing-masing.

Kapten Henry meneruskan misinya. 

Kanak-kanak lelaki itu dirangkulnya dengan pantas. Belum sempat dia memasuki ke dalam kereta perisai itu kembali, musuh telah berjaya menariknya dari arah belakang. Kanak-kanak itu tercampak. "Lari! masuk ke dalam cepat!" 

Kanak-kanak itu masih dalam keadaan terpinga-pinga. Kejadian yang berlaku itu, begitu pantas.  Musuh mendekatinya, namun sempat dihalang oleh tentera Batalion Ke-8 yang sedang mengawal situasi dari jauh. Tembakan tepat mengenai kepala musuh, dan tumbang.

Pergelutan antara Kapten Henry dan musuh berlarutan. Tumbukan bertubi-tubi turut dilepaskan olehnya. Tembakan demi tembakan di antara kedua belah pihak masih bertali arus. Musuh itu menghunus pisau ke arah Kapten Henry, tetapi dapat dielak. Tangan musuh digenggamnya. Dia bertahan. Dengan tenaga yang masih tersisa, pisau itu berjaya dirampas dan kepala musuh berjaya dipenggal. Darah pekat berwarna hitam memancut-mancut keluar dari leher musuh itu. Dan dengan perlahan, musuh tumbang menyembah bumi.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
1 | 2 | 3 | 4 | 5 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku