ANDAI ITU TAKDIRKU
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 November 2017
Dua orang sahabat baik yang memuja lelaki yang sama akhirnya bermadu dengan dua niat dan prinsip berbeza. Seorang mencari redha Allah dan seorang lagi menutup rahsia dosa. Isteri pertama yang cantik berjaya menutup rahsia tanpa mengetahui rahsia dosa dengan kasanova kampus telah lama diketahui. Atas kelicikan isteri menggunakan suami mengahwini sahabat lama seorang ustazah yang tabah hati untuk menguasai harta peninggalan keluarganya. Pertembungan membawa penganiayaan dan berakhir dengan isteri muda kembali dalam pelukan kedua-dua ibubapanya di pusara.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
77

Bacaan






Setelahsedikit tenang Dr Farid memandang Haji Salim. “Lili dengan Sofian sudah sampai?”. 

“Setakatini belum nampak lagi”  

 “Lagi elok kalau tak balik terus”

HajiSalim diam. Dia tidak mahu memanjangkan sengketa itu lagi. Sekarang bukanmasanya. Dia bangun lalu menghampiri katil bersebelah tempat jenazah diletakkan.

Diatas katil, terbaring jasad Ibrahim, ayah Dr Farid. Dulu gagah dan panasbaran tetapi sekarang uzur, kurus dan tidak tahu hari. Penyakit angin ahmar telah lamamemaku Ibrahim di situ. Selama ini makan,minum, berak dan kencing, tangan arwah yang menguruskannya.

HajiSalim membetul-betul selimut biru yang menutup tubuh Ibrahim. “Sabarye Ibrahim..sabar..dari Allah kita datang dan kepada  Allah kita kembali” bisiknya ke telinga Ibrahim. 

Angguk tidak, geleng pun tidak. Mataorang tua itu hanya tegak ke atas. Ada kesan garis air mata di pipi kedut itu. HajiSalim merenung hiba wajah itu. ‘Siapa yang akan menjaga orang tua ini nanti?’

Diatidak ada jawapan. Melayan perasaan di situ tidak akan mengubah keadaan sedangkan luar masih banyak urusan perlu diselesaikan. Perlahan-lahan dia menujuke tempat memandi mayat. Haruman dari dalam rumah sudah terbau hingga keluar. Beberapaorang sudah berbisik-bisik. Haji Salim meletak jari telunjuk ke bibir.Masing-masing angguk tanda faham.  Merekakembali tekun menyelesaikan tugas supaya urusan memandi dan sembahyang jenazah dapatdijalankan segera.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku