ANDAI ITU TAKDIRKU
Bab 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 November 2017
Dua orang sahabat baik yang memuja lelaki yang sama akhirnya bermadu dengan dua niat dan prinsip berbeza. Seorang mencari redha Allah dan seorang lagi menutup rahsia dosa. Isteri pertama yang cantik berjaya menutup rahsia tanpa mengetahui rahsia dosa dengan kasanova kampus telah lama diketahui. Atas kelicikan isteri menggunakan suami mengahwini sahabat lama seorang ustazah yang tabah hati untuk menguasai harta peninggalan keluarganya. Pertembungan membawa penganiayaan dan berakhir dengan isteri muda kembali dalam pelukan kedua-dua ibubapanya di pusara.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
77

Bacaan






“Lajulahsikit bang. Kalau terhegeh-hegeh macam ni bila nak sampai?. Kalau orang dah tanam baru kita sampai nak buat apa?” desak Lili kepadaabangnya yang sedang memandu.

“KAUNI BISINGLAH. KAU TAK NAMPAK DAH 140KM/JAM NI?. SELAMA INI AKU CAKAP JANGANKURANG AJAR SANGAT DENGAN MAK, KAU TAK DENGAR !!.” jerkah Sufian sambil menghentak-hentakstereng kereta.

“Eh..eh..kitapulak? Bukan minggu lepas ayah suruh balik kampung tengok atok, abang yang takmau. Kalau tak tentu kita boleh tengok mak masa sihat” balas Lili tidak mahu kalah.  Hati Sufian semakin terbakar. Kalau diikut hati memang muka Lili makan pelempang. Dia nampak selekoh di depan. Sufian mengengam stereng keretaBMW siri7 berwarna hitam itu lalu membelok kuat di Simpang Kuala Klawang. Ada 30 kmlagi untuk sampai ke Kg Jerang. Kereta itu terus memecut laju. Kedua-duaberadik itu masih terus bertekak di dalamnya. 

****

   Orangkampong berdiri rapat dalam saf memenuhi setiap ruang dalam rumah. Semasa HajiSalim mengangkat takbir sembahyang jenazah, ada lagi orang datang. Mereka mahu turut serta walaupun terpaksabersembahyang di laman rumah. Beberapa minit sebelum jenazah mahu dibawa keluardari rumah tiba-tiba hujan berhenti. Orang ramai  di laman rumahterdiam. Masing-masing seperti faham hujan pun diperintahkan  memberilaluan jenazah menyempurnakan perjalanan akhirnya dengan baik.

Tanahperkuburan Kariah Kampung Jerang terletak lebihkurang satu kilometer dari rumahIbrahim. Van jenazah berwarna putih perlahan-lahan menyusur jalan bertar menuju ke tanahperkuburan. Seperti permintaan terakhir arwah, jasadnya  akan disemadikan di antara pusara ibunya Hajah Fatimah dan ayahnya HajiMajid. Betapa indah pengakhiran  anak solehah. Akhirnya kembali dalam pelukanibu dan ayah kandung untuk selama-lamanya.

     Semasatalkin dibaca oleh Haji Salim,  tidak ada  yang bercakap. Bau harum umpam kasturi ikut memenuhi kawasan kubur. Dr Farid duduk bersilasebelah Haji Salim. Baju dan seluarnya penuh kesan selut tanah yang melekat. Dia sendiri yang meletakkan jenazah ke lianglahad. Suara Haji Salim teresak-esak semasa mendengar talqin untuk arwah.  Sesekali tangannya  yang masih ada kesan kotor mengesat air mata.

Semasadoa talqin hampir tamat, tiba-tiba terdengar sayup-sayup bunyi hon kereta.  Bunyi itu bukan seperti ambulan yang cemasmeminta laluan. Bunyi bertalu-talu itu lebih kepada  ‘kurang-ajar’. Semakin lama bunyi itu  semakin mendekat. Orang kampong mula tercangak-cangak ke arah jalanmasuk.  Beberapa pemuda kampong mula bangun denganwajah geram. ‘Siapa yang kurang ajar datang ke tanah kubur macam samseng ni?’

Beberapasaat kemudian sebuah kereta BMW Siri7 berwarna hitam meluru masuk.  Belum sempat kereta itu betul-betul berhenti, kedua-dua belah pintu hadapan terbuka.Seorang lelaki dan seorang perempuan dengan kain selendang ringkas bergegasturun dan terus berlari ke pusara yang sedang ditalkin itu.

“TUNGGUMAK..TUNGGU…..Makk…PAK IMAM..TOLONG JANGAN TANAM LAGI…”, jeritan perempuan dan lelaki itu yang seperti oranggila berlari menuju ke pusara. Beberapa kali kedua-duanya kelihatan hampirterjatuh kerana terpijak lubang dan tanah yang tidak rata.

HajiLeman berbisik ke telinga Dr Farid “Lili dan Sufian dah sampai!” Haji Lemanialah Tok Empat Kg Jerang. Selain Haji Salim, Haji Lemanlah tempat orang kampung mengadu segala hal. Dr Farid mengangguk lalu menyambut tenang “Takapa..biarlah mereka. Jangan arwah diganggu lagi”

        HajiSalim tetap meneruskan doa akhir walaupun dalam esak tangis yang semakin berat.Beberapa orang lelaki dan perempuan bangun menahan Sufian dan Lili yang sudah meraung-ranung seperti hilang akal mahu menerkam tanah pusara.

        “MAKKK….MAKKK….ampunkanPian dengan Lili Makk…Pian dan Lili salah…berdosa dengan Mak…”

Beberapaorang lelaki dan perempuan Jemaah kampung mengheret Lili dan Sufian jauhdari pusara. Dr Farid tidak berpaling melihat kedua-dua anaknya yang baru tiba.Tidak ada guna lagi meraung begitu. Segalanya telah terlambat.

     Selesaitalkin, seorang demi seorang  bangun. Dr Farid mengesat airmata. Diamencapai bekas air yang dibawa lalu perlahan-lahan  menyirap pusaraarwah isterinya.

Ina..maaf abang..abang silap..abangyang salah…Semoga rahmat Allah bersama Ina hingga ke syurga. Tunggu abang nantisayang. Balik ini nanti abang akan cerita semua pada Lili dan Sufian..biarmereka tahu siapa mereka yang sebenarnya. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku