ANDAI ITU TAKDIRKU
Bab 6
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 November 2017
Dua orang sahabat baik yang memuja lelaki yang sama akhirnya bermadu dengan dua niat dan prinsip berbeza. Seorang mencari redha Allah dan seorang lagi menutup rahsia dosa. Isteri pertama yang cantik berjaya menutup rahsia tanpa mengetahui rahsia dosa dengan kasanova kampus telah lama diketahui. Atas kelicikan isteri menggunakan suami mengahwini sahabat lama seorang ustazah yang tabah hati untuk menguasai harta peninggalan keluarganya. Pertembungan membawa penganiayaan dan berakhir dengan isteri muda kembali dalam pelukan kedua-dua ibubapanya di pusara.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
138

Bacaan






Beberapaminit selepas loceng waktu rehat berbunyi, suasana di SMK Kg Jerang mulariuh-rendah dengan suara pelajar menuju ke kantin membeli makanan. Salina sabarberatur menunggu giliran membayar di kaunter. Di tangannya telah ada duabungkus nasi lemak dan dua kotak air teh limau sejuk. Tiba-tiba terasa bahudicuit dari belakang.

“Heii..Ina"

Salina menoleh ke belakang. “Hiss..awak ni Tipah, suka sangat terperanjatkan kita tau!" 

"Banyak betul makanan awak beli!!! Ini mesti ada orang yang awak nak belanjakan!!?”

"Nasi ni untuk kitalah, apa pulak untuk belanja orang lain?” Suara kecilSalina yang tidak sepadan dengan saiz badan membalas usikan kawan baiknya itu.Kedua-dua tergelak mesra.

Latifahmenarik lengan baju Salina rapat kepadanya “Ina..boleh tolong kita sikit tak?”

“Tolongapa?” suara Salina ikhlas.

Latifahsenyum lalu berkata “Macam ni..tadi dalam kelas cikgu bagi tau Fariddapat nombor satu lagi”

“Itukita sudah tau la" balas Salina.

“Hiss…awakni. Bukan itu la” Latifah terhenti seketika. Mencari jalan untuk mendapat apayang dimahukan.

“Habistu apa?” soal Salina semula. 

Latifah senyum lagi. Terasa bangga dengan idea yangtiba-tiba muncul dari akal liciknya. “Tadi cikgu banyak puji-puji dia. Iyalahbudak pandai mestilah cikgu suka. Betul tak?”

Salinaterus mendengar. Matanya tidak berkelip mendengar berita budak lelaki popular itu. Latifahmenyambung lagi “Lepas tu Cikgu kata Farid akan dapat hadiah khas masa hariAnugerah Kecemerlangan sekolah nanti.”

“Eh..iyeke?” Salina mula teruja.

“Iyalah..”sambung Latifah. “Awak tak percaya cakap kita ke?”

“Percaya! Habis tu, awak nak kita tolong apa?” suara Salinalurus.

“Haa..tulah..kita baru ingat nak belikan makanan untuk Farid masa rehat ni tapi nasi lemakkukus tu dah habis”

“Jadi...?”

“Jadikita nak beli daripada awak nasi lemak kukus dengan satu kotak air tu. Bolehtak?” rayu Latifah dengan wajah penuh mengharap.

Salinatahu Latifah mahu menarik perhatian Farid. Hati gadisnyasedikit cemburu.

“Hiss..manaboleh. Kita lapar la..!!” Salina tidak setuju. Lagi pun memang diasedang lapar.

 Latifah sedikit cemas. “Alaa..Ina..tolonglah.Tadi kita nampak Farid duduk kat bawah pokok tu tadi. Kasihan dia tak makanapa-apa lagi pun tau!”

Latifahtahu kelemahan Salina. Lagi pun mana ada budak perempuan yang tidak ada hatidengan Farid. Cuma mereka tidak mahu mengaku. Jaga ayu konon-kononnya.

Salinadiam. Ada sesuatu yang dia mahu cadangkan tetapi  malu pula kalau ada orang tahu

Latifahsenyum. “Tak pun kita buat macam ini. Awak bagi nasi lemak dengan air tu padakita. Biar kita bagi pada Farid. Nanti kita cakap awak yang bagi. Tentu diasuka. Ok tak?”

Salinatersenyum. Itulah yang dia fikirkan tadi. Dia terus bersetuju dengan cadanganLatifah itu. 

“OK..janjitau. Bagi tau Farid nasi lemak dengan air ini kita” kata Salina sambil menghulurkan bungkusan plastik berisi nasilemak kukus dan air kotak itu ke tangan Latifah.

Latifahmenguntum  senyum dengan maknatersembunyi “Mestilah kita beritahu nasi dan air ni awak yang belanja.”

Salinasudah terdengar-dengar suara Latifah memberitahu budak baik itu, ‘Farid…ini  hadiah daripada Salina sebab dapat nomborsatu’ Perlahan-lahan hatinya mula menyanyi lagu cinta ciptaan sendiri.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku